Nuffnang

Friday, February 7, 2014

Pulau Pinang Darul TAHI!! @IWKComms dipalit 'najis' tangan ghaib kerajaan negeri


Isu pencemaran air di Batu Feringgi telah membuktikan slogan Bersih dan Hijau yang dicanangkan kerajaan negeri P.Pinang pimpinan DAP tidak boleh dipakai langsung.

Tiada tindakan pro aktif diambil oleh kerajaan negeri setakat ini dalam isu pencemaran Batu Feringgi.Guan Eng langsung tidak mengarahkan jentera di bawah pimpinan kerajaannya bertindak segera dalam hal ini.


Pihak Indah Water Konsortium(IWK) telah dijadikan kambing hitam oleh kerajaan DAP dalam permasalahan ini.Sebelum ini Presiden CAP dan SAM, S M Mohamed Idris,dalam kenyataannya mendesak supaya kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng segera bertindak bagi mengatasi pencemaran terbabit atau berhadapan dengan kesan dan ancaman yang lebih teruk.

Tetapi nada yang lain telah diluahkan oleh wakil kerajaan DAP P.Pinang.Melalui Exco Kerajaan Tempatan, Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dalam kenyataannya menyalahkan sepenuhnya pencemaran itu kepada pihak Indah Water dan menegaskan hal ini tiada kena mengena langsung dengan kerajaan negeri.

Selepas difitnah oleh kerajaan negeri,pihak Indah Water telah mengeluarkan kenyataan rasmi.Menurut kenyataan IWK,loji PEG073 di Jalan Batu Ferringhi yang memberikan perkhidmatan kepada 30,000 orang pengguna didapati berfungsi dengan baik.

"Satu pemeriksaan lanjutan dijalankan di rangkaian paip pembentungan di bawah tanah di sekitar Batu Ferringhi dan didapati tiada sebarang kebocoran atau kerosakan ditemui pada paip pembentungan itu," katanya.Sehubungan itu, IWK berpendapat terdapat sumber lain yang menyebabkan pencemaran itu,dipetik dari kenyataan IWK lagi.

Justeru itu,pihak kerajaan negeri dilihat cuba menyembunyikan hal sebenar dalam isu ini.Mereka dilihat cuba menyalahkan pihak IWK dari melakukan dan mengenakan tindakan yang keras kepada pelaku pencemaran ini.

Pembinaan kondominium mewah yang tidak terkawal di bawah seliaan kerajaan DAP di sekitar Batu Feringgi juga dilihat sebagai salah satu faktor yang boleh dikaitkan dengan pencemaran ini.Jika hal ini menyumbang kepada pencemaran tersebut,pihak berwajib perlu tegas mengambil tindakan tanpa perlu tunduk kepada penyelewengan kerajaan negeri..

Isu pencemaran Batu Feringgi mula menjadi hangat selepas beberapa media telah mendedahkan isu pencemaran ini dan menggesa kerajaan negeri bertindak dengan segera.Batu Feringgi menjadi tarikan penduduk tempatan dan juga tumpuan pelancong dari luar negara.Justeru pencemaran begini perlulah diselesaikan segera dari merebak menjadi lebih teruk -UtaraNews.

No comments:

Post a Comment