Nuffnang

Monday, May 26, 2014

AL-Fatihah #Paritbuntar Anggota @PDRMsia Meninggal Dunia Dilanggar penjenayah @Utaranews @APterkini



Tragis!! Satu Kes Samun membabitkan Sebuah Van Rokok telah berlaku Pagi ini di Pusat Bandar ,Parit Buntar.menurut sumber, Suspek dipercayai 3 lelaki  menaiki sebuah kereta wish berwarna Silver bernombor pendaftaran WRV5308  melakukan jenayah samun berkenaan . Dipercayai Juga Kereta jenis Honda Civic berwarna biru (Rakan Penyamun) telah merempuh  Dua Orang Anggota Polis URB Kerian yang mengakibatkan Seorang anggota Maut manakala seorang lagi  Cederah Parah.


Suspek dipercayai melarikan diri menghala Ke lor Pongsu. Anggota Polis URB Kerian L/Kpl 169004 Md Azwan disahkan meninggal Dunia Di Jln Matang Jelutung, Bagan Serai, Perak. Mayat Di Laporkan Telah Dibawa Ke Hospital Parit Buntar Untuk bedah Siasat.













Kad Kenduri Arwahyarham Mohd Azwan


1840 Hrs Perkembangan kes Samun Van Rokok Di Parit Buntar,Maklumat terkini, ,kereta Toyota wish yang dipercayai menyamun van rokok dikesan, kereta Suspek itu dibakar di lunas menghala ara kuda dalam kebun pisang.
Toyota Wish suspek dijumpai terbakar. Mungkin sengaja di bakar untuk menghapuskan bukti. 

TERKINI : Jenazah L/Kpl Md Azwan sekarang telah dipindahkan dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Beasar Ipoh untuk Post Mortem. Insyallah selepas Post Mortem, Jenazah akan dibawa ke rumah Arwah di No.608, Jalan Scientec 17, Taman Scientec, Kulaijaya

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi turut sama menziarahi Jenazah di Hospital Besar Ipoh. turut sama menziarahi Jenazah L/Kpl Md Azwan adalah Sdr. Muaamar Ghadafi, Ketua Pemuda UMNO Parit Buntar.

Menurut Sdr.  Muaamar Ghadafi, Allahyarham disenangi oleh penduduk kawasan Kuala Kurau dan Allahyarham juga aktif melibatkan diri dengan masyarakat setempat . Allahyarham juga pemain drum Belia 4B Kg Nelayan Kuala Kurau
.




2 comments:

  1. tak kejar nanti tu cina cakap PDRM makan gaji buta je....

    ReplyDelete