Nuffnang

Thursday, July 31, 2014

Pas akan ambil tindakan tataterbit terhadap PU Shahul? @mparitbuntar @APterkini @UtaraNews


1.Hari ini PAS Pulau Pinang mengadakan satu sidang akbar mengenai isu Klip Video Pencermah bebas Ustaz Shahul Hamid yang di Perkatakan menghina agama hindu. sidang media turut dihadiri oleh MP Parit Buntar, Mujahid Rawa dan ketua penerangan PAS Negeri, Ustaz Rosidi Hussain di Masjid PERDA lewat tengah hari tadi.

2. klip video berkenaan telah dirakam lebih dari 4 5 tahun lepas akan tetapi menjadi isu hangat apabila diviralkan di media sosial facebook sejak akhir-akhir ini. Klip video yang telah disebarkan di media sosial Facebook itu antara lain mengandungi unsur hasutan, apabila Shahul didakwa berkata: “Jika anda pergi ke kilang berhampiran Permatang Pauh, iaitu Allagappas, anda akan melihat patung (dewi) di pintu masuk, dan lidah keluar. Mengapa lidah keluar? Kerana dewi mesti rasa semua serbuk kari sebelum mereka menjualnya.”

Wednesday, July 30, 2014

Ex Setpol Arwah Ustaz Azizan Pecah Onar PKR di Kedah @mparitbuntar @drnovandri @UtaraNews @APterkini



Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Friday, July 25, 2014

Cubaan Alih Isu #KrisisMBSelangor, Kesultanan Selangor pula Difitnah Murtad @APterkini @utaranews


1. Berlegar dikalangan Media Sosial Pagi tadi, Isu Tengku Mahkota Selangor, Tengku Amir dikatakan telah murtad. Ini bukan main-main kes macam ni. bila diteliti dan bertanyakan kepada pihak-pihak yang berkenaan, ternyata ini semua fitnah semata-mata bagi memburukkan imej 
kesultanan Selangor yang mungkin mempunyai tujuan tertentu.Walaubagaimanapun kesahihan berita di portal berkenaan amatlah diragukan kerana ia adalah sebuah portal harian Yahudi Zionis Amerika yang berpusat di Tel Aviv sejak 1988. mungkin ini adalah propaganda mereka untuk mengucar kacirkan hubungan baik Malaysia dengan Portugal.


2.Apakah motif sebenar portal berkenaan cuba memalukan portal berkenaan. untuk makluman semua, portal yang berpengkalan di eropah itu mula menyiarkan bahawa satu satunya anak lelaki dan waris Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, dikatakan telah memeluk agama kristian di ketika istana Selangor kini berhadapan dengan tomahan dan cacian pihak yang berkepentingan politik terhadap isu ketuanan dan kuasa Sultan.

3. Dimaklumkan juga pengkristianan (Pembaptisan) baginda akan dilakukan oleh seorang yang juga didakwa bekas penganut agama Islam dan akan dilakukan di Santa Maria Cathedral di Braga, Portugal.Sebenarnya perkara serangan terhadap Istana Selangor ini mungkin boleh di jangka kerana sejak kebelakangan ini pihak Istana sering di serang dengan pelbagai isu termasuk soal ketuanan dan kekebalan Sultan didalam menjadi Ketua Agama Islam terutamanya Selangor. Malah Baginda Sultan Selangor sendiri di perlekehkan oleh beberapa orang yang berkepentingan politik.

4. Malahan Baginda Sultan juga pernah menzahirkan kemarahan Baginda ketika baginda berucap di majlis perasmian sebuah masjid di Sepang, Selangor, beberapa minggu yang lalu, dan ianya belarutan sahingga membawa kepada tidak menerima mengadap mereka yang terlibat.Jadi serangan kepada Kerabat dan Istana ini sudah boleh di jangkakan, oleh itu rakyat Selangor tidak perlu panik dengan sebarang serangan dari portal berkenaan yang mungkin mendapat petunjuk dan ajar dari mereka mereka yang bakal di halau keluar dari negeri Selangor ini. Saperti pesalah yang di jatuhkan hukuman ‘Buang Daerah’.

5. PBR lihat isu ini pekara serius, dan berharap Polis boleh memgambil tindakan drastik menyiasat siapa  dalang disebalik portal berkenaan . Sebenarnya isu-isu sebegini  memberi tamparan hebat buat umat Islam di Malaysia ini dan mencemarkan dan cuba memecahbelahkan umat Islam. Persoalan fitnah ini adalah kenapa cerita mengarut ini keluar semasa Selangor menghadapi krisis Menteri Besar? adakah cubaan untuk alih isu berkenaan sehingga Isnstitusi kesultanan Selangor diheret sekali? 

6. Adakah permainan fitnah ini dimainkan oleh Puak PR? Agaknya agenda mereka amat besar jika ini benar berlaku, mana tidaknya jika mereka berjaya mencermarkan imej Sultan, mereka secara tidak langsung berjaya menghidupkan keraguaan kepimpianan sultan dalam hal Agama Islam. bila Sultan sudah dilihat tidak mempunyai kredibiliti, Apa akan jadi pada JAIS & MAIS ? Sebelum ini yang banyak membela JAIS & MAIS adalah Sultan.

* Berita dari Istana- Tengku Muda akan bersembahnyang Jumaat di Masjid Bukit Jelutong hari ini semperna hari Pahlawan. Baginda Sultan murka dengan pekara ini dan memaklumkan kepada IGP.Baginda Sultan Juga akan menyaman pihak yang tidak bertangungjawab itu.

Thursday, July 24, 2014

#MH17 Protestor Mahu Anak Perempuan Putin Dihalau Keluar Dari Belanda @APterkini @Utaranews



Bapanya telah dipersalahkan di atas kematian 193 rakyat Belanda dalam insiden nahas pesawat MH17, Khamis lalu.

Hanya kerana dia merupakan anak perempuan Presiden Rusia, Vladimir Putin, kini kehidupan peribadi Maria Putin, 28, pula telah diganggu sebilangan besar penduduk di The Hague, di bandar di mana Maria menetap bersama kekasihnya, seorang warganegara Belanda, Jorrit Faassen berusia 34 tahun.

Datuk Bandar Hilversum, Pieter Broertjes, sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa mahukan anak Putin itu dihalau keluar dari Belanda hanya disebabkan insiden nahas MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu.

@cmlimguaneng @abdmalikkassim Sila Jawab Persoalan UMNO P.Pinang ! @dzainalabidin @drnovandri @APterkini @utaranews

Kenyataan Media 
YBhg Dato Zainal Abidin Osman 
Pengerusi Perhubungan UMNO 
Negeri Pulau Pinang
Khamis 24 Julai 2014


Kenyataan Terhadap Kritikan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dan EXCO Kerajaan Pulau Pinang YB Dato' Malik Kassim terhadap Ucapan Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

1. Dalam satu kenyataan kepada media semalam, YB Dato Malik Kassim, Exco Agama Islam Pulau Pinang telah menyatakan jumlah peruntukan yang diagihkan untuk tujuan urusan pentadbiran dan pembangunan Islam bagi tempoh 2008-2013 di Pulau Pinang iaitu sejak DAP mengambil alih kerajaan Pulau Pinang pada 2008.

2. YB Dato Malik Kassim, Exco Agama Islam Pulau Pinang telah memberikan butiran - butiran berikut sebagai bukti bahawa kerajaan negeri tidak menyekat peruntukan kepada perkembangan syiar Islam dan pembangunan agama Islam di Pulau Pinang:
2008 – RM25.49 juta,
2009 – RM35.78 juta,
2010 - RM37.85,
2011 - RM 63.21,
2012 -  64.03 juta,
2013 – RM54.55 juta,
2014 – RM51.17 juta.

Wednesday, July 23, 2014

BAGAIMANA NASIB @drwanazizah KALAU @khalid_ibrahim BUBARKAN DUN SELANGOR? @APterkini @utranews


Semuanya di tangan Khalid selaku Menteri Besar yang masih berkuasa di Selangor.
Atau mungkin Khalid boleh mengambil langkah berani keluar PKR dan menyertai PAS dan secara mudahnya majoriti di Selangor milik PAS.

Tapi persoalannya adakah Khalid berani melangkah dan Pimpinan PAS berani menentang Anwar?

memang sukar untuk dicari perkataan paling tepat menggambarkan apa yang sedang dan akan berlaku dalam politik Selangor selepas Dr Wan Azizah diumumkan oleh suaminya bakal ambil alih jawatan menteri besar daripada Khalid Ibrahim, lewat malam semalam.Kemelut politik paling dahsyat sedang melanda negeri yang paling maju itu. Anwar Ibrahim umum keputusan tengah malam selepas mesyuarat PKR di Petaling Jaya. Ianya mengejutkan sesiapa juga.

Banyak sebab untuk kita rasa terkejut. Pertama, apakah Selangor akan dapat menteri besar yang pertama wanita dan jadi negeri yang pertama di Malaysia bermenteribesarkan wanita? Apakah ini adab dan tatacara yang betul untuk mengganti menteri besar sedia ada yang sihat dan mampu bekerja? Apa salah Khalid hingga perlu diganti? Mengapa Anwar begitu tergesa-gesa hingga keputusan dibuat dalam mesyuarat PKR, bukan PR?Dua minggu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas mesyuarat Majlis Setiausaha PR berkata kedudukan Khalid sebagai MB Selangor akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PR yang berlangsung hari ini.

Friday, July 18, 2014

Ketua Pemuda PAS @suhaizankayat Mangkaq Ubi pertikai laluan udara #MH17 @APterkini @Utaranews


Epik!! Jom lihat & Kenali Pemuda PAS Pusat paling FAILED sejak zaman Pas diasaskan.tak lain dan tak bukan Si Suhaizan Kamjat! kenapa PBR si Suhaizan ni ketua Pemuda Pas yang failed? sebab bodoh bebenar komen dia yang mempertikaikan laluan udara yang digunakan oleh pesawat MAS MH17. Sesuai Bebenarlah si kamjat sorang ni buat komen pasal laluan Udara itu didalam portal SorosKini.

1.Jika nak baca lebih lanjut mengenai komen si kamjat ni sila KLIK SINI
kepada si kamjat Suhaizan, bro kena ingat bukan semua benda kita ketahui A sampai Z. PBR bagi contoh kalau seorang Doktor tak semestinya dia juaga pandai repair kereta. Jika tak tahu lebih baik diamkan diri. simpan sikit bodoh tu. 

Thursday, July 17, 2014

Jemaah temui ajal ketika sujud

JASIN - Seorang pesara guru ditemui meninggal dunia ketika sujud terakhir solat Maghrib berjemaah di Masjid Al-Ghaffar, Jasin malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, Mohamed Nor Abu, 72, dipercayai dalam keadaan sujud sebelum rebah secara tiba-tiba lalu dibantu jemaah lain mengangkatnya ke bahagian tepi masjid.

Imam 1 masjid Al-Ghaffar, Muhammad Adib Hatim, 29, berkata, beliau hanya menyedari insiden itu setelah selesai mengimamkan solat fardu tersebut sebelum mendapati Allahyarham yang berada di saf pertama tiba-tiba rebah.

MP Yahudi mahu semua kaum ibu rakyat Palestin dibunuh

Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan kontroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.

Menurut satu laporan laman berita Israel, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.

Monday, July 14, 2014

@mparitbuntar Hanya ada telur untuk kecam NGO Melayu sahaja


1. Tiba giliran Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia mengutuk tindakan AJK PAS Pusat, Mujahid yang hanya Pandai tunjuk telur kebranian terhadap NGO Melayu. Idea bodoh lontaran Mujahid mahu kerajaan hapuskan ataupun mengharamkan pertubuhan besrsifat perkauman!

2. Si liberal ini pada masa yang sama mana ada telur untuk menegur persatuan bukan Melayu. kita dapat lihat bertapa pilih bulu si mujahid ini, kita ambil contoh Lembaga pengurusan sekolah cina 
( Dong Zhong) yang lantang mempersoalan hak Melayu & Islam Apa yang Mujahid ini Lakukan.
kunci mulut sorok telur dalam kelambu? diam tanpa bicara. kenapa perlu double standard. PBR liht Mujahid ini hanyalah si Politikus yang mencari political mileage untuk dirinya sahaja. untuk membela jauh sekali.

3.So Tidak perlu hairan dengan tingkah laku Mujahid yg terlebih liberal ini . kenyataan Mujahid ini sungguh tidak adil kepada umat Islam khasnya dan Melayu amnya. Kenapa perlu mengharamkan PERKASA? Kenapa Perlu Haramkan ISMA (Ikatan Muslimin Msia) bukan kah Mujahid akan menampakan gambaran buruk kepada Islam ?

4.Sesunguhnya Mujahid ini dapat di ibaratkan sebagai musush dalam selimut kerana berlaku biadap pada bangsa dan agamanya sedndiri. bukan nak satu kan bahkan dia la bapak perpecahan.

Sunday, July 13, 2014

MABUL under Attack

SEMPORNA – Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi.

Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom, telah mengorbankan seorang Anggota Polis yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi, pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran, bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang Anggota Polis maut dalam kejadian tersebut.
Menurut sumber, seorang anggota Polis turut diculik dalam kejadian tersebut.

Friday, July 11, 2014

@mparitbuntar sokong LGBT (AKHIRNYA TERBUKTI PAS Sokong LGBT) Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional LINDUNGI LGBT

Temubual Mujahid, MP Parit Buntar dengan Malaysiakini a.k.a SorosKini

1. sekali harung video bual bicara berkenaan pada asalnya kita lihat macam tak ada apa yang pelik, tetapi kalau kita teliti betul-betul tengok banyak kali  PRAP!! Ada sesuatu yang tidak kena. Persoalannya bermain kat Kepala otak PBR kena si Mujahid betul-betul mahu memberi pengiktirafan terhadap golongan LGBT ini? 

2. kenapa perlu Mujahid memberi pengiktirafan sebegini kepada golongan berkenaan? makin  nampak sikap liberal Mujahid. kita boleh nampak sikap JELAS liberal Mujahid dalam kenyataan beliau  berkaitan draft undang-undang keharmonian nasional dan rekonsiliasi.

3. Jika anda bersetuju dengan kenyataan Mujahid, anda akan mendapati diri anda tergolong dalam kumpulan liberal yang mendukung LGBT ini. mungkin bagi orang bukan Islam melihat apa yang dinyatakan oleh Mujahid itu adalah kebenaran tetapi harus di ingatkan bahawa secara tidak langsung mengiktiraf golongan terbabit. perlukah nanti dalam borang pemohonan perlu disediakan ruangan khas untuk golongan ini. tidakkah jika pekara itu terlaksana pada masa mendatang pemikiran liberalism akan terus mekar subur dan lama kelamaan secara automatiknya kita akan mengiktiraf LGBT .Adakah kita mahu perbuatan golongan LGBT ini di terima secara halus?

Thursday, July 10, 2014

@Proframa menngancam keamanan & keselamatan negara -TS Zaman Khan @APrerkini @Utaranews

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan semalam telah tampil membuat laporan Polis susulan kenyataan berunsur hasutan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 2 P.Pinang, P Ramasamy berkenaan isu tragedi 13 Mei.

Tan Sri Zaman ketika ditemui selepas membuat laporan tersebut memberitahu kepada pihak media bahawa tindakan yang dilakukan oleh Ramasamy adalah satu perkara yang merbahaya dan dikhuatiri boleh mengugat kesejahteraan rakyat di negara ini.

#Pray4Gaza Jom Kenali Briged Al-Qassam


Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ". Jika di Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya dan Israel dengan Shayetet 13.

Manakala Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984

#PRAY4GAZA DOA QUNUT NAZILAH @APterkini @utaranews

Dipetik dari : Abu Aqif Studio


اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù…ُÙ†ْزِÙ„َ اْÙ„ِكتَابِ ، سَرِÙŠْعَ الْØ­ِسَابِ ،اِÙ‡ْزِÙ…ِ الإْØ­ْزَابَ ،اللَّÙ‡ُÙ…َّ اِÙ‡ْزِÙ…ْÙ‡ُÙ…ْ ÙˆَزَÙ„ْزِÙ„ْÙ‡ُÙ…ْ

Allaahumma munzilal-kitaab, Saree’al-hisaabi, Ihzimil-‘ahzaaba, Allaahumma ihzimhum wa zalzilhum

Ya Allah yang menurun kitab (Al-Quran), Yang cepat pembalasannya, Ya Allah hancurkanlah tentera al-Ahzab, Hancurkanlah dan goncangkanlah mereka (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

O Allah The Revealer of The Book (Al-Quran), The Most Immediate in Judgement, O Allah please destroy the Ahzab, Destroy and shake them (Narrated by Bukhari and Muslim)

Doa di atas adalah salah satu doa yang thabit dari hadis Nabi Salallahu Alaihi Wassalam yang boleh diamalkan di dalam qunut nazilah. Doa ini diambil dari kisah Nabi yang telah berdoa ke atas musyrikin yang berpakat dengan Yahudi memusuhi umat Islam di dalam Perang Khandaq. Allahua'lam

Tuesday, July 8, 2014

Video Kenyataan Felixia Yeap Berkaitan Syahadah & Jodoh @APterkini @Utaranews


Seperti yang kita tahu Felixia Yeap telah pun selamat memeluk Islam pada 5 Ramadhan yang lalu.

Nama Islam beliau adalah Raisyyah Rania Yeap.

Dalam video ini beliau menerangkan berkaitan laman FB beliau yang baru & official.

Dan belian menerangkan berkaitan "moment" semasa mengucap tempoh hari dan bercerita tentang jodoh beliau. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau

Pendedahan Eksklusif Militan Malaysia Berasal dari #ParitBuntar @APterkini @Utaranews

Pendedahan eksklusif militan warga Malaysia yang sedang berjihad di Syria. Sungguh PBR tak sangka ada juga budak kampung PBR terlibat dalam perang ini. Baca pendedahan Ahmad Salman, seorang militan di Syria selepas ini. Enjoy!
Kumpulan di sebalik serangan militan dan pengebom berani mati di Syria menarik minat lebih ramai pejuang asing termasuk rakyat Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’.

“Kami bergerak sendirian. Kami hidup sendirian. Kami memperoleh senjata sendiri. Kami tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan,” kata Ahmad Salman Abdul Rahim, 38, yang sebelum ini terlibat dalam perniagaan pembuatan filem dan pernah melanjutkan pelajaran di London dari 1997-2008 sebelum menjadi seorang pejuang jihad.Walaupun terdapat laporan yang mengaitkan militan warga Malaysia mempunyai kaitan dengan kumpulan tertentu seperti al-Qaeda dan kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil), dia menegaskan bahawa mereka berjuang secara bebas.

Monday, July 7, 2014

Tabung Haji Berhasrat miliki Hotel Sendiri di Mekah @Azeezputra @utaranews @Apterkini

Lembaga Tabung Haji berhasrat memiliki bangunan sendiri iaitu hotel Tabung Haji di tanah suci Mekah.

Tanpa menyatakan tempoh tertentu, pemilikan bangunan itu penting bagi mengurangkan kos penginapan jemaah haji yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

semoga hasrat kerajaan melalui tabung haji dapat merealisasikan impian ini. pastinya rakyat Malaysia Khasnya menyokong penuh cadangan ini.

Sunday, July 6, 2014

Kronologi Ammar Muqrish, Mangsa Jangkitan Virus JE Pulau Pinang @APterkini @utaranews



 Adik Muhammad Ammar Murqish Bin Zulkifli merupakan pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Kampung Selamat yang mengalami masalah demam panas setelah menyertai aktiviti di sekolahnya.Beliau kemudiannya di masukkan ke Hospital Kepala Batas bagi proses rawatan seterusnya mengalami beberapa masalah yang memerlukan ibu dan bapanya membawa adik Ammar ke Hospital Swasta.

Di Hospital Pantai Penang , Ammar di sahkan mengidap jangkitan virus JE setelah beberapa prosedur dijalankan oleh pihak hospital bagi mengetahui punca keadaan Ammar yang agak lemah.

Sehingga artikel ini ditulis adik Ammar sedang bertarung nyawa di hospital melawan kesan daripada virus JE yang menyerangnya.

Saturday, July 5, 2014

Maruah Islam di Celah Kangkang DAP


Blog Bangkit:Ramai yang bersetuju dengan pandangan Tun Abdul Hamid bahawa perpecahan umat Islam menjadi punca kepada keadaan di mana golongan bukan Islam seperti mengalami kerasukan dengan membuat pelbagai tuntutan dan tindakan agresif dan tidak munasabah.

Benar, kita umat Islam di negara ini tidak mahukan kepada perpecahan. Mungkin hanya segelintir menganggap dan menggunakan perpecahan tersebut sebagai baja dan batu loncatan kepada cita-cita jangka panjang mereka. Tetapi umat Islam secara umum tidak inginkan perkara itu berlaku.

Umat Islam yang berpegang teguh kepada aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang memperjudikan akidah serta Islam di dalam tindakan mereka. Tidak kira UMNO atau pun PAS ataupun mana-mana pihak sekalipun, tindakan memperjudikan akidah akan ditentang secara sepenuhnya.

Uniknya perpecahan Melayu/Islam di sini, puncanya ialah satu. Ia bermula dengan pemahaman yang tidak seia dan sekata mengenai status Islam di negara ini. Pemerintah serta organ-organ pemerintahan menegaskan bahawa negara ini sebuah negara Islam yang sedang dalam perjalanan untuk menuju pengisian dan pengamalan Islam sepenuhnya.

KENAPA ZULKIFLI ABD HIR INDIVIDU PALING DIKEHENDAKI @Utaranews @APTerkini


Kenapa Zulkifli Abd Hir Individu Paling Dikehendaki. Pengganas dari Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia. Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq.

Mereka khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi yang kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia, kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam. Agensi-agensi keselamatan serantau berkata mereka kini sedang meneliti semula pergerakan Zulkifli berikutan insiden di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara. Kenapa Zulkifli Abd Hir Individu Paling Dikehendaki.

Friday, July 4, 2014

JIJIK & BUSUK Kempen CLEANER GREENER PENANG Indah Khabar Dari Rupa !!

MMI tak pasti apa yang dilakukan oleh Adun kawasan Penanti , Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang sampaikan situasi sebegini boleh berlaku.Daripada pemerhatian MMI sendiri keadaan ini sudah berlaku sejak lama dulu dan tidak pernah ada sebarang tindakan yang diambil untuk mengatasi permasalahan ini.

Gambar atas diambil di kawasan Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda.Kedudukan tong sampah yang tidak terurus itu bukan sahaja menyakitkan mata tetapi turut mengundang rasa jijik dan bau yang meloyakan.

Kedudukan hentian bas yang kini hampir tidak digunakan jelas merupakan satu kerugian dan dalam masa yang sama kawasan tersebut turut berdekatan dengan tapak perkuburan orang-orang Islam.

Seolah-olah langsung tidak ada rasa hormat daripada pihak berwajib dengan membiarkan keadaan sedemikian.

Adakah situasi ini menyamai dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang melalui kempennya yang mahu menjadikan negeri tersebut sebagai the Cleaner and Greener malah mungkin paling Healthier ?


Melihat kepada konsep kempen yang dijalankan oleh kerajaan negeri sudah pasti keadaan sebegini tidak akan berlaku.Tetapi gambar atas menceritakan segala-galanya malah sebelum ini ada juga pihak yang meletakkan kesalahan tersebut terhadap penduduk di kawasan Penanti yang rata-ratanya adalah pengundi PKR dan Pakatan Haprak.

Apakah ianya bermaksud pencacai dan penyokong Pakatan Haprak itu jauh lebih jijik dan tidak pentingkan kebersihan ?

Bagi MMI mudah , pihak berwajib khususnya pemimpin dan kerajaan negeri harus bertanggungjawab !

MMI yakin sifat sebeginilah yang berlaku di Kampung Selamat sehinggakan 2 orang pelajar Melayu sudah pun disahkan mengidap jangkitan virus JE.

Guan Eng ang buat apa ???

Baca Lebih Lanjut : Klik Sini

#ParitBuntar Betis Berkecai Digilis Kereta di Batu 3, Parit Kasa

MANGSA kesakitan menunggu bantuan perubatan sampai untuk membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar, semalam.


Parit Buntar: Seorang lelaki hancur betis kaki kanan apabila digilis sebuah kereta dalam kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, mangsa berusia 20-an menunggang motosikal sebelum dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta menyebabkannya tercampak lebih tiga meter sebelum digilis kenderaan berkenaan.

Pemandu kereta terbabit, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain terserempak dengan mangsa dan cuba mengelak, namun gagal. dailytrafficreport.blogspot.com

Thursday, July 3, 2014

Pencuri Maut Kepala tersangkut di Papan lantai rumah @utaranews @APterkini



DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

YB DAP DI USIR DARIPADA MELAWAT BAZAR RAMADHAN @Utaranews @APterkini



Sekumpulan petugas telah bertindak menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Adun Mengkibol Tan Hong Pin ketika melawat bazar Ramadhan bandar Kluang.

Menurut Hong Pin, kumpulan tersebut yang mendakwa mereka adalah petugas keselamatan bazar bertindak menengking serta menghalau dengan kasar rombongan Pusat Komuniti Kluang (KCC).

Dalam kejadian yang berlaku 30 Jun lalu, mereka mendakwa rombongan KCC tidak memiliki surat kebenaran daripada pihak pengurusan dan menceroboh kawasan bazar.

“Mereka mengherdik dan menghalau kami dengan cara yang tidak beradab di depan khalayak ramai.

“Kami adalah wakil rakyat yang membuat lawatan rutin sambil mengedar buah kurma kepada pengunjung untuk meraikan bulan Ramadhan. Mengapa kami diperlakukan begitu?” soal Hong Pin yang juga Ketua Pemuda DAP Johor.

#SpidermanMalaysia Panjat Bangunan 36 Tingkat Ucap Happy #ramadan & Felixia Welcome to #ISLAM


Untuk membuktikan “Malaysia Boleh” seorang lelaki telah memanjat bangunan setinggi 36 tingkat tanpa peralatan yang lengkap sejurus itu ia membuktikan yang dia pun sehebat Spiderman Perancis Alain Robert.

Dengan hanya memakai sandal, baju T, seluar pendek dan beg sandang serta kamera Go Pro, lelaki yang berusia 26 tahun ini telah memanjat bangunan Sentrum di Brickfields.

Beliau sebenarnya telah melakukan panjatan ini kerana telah mendapat tahu yang ada Spiderman luar yang merancang untuk memanjat bangunan ini. Jadi bagi membuktikan semangat Malaysia Boleh maka dia terlebih dahulu memanjat bangunan tersebut

Kronologi Lengkap - Pegawai Diplomat Cubaan Perkosa Rakyat New Zealand ! @APterkini @utaranews


Berita Kes Pegawai Diplomat Malaysia Cuba perkosa Rakyat New Zealand Muhammad Rizalman Ismail, Admin berasa sedih dan  kasihan nasib yang menimpa isteri anak-anaknya.

Apatah lagi ketika ini sudah berada dalam tempoh berpuasa di bulana Ramadhan. Pejam celik pejam celik Hari Raya Aidilfitri bakal menginjak tiba. Manakala si ayah dan suami bakal berhadapan hukuman di atas kesilapan dan ketelanjuran sendiri.
Yang dituduh cuba rogol bagi kes kali ini bukannya mat rempit, mat ganja, orang yang tiada pendidikan tetapi seorang Diplomat.


Berikut Kronologi Lengkap Kes Tersebut


9 Mei 2014 : Polis New Zealand berjaya menangkap Pegawai Diplomatik Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail atas tuduhan cubaan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita di Wellington New Zealand

10 Mei 2014 : Muhammad Rizalman Ismail dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. Menteri Hal Ehwal dan Perdagangan (MFAT) minta kekebalan dan imuniti diplomatik Rizalman digugurkan

12 Mei 2014 : Perjumpaan antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Timbalan pengarah protokol MFAT dan pihak polis New Zealand

21 Mei 2014 : Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menjawab permintaan MFAT bahawa Malaysia tidak akan gugurkan kekebalan diplomatik dan akan hantar Rizalman pulang ke Malaysia

22 Mei 2014 : Muhammad Rizalman Ismail dan ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak pulang ke Malaysia

29 Mei 2014 : Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas Rizalman. Muhammad Rizalman Ismail memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran (seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia) dirujuk ke Hospital Tentera Tunku MIzan untuk pemeriksaan psikiatrik. Mindef tubuh lembaga penyiasatan. Siasatan masih dijalankan

30 Jun 2014 : Perdana Menteri New Zealand John Key mula buka mulut tentang dakwaan serangan seksual oleh pegawai Diplomatik Malaysia
1 Julai 2014 : Menteri Luar Datuk Anifah Aman adakan sidang akhbar mengenai isu tersebut. New Zealand segera menyangkal versi Anifah dengan mengeluarkan dua surat di antara kedua buah negara.

#Diharap kelurga nya tabah menghdapai kes ini, dan dapat diselesaikan sebaik mungkin antara dua negara New Zealand dan Malaysia.
Jika di lihat pada gambar-gambar ini tertuduh merupakan seorang yang penyayang dan bertanggungjawab kepada keluarganya.

 Credit Berita Semasa

Tuesday, July 1, 2014

Caj Masuk Kenderaan Asing ke Singapura Naik!! Mulai 1 Ogos 2014 @utaranews @APterkini



 SINGAPURA: Bermula 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke republik ini akan dinaikkan dari S$20 kepada S$35 sehari, demikian menurut Lembaga Pengangkutan Darat (LTA).

Dalam kenyataan di sini, LTA juga memaklumkan kenaikan bayaran VEP bagi Permit Kenderaan Barangan (GVP) untuk kenderaan asing berdaftar juga akan dinaikkan kepada S$40 berbanding S$10 sebulan.

Kenaikkan itu, bagaimanapun dikecualikan terhadap bas atau teksi.

Menurut LTA, waktu dikenakan VEP mengikut jam kekal iaitu dari 2 pagi hingga 12 tengah hari pada hari bekerja semasa Jun dan Disember, cuti sekolah di Singapura dan dari 2 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja selain dua tempoh cuti sekolah berkenaan.

Bayaran VEP bagi motosikal asing berdaftar kekal pada S$4 setiap hari.

#BaganSerai Mayat Bayi Ditemui dalam Tali Air @APterkini @utaranews






Bulan-bulan Puasa ni juga ler ada juga mahkluk  yang lebih haramjadah dari setan ni buat hal. TERKINI Mayat Bayi dipercayai dibuang kedalam tali Air J berhampiran Sekolah Rendah Matang Buluh. Sedih beb, bayi yang cukup sempurna dibuang begitu. Dimana letak Naluri kemanusiaan si Ibu?.Dan sudah semestinya  perangai manusia musibat ini lebih dasyat dari binatang! Binatang pun sayang anak-anaknya.

Hafiz Indonesia 2014 Musa 5,5 Tahun Dari Bangka Hafal 29 Juz Membuat Semua Juri Menangis


Babi Punyahal!! Punca Budak Lelaki Koma akibat Virus JE di Pulau Pinang @CMLimguaneng @afifbahardin


Seorang murid lelaki tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di sini koma disyaki dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE).

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr. Lailanor Ibrahim ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Bayan Baru dekat sini.

"Kami telah menerima laporan kesihatan pesakit dan hasil pemeriksaan atau ujian cecair tulang belakang pesakit itu oleh hospital swasta berkenaan mendapati ia mendorong positif JE," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.