Nuffnang

Tuesday, February 4, 2014

@teressakok claim @PDRMsia buat kerja tak betul mengenai video kontroversi

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang berdepan kemungkinan disiasat polis ekoran isu video klip Tahun Baru Cina menuduh polis mengamalkan dwi standard sekiranya menyiasat video membabitkan beliau yang mula mencetuskan kontroversi.


Alasan beliau, polis tidak menyiasat kenyataan pemimpin Barisan Nasional dan blogger-blogger UMNO yang disifatkannya menyakiti hati pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

Beliau turut menafikan klip video terbitan beliau sempena Tahun Baru Cina bersifat rasis dan biadap kepada masyarakat Melayu.

Dalam satu kenyataan Isnin, Teresa menafikan dakwaan beliau mengungkit insiden pencerobohan berdarah Lahad Datu, menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan merendahkan martabat kaum Melayu dalam klip video “Onederful Malaysia” itu.


Sebaliknya, tambah Teresa, dialog dalam video itu hanya merujuk kepada peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di perairan Sabah.

“Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah tanpa menyentuh tentang peristiwa Lahad Datu, malah tiada apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu,” katanya.

Justeru itu, beliau menolak tuduhan-tuduhan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersabit video 11 minit itu.

“Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humour politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara,” kata beliau.

Sementara itu, timbalan menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, polis akan menyiasat video tersebut dan sekiranya Teresa melanggar undang-undang dan Peguam Negara yakin terdapat cukup bukti terhadapnya, kes itu akan dibawa ke mahkamah.-bnbbc.my

No comments:

Post a Comment