Nuffnang

Friday, August 29, 2014

Isu Pramugari Bertudung, Zaid Ibrahim Mahu Guru & Pelajar Juga di beri Kelonggaran untuk tidak bertudung

Zaid Ibrahim mahu mereka yang ingin menunjukkan rambut mereka dan memakai kebaya dan bukannya baju kurung lharus dibenarkan untuk berbuat demikian tanpa menarik ancaman tindakan disiplin atau turun pangkat.

Citing an example of personal choices based on his wife’s determination to don the hijab (tudung) after they got married, former Law Minister Datuk Zaid Ibrahim welcomed stewardesses being given the option to choose whether they want to wear the hijab or not, while stating things should also work in reverse.
This was said in light of suggestions that has been put forth by various quarters, namely Umno Youth to give stewardesses the option of donning the hijab in the run up to Khazanah Nasional announcing their restructuring plan today for the ailing national carrier Malaysia Airlines (MAS).
Stating that while he tried to dissuade his wife from wearing the hijab on the grounds that “beauty is God’s gift to mankind — why hide it”, Zaid, however, noted that people living in a free country must be given the freedom to choose.

Wednesday, August 27, 2014

Al-Fatihah- Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Meninggal Dunia


DULU wajahnya sering menghiasi kaca televisyen bila dijemput sebagai panelis dalam Forum Hal Ehwal Islam di RTM.

Syarahan dan kuliah agamanya yang bersahaja berjaya memikat jutaan umat Islam di negara ini.
Hari ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Fadhil Ustaz Datuk Hashim Yahya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di ibu negara sebentar tadi.
Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah agar orh Allayarham ulama besar kita ini dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Al-Fatihah…

Tuesday, August 26, 2014

#krisisMB Pas mungkin pecat keahlian dua ADUN


JOHOR BAHRU 25 Ogos - Tindakan sewajarnya patut dikenakan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang mendahului keputusan pucuk pimpinan dalam memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, beliau tidak menolak tindakan pemecatan akan dibuat terhadap kedua-dua wakil rakyat berkenaan iaitu ADUN Hulu Ke-lang, Saari Sungib dan ADUN Mo-rib, Hasnul Baharuddin namun perkara tersebut akan diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin Pas.

"Dalam kita berorganisasi, apabila pemimpin terbabit terlalu lantang dan bertindak mendahului pucuk pemimpin, ini menunjukkan mereka tidak patuh de-ngan disiplin parti.

"Maka dalam hal ini Saari dan Hasnul memang wajar dikenakan tindakan termasuk dipecat. Apa pun kita tunggu jawatankuasa disiplin parti untuk melakukan yang terbaik kepada kedua-dua mereka," katanya ketika dihubu-ngi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sunday, August 24, 2014

Gempar! Menara UMNO Pulau Pinang Runtuh lagi ? @dzainalabidin @drnovandri @utaranews @APterkini


24hb Ogos 2014 (Ahad) 02:17 Pagi

Kecoh! Warga Pulau Pinang digemparkan oleh satu berita yang tidak bertanggungjawab apabila satu panggilan PALSU telah dibuat dan mendakwa MENARA UMNO yang terletak  JALAN MACALISTER akan RUNTUH.

Dua buah kereta peronda dikejarkan ketempat kejadian bagi memastikan kesahihan berita mengenai MENARA UMNO PULAU PINANG akan RUNTUH. sementara itu pihak berkuasa mengambil tindakan dengan menutup laluan Jalan Macalister  demi Keselamatan orang ramai. Ini dibuat untuk memastikan tiada kejadian buruk tidak berlaku.  

Pada SIASATAN AWAL, dimaklumkan bahawa Menara UMNO telah direka bentuk sebegitu dan tiada keretakkan pada batu tersebut.

Friday, August 22, 2014

Mak lampir @ybz99 malu besar Kongres Wanita PKR lebih kerusi dari orang! @APterkini @UtaraNews


Kongres Wanita PKR tidak dapat sambutan

SHAH ALAM - Persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR yang berlangsung pagi ini di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya sebahagian tempat disediakan yang dipenuhi perwakilan.

Ketua Wanitanya, Zuraidah Kamaruddin dalam ucapannya menyifatkan masih ramai lagi perwakilannya yang sesat di dalam Stadium Malawati.
"Wanita diberi ruang yang besar di sini.
"Saya difahamkan ramai yang masih sesat dalam stadium ini. Kena cepat-cepat ya penuhi kerusi yang ada," katanya ketika memberi ucapan, hari ini.

Wednesday, August 20, 2014

@cmlimguaneng Suda tiba masanya PPS di Hapuskan lebih banyak buruk dari baik @PDRMsia @APterkini


1. lebih banyak membawa keburukan dari kebaikkan setelah sekian lama perlaksanaan PPS (Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang) Jika sebelum ini kita dapat lihat Kumpulan ini menyalah gunakan kuasa apabila turut terbabit sama dalam inisiden pergaduhan semasa PRK Bkt Gelugor, kini kes terbaru membabitkan kumpulan berkenaan kembali panas apabila ada anggota PPS bertindak dengan memukul seorang aktivis sosial,Ong Eu Soon, 52

2.Disini PBR minta pihak berkuasa seperti  Kementerian Dalam Negeri menyiasat samada betul tak dakwaan bahawa PPS bukanlah sebuah badan berdaftar yang sah.Jika tidak sah sila ambil tindakan terhadap kumpulan samseng ini. Ia juga menuntut pendedahan prosedur pengambilan PPS dan skop tugas mereka. difahamkan aktiviti kumpulan berkenaan telah menjangkau lebih 18 bulan. pernah juga sebelum ini berlaku insiden lebih kurang sama apabila seorang wartawan dari Guang Ming Daily diserang oleh kumpulan berkenaan yang menyebabkan Kemera beliau dirosakkan. Untuk tutup mulut wartawan tersebut, Ketua PPS sendiri, Ng Wee Aik terpaksa meminta maaf bagi pihak kerajaan negeri terhadap kekasaran PPS.

3. PBR lihat gaya mereka ini sudah seperti tonto berlesen  dah. mana tidaknya difahamkan juga mereka juga memantau gerak kerja polis, sejauh mana keberkesanan PPS ini Lim guan eng kena jawab? Berapa kes diorang sudah setelkan?  Apa Info yang mereka sumbang kepada pihak polis?
Bagaimana pula ahli-ahli ini di beri keahlian? atas kapasiti apa mereka boleh menjadi ahli.Bagi PBR pula ini dah serupa kongsi gelap berlesen tajaan Kerajaan Negeri,HEBAT! siap peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta lagi, the best part  PPS ini, setiap ahli disediakan dengan walkie-talkie, pakaian, termasuk jaket dan topi. Mereka juga mendapat polisi perlindungan insurans. 

4. Pssst!! PPS RACIST!! lu boleh check ada Melayu join ke?












@Azawanhjali Meroyan bila @AzminAli tidak dapat jadi MB Selangor


Pengacara dan selebriti penuh kontroversi, Azwan Ali menyelar tindakan cawangan Pemuda Umno Puchong yang menyebarkan khabar beliau kononnya mengamuk kerana abangnya iaitu YB Mohamed Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak tidak dipilih oleh Pakatan Rakyat sebagai menteri besar Selangor.

"Besar hama pun saya tak hairan! Pemuda Umno Pucong ker..., Pemuda Obama ker... bukan mereka yang bagi saya makan. Saya mengamuk ker atau tidak, tak ada kena mengena dengan mereka. Tak perlu lah nak meroyan atau nak sentap (terasa) kerana Twitter saya adalah hak saya. Saya tak saman mereka dah cukup baik!

"Kepada pemuda Umno Puchong, tolonglah bermuhasabah. Jangan pandai-pandai menabur bidaah! (mengada-adakan sesuatu yang tak ada).

Monday, August 18, 2014

Melampau Pasukan Rondaan Sukarela tajaan @cmlimguaneng Besar kepala Pukul Orang Awam Sesuka Hati @APterkini @utranews


1.Melampau! terdesak! itu perkataan yang sesuai untuk dipertejemhakan terhdap keraskusan Skuad Peronda sukarela yang di Upah oleh Lim Guan Eng yang sewenang-wenangnya memukul orang. mana tidaknya hanya kerana memersoalkan tidak bersempedapat untuk membantah perlaksanaan projek trowong Pulau Pinang. Jangan ingat ikut suka hati memukul orang serupa negara ini tidak punya undang-umdamg! 

2.Kesalahan besarnya ialah menentang Lim Guan Eng dan projek-projek gila untuk kocek peribadi. Akibatnya Ong Eu Soon telah dibelasah oleh lebih kurang 10 orang samseng Pasukan Peronda Sukarela Lim Guan Eng yang berbaju ungu pada jam 10:45 malam tadi.Ong, 52, seorang pencinta alam, aktivis dan anak jati Pulau Pinang, juga merupakan kakitangan NGO, ALIRAN.Sebelum ini, dia merupakan antara orang yang paling lantang mempersoalkan projek Terowong Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion itu.Ketika kejadian, dia sedang berjalan di Pasar Farlim di Bandar Baru Pinang apabila 10 orang samseng PPS yang lengkap berseragam menyerbunya secara tiba-tiba dan membelasahnya dengan topi keledar. Dia turut ditumbuk dan ditendang.

Sunday, August 17, 2014

Kenyataan Media @Khalid_Ibrahim Susulan PAS Calonkan @AzminAli Sebagai Menteri Besar.


KENYATAAN MEDIA

17 OGOS 2014

SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR.

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya’Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR










Friday, August 15, 2014

Mustafa : PAS tolak @drwanazizah sebagai MB @APterkini @Utaranews @MParitbuntar


KUALA LUMPUR - Pas tetap dengan keputusan mereka menolak Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal memegang jawatan berkenaan.

"Alasan kami mengenai penolakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor telah diberikan kepada pimpinan PKR menerus pertemuan secara tertutup baru-baru ini.

"Abdul Khalid diterima sultan sehingga satu masa. Kalau orang lain jadi menteri besar pun kita akan bersama dengan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Lajnah Politik Pas, malam ini. 

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, mesyuarat yang diadakan selama dua jam turut membincangkan mengenai tindakan dua Adun Pas Selangor yang menyokong Wan Azizah walaupun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama.

"Kita akan menjalankan siasatan terlebih dahulu dan bakal memanggil mereka untuk memberikan penjelasan," katanya.

Thursday, August 14, 2014

#NibongTebal Pelajar Tingkatan 5 Disiasat mengikut Akta Hasutan @PDRMsia @APterkini @Utaranews


NIBONG TEBAL, 13 Ogos - Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di sini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang 'Like' I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan kontroversi di kalangan warga sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan ACP Shafien Mamat berkata setakat ini polis telah merekod keterangan lima orang termasuk guru pelajar berusia 17 tahun itu.

"Semalam kami ambil keterangan pelajar berkenaan dan hari ini kami ambil keterangan tiga lagi rakannya berusia 17 tahun dan seorang guru berusia 40-an bagi membantu siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi, di sini Rabu.

Beliau berkata tindakan pelajar berkenaan menekan butang 'Like' itu menarik banyak komen antaranya daripada guru sekolah itu yang meluahkan rasa kecewa dan terdapat juga komen yang mengecam dan mencadangkan agar pelajar itu dibakar.

Shafien berkata keadaan itu menyebabkan pelajar berkenaan berasa bimbang untuk ke sekolah berikutan menerima kecaman daripada guru dan rakan-rakan sekolahnya selepas tindakannya itu.

Beliau berkata pelajar berkenaan yang berasa bimbang dengan keselamatannya membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Mutiara dan menutup akaun Facebook miliknya.

Shafien berkata pelajar lelaki itu mendakwa tindakan menekan butang 'Like' itu dilakukan secara tidak sengaja.

"Siasatan terbahagi kepada dua aspek iaitu mengapa pelajar itu menyokong laman berkenaan yang mencetuskan perbalahan dan berhubung ancaman yang diterimanya," katanya.


Padan Muka! Pesalah trafik tulis ayat lucah pada buku saman @PDRMsia kena hukum! @APterkini @Utaranews



masihkah anda ingat mengenai 1 kes yang menjadi viral di media sosial dimana seorang pesalah trafik dengan bangangnya menulis ayat lucah dibuku saman polis? gambar berkenaan tersebar luas dilaman sosial Facebook iaitu satu surat saman polis terhadap pesalah jalan raya. Memang tidak pernah dibuat orang lagi ada isu sebgini tandatangan.

situasi ini PBR lihat memang kurang ajar  ia seolah-olah lelaki tersebut tidak dapat menerima kesalahan yang dibuatnya.Difahamkan kejadian berlaku begini, 

Zuhdi tuntut 15 persoalan wajib di jawab @anwaribrahim Mengenai Konsensus Nasional #KajangMove @APterkini @Utaranews

SAYA menerima dan memperolehi maklumat-maklumat dari pelbagai sumber tentang Konsensus Nasional dan Kajang Move ini, justeru saya memohon kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk menjelaskan ketidakpastian berikut:

1. Benarkah seawal beberapa hari lepas PRU13, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggerakkan satu langkah untuk mewujudkan satu kerajaan 'Konsensus Nasional' dengan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Razak. Pencapaian buruk BN di bawah Najib, telah menyebabkan dia berkemungkinan berhadapan dengan desakan-desakan dari dalam Umno sendiri supaya beliau melepaskan jawatan sepertimana yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Benarkah setelah melihat kepada situasi tersebut, Anwar telah mengambil inisiatif mengusahakan perkara ini?

2. Benarkah Jusuf Kalla (sekarang Timbalan Presiden Indonesia) telah menjadi mediator antara Anwar dan Najib untuk menjayakan langkah 'Konsensus Nasional' ini, dan beliau telah datang beberapa kali ke Malaysia untuk tujuan tersebut?

#krisisSelangor Nenek @drwanazizah meroyan konon dapat sokongan Kipas 30 Adun @APterkini @utaranews


DS Wan Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti di DUN Selangor
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.
"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Wednesday, August 13, 2014

#BaganSerai tidak sempat meloloskan diri maut dalam kebakaran


Bagan Serai: “Hancur hati saya apabila mengetahui suami mati dalam keadaan memegang kunci dan ditemui di bawah meja kedai kami selepas kebakaran itu,” kata Boon Poey Ling, isteri kepada ahli perniagaan, Tan Kok Wei yang maut dalam kebakaran membabitkan rumah kedai tiga tingkat di Jalan Siakap, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, Tan, 40, dipercayai mati akibat terhidu asap tebal di tingkat bawah bangunan ketika cuba mengambil kunci pintu belakang premis berkenaan untuk menyelamatkan keluarganya yang terperangkap.

Bagaimanapun, Poey Ling, 37, ibu bapanya, Ong Faw Eng, 63, dan Tan Kow Kiah, 64, serta dua anak mangsa, Tan Zing Yin, 5, dan Tan Zing Xi, 12, diselamatkan anggota bomba dan penyelamat serta hanya cedera ringan.

@SaifulBukhari Saman @anwaribrahim Tuntut Gantirugi 50 Juta berkaitan kes liwat @Utaranews @APterkini


KUALA LUMPUR – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya enam tahun lepas.

Mohd Saiful, 27, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, pada 23 Jun lepas melalui Tetuan Zamri Idrus & Co. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan hari ini selepas kes itu disebut untuk pengurusan kes.

Dalam writ samannya, Mohd Saiful mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh defendan (Anwar) dan selepas Anwar menuduh laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful berkata perbuatan liwat itu adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Anwar perlu membayar ganti rugi kepadanya di atas perbuatan liwat itu dan akibat fitnah yang dilemparkannya berhubung laporan polis itu.

Mohd Saiful mendakwa defendan (Anwar) sesungguhnya bertanggungjawab ke atas segala kerosakan dan kehilangan yang dialami plaintif (Mohd Saiful) akibat diliwat oleh defendan.

#paritbuntar #Al-Fatihah Kereta terbabas Anak Maut dihempap kereta Ibu


Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Megat Aris, Bagan Tiang di sini, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu ibunya ketika dalam perjalanan ke sekolah, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, difahamkan kenderaan itu terbabas dan terbalik akibat melanggar kabel elektrik di kiri jalan.

Mangsa Muhammad Ilham Zaki, 8, yang lengkap berpakaian sekolah maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari tingkap hadapan tempat duduk penumpang sebelum dihempap kereta itu.

Jurucakap polis mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

#krisisselangor @mparitbuntar beri signal ikut telunjuk @anwaribrahim & @cmlimguaneng @Khalid_ibrahim @APterkini


- Tepat ramalan PBR mengenai apa hala tuju yang akan dipilih oleh Mujahid mengenai krisis kepimpinan Selangor yang cendorong mengikuti jubor Anwar & lim guan eng. Pandai si Mujahid ini mempersoalkan kredibiliti TS khalid Ibrahim. Apa kejadahnya Pula kalau si Mujahid ini sendiri gagal mengikuti keputusan Majlis Syura dan Presiden Pas sendiri yang menyatakan sokongan buat Khalid.

Sepatutnya Si Mujahid ini patut kena Sacked dari Pas kerana selalu sangat bercanggah dengan kepimpinan teringgi Pas. Pada pandangan PBR maka sebaik lah si Mujahid ini menumpukan keprihatinan beliau pada Parlimen Parit Buntar itu sendiri yang masih banyak masalah yang gagal diselesaikan. Tak payah nak "gatal pungkuq" nak turut masuk campur perihal #krisisSelangor, Hal Selangor sebaiknya biarkan ADUN & rakyat Selangor tentukan.


Tuesday, August 12, 2014

Amaran @khalid_ibrahim buat "Exco Lu Langsi Lu Letak Jawatan!"


Gila betul Khalid Ibrahim ni...... Ini betul-betul tindakan berani mati dari seorang Menteri Besar yang statusnya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Sama ada tindakan  "anak jantan" ini akan memberikan kelebihan padanya atau tidak, sama-sama kita saksikan tindak balas dari PR.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan telah memecat serta merta kesemua Exco daripada DAP dan Parti Pakatan Rakyat.

Sunday, August 10, 2014

Remaja #Gaza berjaya jana gas memasak & elektrik guna Air @APterkini



Peperangan Gaza ketiga yang berlarutan sejak 8 Julai yang lalu sudah meragut lebih dari 1500 nyawa dan mencederakan ribuan warga Gaza. Selain daripada masalah nyawa yang boleh melayang dengan tiba – tiba, penduduk Gaza juga berhadapan dengan masalah mendapatkan kemudahan asas untuk terus hidup. Lebih kurang seminggu lalu satu – satunya stesen janakuasa di Gaza di bom regin Zionis mengakibatkan penduduk Gaza kini terpaksa bergelap. Penggunaan janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik kini menjadi kebiasaan tetapi bekalan petrol pula sukar didapati kerana sekatan Israel serta terowong menyeludup yang sudah dimusnahkan.
Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18) mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air. Alat ini dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya mampu menghasilkan bekalanhidrogen dari air yang kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk menggerakkan generator elektrik. Ibrahim mendapat idea untuk mencipta alat ini kerana tidak tahan dengan sekatan terhadap penggunaan bahan api yang  dikenakan regim Zionis sejak 2006. Bahan api yang diimport ke Gaza dihadkan jumlahnya dan dijual pada harga yang terlalu mahal. Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga beliau.

Monday, August 4, 2014

DAP mahu Abdul Khalid diganti kerana dia sukar dirasuah - Zainuddin Maidin @APterkini @Utaranews


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata punca sebenar parti DAP menggelarkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ‘pengkhianat’ adalah kerana Abdul Khalid sukar dirasuah dan tidak akan meletakkan jawatan secara sukarela.

Dalam artikel terbaharu dari blog beliau, Zainuddin berkata krisis politik di Selangor yang berpunca dari perebutan jawatan menteri besar ketika ini adalah kerana Abdul Khalid dilihat sebagai seorang yang tidak pandai berpolitik dan beliau telah mengecewakan pihak–pihak yang mahukan kuasa pentadbiran terutamanya berkaitan sumber kewangan negeri.

“Jawapannya mudah sahaja dan tidak perlu analisis mendalam. Pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah orang Cina. Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP,” katanya dalam zamkata.blogspot.com.

Katanya lagi bangsa Melayu tidak mempunyai wang yang banyak untuk merasuah dan mereka terlalu malu untuk melakukannya sesama sebangsa.