Nuffnang

Wednesday, January 22, 2014

kerja meroboh Flat pekeliling bermula.


                  

KUALA LUMPUR: Kerja meroboh Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak bermula kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi selepas sebuah jengkaut seberat 11 tan diangkat ke tingkat 17 bangunan berkenaan menggunakan kren seberat 300 tan.

Kerja meroboh lima blok Flet Pekeliling di Jalan Tun Razak dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2015.


Pegawai Keselamatan Pekerjaan Chang Chern Demolation Specialist, C Sivakumar, berkata tempoh untuk merobohkan setiap blok 17 tingkat Flet Perkeliling mengambil masa kira-kira empat bulan.

"Kami menggunakan teknik perobohan yang digunakan di Hong Kong. Setiap komponen akan dipecahkan bermula dari tingkat atas hingga ke bawah.



"Kerja perobohan akan menggunakan jengkaut 11 tan dan kren 300 tan," katanya ketika menerangkan perancangan perobohan Flet Perkeliling di sini, sebentar tadi.


PBR~ flat pekeliling tinggal kenangan.
difahamkan tempoh merobohkan mengambil masa empat bulan.Tarikh dijangka siap November 2015.



No comments:

Post a Comment