Nuffnang

Monday, May 26, 2014

@anwaribrahim Bakar sentimen perkauman #prktelukintan #jompilihmah @dyanasmd @bn4prk @APterkini @Utaranews


Nampaknya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermain api apabila menggunakan strategi cuba membakar sentimen perkauman ketika berkempen untuk calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Dalam ceramah beliau di Kampung Terengganu, Teluk Intan malam Isnin, Anwar cuba membangkitkan sentimen pengundi Melayu dengan mengatakan Dyana, 27, akan menjadi ahli Parlimen berketurunan Melayu yang pertama bagi Parlimen Teluk Intan jika beliau menang pada PRK 31 Mei ini.

Dalam ceramah di hadapan kira-kira 200 orang masyarakat Melayu tempatan itu, Anwar berkata mereka akan dapat melihat buat kali pertama dalam sejarah kaum sendiri menjadi wakil rakyat di Parlimen itu.‎

“Ini kali pertama Teluk Intan menyaksikan calon Melayu bertanding di kerusi ini.

“Di Teluk Intan ini, di mana kaum Melayu tidak pernah menang, kita sekarang bawa calon kaum Melayu yang muda, berkemampuan.


“Dyana mewakili Pakatan Rakyat. Dan beliau adalah suara kepada orang muda. Beliau mahu keadilan kepada semua,” kata Anwar seperti yang turut dilaporkan oleh sebuah portal berita internet.

Malahan Anwar selanjutnya cuba mengapi-apikan lagi sentimen kaum dengan berkata tiada harapan untuk orang Melayu maju sekiranya orang ramai mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, yang juga Presiden Gerakan.

Anwar selaku ahli Parlimen Permatang Pauh mendakwa, beliau telah menyaksikan bagaimana kaum Melayu diabaikan di bawah pemerintahan Gerakan, berbanding sebelum DAP menawan Pulau Pinang pada 2008.

“UMNO kata ‘hidup Melayu’ tetapi mereka (Gerakan) rompak tanah dan kekayaan orang Melayu dan hanya tolong kroni mereka… ‘Hidup Melayu’? Bodoh!” kata Anwar.

“Sekarang mereka serang Dyana dengan teruk (hinggakan) kadangkala UMNO terlupa untuk hina saya kerana terlalu asyik memikirkan untuk jatuhkan Dyana,” katanya lagi

Kredit BNBBC 

No comments:

Post a Comment