Nuffnang

Saturday, June 28, 2014

Rayer terima hadiah Kepala Lembu @utaranews @APterkini



Rangka kepala lembu yang masih berdarah ditemui di rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer awal pagi Sabtu.
Kepala lembu itu ditemui isteri Rayer sekitar pukul 7 pagi hadapan pagar rumahnya.

Rayer memuat naik gambar tersebut di laman Facebook pada pukul 8 pagi dan menulis: “Pagi ini saya terjumpa kepala lembu di hadapan pintu pagar rumah saya…”

Thursday, June 26, 2014

Maki @PDRMsia B.O.D.O.H, Lelaki di denda RM2K & Penjara 4 hari

Seorang bekas pembantu akauntan dipenjara 4 hari dan denda RM2,000 kerana memaki polis 'bodoh' dan menghalang tugas penjawat awam.

Goh Guo Quan, 22, didakwa sengaja menghalang tugas polis berkenaan dengan tidak memberhentikan keretanya ketika ditahan oleh anggota polis trafik selepas mendapati dia tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya jam 3 petang pada 22 Jun 2014.

Wednesday, June 25, 2014

#kalimahAllah Aziz Bari Pun Kecewa Mahkamah Menangkan Umat Islam?


Ahli Akademik yang dipandang tinggi umat Islam, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, meluahkan rasa kecewanya atas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan The Herald berhubung penggunaan kalimah "Allah" di dalam penerbitannya.

Katanya, ekoran dari keputusan muktamad itu maka ia akan memberikan hak kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyita naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban.

ADUN Kuala Kurau Tunjuk Kebodohan


Naik menyampah PBR lihat gelagat ADUN PKR si Yunus Janapari,Yb Kuala Kurau ni. Apa taknya segala usaha murni yang dilakukan oleh  mana-mana pihak jika bukan dari side mereka,dia akan Hentam.Apapon YB makan gaji buta ni dia sedar tak setelah dua penggal pegang Kuala Kurau apa yang dia buat?

Negara Perlukan Cop Haram @drmazacom @APterkini @utaranews


SHAH ALAM - Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan tanda 'haram' sebagai menggantikan sijil halal sedia ada.

Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

"Pasal kita pergi rumah orang Islam dalam negara yang dikatakan negara Islam, sepatutnya tidak timbul soal haram.

Tuesday, June 24, 2014

#pemilihanpkr Desakan pemilihan kali ke-3 Cabang Nibong Tebal


NIBONG TEBAL:  Walaupun Pemilihan semula PKR sudah diadakan buat kali kedua, namun ahli parti itu masih tidak berpuas hati.

Menurut Bekas Timbalan Ketua Cabang itu, Mohd. Kamil Abu Bakar, anggota parti itu tidak mengiktiraf pemilihan semula pada Ahad lalu kerana mendakwa proses itu dicemari unsur sabotaj dan tidak boleh dipercayai.

Justeru mereka mendesak agar pemilihan kali ketiga diadakan dalam waktu terdekat.

@wardinasafiyyah Baghal! elok pindah Australia jer @APterkini @Utaranews


Tak kisahlah walau apa pun yang diperkatakan oleh Wardina Safiyah, si penggila Australia yang melihat negara lain lebih baik daripada negara ini. Mentaliti Wardina Safiyah itu adalah mentaliti standard rakyat Malaysia yang buta perut dan tidak reti bersyukur.

Sebenarnya, nak tolak keseluruhan kenyataan Wardina itu pun, tidak patut juga. Walaupun mungkin kedengaran sinis dan bersifat memperlekehkan negara ini, sebenarnya ada kebenaran dalam kata-kata tersebut. Malaysia adalah negara Islam. Kerajaan telah menyediakan dasar-dasar yang bagus dengan penubuhan pelbagai agensi yang hebat-hebat.

Dan yang paling istimewa apabila memperkatakan tentang Negara Islam ialah, dalam struktur masyarakat dan sistem Islam, ada BAITULMAL dan PUSAT ZAKAT. Ditambah pula dengan pentadbiran kerajaan yang mewujudkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, sepatutnya golongan susah mendapat dua manfaat iaitu satu daripada BANTUAN KERAJAAN dan satu lagi ialah PERUNTUKAN ALLAH TAALA menerusi zakat!

Monday, June 23, 2014

WARDINA MEROYAN LAGI!!! SURAT TERBUKA KEPADA WARDINA SAFIYYAH!



1. MHS mengutuk sekeras-kerasnya Kenyataan Wardina Safiyyah yang menunjukkan kononnya Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab dalam menangani masalah anak OKU.

2. Wardina Safiyyah telah meletakkan dirinya sebagai kelompok elit yang boleh berfikir secara waras sepatutnya membuat rujukan sebelum mengeluarkan kritikan atau komen-komen yang merosakkkan diri sendiri.

Keputusan 4:3 Zainul Ali Sokong Pengunaan #KalimahAllah Oleh Herald @APterkini @Utaranews

Datuk Zainun Ali dikatakan menyokong supaya Kalimah Allah digunakan oleh Gereja Katholik dalam akhbarnya The Herald

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'Allah', dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

Allahu akbar!! #KalimahAllah KEKAL Milik Umat ISLAM

Sokongan Umat Islam Di Istana Kehakiman Putrajaya

Takbir!!! Allahu akbar!!! Syukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurniaannya pada pagi ini keputusan kes rayuan penggunaan Kalimah Allah telah memihak kepada umat Islam. Pagi ini bertempat di Istana Kehakiman Putrajaya, mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan gereja untuk menggunakan Kalimah Allah dalam kitab bibble mereka seterusnya memberi kemenangan kepada doa umat Islam selama ini.

Thursday, June 19, 2014

Ahli Parlimen PAS dibidas berniat jahat terhadap Rosmah


Isu Kalimah Allah Vs Bible Bahasa Melayu



Rakyat Selangor amat tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Exco Agama Islam Selangor dalam isu Bible versi Bahasa Melayu. Sebelum ini Khalid dilihat langsung tidak mempertahankan maruah kalimah Allah dari digunakan oleh pihak Kristian.

Agak lama juga isu Kalimah Allah dipolitikkan oleh pihak pembangkang namun Khalid langsung tidak tampil ke depan untuk sekurang-kurangnya lakukan sesuatu yang pro Islam. Namun akhirnya isu itu selesai walaupun pihak Kristian seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Rayuan telah membenarkan sekatan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan The Herald kerana berpendapat ia bukan saja akan mengelirukan umat Islam tetapi boleh juga mengelirukan penganut Kristian.

EKSKLUSIF !!! PUNCA SEBENAR KENAPA #PAKATAN #PEMBANGKANG SERANG #UMNO #BN HABIS-HABISAN DIDEDAHKAN !!!


Sebelum ini saya telah menulis mengenai PR yang menyerang UITM.bukan itu saja tetapi mereka juga “main target” targetr mereka sebenarnya adalah UMNO.Saya juga menyebut Pakatan serang UMNO melalui institusi (bagi mereka) ada kaitan rapat dengan UMNO kerana mereka melihat UMNO makin diterima Rakyat.UMNO hampiri kesempurnaan dalam proses pemulihan.Saya merujuk laporan dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya -UMCEDEL,melalui soalan yang ditujukan kepada responden mengenai tahap keyakinan Rakyat Malaysia terhadap parti yang akan menang jika PRU14 diadakan dalam tempoh masa 6 bulan akan datang menyebut :

 1. BN mendahului PR sebanyak 3%.
 2. Pengundi Melayu lebih yakin pada BN melalui pendekatan UMNO
 3. Golongan luar bandar yang majoriti Melayu akan memilih BN melalui UMNO.

 Itu sebab PR serang UMNO.nak serang direct tak boleh.kalau mereka nak serang secara dindirect,mereka memilih isntitusi yang bagi mereka ada kaitan dengan UMNO dan Melayu.seperti juga FELDA,semalam orang FELDA datang ke parlimen untuk berdemo kononnya nak simpati dari rakyat.semua yang datang tu adalah penyokong yang menentang kerajaan dan ketuanya juga dari PAS.lepas ni adalah lagi puak-puak ni akan buat huru hara.malas nak ulas panjang-panjang.nanti saya akan beri lebih detail

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

SUMBER : BADUT RAKYAT

Wednesday, June 18, 2014

4 AHLI PARLIMEN PAS SELANGOR TUNJUK BIADAP TERHADAP SULTAN SELANGOR..!!


Khalid Samad (Pas-Shah Alam)
Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat)
Empat Ahli Parlimen dari Selangor,yg di ketuai,Khalid Samad (Pas-Shah Alam),Hanipa Maidin (Pas-Sepang),Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) dan

Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat) menggesa Kerajaan Pakatan Negeri Selangor agar meminda undang-undang utk menghapus kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan drp Majlis itu lagi.
 
Dlm sidang media bersama di lobi Parlimen,mereka berempat berkata MAIS adalah institusi yg dilihat rapat dgn Sultan Selangor.
Istitusi yg rapat dgn Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif.Ia akan mencemarkan institusi itu sendiri,kata Khalid Samad.

Penyanyi Dikir Barat Seksi, Rosalinda di denda



GUA MUSANG - Rosalinda, penyanyi dikir barat wanita tersohor di Kelantan dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, di sini, semalam, selepas mengaku salah memakai pakaian menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.

 Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

 Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak.

Monday, June 16, 2014

Perjanjian Malaysia 1963 tidak SAH - NGO Sarawak


Presiden Sapa Lina Soo hari ini berkata  Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 15 Jun, 2014.Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dalam satu forum hari ini.

Presiden Sapa Lina Soo berkata, perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.

Komponen BN Pulau Pinang Perlu Perbaiki Kelemahan! - @TengkuAdnanReal @dzainalabidin @drnovandri @utaranews @APterkini


GEORGE TOWN: Parti komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang diminta memperbaiki kelemahan yang ada, termasuk masalah dalaman sebelum menumpukan kepada perjuangan masa depan.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak kesilapan serupa berulang terutama dari segi meraih sokongan rakyat.

"Setiap wakil rakyat perlu lihat semula apa masalah di kawasan, mereka perlu tahu apa yang mereka perlu buat dan apa yang diperlukan oleh rakyat, kita sedang berdepan dengan peperangan.

"Kita mahu ambil kembali Pulau Pinang yang telah kita bina, seperti yang semua tahu bukan DAP yang bina Pulau Pinang, agak memalukan kita memberikan negeri kepada orang yang tidak mampu menguruskannya dengan baik," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Ganti PMR Mulai Julai @my_malaysia @Najibrazak @khairykj @utaranews @APterkini

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan peperiksaan berpusat awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, menerusi instrumen tersebut, murid-murid perlu menyiapkan kerja kursus berdasarkan tajuk yang diberi dalam tempoh berkenaan.

Katanya, ujian lisan meliputi kemahiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan pada 6 hingga 29 Ogos.

Seterusnya, murid-murid terlibat akan menduduki ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban.


"Bagi tahun pertama, kita sedar ada pihak yang belum faham dengan sistem ini. Kita nak masukkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global.


"Sebab itu cara pelaksanaan di awal-awal ini agak berbeza tapi akan stabil beberapa tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Amal Bukit Damansara di Pusat Komuniti Bukit Damansara di sini semalam. - Bernama

Thursday, June 12, 2014

Barua Jadian DAP @dyanasmd gagal sebar Dakyah Songsang Di Kelantan


Barua jadian DAP Melayu, calon kalah PRK Teluk Intan, Dyana Sofya dikesan mengadakan ceramah Perdana di Perkarangan Stadium Kelantan semalam. Apa Tujuan DAP bawa masuk Dyana Sofya Ke Kelantan? Sendiri mau ingatlah beb! ini tidak lain dan tidak bukan, Hanya satu!Mahu tunujuk Kejayaan Tahaluf Siyasi DAP & PAS. 

Menariknya ceramah Dyana Sofya mendapat sambutan hambar oleh penganut PAS di Kota Bharu Semalam. rata-rata yang hadir dikesan hanyalah penyokong totoq PAS. ( Jenis Tak lut rendam dalam ayaq hangat) boleh tengok gambar dibawah.

Tuesday, June 10, 2014

Tukar Strategi Untuk Jadi Pengeluar Kereta Bertaraf Dunia - Tun M.


PROTON kini menukar strateginya daripada pengeluar kereta murah kepada pengeluar kereta bertaraf dunia, kata Pengerusi baharu PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri keempat itu berkata PROTON sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah.

"Kini, PROTON mahu mengeluar kereta bertaraf dunia, dan anda perlu membayar harga yang lebih tinggi. Anda tidak boleh dapat kereta yang baik dan membayar pada harga yang rendah," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai rancangannya ke atas PROTON.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Yayasan Kemajuan Kehidupan Manusia (HLAF) menyampaikan ucaptama dan melancarkan Anugerah Tahunan HLAF dan Bengkel di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Lagi & lagi perkampungan Melayu dihapuskan oleh rejim @cmguaneng @Utaranews @APterkini


Satu notis telah dikeluarkan buat kali ketiga oleh Pejabat Tanah Daerah TIMUR LAUT kepada penduduk Kampung Pokok Assam, Jelutong agar mereka segera berpindah dan mengosongkan perkampungan yang sudah didiami lebih 50 tahun itu. Tarikh akhir kampung tersebut perlu dikosongkan adalah 9 Julai 2014.

Adalah difahamkan pihak pemaju, NOVA MULIA telah MENGARAHKAN PEJABAT TANAH DAERAH TIMUR LAUT agar segera mengusir penduduk Kampung Pokok Assam itu.

Ketika PRK Bukit Gelugor di mana Kampung Pokok Assam merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen itu, usaha menghalau penduduk kampung disenyapkan buat seketika. Malah penduduk kampung juga dijanjikan dengan pelbagai perkara, termasuklah dibenarkan menetap di tapak tersebut selagi mereka membayar cukai tanah.

Biarpun telah diberitahu bahawa segala janji berkenaan adalah BOHONG semata-mata, namun kebanyakan penduduk kampung optimis, Lim Guan Eng dan DAP akan mengotakan janji mereka, apatah lagi keputusan merampas tanah tersebut dan menjualnya kepada pihak pemaju, berada di tangan Kerajaan Negeri.

Kilang Bihun Paling Pengotor




Heboh dimedia-media sosial penyebaran gambar mengenai sebuah Kilang Bihun terkenal di Kuala Lumpur yang menunjukan cara proses membuat bihun yang amat menjijikan.

Bihun yang mengunakan jenama dan gambar Cap Masjid antara jenama bihun yang agak popular di pasaran, namun amat malang cara proses mereka amat jijik dan mengelikan.

Monday, June 9, 2014

@Msiakini menfitnah lagi! @PDRMsia Patut ambil tindakan @najibrazak @Apterkini @Utaranews


Malaysia Kini Kantoi Menfitnah lagi! Kali Ini Pembohongan ini disangkal sekeras-kerasnya oleh Pihak Polis. Pembohongan bersiri Portal Pro Pembangkan makin menjadi- Jadi Seperti Negara  Malaysia ini tidak mempunyai Undang-undang yang boleh dikenakan pada portal berkenaan. Justeru Itu PBR berharap pihak berkuasa boleh mengenakan tindakan lebih keras terhadap portal berkenaan. Jika tidak Portal berkenaan akan terus bebas membuat laporan berat sebelah.

PBR setuju sangat jika lepas ini Polis juga mengambil tindakan yang sama yang dilakukan oleh DS Najib Razak dengan menyaman Portal berkenaan. Wartawan Malaysiakini memang terkenal dengan memutar belit fakta

Saturday, June 7, 2014

#ParitBuntar Rumah Jadi Port Dua Beradik Untuk Khalwat


PARIT BUNTAR - Ketiadaan ibu bapa di rumah diambil kesempatan oleh dua beradik dengan membawa pulang teman lelaki untuk melakukan maksiat.

Perbuatan tidak bermoral remaja yang masih bersekolah itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan mereka ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan pencegahan maksiat di sebuah rumah di Taman Kerian Permai, awal pagi 2 Jun lalu.

Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Kerian (PSKKK), Abdul Sukur Ahmad berkata, serbuan pada kira-kira jam 2.20 pagi itu dilakukan oleh 20 anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kerian (PADK) dengan kerjasama PSKK) dan polis setelah menerima aduan daripada orang awam.

Difahamkan, kedua-dua remaja perempuan itu berusia 15 dan 17 tahun dan mereka masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Parit Buntar.

"Dua remaja perempuan terbabit hanya membuka pintu selepas kira-kira setengah jam anggota penguat kuasa PADK meminta mereka berbuat demikian.

Friday, June 6, 2014

Subahanallah, solat subuh dalam gerabak komuter

Menunaikan solat adalah kewajiban bagi setiap Muslim, namun kerana kesibukan dan pergerakan yang tidak menentu, solat wajib dilaksanakan dalam keadaan darurat sekalipun.

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga penumpang pengangkutan awam komuter di Indonesia. Beliau tanpa rasa keluh kesah telah menunaikan solat subuh di atas gerabak komuter tersebut.

Foto beliau menunaikan solat juga tersebar di sebuah laman sosial, Path.

"Subahanallah, solat subuh dalam gerabak," tulis salah seorang penumpang komuter yang dikenali sebagai Onne Nurmalita di dalam akaun Pathnya.

Malaysiakini Import NGO Luar Desak @najibrazak Tarik Saman



SHAH ALAM: Badan pemantau kebebasan akhbar yang berpejabat di Paris, Reporters Without Borders (RSF) menggesa Perdana Menteri Najib Razak menarik balik saman yang dibuat terhadap portal berita, Malaysiakini.com.

Editor RSF, Benjamin Ismail berkata tindakan saman itu adalah satu "bencana " terhadap kebebasan maklumat di Malaysia.

"Kami kesal perdana menteri telah memilih untuk mengambil tindakan undang-undang dan bukannya menggunakan haknya untuk menjawab," katanya.

Thursday, June 5, 2014

Cucu Pengasas YTL,Francis Yeoh RASIS Tegar! tak sedar diri! & Cakap Besar



SEJARAH YTL

1.Tan Sri Yeoh Tiong Lai, iaitu pengasas YTL Corporation merupakan anak kepada Yeoh Cheng Liam, seorang pendatang dari China yang mencuba nasib di Malaysia dengan membuka syarikat kontraktor binaan. Melalui zaman pemerintahan British yang memberi ‘keistimewaan’ kepada kaum pendatang dalam usaha mengekang kebangkitan semangat nasionalis Melayu, syarikat keluarga Yeoh terus berkembang sehingga Tan Sri Yeoh berjaya mendapat pendidikan tinggi di Australia dan United Kingdom.

2.Bermula dengan kontrak dengan pihak polis di dua buah negeri pada tahun 1950, syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lai Sdn Bhd terus mendapat projek-projek besar seperti membina bangunan Citibank, Hongkong and Shanghai Bank dan juga Sime Darby, iaitu sebuah syarikat milik kerajaan. Tanpa saingan hebat dan memandangkan bumiputera masih lagi merangkak mencari tempat di dalam ekonomi negara disebabkan dasar British yang meminggirkan pendidikan terhadap bumiputera, maka perniagaan keluarga Yeoh terus maju tanpa sebarang halangan atau masalah.

3.Selain pembinaan, syarikat ini juga memiliki perusahaan bijih dan juga kuari. Dengan kedudukan kewangan yang sedia kukuh dibina sejak zaman pemerintahan British, reputasi YTL menjadi begitu cemerlang pada tahun 1980-an apabila ia berjaya membawa teknologi canggih ke dalam projek pembinaannya.

4.Kecanggihan itu mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Tun Mahathir Mohamad. Yakin dengan kredibiliti YTL dan tanpa sebarang diskriminasi terhadap minoriti atau semangat perkauman Melayu, kerajaan telah memberi kepercayaan kepada YTL untuk membina hospital di 12 buah kawasan di seluruh Malaysia berjumlah RM840 million. Selain itu, syarikat itu juga berjaya melobi kontrak kerajaan berjumlah RM112 million untuk membina lapangan terbang di Sibu serta projek perumahan di Perak. YTL kemudiannya meluaskan skop perniagaannya dengan membeli tanah di sekitar Kuala Lumpur.

Wednesday, June 4, 2014

Tahniah @cmlimguaneng Cukai Baru Kepada Pelancong Bermula Jun 2014 Bermula dengan Jayanya @buletintv3 @501awani @UMonline @bharianmy



bermula 1 Jun 2014 , kerajaan DAP di Pulau Pinang akan mengenakan caj atau cukai tambahan sebanyak RM2 dan RM3 untuk setiap bilik kepada mana-mana pihak termasuk pelancong yang menginap di hotel-hotel sekitar negeri ini.

Tahniah Kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang! dengan perlaksanaan cukai baru kepada Pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Mutiara. Dengan Kebijaksanaan pemimpin DAP yang yang sedia mereka cuba mengerakkan segala aset unutk memerah segala hasil untuk keuntungan DAP.
Siapa jadi mangsa jika tidak pelancong-pelancong domestik serta luar negara. Jangan salahkan Kerajaan Jika Pulau Pinang mencatakan pengurangan kehadiran pelancong ke Pulau Pinang.

Tuesday, June 3, 2014

@mkini_bm Disaman @Najibrazak & UMNO @Drnovandri @APterkini @Utaranews



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan writ saman terhadap Malaysiakini berhubung FITNAH pembaca komen yang disiarkan oleh portal berita itu.

Writ dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada portal berita itu di pejabatnya di Bangsar hari ini.
Ia menamakan penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan; Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar.Penyaman bersama adalah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh.Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun.

DI Kelantan Budak Berjubah & Bertudung Ditangkap Khalwat bersama Teman Lelaki



Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun menemani saudaranya memadu kasih dengan teman lelaki di sebuah bilik hotel murah di Jalan Jedok, di sini membawa padah apabila dia turut ditahan sepasukan anggota Skuad Amru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Tanah Merah.

Dalam serbuan jam 4.15 pagi itu, pelajar ditahan lengkap berpakaian jubah dan bertudung itu melutut dan merayu kepada anggota penguat kuasa supaya tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada keluarganya.

Difahamkan, pelajar yang tinggal di Tumpat itu mengikuti saudaranya dan teman lelakinya, masing-masing berusia 22 tahun dari Pasir Mas ke Tanah Merah, sebelum menyewa bilik di sebuah hotel murah.

Sumber berkata, serbuan dilakukan tiga anggota Skuad Amru selepas mendapat maklumat daripada orang ramai jam 4 pagi.

PANAS! Memorandum Supaya Pemilihan PKR 2014 di Batalkan @Anwaribrahim @n_izzah


Mari sama-sama kita nilai kepincangan yang berlaku dalam PKR di pemilihan parti PKR 2014, Datuk Seri Anwar (Raja Propaganda Malaysia) yang laungkan Demokrasi @ Keadilan,  tetapi sebaliknya lebih pincang dalam melaksanakan pemilihan Parti mereka !

Mungkin Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) boleh memberi perhatian dan mengambil tindakan ke atas parti PKR atas kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam Parti ini.

Monday, June 2, 2014

Kerajaan @cmlimguaneng @dapmalaysia naik lagi harga pakir kereta


Rejim DAP Penang Mengganas Lagi. Kadar pas pakir kereta bulanan pula dinaikkan dari RM50 ke RM60 sebulan. Harga asal RM75 dan penjimatan tu wayang je nak mengaburi mata rakyat.
Mana macai DAPig? Jom guling2 tengah jalan.

Dikhabarkan selepas ini kadar parking harian dan ikut jam juga bakal menyusul utk dinaikkan.
Sakan Guan Eng perah duit rakyat..
kata DAP pegang untung berkandaq! nilai pakir kereta pon gagal diserap oleh kerajaan  DAPig!