Nuffnang

Thursday, March 28, 2013

Isu kerusi Parlimen Bagan Serai



Serah Alor Pongsu selesai masalah Pas Perak yakin kerelaan PKR menyerahkan kerusi Dun Alor Pongsu untuk ditandingi calon parti itu bakal menyelesaikan segala konflik perebutan kerusi yang tercetus melibatkan kedua-dua parti itu di peringkat akar umbi.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, pihaknya mengesahkan terdapat perbincangan dalaman antara Pas dan PKR diadakan dalam menyelesaikan konflik perebutan kerusi melibatkan Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu baru-baru ini.Menurutnya, dalam perbincangan itu, wakil PKR ada menawarkan penyerahan sama ada kerusi Parlimen Bagan Serai atau Dun Alor Pongsu kepada Pas sebagai jalan penyelesaian mewujudkan kembali kerjasama di antara Pas kawasan Bagan Serai dan PKR cabang Bagan Serai."Perbincangan(tawaran salah satu kerusi PKR kepada Pas) memang dilaksanakan atas dasar semangat setiakawan, tetapi segala keputusan muktamad akan diputuskan di peringkat Pusat."Saya percaya sekiranya Dun Alor Pongsu diserahkan kepada Pas, banyak permasalahan yang akan dapat diselesaikan (di peringkat akar umbi),"katanya sewaktu ditemui media selepas menghadiri program Jelajah Treler Negara Berkebajikan Pas di Taman Kerian di sini semalam.Artikel Penuh

No comments:

Post a Comment