Nuffnang

Tuesday, September 1, 2015

Penganjur #Bersih4 bakal terima bil pembersihan. @bersih2 @ITISDBKL @mpkotabelud



Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menghantar bil bagi kerja-kerja membersihkan kawasan kepada penganjur perhimpunan haram Bersih 4.0 bernilai RM65,000 selewat-lewatnya minggu ini.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya telah mengambil kira kos tambahan membersihkan kawasan yang digunakan dalam perhimpunan berkenaan dan jumlah itu hanya membabitkan kerja-kerja pembersihan di ibu negara.

“Oleh itu penganjur, Maria Chin Abdullah jangan habiskan dana yang dikumpul kerana kita akan menghantar bil kepadanya dalam minggu ini untuk mereka bayar,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal di Serdang, Selasa.

Menurutnya, bil tersebut akan dihantar dalam masa terdekat.

“Untuk makluman, bil itu adalah untuk kos pembersihan sahaja belum lagi termasuk dengan kos kerosakan dan sebagainya yang akan dinilai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya lagi.






1 comment: