Nuffnang

Monday, September 15, 2014

PRK #pengkalankubor Isu Royalti Minyak, Takiyuddin Patut Pelempang Nik Aziz Dan Penyokong PAS Dulu sebelum salahkan BN


Kerajaan Barisan Nasional (BN) disarankan supaya tidak membangkitkan isu royalti semasa berkempen dalam PRK N.01 Pengkalan Kubor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Takiyuddin Hassan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada mahkamah jika isu royalti minyak dibincangkan secara mendalam oleh BN.

Jelas Takiyuddin lagi, isu yang berada dalam mahkamah tidak boleh dibincangkan diluar mahkamah apatah lagi untuk dijadikan modal oleh BN disepanjang tempoh masa berkempen.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam satu ucapanya menganggap tuntutan PAS tehadap royalti minyak di negeri itu satu pembohongan dan ia lebih kepada wang ihsan.

Bagi menjawab dakwaan Muhyiddin, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Nassuruddin Daud menuntut ahli Parlimen Pagoh itu menunaikan janjinya membuka jalan kepada kerajaan negeri memudahkan urusan penubuhan jawatankuasa royalti minyak.

Baru-baru ini pula, bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan satu 'sabda' yang menyifatkan tindakan Kerajaan Pusat tidak menyalurkan wang royalti tersebut ke dalam poket kerajaan negeri sebagai berdosa di dunia dan akhirat.

Kenyataan Takiyuddin yang cuba mengugut BN supaya tidak membangkitkan isu royalti minyak Kelantan dangan membuat laporan kepada mahkamah kononya atas alasan subjudis dan menghina dilihat sebagai perbuatan cakap tidak serupa bikin setelah sekian lama isu ini dijadikan modal politik oleh PAS dan Pakatan Pembangkang untuk memburuk-burukkan Kerajaan.

No comments:

Post a Comment