Nuffnang

Friday, October 24, 2014

@cmlimguaneng sorok isteri @zairilkj luar negara kerana pecah lubang skandal suaminya dengan @dyanasmd ?


Lim Guan Eng yang seringkali cukup banyak mulut, cukup hebat memberikan hujah walaupun hujah-hujahnya mendedahkan kebodohan, kelemahan serta sikap suka menyalahkan orang lain, langsung tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gambar-gambar intim Zairil Christopher Lim-Dyana Sofya yang telah tersiar semenjak seminggu lalu.

Zairil Christopher Lim dalam kenyataan awalnya cuba menuduh UMNO yang menfitnahnya, tetapi pendedahan bekas teman lelaki Dyana Sofya bagaimana proses memuatnaik dan memadamkan gambar-gambar tersebut dalam tempoh tidak sampai lima minit, menunjukkan penyiaran gambar-gambar itu di akaun peribadi Zairil Christopher Lim dilakukan secara sengaja, bukannya oleh pihak yang menggodamnya akaun tersebut, memandangkan tempoh masa yang tersangat singkat.


Dalam perkembangan terbaru, maklumat mendedahkan bahawa orang yang memuatnaikkan gambar-gambar tersebut adalah isteri Zairil Christopher Lim sendiri, Dahlia. Dahlia dikatakan telah lama mengesyaki Zairil Christopher Lim curang dan main kayu tiga dengan Dyana Sofya. Gangguan daripada Dahlia, menyebabkan Lim Guan Eng meminta jasa baik bapanya, Lim Kit Siang untuk menjauhkan Dyana Sofya daripada Zairil Christopher Lim.

Gambar-gambar tersebut sebenarnya dirakamkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang dan kedua-duanya dalam keadaan MABUK ARAK. Gambar-gambar tersebut sebenarnya dirakamkan oleh kawan-kawan mereka, tetapi kemudian diserahkan kepada Dahlia.

Dahlia yang sakit hati, kemudiannya memuatnaikkan gambar-gambar tersebut dengan membuat 'TAG' kepada Dyana Sofya dan Dyana So. Zairil Christopher Lim yang kemudiannya mendapat tahu gambar-gambarnya bersama Dyana Sofya telah dimuatnaik ke akaun peribadinya lima minit kemudian, telah bertindak memadamkan gambar-gambar tersebut dengan harapan tiada sesiapa yang dapat melihat dan mengesannya.

Tetapi telah terlambat apabila ramai 'kawan-kawannya' yang telah melihat gambar-gambar tersebut.

Setelah kecoh, Lim Guan Eng segera bertindak 'untuk membetulkan keadaan'. Dahlia dilaporkan telah dipujuk untuk bercuti ke luar negara bagi menenangkan perasaan sekaligus meredakan ketegangan selain mengelak daripada dikesan dan dihubungi oleh penggiat media sekaligus mendedahkan lebih banyak kisah di sebalik gambar-gambar tersebut.

Justeru tidak hairanlah mengapa ikrar Zairil Christopher Lim bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang menyebarkan gambar-gambar intimnya bersama-sama Dyana Sofya, hanya tinggal ikrar dan gertakan. Sedangkan pada masa yang sama, tiada keberanian yang ditunjukkan untuk mengotakan ikrar dan gertakannya itu

SUMBER




No comments:

Post a Comment