Nuffnang

Monday, August 4, 2014

DAP mahu Abdul Khalid diganti kerana dia sukar dirasuah - Zainuddin Maidin @APterkini @Utaranews


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata punca sebenar parti DAP menggelarkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ‘pengkhianat’ adalah kerana Abdul Khalid sukar dirasuah dan tidak akan meletakkan jawatan secara sukarela.

Dalam artikel terbaharu dari blog beliau, Zainuddin berkata krisis politik di Selangor yang berpunca dari perebutan jawatan menteri besar ketika ini adalah kerana Abdul Khalid dilihat sebagai seorang yang tidak pandai berpolitik dan beliau telah mengecewakan pihak–pihak yang mahukan kuasa pentadbiran terutamanya berkaitan sumber kewangan negeri.

“Jawapannya mudah sahaja dan tidak perlu analisis mendalam. Pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah orang Cina. Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP,” katanya dalam zamkata.blogspot.com.

Katanya lagi bangsa Melayu tidak mempunyai wang yang banyak untuk merasuah dan mereka terlalu malu untuk melakukannya sesama sebangsa.


Selain itu ahli perniagaan dikalangan parti DAP mengharapkan peluang untuk membuat keuntungan dari Abdul Khalid namun telah terbukti beliau bukan seseorang yang mudah dibeli.

“Khalid Ibrahim seorang profesional yang sukar untuk dirasuah dan dipergunakan telah amat mengecewakan mereka,” tulisnya lagi.

Abdul Khalid juga menurutnya tidak pandai bermain politik dan kerana itu beliau tidak popular ketika bersama UMNO.

Zainuddin juga mendakwa tindakan DAP menyokong presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar kerana DAP berpendapat Khalid tidak dapat memberikan sumbangan kepada parti itu.

“Inilah sebab utama Khalid dianggap tidak berguna oleh DAP dan menyokong Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim yang dikira  mudah untuk dipergunakan bagi mengalirkan sumber kewangan negeri bagi kepentingan politik,”

“Maka itu PAS yang mimpikan sebuah kerajaan yang bersih tidak faham kenapa Anwar mahu Khalid Ibrahim digantikan dengan isterinya sedangkan beliau yang paling lantang bercakap menentang rasuah,kroni dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat telah menerima cadangan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Abdul Khalid dan mengisi jawatan itu.

Namun presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melahirkan sokongan untuk Abdul Khalid terus menjawat jawatan itu sehingga tamat penggal.

2 comments:

  1. Tahniah kepada Tan Sri Zaam yang telah meletakkan TS Khalid sebagai seorang yang susah menerima rasuah dan yang pasti ini menaikkan imej seseorang pemimpin yang patut dijadikan tauladan oleh pemimpin lain dari mana parti sekalipun tanpa terkecuali

    SoalanNya sekarang adakah pemimpin BN boleh dijadikan contoh agar menjalankan tugas mereka secara lebih beramanah bertintergti tanap melibatkan diri dalam soal pentadbiran seperti arahan pemberian tender pembanguan dll. Rasanya tidak seorang pun yang ada jadi jangan lah TS Zam memebrikan harapan yang keterl;aluan kepada TS Khalid seolah-olah beliau maksu yanag bebas dari segalanya.

    ReplyDelete
  2. Kita saja bah... Penjawat Awam sendiri yang tentukan... Jk Pemimpin-pemimpin tidak rasuah, orang-orang yang diberi kuasa untuk memberi tender yang meminta rasuah... Byk gitu... Mrk umpama MUSANG BERBULU AYAM, MUSUH DLM SELIMUT, GUNTING DLM LIPATAN, DURI DLM DAGING yg umpama ANAI-ANAI yg merosakkan sesebuah institusi kerajaan atau swasta dari dalam... Kita saja yang tentukan, pilihan di tangan kita...

    ReplyDelete