Nuffnang

Wednesday, May 14, 2014

#prktelukintan Kenali Dyana Sofya Tali Barut taruhan DAP @APterkini @Utaranews


DAP adalah sebuah parti rasis Cina – ini hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja yang waras di dalam dunia ini.  Biarpun ia mengakui sebagai parti berbilang bangsa, namun ketiadaan wakil kepimpinan dari kaum lain membuktikan bahawa ia sebuah parti rasis.  Malah, DAP adalah jauh lebih rasis dari MCA yang merupakan parti 100% Cina kerana MCA berpegang kepada semangat kerjasama dengan kaum lain di bawah payung Barisan Nasional manakala DAP tidak akan bekerjasama dengan mana-mana kaum bukan Cina melainkan DAP jika mampu menguasai mereka.

Ini terbukti apabila kesemua kaum di dalam DAP perlu mempunyai semangat memperjuangkan kaum Cina serta mengenepikan kesan dan akibat terhadap kaum sendiri.   Contohnya, Professor Ariffin Omar yang baru-baru ini menghentam UiTM sebagai universiti komunis demi untuk memperjuangkan ketuanan Cina.  Dan seorang lagi, ialah Dyana Sofia iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, graduan UiTM yang memperjuangkan UiTM dibuka kepada kaum bukan Melayu.




Kedua-dua mereka langsung tidak mengambil peduli tentang kaum Melayu, tentang hakikat bahawa orang Melayu kurang berkemampuan dan ditindas pula dalam sektor swasta dan perniagaan.   Yang mereka persoalkan hanyalah apakah habuannya dan keuntungannya pada orang-orang Cina.

Semakin lantang seseorang itu memperjuangkan kaum Cina, semakin bersinarlah bintangnya di dalam DAP.  Dan Dyana Sofia merupakan antara bintang itu dan diiktiraf sendiri oleh media-media pro-DAP.  Hebatnya Dyana Sofia di mata DAP sehinggakan beliau dikatakan bakal dinamakan sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan.

Terdapat 60,349 pengundi berdaftar di Teluk Intan dengan pecahan 23,301 Melayu, 25,310 Cina dan 11,468 India.    Penyandangnya, Mendiang Seah Leong Peng dari DAP telah menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi dalam PRU yang lalu.

Pecahan kaum Melayu dan Cina yang hampir seimbang memperlihatkan DAP mengambil risiko sekiranya Dyana dicalonkan di Teluk Intan.    Risiko ini bukan sahaja berdasarkan hakikat bahawa Dyana bukan seorang Cina, tetapi juga kerana beliau merupakan anak kepada Setiausaha Wanita UMNO Bahagian.

Darah UMNO di dalam diri Dyana cukup kental dan bagi DAP untuk meletakkan kepercayaan kepadanya amatlah menghairankan.

Dyana masih terlalu muda dan tentu sekali masih lagi tercari-cari pegangan hidupnya.   Secara dasarnya, seorang yang baru berusia 20-an masih belum mampu melihat dunia dengan jelas.  Justeru itu, kita melihat kebanyakan anak muda yang merusuh ketika Reformasi 1998 dahulu, kini kembali rasional dan menyokong kerajaan.  

Seperti kebanyakan anak muda itu, Dyana juga pastinya melihat bahawa sesuatu yang menentang arus itu sebagai menarik, mencabar dan mengujakan.   Dyana mungkin bercita-cita untuk melakukan perubahan melalui DAP untuk kebaikan negara.   Beliau pastinya percaya yang apa yang dilakukan dan jalan yang dipilihnya adalah tepat.

Namun, apa yang Dyana gagal melihat dan belajar ialah apa yang berlaku kepada Tunku Aziz, iaitu seorang yang terkenal dengan integriti dan prinsip yang teguh juga telah meninggalkan DAP.  Beliau mengaku terpedaya beberapa lama sebelum akhirnya tersedar yang beliau telah tersilap meletakkan kepercayaan dan harapan terhadap DAP.   Dyana nampaknya gagal mengambil apa-apa pengajaran dari episod Tunku Aziz.

Dalam Dyana mengimpikan ketelusan dan kecekapan dalam pemerintahan, Dyana mengambil sikap membutakan mata terhadap kemelut yang melanda CEC DAP.   Ini sekali gus membuktikan bahawa Dyana tidak jujur dengan dirinya dalam memperkatakan tentang apa yang diperjuangkan dan yang dipercayainya.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang berdarah UMNO, kita pasti satu hari anak muda ini akan tersentak dari lamunannya sebagaimana juga Tunku Aziz dikejutkan dari mimpinya.

Apa yang kita tidak pasti ialah sama ada DAP benar-benar meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Dyana.   DAP yang kita kenal, amat berhati-hati untuk memberi walaupun sedikit ruang, jauh sekali kuasa kepada bangsa lain selain Cina.   Biarpun seorang Melayu itu telah mengabdikan lebih 3 dekad dari hidupnya kepada DAP, namun selagi beliau bukan dari kalangan mereka, iaitu Cina, maka beliau tetap akan dilayan dengan penuh prejudis.  Dan kita pasti sebagai setiausaha kepada pemimpin tertinggi DAP, Dyana cukup maklum tentang siapakah Melayu-melayu yang terlibat itu.

Atas hakikat ini, tentulah Dyana begitu bodoh sekali jika masih lagi ingin mengabdikan diri kepada DAP sehinggakan sanggup menentang kaum sendiri.  Namun, kita tahu bahawa Dyana bukan bodoh.  Oleh itu,soalnya di sini ialah apakah Dyana yang sedang diperbodohkan atau yang sedang memperbodohkan DAP?


1 comment:

  1. Msa dia kt UITM dulu..dia tk brcampur dgn org dri kluarga sderhana hnya brcampur dgn golongan elit.lgipn uitm ade bangsa lain..dia tknk campur

    ReplyDelete