Nuffnang

Wednesday, February 19, 2014

INFO : Pemohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)


Sekadar pengkongsian dari PBR. Ramai Berimpian untuk memiliki rumah impian masing-masing, dari yang bujang sehingga yang mempunyai keluarga sendiri. rumah kediaman adalah salah satu keperluan asas yang mustahak hari ini. Alhamdulillah berkat Insentif kerajaan kita mampu memiliki rumah mampu milik melalui Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia. pemohon boleh memohon secara talian terus skim berkenaan.


Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.


Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M yang telah disediakan. Anda juga boleh muat-turun borang RMR1M di sini (klik).
Walaupun begitu, terdapat beberapa syarat dan terma yang perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan skim ini. Bukan semua orang layak untuk menikmati program pemilikan rumah mesra rakyat ini, memandangkan ia mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.


Syarat AM RMR1M


-Warganegara Malaysia.
-Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
-Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
-Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
-Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
-Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
-Tapak keluasan minimum 7,500kps.
-Tertakluk kepada pinjaman bank.

Apakah yang menariknya mengenai rumah mesra rakyat 1 Malaysia ini? Untuk info, untuk pembelian rumah RMR1M, anda akan menerima subsidi daripada kerajaan sebanyak RM20,000. Dan anda juga menerima 2% subsidi kerajaan pada pinjaman kadar faedah bank. 

Ada dua cara untuk memohon, iaitu secara online atau menerusi pejabat SPNB yang berdekatan. Malah sebenarnya anda boleh meminta bantuan waklik rakyat serta pejabat penghulu untuk membanti mendapatkan RMR1M ini.

Cara Memohon RMR1M

-Dapatkan borang percuma samada menerusi online di SPNB (klik) atau dari Pejabat Cawangan Wilayah  SPNB/Pejabat Satelit
-Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit
-Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.





Bagi anda yang mahu membuat permohonan secara online, sila muat turun panduan atau manual pengguna yang telah disediakan di sini - Manual Pengguna RMR

Bagaimana rupa bentuk rumah RMR1M ini yer ...?? Ok, saya kongsikan kepada anda beberapa illustrasi mengenai rumah konsep yang telah disediakan oleh SPNB.
Rekabentuk Rumah RMR1M



Untuk sebarang pertanyaan, kemushkilan atau apa sahaja persoalan mengenai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), anda boleh hubungi talian berikut:

Hotline SPNB: 1300 80 3838 
Tel: 603 – 26185555

PBR bukanlah agen kepada program ini, PBR hanyalah seseorang yang menyebarkan informasi ini supaya lebih ramai orang dapat miliki rumah sendiri. Tiada sebarang hubungan antara penulis dengan SPNB atau mana-mana Adun.
Segala jawapan kepada persoalan adalah sekadar pengetahuan dari penulis dan bukan kata muktamad atau rasmi yang dikeluarkan oleh SPNB






3 comments:

  1. tak de pon aku tgk link blog aku kat blog ko !!!

    ReplyDelete
  2. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  3. Masih blh ke permohonan ini dibuat

    ReplyDelete