Nuffnang

Friday, November 29, 2013

HARI NUZUL AL-QURAN MASUK CUTI UMUM WILAYAH PERSEKUTUAN MULAI 2014 @APterkini @TengkuAdnanReal

                                    

Hari Nuzul Al-Quran Masuk Cuti Umum Wilayah Persekutuan Mulai 2014

Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula tahun depan. Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis mengumumkan hari kelepasan am tersebut telah pun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan tersebut pada 3 Februari 2014, iaitu pada hari Isnin, berikutan pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada hari Sabtu, 1 Februari, 2014.

Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama. “Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal,” menurut kenyataan itu.




'Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa' - Persidangan #MahasiswaNasional 2013 @tunfaisal @razaliibrahim @shaberyc @drnovandri @dzainalabidin


KUALA LUMPUR, 28 Nov-- Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format baharu berkonsepkan persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Umno Datuk Razali Ibrahim berkata format itu julung kali diaplikasikan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih menjurus kepada konvensyen, seminar, dialog dan forum.

Katanya perubahan itu akan menjurus kepada satu platform interaktif yang dapat memberi pendedahan asas perdebatan dalam Parlimen kepada mahasiswa yang terlibat dalam persidangan itu.
"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa.



"Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini Khamis.
Mengulas lanjut, Razali berkata persidangan anjuran Kelab Umno Luar Negara (KULN) dan Biro IPT Umno itu memerlukan peserta mencadangkan usul serta membahaskan empat bidang utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.

"Di penghujung persidangan, saya sendiri akan menerima usul yang telah diundi dalam bentuk resolusi untuk disampaikan kepada kepimpinan tertinggi Umno," katanya.
Razali berkata pihaknya akan mengenal pasti tiga wakil KULN untuk diketengahkan dalam persidangan sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agung Umno 2013.


JOM Follow Twitter Rasmi Persidangan Mahasiswa Nasional
<<KLIK SINI>>
Fan Page Persidangan Mahasiswa Nasional
<<KLIK SINI>>




Bertemakan 'Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa', persidangan melibatkan 150 peserta itu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Dis.
Mereka termasuk pelajar Malaysia yang kini melanjutkan pelajaran di IPT di 14 negara antaranya Mesir, Kanada, Perancis, Ireland dan Korea Selatan. - BERNAMA

1. PBR dipahamkan bahawa Seramai 75 pemimpin mahasiswa luar negara dan 75 pemimpin mahasiswa    dari semua universiti dalam negara akan menyertai Persidangan Mahasiswa Nasional yang diadakan di    PWTC pada 1 Disember ini.

2. Persidangan anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO itu diadakan sebagai usaha para     pemimpin muda berdiskusi untuk membawa usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada  2 hingga 7 Disember ini.


3. Menurut Pengerusi Biro IPT UMNO Datuk Razali Ibrahim memberitahu persidangan satu hari tersebut disertai oleh mahasiswa Malaysia yang kini menuntut di 14 buah negara.

4.“Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan Kelab UMNO  Luar Negara dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi  golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee).
“Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk       konvensyen, seminar, dialog dan forum,”kata beliau kepada wartawan pada Khamis.


5. Jelas beliau, pendekatan baru ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen, selain mengasah  bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dan melatih mereka agar berfikiran kritis,memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara “Pada penghujung persidangan ini, mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan  dalam bentuk resolusi kepada kepimpinan tertinggi UMNO,”ujar beliau. 


Sumber - 1Peluru.Blogspot.com

@hannahyeoh tweet simpati? ada aku kesah?? @APterkini


1. Tweet terbaru speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, ada PBR kisah?
     Come on lah @hannahyeoh tidak payah meraih simpati di twitter. Yang                kelakar adalah pengistiharan aset secara terbuka oleh speaker berkenaan di        twitter, its  totally  bullshit! Merapu meraban yakni telus ke pengistiharan            tersebut? Ke Main tulis seberonong sahaja??

2. Kenaikkan yang PBR lihat memang terlalu kerterlaluan dan  mendadak bagi       gaji Speaker yang sebelum ini RM 6109.29 naik kepada RM 22500.00 . Adakah     ini yang dinamakan perbelanjaan berkhemah oleh kerajaan negeri Selangor?
    Adakah pemberian gaji berkenaan setimpal dengan kerja Hannahyeoh? 
    PBR lihat time sidang dalam DUN pon sempat online Facebook & twitter.               Agak-agak korang setimpal ke?

3. Peruntukan kewangan sepatutnya dilebihkan untuk menangani masalah-              masalah yang dihadapi rakyat seperti perkhidmatan air yang tidak                        memuaskan, keadaan longkang tersumbat, jalan raya berlubang dan sungai        terbiar.

4. Sebenarnya pada pendapat peribadi PBR naik gaji tu tiada masalah  Namun         biarlah dilakukan secara berhemah. Janganlah keterlaluan dalam                           perbelanjaan saraan ADUN tanpa mengambil kira kepentingan rakyat

Thursday, November 28, 2013

Sekolah Agama Dalam Penjara @khalednordin @APterkini


1.Kita telah mendengar tentang sekolah dalam hospital, tapi pernahkah kita dengar sekolah agama dalam   penjara? Jika para banduan diberikan didikan agama, InsyaAllah, mereka tidak akan mengulangi             kesalahan lampau dan menjadi insan yang lebih baik daripada dulu. 

2. Kompleks Penjara Kluang di Johor telah membina sebuah sekolah agama di dalam penjara. Sekolah        tersebut ialah Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah. Sekolah ini adalah sekolah agama pertama      di Malaysia yang dibina di dalam penjara dan ia dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni          Almarhum Sultan Iskandar pada 28 November 2013. Para banduan boleh belajar agama secara lebih      formal di sekolah tersebut.


3. Pada pendapat saya, penubuhan sekolah agama ini memang wajar dan sebaik-baiknya setiap penjara       mempunyai sekolah agama.  Kehadiran ustaz dan ustazah dapat membimbing banduan ke pangkal        jalan. Malah ia dapat mengisi masa lapang para bantuan di dalam penjara.


HIDUP tokong!! @limguaneng!! Peniaga Melayu terus menerus ditindas!! @dzainalabidin @najibrazak


Di jalan pesisir pantai berhampiran Queensbay Shoping Complex , lebih kurang ler gamaknya dalam 20 peniaga Melayu di ambil tindakan oleh peguatkuasa.Gerai bergerak mereka diarahkan tutup dan dihalau dari kawasan tersebut atas alasan menghalang lalulintas .Mereka sudah berniaga di lokasi tersebut sejak 3 tahun yang lepas. Pihak MPPP telah merampas pelbagai peralatan gerai gerai dari van makanan peniaga melayu.

Para peniaga melayu di Queensbay membantah atas tindakan MPPP kerana langsung tidak diberi notis, sebaliknya tindakan diambil terhadap peniaga peniaga melayu.hurmm bila pekara ini berlaku depan mata memang tragis beb!! PBR tgk perniaga yang siap dukung anak kecil tu yang buat mata ni jap2 macam masuk pasir pantai tu.. SADIS.. cari rezeki HALAL, bukan menyundal tepi pantai!!

 Apa kata PBT yakni MPPP sediakan tempat parking khas untuk business on wheel ni jual makanan. Lagipon meriah kalu ada jual makanan tepi laut. Dedulu kat tepi Pantai Lido kat JB ada tempat untuk lori jual makanan ni parking.



Apa Nak Jadi?? Orang Hutang pon Di jadikan Pelacur!!



Seekor Orang Utan betina berusia enam tahun berjaya diselamatkan setelah dijadikan PELACUR di wilayah Kerengpangi, Kabupaten Katingan, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Menurut Koordinator The Borneo Orangutan Survival Foundation (BOS), Monterado Fridman, tidak ada yang tahu sudah berapa lama Orang Utan bernama Pony itu berada di sana.

Kenaikan Gaji Yang Tidak Munasabah - MP BN



Ahli Parlimen daripada kedua-dua parti politik tidak sependapat dalam isu kenaikan gaji semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor termasuk Menteri Besarnya.

Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengatakan kenaikan tersebut terlalu tinggi, dengan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) menyatakan kenaikan hampir 106 % gaji Menteri Besar kepada RM29,650 setiap bulan sebagai tidak munasabah.

"Ini kali kedua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menaikkan gaji pemimpin negeri. Saya agak pelik kerana pakatan pembangkang sering menolak apabila Ahli Parlimen BN mencadangkan kenaikan gaji Ahli Parlimen.

Wednesday, November 27, 2013

@khairykj umum senarai exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia @APterkini @najibrazak @muaamarghadafi


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan pelantikan 10 ahli exco baharu sayap parti itu bagi penggal 2013-2015.

Pelantikan dibuat daripada calon-calon yang telah dipilih pada Pemilihan Pemuda UMNO bulan lalu.

Jurutera Maut Dipercayai Terjatuh Bangunan (Penang)

GEORGE TOWN 27 Nov. - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan Suntech Sunshine Square Bayan Baru, di sini hari ini.

BENARKAH Malaysia Di INTIP oleh SINGAPURA??

1. LAPORAN bahawa Singapura mengintip pergerakan Malaysia bukanlah suatu yang baru dan ianya         tidak menghairankan. Dalam tempoh 5 tahun ini, Singapura semakin kerap menunjukkan keberanian       dan kurang ajarnya campurtangan dalam hal-hal politik Malaysia. 

Facebook Palsu! Pelajar UMP Berpeluk Dalam Tandas Buat Laporan Polis

Gambar itu didakwa dimuat naik di Facebook oleh pasangan tersebut. Namun, wanita berada didalam gambar tersebut yang dikenali sebagai Fatihah Hakema membuat kenyataan bahawa akaun Facebook itu adalah palsu.  

                    

Downtown Night Market Cheras Bakal Ditutup?

Downtown Night Market Cheras Bakal Ditutup? | Downtown Night Market Cheras atau lebih popular dikenali sebagai downtown Cheras dibuka pada 2006 dan telah sukses dalam melahirkan usahawan kecil Melayu terutama masyarakat setempat.



Namun begitu, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Downtown Cheras bakal ditutup tidak lama lagi.

Terdapat sebuah kenyataan di Facebook yang mengatakan downtown Cheras akan ditutup menyebabkan hal ini tersebar meluas.



Sebelum ini, Uptown Danau Kota di Setapak juga telah mengalami masalah yang sama dimana pihak berkuasa mahu menghadkan hari beroperasi uptown teersebut ekoran dari laporan penduduk yang terganggu dengan suasana sesak dan sampah sarap yang berteraburan.

Apapun, diharap berita ini cuma lah sekadar khabar angin sahaja.


Tuesday, November 26, 2013

PKR Sabah Bakal PUPUS ! @anwaribrahim

Alhamdulillah, lumpuh jua parti Dajal laknatullah brmata satu ini.PKR hmpir lumpuh apabila 11 cabang di sabah keluar parti dan ramai lg pemimpin PKR akan keluar parti disabah selepas ini,

kelumpuhan ini dsbbkn hilang keyakinan & kepercayaan kepimpinan DSAI yg tidk mmbela rakyat sabah sebaliknya kepimpinan DS Najib yg tlh brjaya mmbela rakyat sabah secara keseluruhannya.Syabas UMNO & BN teruskn momentum mmbela rakyat & agama ISLAM.PAsti usahamu dirahmati Allah Aaamiiinnn

Senarai Ketua Cabang PKR umum keluar parti ekoran Hilang Percaya kepada kepimpinan PKR dan Campurtangan pimpinan PKR pusat ke atas PKR anak tempatan Sabah.

1 ) Angki Addek (kota marudu)
2 ) Anthony Mandiau
3 ) Juhani Abd Halim
4 ) Mohd Jun (kelabakan)
5 ) Mustapha Tambuyung (Kinabatangan)
6 ) Lokuan Ureh (semporna)
7 ) Timoty Lim (sepangar)
8 ) Apandy Sipin ( persiangan)
9 ) Soloh Yuna (Kota belud)
10) Jelani Hamdan
11) Jeremmy Malajad (kedamaian)

Melayu Johor Bangsa Bodoh, Malas Dan Kuat Perkauman? @khalednordin @APterkini




Awek Kelantan Jepun Celup ini pada pendapat PBR hanyalah mencari cari PUBLISITI murahan di laman sosial FB. Jika diamati setiap penulisan dari FB ini kebanyakkanya bukan hanya mengherdik Melayu Johor. Tetapi Ianya mewakili Cybertrop PAKATAN RAKYAT!



Kononnya pelajar UPSI. Tapi gaya dan akal macam orang tak ada pendidikan. SAH!! fake account.
sudah-sudahlah memecahbelahkan Masyarakat di Malaysia. Kalau berani tunjulkan diri anda dan lontarkan pandangan anda gunakkan medium yang betul. bukan cam gini Boh!!




Kantoi muat turun Filem Tempatan dari Internet




Tiga remaja lelaki berumur 15 hingga 18 tahun ditahan dalam serbuan di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing pada 29 Oktober dan 8 November lepas kerana memuat turun filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hak cipta.


Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Roslan Mahayudin berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan dalam Operasi Spyglass itu diletakkan di bawah jaminan polis, dan telah dibenarkan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.


Katanya operasi bahagian penguatkuasaan KPDNKK yang disertai 10 pegawai termasuk dari bahagian Cybersecurity Malaysia itu turut merampas tiga unit komputer riba, satu unit broadband, dua unit router dan dua unit modem bernilai RM12,000.


Antara filem yang dimuat turun ialah "KL Gangster 2", "KL Zombie" dan "Tanda Putra" dalam laman web:www.allinoneatheremovie.blogspot.com; www.pjsenter.com dan www.piratesbytez.com., kata dalam sidang media di sini hari ini.


Mereka adalah remaja pertama ditahan di bawah Ops Spyglass dan boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah di bawah Seksyen 41 1(G) Akta Hakcipta 1987.


"Walaupun di bawah umur tindakan tetap diambil di bawah undang-undang sedia ada".


Serbuan dilakukan atas aduan pemilik hakcipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan sebagai portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) filem-filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hakcipta.


"Berdasarkan soal siasat ke atas suspek, mereka memaklumkan bahawa filem-filem yang disediakan di dalam laman web/blog seliaan mereka diperolehi sumbernya daripada laman/blok lain,"katanya.


Katanya antara laman web yang paling terkenal ialah www.ganool.com yang didapati beroperasi di Jawa Timur, Indonesia yang dikendali seorang remaja, selain sumber filem lain dari http://pencurimovie.sx dan http://moviepecah.blogspot.com.


Menurut Roslan bahagian penguatkuasaan KPDNKK juga akan mengeluarkan notis kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menghalang akses laman sesawang tersebut mengikut Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Roslan menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawasi dan memantau aktiviti siber anak-anak mereka supaya mereka tidak melakukan sebarang aktiviti siber yang menyalahi undang-undang. - Bernama

~berani buat berani tanggung beb! pandai-pandaiala fikir baik buruk sebelum buat sesuatu perkara. PBR lihat & nampak kerajaan terus komited untuk melindungi harta intelek karya tempatan.

Saturday, November 23, 2013

PERINGATAN : Jangan terpedaya dengan tipu helah AGEN PEMOHONAN PR1MA @APterkini @najibrazak @dzainalabidin



KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan mana-mana ejen yang menawarkan perkhidmatan permohonan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) kerana PR1MA tidak pernah melantik ejen untuk berbuat demikian.
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau mendapat aduan daripada segelintir orang awam yang mendakwa kononnya mereka perlu membayar deposit kepada ejen-ejen itu untuk urusan permohonan PR1MA.
   
"Ada yang sehingga RM7,000 deposit kena bayar.... ingin saya tegaskan bahawa permohonan hanya boleh dibuat secara 'online' (dalam talian) sahaja dan PR1MA tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk membantu menguruskan permohonan itu.
   
"Jika mana-mana pihak ataupun orang ramai yang mengalami keadaan sedemikian perlu segera melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan boleh diambil terhadap golongan ejen yang tidak bertanggungjawab itu, " katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.
   
Beliau berkata, orang ramai yang berminat untuk memohon PR1MA boleh membuatnya secara dalam talian ataupun melalui jerayawara PR1MA di seluruh negara.
   
"Selepas penelitian maklumat dan kelayakan pemohon, pihak PR1MA akan melakukan proses pengundian bagi menentukan siapa yang layak mendapatnya," katanya. - Bernama

PERINGATAN : Jangan terpedaya dengan tipu helah AGEN PEMOHONAN PR1MA @APterkini @najibrazak @dzainalabidin



KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan mana-mana ejen yang menawarkan perkhidmatan permohonan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) kerana PR1MA tidak pernah melantik ejen untuk berbuat demikian.
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau mendapat aduan daripada segelintir orang awam yang mendakwa kononnya mereka perlu membayar deposit kepada ejen-ejen itu untuk urusan permohonan PR1MA.
   
"Ada yang sehingga RM7,000 deposit kena bayar.... ingin saya tegaskan bahawa permohonan hanya boleh dibuat secara 'online' (dalam talian) sahaja dan PR1MA tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk membantu menguruskan permohonan itu.
   
"Jika mana-mana pihak ataupun orang ramai yang mengalami keadaan sedemikian perlu segera melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan boleh diambil terhadap golongan ejen yang tidak bertanggungjawab itu, " katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.
   
Beliau berkata, orang ramai yang berminat untuk memohon PR1MA boleh membuatnya secara dalam talian ataupun melalui jerayawara PR1MA di seluruh negara.
   
"Selepas penelitian maklumat dan kelayakan pemohon, pihak PR1MA akan melakukan proses pengundian bagi menentukan siapa yang layak mendapatnya," katanya. - Bernama

Suhaizan Kaiat Ketua Pemuda PAS Malaysia @APterkini


PETALING JAYA - Sebentar tadi secara rasminya Dewan Pemuda PAS Pusat dengan sebulat suara memilih Suhaizan Kaiat dengan jumlah undi 320 sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru dan menewaskan Kamaruzzaman Mohd (307), dan Zulhazmi Shariff (7).


Timbalannya pula dimenangi oleh Muhamad Khalil (355) menewaskan pencabarnya Raja Ahmad (282).


Manakala Naib Ketua Pemuda PAS adalah Mohd Khairul (411) melenyapkan terus harapan Ahmad Zamri dengan jumlah undi diperolehi 226.

Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London

KETUA Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata kepada media mengenai penahanan dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun - ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa

LONDON: Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba sepanjang usianya.


Polis Metropolitan London mengumumkan kejayaan operasi menyelamat itu selepas dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun -ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. 

Kedua-dua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan. 

Penahanan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan membabitkan penggunakan hamba selepas seorang wanita menghubungi badan amal mendakwa dia ditahan bersama dua yang lain.

Badan kebajikan itu kemudian membuat laporan polis dan wanita berkenaan, warga negara Malaysia berusia 69 tahun dan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan wanita Britain berusia 30 tahun - dibebaskan pada 25 Oktober lalu.

Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata wanita berkenaan kini dalam keadaan 'amat trauma' dan tidak pernah terdedah di dunia luar yang sebenar sejak 30 tahun lalu.

“Untuk cuba mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu tentunya akan mengambil masa," katanya. 
Polis setakat ini tidak mendedahkan warga negara suspek terbabit dan sama ada suspek adalah pasangan suami isteri.

Namun persoalan berkisar bagaimana semua wanita ini boleh terperangkap dan dalam tempoh yang sangat lama. 

Apakah yang membawa mereka ke London? Apakah jiran pernah melihat mereka? Adakah mereka cuba untuk melarikan diri?


Haylan berkata, nama semua wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan dan mereka kini dalam keadaan selamat di satu lokasi di Britain. - AP

@MParitbuntar Jangan jadi BACUL! @APterkini


Malang sungguh penduduk Parit Buntar mendapat ahli Parlimen sperti Mujahid ini, dah laa tiada satu pon proses penambahbaikan di berikan diparlimen ini, banyak cakap berdegar-degar jer si mujahid ini. APTB hurmm memang terbukti benarlah dengan cakap-cakap orang dikawasan Parlimen beliau bahawanya  dia ni HANYA berkhidmat utuk Orang PAS sahaja. Bantuan yang diberikan pun Puak-puak Itu sahaja yang dapat dan hampir orang yang sama juga terima.

sesungguhnya TERBAIK bagi PAS disaat ini kerana ada pemimpin macam Si Mujahid ni. Nama je dia nak jadi pejuang Islamlah, PAS Era barulah,  tapi bila dalam bab nak menegakkan Kebenaran, dia la paling BACUL sekali. Kalau setakat BACUL je tak pe lagi beb. ke x mahu 

TERUSKAN MEMBACA KENAPA MUJAHID DIGELAR BACUL  <<<KLIK DISINI>>>

Macam Rasis Jer! Hospital Bangsa apa ini??


KKM Gantung Perkhidmatan Wad Hospital Bersalin Dan Pusat Perubatan Cina N.S

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya perkhidmatan pesakit di dalam wad Hospital Bersalin dan Pusat Perubatan Cina N.S. (NSCMH) digantung, berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana hospital itu didapati melakukan 10 pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan peraturannya.

"Pelanggaran ini meliputi perkara melibatkan perkhidmatan bagi pesakit di dalam wad dan pesakit luar. Satu daripada contohnya adalah NSCMH kekurangan doktor residen sepenuh masa dalam bidang teras tertentu dalam lesennya, dengan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit," katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu yang bertarikh 21 Nov dihantar kepada Bernama di sini Jumaat.

Katanya hospital itu tidak dibenarkan menerima pesakit baharu dan pesakit sedia ada di dalam wad akan dipindahkan ke hospital-hospital lain kerana kementerian mengutamakan keselamatan pesakit dan penjagaan kesihatan berkualiti.

Dr Noor Hisham berkata langkah penggantungan itu diambil susulan siasatan terperinci terhadap aduan diterima kementerian pada Ogos dan dibuktikan menerusi penemuan diperoleh semasa lawatan pengesaham dilakukan di premis hospital itu pada 4 Sept.

"Kementerian telah dua kali mengeluarkan surat tunjuk sebab iaitu pada 18 Sept dan 21 Okt meminta hospital itu memberikan butiran terperinci berhubung langkah penambahbaikan yang telah diambil dan langkah yang dirancang untuk mengatasi 10 pelanggaran itu," katanya.

Beliau berkata satu mesyuarat khas telah diadakan pada 17 Okt untuk bertemu wakil hospital itu dan ahli seumur hidup NSCMH, bertujuan memberikan penjelasan terperinci berhubung 10 pelanggaran itu yang dikesan semasa lawatan pengesahan dan juga membincangkan penyelesaian sesuai terhadap masalah dihadapi hospital itu.

"Pengurusan hospital diberi masa 14 hari bekerja untuk menjawab surat tunjuk sebab kedua bertarikh 21 Okt dan tempoh itu tamat pada 8 Nov.

"Berikutan kegagalan pihak pengurusan hospital mengatasi dan menangani dengan sewajarnya 10 pelanggaran itu, kementerian tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan notis penggantungan perkhidmatan pesakit di dalam wad di hospital itu bagi memastikan amalan perubatan selamat dan melindungi kepentingan pesakit," katanya.
-- BERNAMA


Isu pengantungan Hospital tersebut bukanlah pekara pokok yang PBR mahu bincangkan, TETAPI 
sejauhmana mereka ini SEDAR diri bahawa kejayaan mereka membuka hospital CINA ini di bawah pemerintahan  Kerajaan Barisan Nasional. Jika nama orang ( Nama insan berbangsa Cina) OK laa boleh diterima. macamana jenis ENTITI jenis ini dibenarkan  oleh kerajaan??? 

terfikir jugak Apa kenapa perlu ada Hospital yang perlu penjenamaannya jenis-jenis Kaum. Entiti seperti ini,  apaPula Karpal Sinki Akan bercakap/bersuara?? tetapi yang menjadi kemusykilan PBR adalah mereka ini,adalah sikap tidak mengambil berat langsung pengunaan Bahasa Kebangsaan dalam pengiklanan mereka ini. tunggang langgang!! macam tidak pernah duduk di Malaysia.





gambar di atas PBR cilok dari webpage hospital berkenaan. hurmmm memang SAH diorang ni halal balai jer pengunaan Bahasa Rasmi Kebangsaan Malaysia ini . Dari Logo sampai ke Iklan memang hampeh! Apa yang PBR harapkan pihak-pihak berkenaan boleh menambah baik proses berkenaan, TOLONG masukkan elemen hospital ini ada BETUL-BETUL kat Malaysia.  


Wednesday, November 20, 2013

Kisah Pemuda Melayu, Kematian Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki " Syahid yang Tertangguh"



Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.


Saturday, November 16, 2013

Fakta Menarik : Anehnya Otak Manusia




Setiap manusia memiliki 10 billion sel saraf pada otaknya. Jika digunakan dengan betul, ia mampu merakam dan menyimpan lebih daripada 86 juta maklumat setiap hari. Saintis juga mengesahkan otak mampu menyimpan 100 trillion maklumat sepanjang hayat seseorang. Bagaimanapun ramai yang mensia-sia keupayaan otak mereka. 

Menurut saitis, membaca dan mengembara mampu menjadikan otak seseorang lebih bertenaga berbanding yang lain. Otak yang bertenaga mempunyai keupayaan untuk mengingati sesuatu dengan lebih baik. Begitu juga ia mampu mebuat keputusan yang lebih bijak.

Pekerja Kilang Di Paksa Pakai Lampin Supaya Tidak Buang Masa Ketandas



Daniel Duron, pemimpin pekerja di Kilang Korea, yang terletak di Honduras, telah mendedahkan bahawa berkata pihak syarikat memaksa pekerja mereka memakai lampin untuk mengelakkan membuang masa untuk pergi ke bilik air.

Friday, November 15, 2013

Pemilik "Nasi Ganja" Ipoh buat laporan Polis, difitnah letak najis




Ketika isu Restoran "Nasi Ganja" di Ipoh diarah tutup 2 minggu kerana premis didapati kotor, ada pula isu lain yang timbul apabila satu status dimuatnaik oleh Cik Ze Aida di dalam Facebook yang mendakwa terdapat najis manusia di dalam peti simpanan makanan yang dipercayai sebagai ilmu hitam.

Kerana tidak berpuas hati akan penyebaran dakwaan tersebut, pemilik Restoran Vanggey di Jalan Yang Kalsom, telah membuat laporan Polis untuk menyiasat dakwaan yang dianggap sebagai fitnah yang akan merugikan perniagaan mereka.


Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, tiada siapa yang tahu. Namun bagi Admin, sebenarnya isu pokok iaitu isu premis kotorlah yang akan membuatkan Restoran "Nasi Ganja" kerugian. Di harap pengusaha-pengusaha restoran lebih sensetif akan isu kebersihan di masa akan datang.

ini report polis yg di buat oleh pemilik restoran berkenaan.

No Repot: SG ******
Tarikh:14/11/2013
Waktu: 16:50

Nama: *****
No. K/P 572829202020
Pekerjaan: TIADA
Alamat Tinggal: NO 39, PESARA LAHAT BARU 8, BANDAR LAHAT BARU, 31500 LAHAT, PERAK.

PADA 14/11/2013 JAM L/KURANG 4.00 PETANG SAYA TELAH BERJUMPA DENGAN AHAMED AZLANSHAH BIN SAIFUL JAAFAR SADIK DAN AHLI KELUARGA BELIAU UNTUK BERBINCANG TENTANG HAL KANDUNGAN FACEBOOK YANG MEMBURUKKAN NAMA RESTORAN NASI VANGGEY. YG TELAH DISIARKAN ATAS NAMA ZE AIDA BERKENAAN ARTIKEL BERMAKSUD ' POLIS BARU SAJA MENYERBU RESTORAN VANGGEY (NASI GANJA) KERANA TERDAPAT NAJIS MANUSIA DALAM PETI SEJUK MAKANAN DAN UNTUK DISALUT DIPERIUK DENGAN TUJUAN ILMU HITAM. SAYA MENGAKUI PERKARA DIATAS ADALAH DARI KELALAIAN DIRI SAYA DIMANA TELAH BERKONGSI MAKLUMAT TANPA MEMBUAT SEBARANG PEMERIKSAAN TERDAHULU. SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MEMBURUKAN RESTORAN NASI VANGGEY. SAYA INGIN MENJELASKAN BAHAWA PERKARA YANG DISEBARKAN ITU ADALAH TIDAK BENAR. PIHAK RESTORAN NASI VANGGEY MENJALANKAN PERNIAGAAN MENGIKUT SEGALA KRITERIA YANG DITETAPKAN. SAYA AKAN MEMINTA MAAF KEPADA YANG BERKAITAN DAN BERHARAP PERKARA BURUK YG TERSIAR DALAM FB TIDAK DISEBARKAN.

KPN Sahkan Kejadian Culik dan Bunuh Di Pulau Pom-pom Semporna


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi Jumaat.

Beliau berkata polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.

Thursday, November 14, 2013

Kasi Ajar GLC Pro-Pembangkang! Kerajaan Jangan Bagi Muka CC : @najibrazak @ahmadmaslan @MuhyiddinYassin @khairykj



Seperti ada sesuatu yang tidak kena, apabila banyak GLC (Syarikat Milik Kerajaan / Goverment Link Company) mengambil pendirian untuk tidak meletakkan iklan mereka dalam akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times.

Malah Perdana Menteri sebelum ini juga pernah memberikan teguran kepada semua agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta terutama milik bumiputera agar mengiklankan lebih banyak dengan akhbar-akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan arus perdana berbahasa Melayu.

Hakim : Kerajaan Pas Kelantan Boleh Laksankan Hukum Hudud. Apa Kata mereka?? @APterkini

Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat. 

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, pihaknya mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan hukum Islam itu.
Beliau bagaimanapun berkata, Kerajaan Pas Kelantan perlu menambah jumlah hakim sekiranya ia mahu dilaksanakan dalam masa terdekat. 

"Hukum hudud boleh dilaksanakan, undang-undang sudah ada. Lantik hakim sahaja. Mahkamah Syariah sudah bersedia pada bila-bila masa, kita tidak ada halangan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baru Tunjong di sini hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Wednesday, November 13, 2013

Gambar Sekitar Filipina yang dilanda #ThypoonHaiyan @APTerkini






Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini dilaporkan telah meragut lebih 10,000 nyawa, di bandar-bandar wilayah Tacloban, ibu negara Pulau Leyte, di tengah Filipina dan Pulau Samar demikian menurut laporan akhbar dalam talian negara itu

Menurut laporan itu, ketika jumlah angka korban tersebut diumumkan, pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus dalam usaha untuk menyelamatkan bilangan mangsa Taufan Haiyan yang dipercayai akan terus meningkat

TAUFAN Haiyan membawa angin kencang membadai tengah Filipina, di wilayah Leyte, Tacloban dan Pulau Samar sejak kelmarin, setakat ini mengorbankan lebih 10,000 orang dengan ribuan penduduk dilaporkan masih hilang.

Pengkaji cuaca menjangkakan taufan itu melintasi Laut China Selatan dan sampai ke Vietnam hari ini.

Tuesday, November 12, 2013

Cuba Bangkit Isu Kuil : N. Surendran Dihalau Keluar Dewan @APterkini


KUALA LUMPUR 12 Nov - Sidang dewan rakyat pada hari ini gamat apabila Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran dihalau keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin apabila cuba membangkitkan isu kuil di Jalan P. Ramlee yang dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pemilihan PAS TIADA #DAKWATKEKAL : HANYA GUNA PENEBUK KERTAS? @MParitbuntar @APterkini



PAS guna penebuk khas tanda tag perwakilan 
KUALA LUMPUR: PAS akan menggunakankaedah khas iaitu menebuk setiap tag perwakilan yang telah mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS pada 22 November nanti bagi mengelak pengundian berulang. 
Berkata pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi memberitahu pihaknya tidak berhasrat menggunakan dakwat kekal. 
"Dakwat kekal kita tak guna sebab ia bukannya kekal pun, kita akan menggunakan penebuk khas dan setiap tag yang dipakai oleh perwakilan akan ditebuk pada waktu pemilihan nanti. 
"Ini bagi mengenal pasti mereka telah mengundi, untuk berlaku pengundian dua kali itu mustahil sebab tag dikeluarkan oleh PAS Pusat dan ia tidak akan berlaku," katanya. 
"Kita yakin para perwakilan akan membuat pemilihan secara berhemah sepertimana yang kita amalkan sebelum ini. 
"Pemilihan secara sihat tidak ada penipuan akan berlaku ataupun pengundian dua kali," sambung beliau.  
Dianggarkan hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar kali ini dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi membentuk barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga ketiga-tiga dewan Ulamak, Pemuda serta Muslimat bagi sesi 2013-2015. 

JANGAN MUDAH PERCAYA MENGENAI KHABAR ANGIN PELARASAN 3 ELAUN Melalui Whatapps!! @APterkini @ahmadmaslan @najibrazak

Kementerian Kewangan menerima banyak aduan mengenai Penyelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pada hari ini.

Berita mengenai perkara ini hanyalah khabar angin yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Menurut Ketua Pengarah Kementerian kewangan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa pekeliling mengenai perkara ini.

Orang awam dinasihati supaya tidak menyebarkan khabar angin ini di mana-mana laman sosial dan blog persendiri.

Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya berita yang disebarkan ini melibatkan penjawat awam. 

Kerajaan beri jaminan bertindak terhadap Comango @APTerkini



KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kerajaan memberi jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuk Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Sambil menyifatkan tuntutan Comango sebagai pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam masa sama, beliau turut mengesahkan pertubuhan Sisters In Islam (SIS) bersekongkol dengan Comango antaranya bagi menuntut kebebasan murtad; orientasi seks; lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kesamarataan antara agama.

“Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama jabatan agama negeri serta agensi penguat kuasa lain akan bersama-sama mengatur langkah dan strategi bagi mencegah aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam daripada berleluasa.

“Pemantauan terhadap individu atau kumpulan yang terlibat dengan pemikiran menyeleweng dan terkeluar daripada syariat Islam ini akan dimantapkan,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

~PBR sambut baik keputusan kerajaan BN  memberi jaminan pada kita untuk bertindak terhadap NGO Pro Pakatan Rakyat ini. Muak Mual Jelik dengan permintaan COMANGO PBR berharap lebih ramai lagi akan menentang kehendak kumpulan ini yang bagi diri PBR sendiri melihat sudah keterlaluan. 

Monday, November 11, 2013

Mak Ai!!! Unta 4.49 Juta


Dubai: Seekor unta daripada baka yang jarang ditemui dijual pada harga SR5.3 juta (RM4.49 juta) di Arab Saudi, semalam.

Akhbar menyifatkan ia sebagai satu daripada perjanjian terbesar menjual unta di negara Teluk itu.

Pemilik unta terkenal Ibrahim Al Gammas membeli unta jantan berusia tiga tahun itu daripada Fuhaid Al Subaei di Rafha, utara Saudi, lapor akhbar.

“Unta ini digelar Sultan dan ia adalah satu daripada baka unta paling jarang ditemui di dunia,” katanya sebagaimana dipetik daripada akhbar Sabq. - Agensi

~Jika diberi Pilihan pada PBR nak beli ke atau tidak unta jenis ni. Tobat Lahom laa idak membeli ler teman.

Sumber: Harian Metro

PUNCA pembunuhan Ahmad Rafli, Ketua Penolong Pengarah JAIP


Hanya genap sebulan kes bunuh Norazita Abu Talib yang berkhidmat di Ambak sebagai pegawai operasi bank, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan pembunuhan Ahmad Rafli Abdul Malek, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang Ahad. Ianya berlaku serentak dengan penangkapan pembunuh Norazita.

Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, dipercayai ditembak sebanyak tiga kali oleh sekumpulan lelaki berpakaian jubah warna hitam dan berkopiah yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih di hadapan rumahnya, di Indera Mahkota 2, Pahang. Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis namun menurut sumber motif pembunuhan itu ada kaitan dengan ketegasan Allahyarham mengambil tindakan ke atas kumpulan syiah yang wujud di Pahang. Kumpulan lelaki berkenaan dikatakan melakukan pembalasan.

Apapun, kita tunggu dan lihat hasil penuh siasatan pihak polis nanti. Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar pembunuhan Allahyarham Ahmad Rafli Abdul Malek, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang.

MP Kota Belud : PKR Tiada Landasan Perjuangan Sebenar




KOTA BELUD, 11 Nov - Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar parti baru-baru ini menunjukkan kemelut dalaman parti itu yang kini tidak mempunyai landasan perjuangan yang sebenar.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan percaya masalah komunikasi dan tiada persefahaman di kalangan anggota dan pucuk pimpinan tertinggi parti menjadi punca mereka bertindak sedemikian.

"Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremmy Malajad keluar parti memang sudah dijangka dari awal tidak akan bertahan lama (bersama PKR) kerana falsafah politik berbeza selain terjadi permasalahan dengan ahli pembangkang dan mereka semua tidak serius kepada parti yang dilihat semakin kucar-kacir.

Thursday, November 7, 2013

Lagi Umat Islam didesak Perlahankan AZAN?

JEMAAH SURAU DI TAMAN TASIK PRIMA DIDESAK PERLAHANKAN AZAN

Masihkah kita semua ingat Isu Laungan Azan supaya diperlahankan oleh si celaka Teresa Kok? detik hitam ini masih terpahat di kepala #PBR apabila Teresa Kok mengepalai kumpulan pendesak supaya azan di salah satu masjid di Puchong diperlahankan?? masihkah anda semua ingat?? tragedi yang #PBR tidak dapat lupakan pada tahun 2008.

Ingatkan habis disitu sahaja, terbaru sebuah surau di negeri Selangor, negeri yang ditadbir urus oleh Pakatan Rakyat yang membabitkan sebuah surau di taman Tasik Prima menerima desakkan pada hari Ahad lalu supaya memperlahankan Azan.

Kejadian berlaku apabila seorang lelaki menerpa Surau berkenaan ketika azan Magrib berkumandang kira-kira 7 malam Ahad lalu. Apa yang dilakukan oleh individu berkenaan memang kurang ajar!! Apa yang sakit hati sangat??  azan cuma di laungkan tidak sampaipon 10 minit. TOLONG HORMAT AGAMA ISLAM.

sejurus kejadian itu berlaku,kumpulan jemaah surau berkenaan menerangkan kepada individu terbabit sebab musabab kenapa azan tidak diperlahankan. penjelasan yang diberikan oleh jemaah berkenaan di tolak mentah dengan makian dan cacian oleh individu terbabit. tidak cukup dengan itu anak beranak individu tebabit turut masuk campur!

Jika #PBR bersama jemaah surau terbabit boleh hilang sabar jugak dengan kerenah melampau oleh individu terbabit. Ini akibatnya jika toleransi tiada dan kepahaman terhadap Islam Kurang!
 Umat Islam memang sedia maklum mengetahui bahawa laungan azan adalah peraturan untuk memanggil umatnya untuk menunaikan kewajipan solat 5 waktu. Untuk memangil orang menunaikan solat ianya mestilah jelas kedengaran. sepatutnya jika ada toleransi dan hormat antara satu sama lain. Isu Perlahankan azan sepatutnya tidak berlaku Di Malaysia.




Borang Permohonan BRIM 3.0 Online – Syarat kelayakan BRIM 3.0


Syarat kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

K. Devan Jurulatih Pasukan Liga Perdana Pulau Pinang 2014


Sedikit selingan yang #PBR mahu kongsikan bersama-sama pembaca mengenai Pasukan Bolasepak yang #PBR minati dari kecil-kecil dahulu, PULAU PINANG. diharapkan dengan pemilihan K Devan dapat mengembalikan zaman kegemilangan Pasukan Pulau Pinang!! Haria Penang Haria!!

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia @APterkini @Najibrazak @muhyiddinyassin

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil. 8/2013 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia bertarikh 1 November 2013 telah bersetuju dengan cadangan logo baharu KPM seperti di Lampiran


LOGO BARU



LOGO LAMA

Jamuan Pasberg ala PAS @APterkini

BUKTI PAS ADALAH SEBUAH PARTI YANG PERJUANGKAN IS SELAM.!!

foto ini #PBR Kutip dari FB "Persuruhjaya PAS Melaka Full"

jamuan rakyat ala PASBERG!!! demi kuasa semuanya halal bagi pas..

Hebat pas, bendera bersidai kat atas nun. Kat bawah pulak penuh dengan botol pasberg untuk dijamu oleh tetamu. Memang hebat.

Agak2 berapa belanja majlis macam ni ye?? Botol2 tu dah tentu mahal dari air mineral kan?? Pas memang boleh ganti dap jaga kebajikan mereka. Tahniah pas.!

Macam-macam pekara yang dahulunya ditentang tapi sekarang dibolehkan oleh pihak mereka.
sesunguhnya PAS rosak sampai kejubo!


Tuesday, November 5, 2013

#PRKSgLimau Lelaki dayus pukul wanita UMNO kena cekup


YAN: Seorang lelaki yang terlibat dalam kes tumbuk seorang Anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Batu di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini pagi Isnin, ditahan polis kira-kira enam jam selepas kejadian itu.Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar kawasan Ulu Sedaka pada pukul 3.30 petang dan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.Ketua Polis Kedah,

Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihak polis menggiatkan usaha menjejaki lelaki tersebut setelah menerima laporan mangsa kira-kira pukul 11 pagi."Setelah siasatan dijalankan, polis berpuas hati dan membebaskan (suspek) dengan jaminan polis. Namun kita ada hak memanggil semula suspek pada bila-bila masa sahaja jika perlu bagi meneruskan siasatan," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada Isnin.Pagi Isnin, Norsidah Abu Bakar yang juga Ketua Wanita Cawangan Bandar Baru Sentul (1C) mendakwa ditumbuk penyokong PAS ketika merayu undi di hadapan sekolah itu.Menyentuh mengenai jumlah laporan polis dari tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 23 Oktober lepas hingga pengundian ditutup 5 petang Isnin,

katanya sebanyak 155 laporan polis telah dibuat."Pelbagai kes dilaporkan namun semua bukanlah melibatkan kes yang berat," katanya.Ketika ditanya mengenai sama ada isteri bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah tampil membuat laporan polis mengenai adanya pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan namanya, Ahmad berkata tiada sebarang laporan diterima setakat ini.Katanya, pada Isnin polis hanya menerima dua laporan iaitu kejadian tumbuk dan kes mencabut bendera parti.PRK DUN Sungai Limau pada Isnin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam Abd Samat dari PAS dengan Mohd Azam Memenanginya dngan majoriti 1,084.- BERNAMA