Nuffnang

Thursday, August 20, 2015

@PDRMsia Perlu Siasat Kaitan Tun M dengan @sarawak_report - @huan2u @tunfaisal @drnovandri



Satu laporan Polis telah dibuat oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan mengenai kadungan Blog (www.malaysiadailyopinion.com) mengenai satu konspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia (Barisan Nasional).

Dakwaa serius dari artikel Blog berkenaan yang bertajuk, "Is Dr Mahathir the lead character in Malaysian House of Cards?" telah menamakan beberapa nama dari pihak pembangkang seperti Tony Pua, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim yang berkonspirasi dengan pihak luar Clare Brown.
Claire Brown merupakan pelarian yang dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia dan warganegara Swiss Xavier Justo yang juga baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun di Thailand, dalam satu skim yang melibatkan percubaan untuk urusan wang haram, satu percubaan untuk memanipulasi institusi kehakiman Malaysia, memalsukan dokumen, memanipulasi pasaran kewangan dan percubaan untuk memalsukan pertuduhan ke atas Perdana Menteri yang dilantik secara demokratik.




Selain daripada nama-nama pemimpin pembangkang di atas, blog tersebut juga menamakan mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembantunya En. Sayed Yusof sebagai pihak yang turut terlibat dalam jenayah bersama pemilik The Edge Tong Kooi Ong.

En. Tong Kooi Ong yang sememangnya telah menjadi subjek siasatan polis di bawah Seksyen 124 dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan secara haram, dijelaskan secara terperinci dalam blog sebagai orang depan untuk urusan perniagaan Anwar Ibrahim dan proksi kekayaannya.

Dalam sidang media singkat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi,Datuk Huan Cheng Guan dengan Tegas menyeru pihak polis untuk menyiasat kebenaran kandungan blog berkenaan dan mencari penulis blog ini dan bagaimana dia boleh menerima maklumat sebegini.




Oleh kerana dakwaan dalam blog itu adalah amat serius,beliau meminta polis menyiasat sepenuhnya dan jika didapati tidak benar, pihak polis mestilah menjelaskan dan melindungi nama baik mereka yang tersenarai dalam blog tersebut.

Sekiranya dakwaan ini benar dan mempunyai merit, maka pihak PDRM tidak harus gentar dan takut untuk menyiasat di bawah mana mana undang undang yang berkaitan di bawah Kanun Keseksaan dan mengambil tindakan sewajarnya.


Sumber ; Huan2u.com 

No comments:

Post a Comment