Nuffnang

Friday, January 3, 2014

#RPDM31D Ayah mertua mangsa Fitnah kahwin Mutaah beri penjelasan

kita digemparkan pada hari demontrasi jalanan #TURUN #RPDM31D yang di anjurkan pembangkang di Dataran Merdeka lalu mengenai sebaran seorang FBkers mengenai keinginan individu berkenaan ingin melepaskan pasangan mutaahnya.




ternyata posting berkenaan bersifat populis dan PBR lihat inilah fitnah yang berat yang dilakukan individu berkenaan. PBR harapkan individu berkenaan segera bertaubat dan meminta maaf pada pihak yang teraniaya.

Di bawah PBR lampirkan comment dari ayah mertua perempuan berkenaan yang ingin disampaikan kepada individu berkenaan.

Assalamualaikum..

Berkenaan posting tuan yang di ambil dari wall Ali Hanifah Al Qadahi

FB Penfitnah kahwin mutaah


Assalamualaikum...

Tuan Ali Hanifah Al Qadahi,

https://www.facebook.com/alihanifah.alqadahi?fref=ts

Dengan nama Allah Tuhan Penyeru Alam..yang menjadikan lagi dan Bumi, yang mana dengan peluh dan keringat kedua ibu bapa ku Hajah Hasnah dan bapa ku Haji Ibrahim juga dengan keringat dan peluh ku...sesungguhnya aku bersumpah bahawa tuan telah melanggari batas Akhlak dan syariat seorang mukmin...

Sesungguhnya Tuan telah menjaduhkan Maruah saya sebagai seorang bapa, photo yang Tuan fitnah adalah merupakan anak menantu perempuan saya yang mana ianya adalah isteri kepada anak lelaki sulung saya.

Tuan telah menggunakan photo keluarga kami sambil menfitnah mengatakan anak perempuan saya adalah perempuan Mutaah, sedangkan kami sekeluarga adalah merupakan orang awam yang beragama Islam dan Ahlul Sunnah Waljamaah.

Anak perempuan saya dan anak lelaki saya juga merupakan seorang Islam Ahlul Sunnah Waljamaah yang mana kedua mereka masih lagi sedang belajar menyambung Ijazah masing masing di Pusat Pengajian Tinggi Malaysia.

Disini saya ingin memaklumkan yang tuan telah menfitnah kami serta mengaibkan kami sekeluarga dengan menggunakan photo anak perempuan kami sebagai bahan Propaganda Mutaah Syiah tuan.

Kami tidak HALAL kan perbuatan ini dan kami akan mengambil tindakan undang undang dengan membuat lapuran kepada pihak berkuasa.

Bersama ini juga saya sertakan gambar perkahwinan anak anak kami.

sekian.

Ali Zaik aka Ali Russia





No comments:

Post a Comment