Nuffnang

Saturday, February 8, 2014

TERKINI : Taib Umum Undur Diri. Rangka Pelan Peralihan Kuasa @najibrazak @dzainalabidin @tunfasial


Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud umumkan pengunduran beliau sebagai Ketua Menteri selepas mesyuarat negerj sebentar tadi.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan calon pengganti beliau akan diumum dalam tempoh terdekat. Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohammad Asfie Awang Nassar berkata, dalam mesyuarat khas diadakan hari ini, Abdul Taib telah menyuarakan hasrat untuk melakukan peralihan kuasa
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur dari jawatannya dan akan membuat pengumuman mengenai perkara itu dalam masa "dua hari lagi".


Pengundurannya itu dimaklumkan oleh Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar selepas mesyuarat lima jam Majlis Tertinggi parti itu hari ini.

Menurut Mohamad Asfia, mesyuarat itu telah memberi mandat sepenuhnya kepada Abdul Taub untuk menamakan calon penggantinya.Sebagai penghormatan atas jasa dan sumbangan Abdul Taib kepada Sarawak, mesyuarat itu juga mencadangkan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak menggantikan Tun Salahuddin Abang Barieng yang akan tamat tempoh jawatan pada 28 Februari ini.

Untuk makluman semua Tan Sri Abdul Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981. bagi #PBR lihat pengunduran Abdul Taib Mahmud adalah salah satu cara positif dan #PBR Salute cara ini, Pengunduran diwaktu kemuncak. teingat cara pengunduran yang sama yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir. diharapkan Plan yang bakal diputuskan nanti berlajalan lancar.

~adios


No comments:

Post a Comment