Nuffnang

Sunday, January 5, 2014

Dukun Nekad Serang Polis Pakai Jin





Seorang lelaki asal Mesir mengancam polis Arab Saudi yang cuba menangkapnya kerana melakukan amalan perdukunan dengan cara akan melepas jin untuk menyerang para polis . Namun selepas dia berjaya ditangkap , ancaman lelaki 44 tahun itu tidak terbukti .

Polis di Kota Makkah, menyerbu sebuah rumah dan menangkap dukun yang tidak disebutkan namanya itu setelah mendapat laporan bahawa dukun tersebut menggunakan sihir untuk mengawal sebuah keluarga Saudi , seperti yang dilaporkan oleh akhbar Arab News , Rabu ( 1 / 1 ) .


" Dia berjaya mengawal keluarga Saudi itu dengan membuat mereka percaya bahawa ada harta tertanam di bawah rumah keluarga itu dan dia cuba untuk menggali harta itu bagi mereka , " tulis laman asal Saudi Sabq , mengutip sumber dari polis .

Dikatakan pasangan Saudi dan dua anak perempuan mereka berusia 33 dan 35 tahun membiarkan dukun itu untuk tinggal di rumah mereka, selepas dukun itu menjampi - jampi keluarga tersebut .

Polis menyerbu rumah itu selepas menerima laporan daripada jiran mereka dan menangkap dukun itu . Ketika ditangkap, sang dukun mengancam akan melepaskan jin untuk menyerang polis .

" Tetapi jin sang dukun tidak melindungi dirinya saat ditangkap dan dia dibawa ke balai polis . Polis juga mendapati banyak azimat dan benda - benda sihir di dalam rumah itu , " tulis Sabq .

Amalan sihir dan perdukunan dilarang keras di Arab Saudi sesuai dengan undang-undang Islam, dan orang - orang yang dituduh terlibat dalam tindakan seperti itu bakal dihukum .

Sumber: merdeka.com

No comments:

Post a Comment