Nuffnang

Monday, March 3, 2014

Longgarkan syarat Kemasukan Anggota @PDRMsia ?? Penyumbang Idea ini lagi Bangang dari @anwaribrahim


Hendak jadi konstabel polis.Telah berlaku kelongkaran syarat kepada orang Cina.Kelonggaran syarat bagi kaum Cina  hanya perlu lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

Adakah kini Bahasa Kebangsaan sudah  tidak penting untuk menjadi anggota polis?

"Syarat kemasukan sebelum ini buat kaum Cina iaitu perlu kepujian Bahasa Malaysia jadi kita mempertimbangkan keadaan (kelonggaran) ini khas untuk kaum Cina," ACP Saiful Azly Kamaruddin

Jika Melayu dan India mereka perlu memenuhi syarat-syarat fizikal yang ditetapkan iaitu ketinggian sekurang-kurangnya 165 cm dan berat badan minimum 47.6 kg bagi calon lelaki dan 160 cm dan 46.2 bagi wanita.

Berbeza dengan tawaran untuk kaum Cina iaitu mereka hanya perlu memiliki Tinggi sekurang-kurangnya 163cm lelaki dan berat minimum 50kg, 157cm bagi wanita 48kg

Soal tempoh latihan pihak pengurusan Pdrm akan mengemukakan cadangan kepada Ketua Polis Negara supaya tempoh latihan disingkatkan dari 6 bulan hanya menjadi 3 bulan dari kaum bangsa lain.



Kenapa tidak pasukan khas yang ditubuhkan khas oleh Pdrm mengkaji bagaimana untuk menarik minat kaum cina untuk menyertai Pdrm dengan lebih relevan yang menampakkan lebih adil atau saksama? Mengapa perlu longgarkan syarat dan naikkan gaji untuk tujuan tawaran? Bodoh sangatkah atau malas untuk berfikir?

Ini melibatkan diskriminasi kaum yang memberi impak negatif kepada Pdrm dan kerajaan Malaysia yang seolah hilang keyakinan dan prinsip kepimpinan yang bertindak memberikan keistimewaan kepada kaum Cina semata untuk menarik minat mereka terhadap unit beruniform.

Alasan yang sering kita dengar kenapa kaum Cina tidak berminat untuk memyertai unit beruniform terutamanya Polis iaitu gaji yang sikit jika dicampur elaun dan overtime hanya boleh mencecah RM3k.Alasan gaji kecil bukan tiket memberikan tawaran gaji yang lebih kepada kaum Cina untuk tarik mereka bagi memenuhi kuota Pihak kerajaan dan Pdrm harus berfikir lebih bertanggungjawab kepada anggota Polis yang sama jawatan yang sama tugasnya mempunyai berlainan gaji yang membezakan dari segi bangsa.Untung benar jika anda seorang yang berbangsa cina jika menyertai Polis Di Raja Malaysia berbanding bangsa lain.

Jangan Biarkan Kerajaan/PDRM menanggung liabiliti kemudian hari. Dasar tak sampai. kebocoran maklumat ditahap tertinggi. 

Amaran keras, Siapa sumbang Idea bodoh ini sila letak jawatan. jangan beri liabiliti terus kepada Kerajaan.




1 comment:

  1. terdapat ramai bangsa cina dalam PDRM yang berjiwa kental, setia menjalankan perkhidmatan dan telah membuktikan mereka melaksanakan tugas dengan kesungguhan yang tinggi, tidak mempersoalkan gaji kecil dalam PDRM yang sungguh mencabar.

    Melonggarkan syarat kemasukan (khas) kepada bangsa cina cuma mengundang bermacam-macam sangka buruk masyarakat dan merendahkan kewibawaan PDRM itu sendiri, berbagai kejayaan PDRM selama ini sering dipandang sepi, tetapi beberapa kegagalan kecil sering dibesarkan yang melunturkan semangat ahli PDRM dalam mengalas tugas sepanjang masa.

    KERAJAAN mistilah mendengar dan menyelesaikan banyak lagi penambah baik bagi kebajikan dan kerjaya dalam PDRM supaya imbuhan ini terus menyuntik semangat kepada seluruh PDRM agar khidmat dan pernanan PDRM sentiasa berada diaras yang terbaik..

    ReplyDelete