Nuffnang

Thursday, November 20, 2014

BROKER & BARUA mendokong PasMa – Ahli Pas


Marah betul ahli dan penyokong Pas dengan penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang bertindak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam parti itu.

Mereka menyifatkan PasMa mempunyai motif tertentu untuk memecah belahkan Pas yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lebih ketara apabila kesempatan diambil sebuah NGO propembangkang, Prime Care Malaysia yang menganjurkan beberapa program bersifat mencari serta mendedahkan keburukan kepimpinan Pas sedia ada.

Sebagai contoh, program terbaru anjuran NGO itu, Sembang Kafe Politik pada 15 November lalu, yang terpaksa dibatalkan setelah didesak adalah wacana yang bakal mencetuskan kemarahan ahli terhadap Pas.

Seorang ahli Pas dari ranting Putrajaya, yang mahu dikenali sebagai Sulaiman berkata, beliau kesal dengan sikap segelintir pemimpin parti itu sanggup menjadi dalang kepada penubuhan PasMa walaupun jelas matlamatnya bercanggah dengan dasar dan prinsip parti.

Lebih mengecewakan, katanya, apabila ada ahli membantah penubuhan PasMa, muncul beberapa 'broker dan barua' mempersoalkan tindakan itu dengan hanya mengatakan ia sebuah NGO, bukan parti baharu.

"Masalahnya 'broker dan barua' yang mempersoalkan bantahan ini adalah pemimpin yang mendapat jawatan dalam biro politik peringkat pusat. Inilah jenis pemimpin yang bercakap tidak habis dan lidah bercadang.

"Puak ini seolah-olah tidak tahu langsung segala tindak tanduk jahat PasMa walaupun banyak bukti boleh dikaitkan dengan niat tidak baik NGO itu," dakwanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Prime Care Malaysia yang menganjurkan program bersifat mencetuskan kemarahan ahli Pas baru-baru ini.

Bagaimanapun, program yang dijadulkan diadakan di sebuah restoran di Batu Caves, Selangor itu pada 15 November lalu terpaksa dibatalkan di saat akhir setelah mendapat bantahan daripada kepimpinan Pas Pusat.

Sulaiman mengajak pemimpin, ahli dan penyokong Pas seluruh negara, sebelum menerima kewujudan PasMa, perlu terlebih dahulu melihat objektif dan perjuangan NGO berkenaan yang jelas bercanggah dengan dasar serta prinsip perjuangan parti.

"Jangan tengok pada objektif bertulis PasMa sahaja, perhatikan juga tindak-tanduk mereka. Kotor sungguh ahli politik seperti ini. Kewujudan mereka mengotorkan parti lebih banyak daripada membersihkan parti.

"Mereka sanggup menyembunyikan polisi serta peraturan sebenar Pas terhadap ahli khususnya yang berkait rapat dengan penubuhan serta keahlian NGO itu," kata beliau.

Dakwa beliau, PasMa adalah musuh dalam selimut kepada Pas sebab mempunyai matlamat tersirat dengan menyokong penubuhannya.

"Matlamatnya hendak menjatuhkan Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) dan hendak membubarkan Majlis Syura Ulama Pas,” katanya

No comments:

Post a Comment