Nuffnang

Thursday, November 29, 2012

Baru tahu Pencerahan sebenar ttg Abby abadi



Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan seorang pelakon dan penyanyi yang baru menyertai parti politik Pas telah menulis dalam laman sosial Twitter bahawa kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

Itulah yang diluahkan kepada portal rasmi pembangkang Malaysiakini sehingga seluruh blogger pakatan rakyat menjadi kecoh dan huru-hara kononnya pihak syarikat telah menganiaya Abby sedangkan Abby hendak mendekatkan dirinya dengan Agama dengan memasuki parti politik Pas.

Cerita sebenarnya dari syarikat yang menawarkan Abby menjadi duta tudung lain pulak, menurut mereka pada Mei 2012 yang lalu, Abby Abadi telah dilantik secara rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary.

Janji Abby kepada syarikat adalah tidak memasuki mana-mana pertubuhan politik yang boleh menjejaskan nama baik syarikat seperti yang dipersetujui dalam kontrak, jika Abby melanggar kontrak tersebut maka kontrak akan tamat. Tetapi Abby telah melanggarnya.

Menurut pemilik syarikat mereka terkilan dengan perangai Abby dengan penglibatan Abby dalam parti politik tidak kira mana-mana pun parti akan menjejaskan perniagaan saya, jelas Hani Elia pemilik Al-Humaira Contemporary.



Sebagai pemilik sudah semestinya tidak mahu reputasi yang tidak baik terhadap produknya tambahan pula mulut Abby yang agak celupar mempertikaikan semua orang yang tidak menyertai parti politik Pas.

Tetapi kontrak Abby dengan syarikat Al-Humaira Contemporary kini sudah pun tamat secara rasmi pada 4 Julai 2012 yang lalu kerana pelanggaran perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui bersama.


Tetapi dalam laman twitternya Abby seolah-olah meminta simpati daripada penyokong pakatan rakyat agar menyiarkan penamatan kontraknya itu dengan alasan "tak kan saya nak mendekati Agama pun nak ditamatkan kontrak"

Dengan tersiarnya penamatan kontrak Abby ini maka ramailah ahli perniagaan bersimpati akan mengambil Abby sebagai duta mereka

nota : BUAT SALAH LEPAS TU AMIK GAMBAR DEPAN KAABAH (TREND DI MALAYSIA)

No comments:

Post a Comment