Nuffnang

Saturday, July 11, 2015

MP pendukung PASMA-G18-Harapan Baru rela kena pecat dari langgar Baiah! @mparitbuntar @KhalidSamad


1.Rahsia terbongkar. Mengapa wakil rakyat PAS dalam G18-PASMA takut keluar PAS? Mereka takut langgar sumpah baiah.Kalau mereka sudah sepakat mahu tubuh parti baru, mengapa mereka tak mahu keluar PAS? Kenapa mereka mahu status ahli PAS mereka dipecat atau terpecat?


2.Jawapannya ialah wakil rakyat PAS telah berbaiah dengan nama Allah ketika mereka bersetuju untuk jadi calon PAS. Kalau mereka keluar dari PAS dengan rela hati, maka sumpah baiah terkena pada mereka, Kalau mereka dipecat, mereka percaya sumpah baiah tidak terkena pada mereka.Jika wakil rakyat PAS keluar dari PAS, status mereka sebagai wakil rakyat PAS akan luput dan mereka menjadi wakil rakyat bebas serta merta. Ini bermakna jika mereka wakil rakyat PAS, maka mereka akan duduk dalam kawasan kerusi wakil rakyat bebas sepertimana Tan Sri Khalid Ibrahim di DUN Selangor, Tetapi mereka juga kehilangan keahlian PAS serta merta juga meskipun mereka masih menjadi wakil rakyat bebas.

3.Kepada ahli PAS yang menjadi pengikut dan macai PASMA-G18 dan Harapan Baru, mereka tidak perlu bimbang untuk tunggu dalam PAS sehingga mereka dipecat atau terpecat kerana mereka tidak ada ikatan baiah sebagai wakil rakyat PAS. Cumanya apabila kena pecat, sepertimana Dr Hassan Ali dan gengnya, terasa lebih terhina dan tidak bermaruah. 

gerakan ini akan tunjuk belangnya lepas sambutan Raya Aidilfitri ini. Mereka merancang untuk tidak akan keluar beramai-ramai sekali gus. tetapi akan keluar secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan untuk suatu tempoh waktu.

cabaran kuat juga bagi pas!  






1 comment:

  1. WOW...poster tu tulis Bahasa Melayu dahulu...diikuti oleh Basaha Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

    Bahasa Kebangsaan Singapura pun masa mula2 dulu adalah BAHASA MELAYU! Sekarang bahasa apa yang ditutur oleh 80% rakyat Singapura? Selain dari orang Melayu di kawasan2 hujung kepulauan Singapura, ada ke orang Singapura lain yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu?

    DAP memang celaka dan licik! Menipu orang Melayu berpanjangan!

    ReplyDelete