Nuffnang

Tuesday, September 26, 2017

Wan Junaidi BIDAS Janji Manis Mahathir Kepada Sabah, Sarawak



KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengabaikan pembangunan negeri Sarawak sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.

Tegas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Mahathir dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berjanji namun tidak pernah melunaskan sehinggalah kedua-duanya tidak lagi berkuasa.

"Semasa Mahathir jadi Perdana Menteri, dia tak beri apa-apa kepada Sarawak. Apa yang dia beri kepada Sarawak? Cakap saja.

"Anda tahu tidak saya mahukan naikkan dana MRP (Projek Luar Bandar Kecil) untuk Sarawak? Datuk Seri Anwar campakkan fail kepada saya. "Kita tidak boleh campak semua duit kepada Sarawak!" Itu jawapan yang diberikan (Anwar) kepada saya. Saya pendamkan hal ini selama lebih 20 tahun," katanya yang juga Ahli parlimen Batang Lupar itu.

Menurutnya lagi, kisah Sarawak diabaikan pemerintahan Mahathir dan Anwar diketahui seluruh rakyat negeri berkenaan.

"Jadi janganlah cakap mengenai (janji) mereka (Pakatan Harapan). Mereka tidak bercakap perkara benar. Ini semua politik sahaja.

"Orang Melayu di sana (Sarawak) dan orang Cina pun memahami (mengetahui) cerita ini. Mereka (pembangkang) tidak berkata perkara benar," tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadiran Mahathir ke Sarawak baru-baru ini yang dikatakan kononnya mendapat sambutan hebat dari rakyat Bumi Kenyalang tersebut.

Menurutnya lagi, jumlah 8,000 hadirin yang dikatakan besar itu sebenarnya jauh lebih kecil berbanding sewaktu kedatangan Mahathir ketika masih bersama kerajaan dahulu.

Mahathir Ahad lalu tiba di Kuching selaku Pengerusi Pakatan Harapan berjanji untuk mengkaji semua 16 perkara tuntutan Sarawak dan 20 perkara tuntutan Sabah sekiranya rakyat kedua-dua negeri berkenaan memberi mandat kepada Pakatan Harapan meneraju negara pada PRU14.

Mengulas mengenainya, Wan Junaidi membidas mainan politik untuk memancing undi Mahathir itu sambil menyifatkannya sebagai sampah.

"Mengapa saya katakan sampah? Saya tidak suka menghina orang (tetapi) kamu datang ke negeri saya dan katakan macam ini (memburukkan kerajaan).

"Dulu masa kamu jadi Perdana Menteri, kamu mempunyai kuasa untuk melaksanakannya, tetapi kamu tak buat," tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment