Nuffnang

Monday, April 8, 2013

PEMBANGKANG KATA 3 MANUSIA INI HERO


1. Mat Indera.

Mat Indera merupakan seorang pengganas komunis yang telah banyak membunuh sesama bangsa. Lebih-lebih pada bangsa Melayu yang kononnya dikatakan pengkhianat kerana bersetongkol dengan kerajaan British pada masa itu. Malah dalam kes Bukit Kepong , Mat Inderalah yang jadi tonggak utama bagaimana mahu menawan Bukit Kepong sehingga terbunuhnya beberapa anggota polis yang kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Sekarang Mat Indera telah dianggap sebagai Pahlawan seperti yang dikatakan oleh orang nombor 2 PAS iaitu Mat Sabu. Kononnya dikatakan Mat Indera memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan cuba menghalau penjajah British keluar dari Tanah Melayu pada masa itu. Walaupun yang banyak terbunuh akibat kekejaman yang dilakukan oleh komunis dan salah seorang daripada mereka adalah Mat Indera sendiri. Bukan mahu mengutuk perbuatan yang dilakukan oleh Mat Indera tetapi diangkat Mat Indera sebagai pejuang bangsa.

2. Chin Peng.

Chin Peng merupakan seorang pengasas komunis dan pernah bersama dengan pihak kerajaan British untuk menghapuskan dan menghalau kerajaan Jepun keluar dari Tanah Melayu. Apabila tamat peperangan, parti komunis atau lebih dikenali sebagai PKM telah cuba untuk menjajah Tanah Melayu sebelum kehadiran kembali kerajaan British ke Tanah Melayu. Apabila kerajaan British kembali ke Tanah Melayu, PKM telah memberontak dan cuba menggunakan pengaruhnya untuk menghalau kerajaan British dengan pelbagai propaganda tetapi gagal. Akhirnya mereka yang diketuai oleh Chin Peng telah melakukan tektik gerilla untuk melakukan pelbagai cara sehingga ada orang awam yang terbunuh. Lebih-lebih lagi pada bangsa Melayu kerana PKM tidak mahu bangsa

Melayu kerana mereka tahu jika Tanah Melayu merdeka kelak kuasa penuh akan berada ditangan orang Melayu. Apabila telah Malaysia telah mencapai kemerdekaan, perkara yang amat ditakuti oleh Chin Peng menjadi kenyataan. Maka dengan itu PKM telah melancarkan perang untuk terhadap kerajaan Malaysia.
Akhirnya Chin Peng telah menyerah diri dan berakhirnya pemberontakan PKM di Malaysia. Akan tetapi Chin Peng telah di buang kerakyatan dan kini tinggal di Thailand sehingga kini. Sekarang PAS dan rakan sekutu dari PR ingin membawa kembali ketua PKM ke Malaysia.

3. Lim Kit Siang

Lim Kit Siang adalah seorang yang mula-mula mencetusnya Tragedi 13 Mei dulu. Apabila DAP mencapai kemenangan besar Lim Kit Sianglah yang memberi penyapu kepada kaum Cina dengan bertujuan untuk menghalau bangsa Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Dan apabila seorang wanita berbangsa Melayu telah dibunuh, maka tercetusnya pergaduhan diantara bangsa Melayu dan bangsa Cina. Sehinggakan ramai bangsa Melayu menjadi korban tak kira lelaki atau wanita.

Dan hari ini PAS telah menjalinkan hubungan dengan DAP dan terbaru Lim Kit Siang telah menggunakan tiket PAS untuk bertanding di Johor. Dan Nik Aziz adalah orang yang mula-mula menyatakan persetujuan mengenai isu ini. Apakah PAS tidak sedar bahawa Lim Kit Siang merupakan seorang yang rasis apatah lagi pada bangsa Melayu dulu? Apakah PAS sudah lupa apa yang Lim Kit Siang dah buat pada bangsa Melayu kita dahulu?

Kini saya ingin bertanyakan pada semua penyokong PAS dan bangsa Melayu beberapa soalan. Kenapa begitu mudah membawa kembali seorang pencetus keganasan dan banyak bangsa. KENAPA BOLEH TERIMA MEREKA YANG MENIMBULKAN BANYAK MASALAH BEGITU SENANG MEREKA MEMAAFKANNYA?

No comments:

Post a Comment