Nuffnang

Thursday, January 10, 2013

Kesan Taksub Amanat&PAS (Usir Adik Kandung)



Beberapa minggu kebelakangan ini, isu amanat Haji Hadi Awang ketika menyampaikan ceramahnya di Kg Banggol Peradong, Terengganu sekitar tahun 1981 dulu telah menjadi bualan umum. Apa yang menjadi bualan utama adalah KESANNYA TERHADAP PERPADUAN, KEHARMONIAN UMAT ISLAM DAN MASYARAKAT

Siapa kata Amanat Haji Hadi tiada kesan kepada orang Islam terutamanya penyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS)?Ada yang mengatakan isu lapuk yang sudah 31tahun lepas.Ada juga yang berkata ia hanya diputar belitkan untuk kepentingan sesuatu parti untuk meraih undi di PRU13 ini dan apa yang paling menarik isu amanat ini telah di monopoli oleh 'media longkang' kerajaan kata seorang pemimpin PAS disini.
Apakah kesan 'Amanat' tersebut berlakunya :

1)Sembahyang 2 imam
2)Peristiwa Memali
3)Suami cerai isteri kerana tidak sokong PAS
4)ANAK KAFIRKAN AYAH
5)Pernikahan dibatalkan akibat tidak sefahaman politik
6)Taksub kepada Nik Aziz/Hadi
7)Putus sahabat/saudara
8)Dijanjikan syahid
9)Ditentukan Syurga/Neraka
10)Tok kadi yg diiktiraf kerajaan 'tidak sah'

Sebahagian perkara diatas berlaku tidak didepan mata kami hanya yang berlaku disini adalah dari segi pemilihan imam sama ada beliau dari parti politik PAS atau bukan.Jika bukan maka tidak sah sesuatu solat itu jika berIMAMkan imam yang datangnya dari selain parti PAS.Ya..ini berlaku disini hanya ditiada gambar maka ia tidak boleh dibuktikan dengan sahih.Sila teruskan pegangan atau pendirian anda.Hanya yang berlaku mestilah mempunyai bukti bergambar selain 4 saksi.Disini kami terpanggil untuk datang ke tanjung piandang hasil umpatan kecil dikedai mamak yang membualkan 1 isu 'Kerana Taksub PAS seorang abang kandung menghalau adiknya'dan kami datang sendiri ke tempat itu bagi kesahihan atau hanya sekadar Propaganda.Hasil semakan ceritanya begini.

Kuala kurau  31 Disember - Hanya kerana menyertai Program Karnival Tahun Baru  seorang wanita menerima padah apabila menerima berita duka oleh anaknya 'Mak kita dah tak boleh meniaga pakcik halau kita' ekoran diusir oleh abang kandungnya sendiri dari gerai usang yang diusahakan bagi menampung keluarga.Itulah nasib yang menimpa Saadiah Binti Mad Yusuf.Gerai usang itu adalah punca utama pendapatan beliau dan keluarga tapi malangnya diusir oleh abangnya kerana menyambut merdeka bersama masyarakat setempat.Beliau bukan hadir ke ceramah Umno tapi 'Karnival tahun baru yang acaranya seperti berikut :

1. Pertunjukkan manusia terpendek di dunia
2. Nyanyian lagu 60-an
3. Deklamasi sajak Gaza.
4. Pertunjukkan bunga api.

Tanjung Piandang  9 Januari - Sebaik kami tiba disini kami nampak sekumpulan masyarakat sedang bergiat membina gerai baru.'Ini sumbangan cikgu cop yang agak risau tentang keadaan Saadiah dan keluarga' kata mereka.Saadiah tiada disitu beliau ke hospital menghantar suaminya cuci darah.Apakah benar kisah ini berlaku?Jika benar Apakah yang menimbulkan kemarahan yang begitu ketara hingga keputusan sebegitu hina dibuat?Hasil soalan yang diajukan kepada masyarakat disitu rupanya beliau menyertai konvoi dalam karnival tersebut itu adalah punca hingga menimbulkan kebencian yang ketara?.Kami cuba mendapatkan alasan si abang kepada kandung beliau tetapi enggan untuk diberi kerjasama kepada kami.Hanya jiran muda menegur kami dengan menyatakan 'baik abg balik nnt kena parang naya' kami bertanya serba sedikit yang mereka tahu tentang jiran mereka itu lalu mereka mengulas 'Dia ni payah cerita semua orang umno dia kata kapiaq (kafir) dia halau adik dia sebab bercampuq dengan orang umno la'




Pada jam 12 tengahari baru ternampak Saadiah Binti Mad Yusuf pulang dari hospital kamunting membawa suaminya menjalani rawatan dialisis dengan menaiki motorsikal.Saadiah Binti Mad Yusuf adalah seorang ibu kepada 7 orang anak yang juga seorang penjaga suaminya yang sakit menghidapi penyakit kencing manis,buah pinggang serta kudung sebelah kaki akibat kencing manis.Jadi tidak mustahil untuk kita bayangkan betapa berat beban yang ditanggung oleh Saadiah Binti Mad Yusuf ini.Bila diminta apakah cerita mereka ini benar dan beliau setuju dan benar sambil menceritakan kembali perkara yang menimpa beliau.'Malang fahaman politik tidak berbaur' inilah yang boleh diperkatakan oleh kami.Kasihan bukan ceritanya tetapi tetapi ini cerita ideologi politik tegar atau taksub kepada amanat pemimpin PAS hingga ZALIM kepada adik kandung sendiri.Selepas ini siapakah mangsa seterusnya jika Parti PAS menerajui negara? Kami dan ANDA sekalian jangan risau kita tak mungkin terlepas.

P/s: Kerana amanat masyarakat binasa.

PAS FOR ALL !!!

6 comments:

  1. salam tuan boleh linkkan blog saya

    www.headbomb.blogspot.com

    saya dah linkkan blog tuan ke dalam blog saya.. t kasih ")

    ReplyDelete
  2. Good, kat sebelah kampung gua ni bro. anyway mohon juga link http://beliabangkit.blogspot.com/. tq

    ReplyDelete
  3. ok.. saya sudah link kan blog saudara. terima kasih

    ReplyDelete
  4. #PBR KAH KAH KAH.. pengkabaran Lepas pendedahan yg dilakukan oleh #PBR. MUJAHID berjumpa mangsa. apa dia buat selama ini???

    ReplyDelete
  5. hangpa tak link pun blog Penggempur Mutiara no?

    link sat... http://lamanizzs.blogspot.com/

    hehehhee...

    ReplyDelete