Nuffnang

Saturday, February 1, 2014

NGERI! LELAKI MAUT KETIKA MAIN MERCUN SEMPENA TAHUN BARU CINA



Kalau dulu, jarang-jarang kita dengar berita kecelakaan ketika Sambutan Tahun Baru Cina akibat bermain mercun. Putus jari, rumah terbakar, mercun meletup dalam poket seluar, semua kejadian boleh dikatakan berlaku ketika bulan puasa atau ketika sambutan Hari Raya.


Namun kini, seorang pekerja am sebuah kilang maut akibat bermain mercun untuk meraikan Tahun Baharu Cina di rumahnya di Permas Jaya di sini.

Mercun yang dibakar Sze Joon Choon, 36, ketika tengah malam tadi dilaporkan terkena mukanya sehingga cedera teruk.

Dia dikejarkan anggota keluarganya ke Hospital Sultanah Aminah dan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian itu.
Harap kejadian ini akan menjadi pengajaran kepada semua tak kira apa bangsa. Kalau boleh, elakkan dari bermain mercun.

Tapi kalau nak main jugak, berhati-hatilah. Tak berbaloi jika bergadai nyawa untuk sedikit keseronokan






No comments:

Post a Comment