Nuffnang

Wednesday, August 13, 2014

#krisisselangor @mparitbuntar beri signal ikut telunjuk @anwaribrahim & @cmlimguaneng @Khalid_ibrahim @APterkini


- Tepat ramalan PBR mengenai apa hala tuju yang akan dipilih oleh Mujahid mengenai krisis kepimpinan Selangor yang cendorong mengikuti jubor Anwar & lim guan eng. Pandai si Mujahid ini mempersoalkan kredibiliti TS khalid Ibrahim. Apa kejadahnya Pula kalau si Mujahid ini sendiri gagal mengikuti keputusan Majlis Syura dan Presiden Pas sendiri yang menyatakan sokongan buat Khalid.

Sepatutnya Si Mujahid ini patut kena Sacked dari Pas kerana selalu sangat bercanggah dengan kepimpinan teringgi Pas. Pada pandangan PBR maka sebaik lah si Mujahid ini menumpukan keprihatinan beliau pada Parlimen Parit Buntar itu sendiri yang masih banyak masalah yang gagal diselesaikan. Tak payah nak "gatal pungkuq" nak turut masuk campur perihal #krisisSelangor, Hal Selangor sebaiknya biarkan ADUN & rakyat Selangor tentukan.




Menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS bagi memutuskan pendirian mereka berhubung isu menteri besar Selangor, parti itu didesak kekal bersama Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu Datuk Mujahid Yusof berkata walaupun terdapat kelemahan dalam Pakatan, gabungan itu tidak harus berpecah hanya kerana seorang lelaki, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid semalam berkata telah mendapat perkenan sultan untuk kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat daripada PKR sebelum itu.

Beliau mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) – kenyataan yang dianggap meragukan oleh PKR dan DAP.

“Semangat dan idealisme Pakatan terlalu baik untuk diketepikan hanya kerana seorang individu,” kata Mujahid yang juga anggota parlimen Parit Buntar dan ketua biro perpaduan PAS kepadaMalaysiakini.

Sambil menegaskan pertukaran menteri besar sebagai perkara biasa, Mujahid berkata ia sebahagian kuasa parti yang sebenarnya tidak memerlukan alasan pun untuk melakukannya.

“Siapa Khalid? Kenapa dia begitu istimewa? Kita lihat menteri besar datang dan pergi. Ia tidak patut ditangani sebagai sesuatu yang istimewa atau mengejutkan,” tegasnya.

1 comment:

  1. Mujahid tak nak tanya ker siapa Wan Azizah,hanya kerana seorang individu bernama Anuar Ibrahim selangor bakal hilang dari PR.

    ReplyDelete