Pages
Nuffnang
Tuesday, March 19, 2013
BAGAN SERAI-PAS tetap TOLAK calon PKR
PAS Kawasan Bagan Serai dalam mesyuarat parti baru-baru ini telah membuat ketetapan akan bertanding di Parlimen Bagan Serai dan tiga Dun .
Dun itu Semanggol,Selinsing dan Alor Pongsu.Walaupun DS Anwar telah mengumumkan Dr Mohd Nor Manuty bertanding di Bagan Serai.
Pas Bagan Serai tetap menyatakan akan bertanding di semua kerusi dun dan parlimen itu.
Foto menunjukkan YB Ustaz Ramli Tusin dan YB Hj Husein Din serta saf pimpinan PAS Bagan Serai menunjukkan komitmen untuk bertanding dalam PRU 13 kali ini.
Lebih 500 pemuda India, di sini bersedia memboikot mana-mana calon luar yang dipilih PR untuk bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya pucuk kepimpinan parti tidak mengutamakan keperluan calon tempatan.
Semalam, episod bantahan pencalonan Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai berterusan apabila lebih 20 pemuda India menyokong Pakatan Pembangkang mengadakan demonstrasi susulan menuntut pucuk pimpinan PKR meletakkan calon tempatan.
Demonstrasi kali kedua dalam tempoh sebulan itu menguatkan lagi spekulasi penyokong PR di sini mula mengorak langkah memprotes pencalonan Dr Muhammad Nur sekaligus menimbulkan desas-desus berlakunya masalah dalaman dalam PKR Perak.
Jurucakap kumpulan, P Arumugam, 28, berkata, bantahan susulan dibuat berikutan bimbang berlakunya episod ulangan senario lompat parti sepertimana berlaku terhadap penyandangnya, Mohsin Fadzli Samsuri yang keluar PKR dan menjadi calon bebas.
Menurutnya, mereka kini sudah trauma dengan tindakan wakil rakyat PR keluar parti dan mengenal pasti peletakan bukan calon tempatan menjadi faktor insiden sebegini berlaku.
“Penyokong PR melihat kepentingan peletakan calon tempatan merupakan satu keperluan bagi memulihkan keyakinan pengundi yang sebelum berasa ‘dikhianati’ dengan keputusan Mohsin menjadi calon bebas walaupun memenangi kerusi Parlimen atas tiket PKR.
“Soal sama ada calon yang dipilih berpelajaran tinggi dan berpelajaran agama tidak penting memandangkan kami difahamkan calon sebelum ini mempunyai dua ijazah, tetapi lompat parti disebabkan tidak mempunyai asas kepartian teguh.
“Dalam soal politik, bukan soal ketinggian pelajaran dan ilmu agama menjadi ukuran, sebaliknya cara pergaulan dengan rakyat dan pegangan prinsip politik adalah indikator penentu kejayaan seorang wakil rakyat,” katanya sewaktu ditemui media di Ladang Gula, semalam.
Seorang lagi wakil kumpulan, V Balamurugan, 31, berkata, selain faktor anak tempatan, pihaknya turut melihat kepentingan peletakan faktor calon berketurunan Banjar bagi mewakili masyarakat Bagan Serai yang terdiri 70 peratus orang Banjar.Baca selanjutnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment