Nuffnang

Tuesday, July 7, 2015

DENDAM MAT SABU, KITA AKAN HANCURKAN PAS SAMPAI LUMAT




bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu bahawa pada PRU akan datang, PAS tidak akan mendapat lagi sokongan undi daripada bukan Islam.
Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan PAS adalah suram kerana memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.

“Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.
“Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” 


Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.

“Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.
“Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%,” katanya.

Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.“Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.
“Ini semua sudah terkebelakang,” katanya.

Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri – Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan – dalam pilihan raya umum 2008.
“Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.

“Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang.
“Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain,” katanya.Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

3 comments:

  1. Mat Sabu kalah 3 pilihanraya umum berturut, semuanya semasa gabungan. Kalau mat sabu bertanding tak kira dimana, atas parti apa, atas gabungan apa sekali pun, kekalahan yang menanti.

    ReplyDelete
  2. Mah! bolehlah hang hayun sampai lumat. Hang sendiripun dok terumbang ambing. Patutlah bela sangat Cina DAP, atas bawah dah kena sumbat.

    ReplyDelete
  3. apa dah jadi bang mat - lebih mengharapkan orang kafir untuk tegakkan Islam? harap tanya iman bukannya nafsu pentingkan jawatan

    ReplyDelete