Nuffnang

Saturday, November 24, 2012

Korban Demokrasi



Ada pejuang demokrasi Islam yang menggunakan senjata doa’ untuk menghadapi musuh kepartiannya.

Pejuang-pejuang atau tok guru-tok guru yang pernah menghadiri kursus untuk mendapat sijil agama ini kununnya ingin mengikuti sunnah para anbiyya ‘alaihi-mussalatu-wassalam yang juga berdoa’ ke hadirat Allah subhanahu-wa-ta’ala ketika menghadapi kezaliman dan permusuhan terhadap Risalah Agama yang dibawa mereka.

Sebagai mengikuti peruntukan sunnah berdoa’ yang diperuntukkan kepada golongan yang teraniaya dan dizalimi, mereka pun menggunakan peruntukan melalui jalan bida'ah di atas pentas demokrasi untuk menghancurkan dan membinasakan setiap seteru-seteru mereka yang dikira zalim oleh mereka. Sebagai contoh, jika poster pilihanraya mereka dikoyak oleh parti lawan, mereka akan berkumpul bersembahyang hajat dan mendoa’kan kebinasaan terhadap parti lawan yang dikira zalim dan penganiaya kerana mengoyak poster pilihanraya mereka.

Bagi mereka poster pilihanraya itu atau mungkin yang lain-lainnya seperti menifesto, adalah sama dengan Risalah Agama yang dibawa oleh para Anbiyya ‘alaihi-mussalatu-wassalam.

Persoalannya, adakah Risalah Demokrasi itu boleh disamakan dengan Risalah Agama ?.

Agama mengajar bahawa kebenaran itu hanya satu dan tidak akan berubah-ubah dari mula wujud manusia sampai akhirnya sedangkan demokrasi pula mengajar bahawa kebenaran itu berbilang-bilang berdasarkan bilangan undi dan berubah-ubah berdasarkan perubahan pendapat ramai dan jenis para pengundi. Jika majoriti pengundi atau sebahagian besarnya adalah berjenis kufur maka kebenaran akan dijadikan bersamaan dengan kekufuran oleh demokrasi. Bahkan, dalam banyak keadaan, kekufuran sentiasa mengatasi kebenaran didalam demokrasi. Kebenaran dan kekufuran boleh berubah-ubah dan saling tukar-menukar sebagaimana selera para pengundi juga berubah-ubah dan selalu tukar-menukar.

Jadi, neraca kebenaran Risalah Demokrasi yang dibawa oleh tok guru bersijil agama di pentas undi tidak sama dan tidak akan mungkin sama dengan Risalah Agama yang dibawa para Nabi-Nabi 'alaihi-mussalatu-wassalam.

Oleh kerana nilai atau neraca kebenaran yang ada pada Risalah Demokrasi itu bersifat sedemikian, doa’ mereka yang merasakan dizalimi dalam demokrasi hanya akan disahut oleh para pengundi dan pengkabulan doa’ itu dapat dilihat melalui jumlah undi yang bakal diperolehi kemudiannya.

Dengan sifatnya yang sebegitu, doa’ tok guru-tok guru demokrasi hanya akan berlegar-legar di ruang-udara di bawah langit di sekeliling para pengundi dan tidak akan menembusi langit dan mengatasi langit untuk menuju ke hadirat Allah subhanahu-wata’ala.

Laungan-laungan doa’ demokrasi hanya akan berakhir di ruang parlimen, itu pun jika disahut oleh para pengundi.

No comments:

Post a Comment