Nuffnang

Friday, November 7, 2014

Sultan Selangor Tegur MP PAS @mparitbuntar @khalidsamad @APterkini @BMSPenang


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menunjukkan keperihatinan Baginda apabila tidak menunggu lama untuk menegur sikap sesetengah pihak yang membantah fatwa yang dikeluarkan oleh  Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhubung fahaman liberalisme dan pluralisme.

Fatwa yang diwartakan di Selangor pada 24 Julai 2014 itu menyatakan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama, adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan memetik NGO Sisters in Islam (SIS) sebagai contoh.

“Beta menyeru kepada umat Islam, janganlah tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya.




“Sesuatu fatwa bukan hanya boleh dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja, tetapi ia dibuat melalui jawatan kuasa fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan juga profesion yang mahir dalam bidang masing-masing, termasuk mereka yang dalam bidang perundangan”, titah  Baginda yang dipercayai merujuk kepada tindakan tiga ahli parlimen PAS membantah fatwa tersebut.

Baginda membuat teguran itu sewaktu merasmikan Seminar Kanun Jenayah Syariah di Shah Alam pagi ini.

Pada Selasa 4 Nov. 2014, ahli parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ahli parlimen Sepang, Hanipa Maidan mengemukakan bantahan mereka ke atas fatwa tersebut dalam satu sidang media bersama di lobi Parlimen.

Asas kepada bantahan mereka ialah dakwaan bahawa MAIS tidak memuktamadkan terlebih dahulu definisi liberalisme dan pluralisme sebelum menetapkan SIS sebagai pengamal kepada fahaman itu.

Isu berhubung keabsahan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor itu menjadi tumpuan susulan tindakan SIS yang memfailkan permohonan untuk mencabar fatwa pengharamannya.

Bantahan tiga ahli parlimen PAS itu turut ditentang oleh Dewan Pemuda PAS melalui satu kenyataan timbalan ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

“Kesemua tindak tanduk dan pendirian SIS mewajarkan ia diharamkan serta merta tanpa kompromi lagi….Atas itulah DPPM berdiri bersama dengan keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa MAIS” tulis Khalil dalam Facebook beliau dalam satu kenyataan bertajuk ‘Kenyataan Media Pemuda PAS Malaysia’









No comments:

Post a Comment