Nuffnang

Thursday, October 31, 2013

#PRKSgLimau Kalau Muhyiddin BOLEH mohon MAAF kenapa PAS tidak boleh?? @bn4prk @APterkini @mukhrizmahathir

Muhyiddin syukur permohonan maaf diterima baik keluarga Allahyarham Azizan!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersyukur permohonan maafnya kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak atas kenyataannya yang didakwa PAS menghina bekas menteri besar Kedah itu, diterima baik oleh keluarga Azizan.

Muhyiddin berkata, anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie, telah menghantar maklumat kepada Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir pagi ini bahawa keluarga Allahyarham telah menerima permohonan maaf yang dibuat oleh beliau semalam.


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional(BN) itu berkata, Mukhriz memaklumkan kepadanya atas penerimaan maklumat tersebut melalui Khidmat Pesanan Ringkas(SMS) daripada Mohd Rafi'ie pagi ini. 

"Saya syukur kerana teks yang dikemukakan anakanda beliau (Azizan) menyatakan keluarganya telah terima mohon maaf saya," katanya selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Pusat Operasi BN di Sungai Limau Dalam, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berharap isu itu dianggap selesai dan tidak lagi akan dibangkitkan.

Isnin lalu, PAS termasuk Dewan Pemudanya mendesak supaya Muhyiddin menarik balik kenyataannya yang didakwa mereka mengaitkan isu pemansuhan subsidi gula dengan penyakit kencing manis Azizan yang dididakwa telah menyinggung dan mengguris hati keluarga bekas menteri besar Kedah itu.

Berikutan itu, Muhyiddin semalam membuat permohonan maaf semasa lawatannya di Bukit Choras, namun menafikan kenyataannya mempunyai unsur penghinaan dan bertegas ianya diputar belitkan, selain meminta pihak yang membuat tuduhan menyemak semula rakaman ucapannya di SMK Sungai Limau, Sabtu lalu. 

DIMANA  KEMATANGAN Bagi PIHAK PAS?? Apa PERBEZAAN PAS & MUHYIDDIN YASSIN??



                                 <<<KLIK SINI UNTUK VIDEO>>>


Tuesday, October 29, 2013

#PRKSgLimau ANAK BUAH MAT SABUN REBAH DI CELAH KAKI PEREMPUAN SIAM!!!! @APterkini @bn4prk



INI gambar #PBR cilok dari Page FB Hijau Kuning Negeriku. Apa puak PR nak cakap pasal gambar diatas??? Super impose lg ke?? #PBR tgk memang real!!

PR dan scandal perempuan memang tidak boleh dipisahkan!! Setuju!! So #PBR dapat merumuskan bahawa pemimpin dan penyokong mempunyai tabiat yang sama! huhu



Monday, October 28, 2013

Suspek Bunuh Norazita Muat naik Longgokkan duit !! @APterkini @PDRMsia





Suspek Bunuh Norazita Muatnaik Gambar Longgokan Duit | 23 Oktober lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan pegawai bank Norazita Abu Talib. Mangsa yang merupakan kakitangan Ambank cawangan USJ 2 Sentral, Subang Jaya ditembak menggunakan ‘pump gun’ pada pukul 6.30 petang ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit.


Pelakunya tak lain tak bukan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bank berkenaan, dikenali sebagai Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Namun kesahihan warganegara suspek ini masih samar-samar kerana dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

#PRKSgLimau Muktamar Hampas! Pemimpin PAS Turun Sg Limau Pasal Nak Lobi Perwakilan @APterkini @bn4prk @Mukhrizmahathir



Secara tiba-tiba ramai pula Calon-Calon yang bakal bertanding dalam Muktamar PAS nanti turun ke Sg Limau ni... Dengarnya, ramai perwakilan juga telah 'Kena Mark' untuk berjumpa dengan calon-calon tersebut...

Biasalah PAS, kini dalam dilema kepimpinan yang cukup tragis... Tuntutan untuk keluar dari pakatan rakyat juga semakin membuak-buak dikalangan ahli... Kita lihat nanti, Proksi Anwar dalam PAS akan mula mencalonkan diri... Jika mereka kalah, pastinya tuntutan keluar Pakatan akan berlegar dikalangan perwakilan yang hadir...

Ustaz Hadi tak tahu atau buat-buat tak tahu? Mat Sabu bakal ditendang dari kepimpinan Ulamak PAS???







#PRKSgLimau @Abby_Abadi112 HINA ARTIS BERHIJRAH @ustazfathulbari @Mukhrizmahathir #BeraniHijrah



#PBR berjaya mendapatkan ulasan ilmiah dari @ustadfathulbari dimana beliau menjelaskan kepada kita semua dimana kebenaran isu yang dimainkan oleh abby abadi. memang sah kali ini @abbyabadi112 dikantoikan jenayah fitnahya pada penduduk Sungai Limau.

Sebenarnya, #PBR kesihan dengan penceramah 'mee segera' Abby Abadi yang bukan sahaja tampak cetek ilmunya tetapi penjelasan beliau menunjukkan beliau perlu belajar lebih mendalam tentang perkara yang beliau sembangkan.

sila dapatkan ulasan lengkap    <<< KLIK DISINI >>>









Sunday, October 27, 2013

siapa DAP disebalik di Dinasti Lim


Banyak tindakan cetus kebencian ahli sendiri, kemarahan perkauman
Ada perkataan 'tindakan' dan 'demokratik' pada nama DAP. Tapi melihat kepada apa yang berlaku dan tindak-tanduk pemimpinnya, jelas ia parti yang tidak demokratik. Banyak tindakan DAP bukan saja tidak betul, tidak adil dan melanggar perlembagaannya sendiri, malah sering mencetuskan kebencian dan kemarahan perkauman.
 
Terbaru, panggilan ‘anjing’ oleh Ketua Publisitinya, Tony Pua terhadap Pendaftar Pertubuhan, yang ramai kakitangan Melayu dan sebuah akhbar Melayu. Ini mengingatkan kita kepada Pengerusinya, Lim Kit Siang yang menggelar Perdana Menteri ‘syaitan’ dan anaknya, Lim Guan Eng yang memanggil Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai ‘Nazi’ tidak lama dulu. Banyak pihak menganggap keceluparan ini melampau. Mereka berasakan panggilan sebegini tidak matang dan kurang ajar. Walaupun dituntut memohon maaf, pemimpin DAP ini berbuat pekak badak.
Prejudis DAP terhadap Melayu sangat tebal. Sikap rasis dan cauvinis sudah sebati dengan parti ini”
Ramai masih ingat insiden wakil rakyat DAP tidak mahu memakai songkok apabila masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana menganggap itu sebahagian pakaian Melayu. Pada Ogos 2008, Gwee Tong Hiang (wakil DUN Bentayan) dihalau keluar kerana melanggar protokol dan tidak menghormati dewan. Kes Pengerusinya, Karpal Singh menghina Sultan Perak masih berjalan di mahkamah. Pernah beliau ditampar seorang pemimpin Melayu kerana menghina Sultan Selangor.
Prejudis DAP terhadap Melayu sangat tebal. Sikap rasis dan cauvinis sudah sebati dengan parti ini. Cubaan menonjolkan imej yang berbilang kaum dan membawa isu sejagat seperti menentang rasuah tidak meyakinkan. Walaupun sudah wujud 50 tahun, DAP masih parti yang dianggotai hampir keseluruhannya oleh orang Cina (yang kebanyakannya tinggal di bandar) dan memperjuangkan kepentingan kaumnya (peningkatan kuasa politik, budaya dan bahasa Cina, sekolah dan pendidikan Cina serta dominasi ekonomi oleh Cina).
Semarak kebencian Melayu, Islam
Sebaliknya, ia menentang hak istimewa Melayu dan semua program atau dasar bertujuan memajukan Melayu-Bumiputera termasuk Dasar Ekonomi Baru dan Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera. DAP juga sering melabel, menuduh dan menghina pemimpin kerajaan dan NGO Melayu, Raja-Raja Melayu, anggota keselamatan dan perkhidmatan awam sebagai strategi politik untuk menggembleng sokongan serta menyemarakkan kebencian terhadap Kerajaan Pusat, institusi, gerakan dan apa saja yang bernama Melayu-Bumiputera dan Islam.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, pernah ditegur kerana dilihat seolah-oleh menyokong kempen memboikot barangan keluaran syarikat Bumiputera, yang dilancarkan Red Bean Army melalui laman media sosial. DAP juga menentang pelaburan FELDA dan jelas tidak menerima keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kalimah Allah, yang dicetuskan oleh Guan Eng dalam perutusan Hari Natalnya tahun lalu. Dalam satu kenyataannya beberapa hari lalu, beliau dengan angkuh berkata DAP tetap dengan pendiriannya. Sikap angkuh, sombong dan kepala batu sebeginilah yang ditunjukkan Guan Eng dalam cara ia berurusan dengan pihak Pendaftar Pertubuhan, media dan pemimpin atau ahli DAP yang tidak disenanginya.
Ahli Melayu diperkotak-katik
DAP cuba mengaburi persepsi umum dengan memberi tempat kepada beberapa Melayu. Yang muda dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, manakala yang berumur dan dikira ada nama pula diberi jawatan Naib Pengerusi, termasuk Ahmad Nor, Fadzlan Yahya, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, Syed Shahir Syed Mohamed dan Zulkifli Mohd Nor (‘Nilai orang Melayu dalam DAP ialah lima kupang’). Penulis ingin bertanya, berapa ramaikah Melayu dalam DAP? Bilangan sebenar tidak pernah diketahui. DAP pun tidak pernah menyatakan. Yang jelas, usaha beberapa kerat Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ditolak ahli DAP yang majoriti Cina.
Pada pemilihan 16 Disember 2012 dan 29 September lalu, semua lapan calon Melayu gagal. Seorang calon yang memiliki nama Melayu yang dipilih ke jawatankuasa itu dipertikai asal usul Melayunya.
Seorang calon Melayu yang melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan CEC walaupun menawarkan diri ialah Amran Ahmad Nor. Menurut anak bekas pemimpin CUEPACS ini: “DAP kian berada dalam keadaan goyah jika berterusan bergantung kepada undi Cina saja. Agak malang apabila DAP tidak mengambil peluang untuk tambah anggota CEC daripada kaum Melayu.” Beliau pernah bertugas di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tetapi prejudis perkauman dan sikap skeptikal ahli DAP menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan. Juga kecewa ialah Solaiman Syed Ibrahim, bekas Ahli Jawatankuasa DAP Perak, yang menyatakan beliau ‘ditikam belakang’ oleh bosnya sendiri, Datuk Ngeh Koo Ham. Seorang lagi ahli, Rahmad Ishak, meletak jawatan dua minggu lalu kerana membantah layanan DAP terhadap ahli Melayu.
“Ada 640,000 Melayu di Pulau Pinang. Daripada 19 ADUN DAP, tidak ada seorang pun Melayu,” kata Rahmad, yang juga Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang.

Saturday, October 26, 2013

#PrkSgLimau Permainan kasar Puak Radikal menjelang PRK @bn4prk @APterkini @MukhrizMahathir


Ini gambar yang admin dapat baru sebentar tadi di tepi jalan di kawasan Sungai Limau berhampiran dengan Simpang Tiga. 

Lihat betapa kurang ajarnya mereka yang terlalu taksub dengan PAS sehingga sanggup membakar bendera Barisan Nasional. Ini bukanlah satu sifat yang baik apatah lagi dalam tempoh kempen pilihanraya. 

Admin nak nasihatkan kepada pengikut PAS, jika sudah terdesak sekali pun janganlah buat perkara yang tidak bermoral macam ni. 

Bertandinglah dengan cara yang sihat, bukan dengan cara merosakkan harta parti lawan hanya semata mata untuk memperolehi kemenangan. 

Kerana jika kemenangan diperolehi dengan cara kotor seperti itu hanya akan merugikan kerana ianya tidak mempunyai roh kemenangan yang sebenar.


#PRKSgLimau Kaedah Kempen gaya PAS! @APterkini @bn4prk @MukhrizMahathir


#PBR dikejutkan lagi oleh dakwaan terbaru pengundi di Dun Sungai Limau yang dikongsi oleh kawan #PBR menerusi whataps. Apa yang kelakarnya apabila kerajaan BN memberi bantuan.Puak Radikal ini mendakwa segala bentu bantuan yang BN berikan bersifat Rasuah Politik.

Apa yang mereka harapkan dengan sebungkus keropok? Halal bagi mereka HARAM bagi BN. Hukum apa yang mereka guna ??

Kepada pengundi Dun Sg Pinang Jom beri sokongan padu pada Calon BN dengan mengundi beliau. Percayalah sekiranya beliau menang PRK ini. sebagai anak jati Sg Limau. #PBR yakin kehadiran beliau sebagai AGEN PERUBAHAN untuk penduduk Sg Limau.

#PRKSgLimau Ulama PAS bagai Melukut ditepi Gantang @KhalidSamad @APterkini @bn4prk




Masih Relevenkah Ulama di dalam kepimpinan PAS?

Apa gunanya Ulama jika nasihat mereka tidak didengari malah ramai ahli PAS mengutuk dan menghina pandangan ulama mereka?

Hanya kerana kuasa, Ahli PAS telah hilang arah !!!



#PrkSgLimau @MukhrizMahathir Ramah Mesra dengan pengundi Bukit Choras #BeraniHijrah @APterkini @bn4prk @MukhrizMahathir


Solat Jumaat semalam memperlihatkan Menteri Besar @MukhrizMahathir berada di Bukit Choras untuk menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat disitu. Lokasinya di Masjid Bukit Choras, yang terletak berhampiran jalan utama menuju ke Pendang. Kawasan itu merupakan antara kubu kuat PAS.

Ringkasan Bajet 2014 Yang Dibentangkan Pada 25 Oktober 2013 @APterkini @bn4prk



Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober 2013.

* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.

* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.
* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

* Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pengangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang, projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu dan RAPID Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

* Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.

* Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.

* Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.

* Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.

* Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang, pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.

* Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

* Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

* Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.

* Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.

* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.

* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.

* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 Nov, 2013.

* Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.

* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.

* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.

* Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Dis, 2017.

* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).

* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.

* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

* Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.

* Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

* Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.

* GST tidak akan dikenakan bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

* Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.

Friday, October 25, 2013

#PRKSgLimau Bang Non Cuba Beli Ketua Bahagian UMNO untuk mengagalkan kempen @BN4PRK @APterkini


SIAPA EMPAT ORANG BEKAS KETUA BAHAGIAN DI KEDAH YANG CUBA DIBELI OLEH ANWAR IBRAHIM UNTUK KACAU KEMPEN UMNO-BN DI SUNGAI LIMAU????çMaklumat yang kami terima malam tadi menyebut empat orang bekas Ketua Bahagian di Kedah yang telah dihubungi oleh Anwar Ibrahim dan ditawarkan sejumlah wang yang besar nilainya bagi tujuan menggagalkan kempen UMNO-BN.

Anwar Ibrahim dikatakan melihat peluang yang lebih besar sekiranya jentera kempen UMNO-BN digagalkan oleh pemimpin-pemimpin dan golongan kecewa dari UMNO sendiri.

Justeru empat nama telah disebut dan keempat-empat nama berkenaan telah pun dihubungi secara peribadi oleh Anwar. Salah seorang daripada mereka adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Jerai sendiri!

Barangkali kerana sudah terlalu terdesak apatah lagi Anwar perlu membuktikan sesuatu di Sungai Limau, maka Anwar kembali dengan perangai semulajadinya iaitu membeli orang upahan dari parti lawan. Pada masa yang sama, dia dan konco-konconya akan mula memperkatakan tentang nilai berpolitik bagi melindungi perbuatan jahatnya, sepertimana yang dilakukannya menjelang 16 September 2008.

Thursday, October 24, 2013

@realDrMAZA Sampai kiamat Islam tak terima tuntutan COMANGO @APterkini


SAMPAI kiamat pun Islam tidak akan terima tuntutan yang dibuat Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kerana ia bercanggah dengan Islam dan kedudukannya sebagai agama Persekutuan.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tuntutan itu lebih bersifat hak asasi manusia, bukan hak beragama Islam.

“Saya lihat Comango memperjuangkan hak itu (tuntutan) berdasarkan pentakrifan mereka tentang sesuatu agama kerana golongan sebegini diibaratkan seperti tiada Tuhan.

Warganegara Myanmar luah perasaan di FB @NajibRazak @APterkini @tunfaisal






24 Okt - Gambar di atas adalah luahan hati seorang warga Myanmar yang tinggal di Malaysia. Facebook beliau >>>KLIK SINI<<<

Sudah diberi betis, nak peha pula. Ini tidak ubah seperti satu kaum yang dulu asalnya pendatang, dan kini bila diberikan hak kewarganegaraan, macam-macam yang dipinta.

Perarakan Berhala Di Jalanan Harus Dihentikan Jika India Terus Pertikaikan Agama Islam @APterkini



Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau berpandangan bahawa sekolah tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk menjalankan ibadah sembelihan korban.(gambar hiasan).

Bagaimanapun, peraturan berhubung amalan tersebut perlu diselaraskan dengan amalan keagamaan lain seperti perarakan berhala.

"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.

#PRKSgLimau Pengerusi SPR kecewa tindakkan penyokong @Apterkini @CekOrgKedah @N20SgLimau @APterkini


YAN – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau kecewa dengan tindakan sesetengah penyokong calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau kerana tidak mematuhi peraturan berkempen pada hari penamaan calon di sini hari ini.

@khairykj pelakon dalam pembikinan!! not bad YB! @Apterkini


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat sebagai bintang filem selepas berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura.
Pengarahnya Elaine Daly berkata, dalam filem itu Khairy menjual ayam percik di pasar malam.

INFOGRAFIK: Berapa Kos Penjagaan Kesihatan Di Malaysia @n_izzah @APterkini



Pernah ke Indonesia dan Thailand. Di sana ubat -ubatan semua kena beli di farmasi. Hospital hanya bagi senarai ubat untuk dibeli. Untung rakyat Malaysia di sini dapat subsidi kesihatan daripada kerajaan.

Jadi, usahlah menyalak kononnya Klinik 1Malaysia bertaraf dunia kelas ketiga seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.


#PRKSgLimau Hanya bendera PAS boleh digunakan!! SPR harus bertindak @CekOrgKedah @N20SgLimau @APterkini






Yang bertanding di PRK DUN Sg Limau adalah parti PAS bukannya gabungan PR. Gabungan parti-parti dalam PR adalah haram kerana PR tidak berdaftar. Oleh itu penggunaan bendera DAP dan PKR adalah tidak mematuhi peraturan SPR berhubung bendera dan poster semasa PRK.

SPR harus bertindak tegas bagi memastikan pembangkang mematuhi peraturan dan hanya menaikkan bendera atau poster parti yang bertanding sahaja. Lagipun apalah agaknya yang dihadapkan oleh makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang bersongkok dan bertudung labuh dengan mengusung bendera DAP?


Wednesday, October 23, 2013

DAPig Penakut sama Datuk @mohd_ali_rustam


TAKUT betul parti DAP kepada bekas Ketua Menteri Melaka Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Gambar, kanan) yang kalah pemilihan UMNO untuk merebut kerusi Naib Presiden Sabtu lepas.

Biasanya kalau DAP lantang mengkritik seseorang itu, pastinya individu berkenaan mempunyai keupayaan yang cukup untuk membuatkan DAP goyah biarlah dari aspek apapun.

Bagi Mohd Ali, kemungkinan kekuatan pengaruhnya dalam kalangan orang Melayu di Melaka menakutkan DAP sehingga mereka menyuruh  Ali Rustam meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara selepas kalah.

Perkara itu dilaporkan laman portal The Malaysian Insider semalam.

Desakan itu dibuat oleh Ahli Dewan Rakyat dari DAP Teresa Kok (Gambar, kiri) kerana menurutnya Mohd Ali bukan sahaja ditolak oleh pengundi Cina tetapi juga oleh ahli UMNO sendiri.

Menurut Kok, Mohd Ali hanya menerima tujuh undi untuk kerusi ketiga tertinggi UMNO itu termasuk satu daripada negeri Melaka.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Mohd Ali tewas dengan majoriti besar 5,447 kepada calon Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Bagi penulis, isu pemilihan UMNO adalah dua isu berbeza dengan keanggotaan beliau dalam Dewan Negara di peringkat Parlimen.

Mohd Ali mendapat sokongan dan juga membuat keputusan dengan dirinya sendiri untuk mencalonkan diri bagi jawatan itu dan jelas beliau mungkin masih belum layak menduduki kerusi itu.

Jelas warga Melaka masih mahukan Ali Rustam menghabiskan masa lebih banyak di negeri itu menumpukan kepada pembangunan yang sedang pesat membangun terutamanya dalam memartabatkan Melaka sebagai bandaraya teknologi hijau.

Sementara keanggotaan di dalam Dewan Negara adalah usul daripada Dewan Undangn Negeri (DUN) Melaka yang melalui Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron yang mahukan Mohd Ali mewakili Melaka di dalam Dewan Negara dan usul itu diterima oleh DUN Melaka.

DAP ini dalam kepimpinan tertingginya, dianggotai oleh para cendekiawan seperti peguam tetapi bila tahap pemikiran mereka jauh lebih rendah dari perjuangan politik mereka.

Dek kerana ketakutan akan pengaruh yang boleh Mohd Ali bawa ketika dalam Dewan Negara, DAP sanggup melalui Ahli Parlimen Seputeh yang juga Naib Pengerusi DAP itu mendesak Mohd Ali meletak jawatan.

Kekalahan dalam Pilihan Raya dan Pemilihan adalah perkara biasa berlaku pada seseorang pemimpin dan tidak boleh dijadikn ukuran bagi seseorang itu untuk didesak meletakkan jawatan.

Senang cerita, apa lah kekuatan yang ada pada Mohd Ali sehingga DAP kecut perut untuk menghadapi beliau dalam Dewan Negara

Tuesday, October 22, 2013

GAMBAR: Komando Taiwan Cipta Topeng Muka Kalis Peluru Untuk Anggotanya

PASUKAN khas elit Taiwan memperkenalkan ‘alat’ baru untuk dipakai anggota tentera mereka – topeng muka kalis peluru!

Topeng muka tersebut dikatakan mampu menjadi perisai walaupun ditembak dari jarak dekat.

Difahamkan ia berjaya dalam ujikaji yang dibuat saintis negara itu bila satu tembakan dilepaskan dari senjata a.44 magnum.

Namun difahamkan Amerika Syarikat juga pernah menghasilkan topeng sebegini untuk beberapa tim khas mereka yang dihantar bertugas di Iraq dan Afghanistan sekitar tahun 80-an dulu.




Kepala Batas :Nelayan hilang Dipukul Ombak

KEPALA BATAS – Seorang nelayan yang hilang selepas bot yang dinaiki bersama empat rakannya terbalik dipukul ombak dalam kejadian di perairan berdekatan Kampung 20, Penaga semalam, ditemui selamat berdekatan Pulau Keramat, di Georgetown dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata Mohd Akhmar Mat Zin, 19, ditemui pada jam 8.30 pagi oleh sekumpulan nelayan tempatan.

“Mangsa ditemui selamat oleh sekumpulan nelayan pagi ini dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut, dia dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis daerah SPU, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 10.35 pagi, Mohd Akhmar bersama empat lagi nelayan dalam perjalanan pulang ke jeti Kota Kuala Muda, Kedah iaitu kira-kira 250 meter dari tempat bot mereka terbalik.

Sementara itu Mohd Akhmar ketika ditemui di HPP berkata sebaik bot yang dinaiki terbalik beliau sempat berpaut pada sebuah pelambung dan dihanyutkan ombak kuat sehingga ke Pulau Keramat.

“Saya berpaut pada pelambung lebih 20 jam dan langsung tidak tidur kerana bimbang tangan terlepas dan tenggelam ke dalam laut, lagipun saya tidak boleh berenang.

“Sepanjang tempoh itu saya hanya minum air laut dan dengan keadaan ombak kuat serta laut bergelora dalam fikiran hanya ingat mati sahaja. Alhamdulillah Allah panjangkan umur saya,” katanya.
Mohd Akhmar berkata beliau gembira apabila nampak sebuah bot nelayan pagi ini dan terus melambai-lambai tangan ke arah bot berkenaan.

“Sepanjang tempoh saya di laut, langsung tidak jumpa bot mungkin kerana keadaan cuaca tetapi nasib baik pagi ini seorang nelayan dari bot itu nampak saya dan mereka terus mendekati serta beri bantuan sebelum hantar ke hospital,” katanya.

Kejadian itu, katanya, tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menjadi nelayan dan beliau berazam untuk belajar berenang bagi mengelak perkara sama berulang. – BERNAMA

Waspada Wang Palsu RM100 disebarkan


Tersentuh #PBR dengan nasib peniaga kita yang bertungkus lumus mencari rezeki halal tetapi ada segenlintir dari kita yang mengambil kesempatan dengan sewenangnya menipu hidup-hidup peniaga kecil kita ini. siapa tak kecewa beb!! kepada semua #PBR nasihatkan berhati-hati dalam setiap urusan.


KUANTAN - Seorang peniaga lemang kecewa apabila ada pelanggan tergamak menipunya dengan membayar harga makanan itu menggunakan sekeping wang RM100 palsu.

Pengusaha lemang Mat Keroncong, Fauzi Abdul Rahman, 46 berkata, dia menyedari wang itu palsu ketika membayar harga makanan di sebuah restoran di sini kelmarin.

Menurutnya, pekerja restoran terbabit curiga dengan wang tersebut lalu meminta dia membayar dengan wang lain.

“Mujurlah saya ada wang lain ketika itu dan membayar segala harga makanan yang dipesan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia berkata,  kerana menggunakan wang palsu tanpa disedari itu dia nyaris dituduh menipu  dan melanggar undang-undang.

“Mujurlah peniaga itu faham kerana sebagai peniaga ramai yang ’terkena’ dengan wang palsu ini,” katanya.

Fauzi berkata, dia percaya wang itu diterima ketika berniaga lemang di gerainya di Simpang Tanjung Pasir, Jalan Sungai Lembing sempena sambutan Hari Raya Aidiladha lepas.

"Masa itu ramai pelanggan yang singgah membeli jadi saya dan isteri tidak sempat meneliti setiap wang yang dibayar.

“Mungkin dalam ramai-ramai itu ada yang mengambil kesempatan menggunakan wang palsu untuk membeli lemang bagi ‘menghalalkan’ wang baki yang diterima.

“Kemungkinan juga pelanggan itu pun tidak menyedari wang itu palsu jadi saya anggap semua ini bukan rezeki,” katanya.

Dia berkata, sejak menjalankan perniagaan lemang di gerainya, itulah kali pertama dia menerima wang palsu.

“Memang susah untuk mengenal pasti sama ada wang itu tulen atau palsu jika tidak diteliti namun bagi yang tahu ada beberapa ciri yang mudah untuk dicamkan,” katanya.

Fauzi berkata, sepanjang berniaga lemang, jarang pelanggan membayar dengan not RM100 selalunya not RM10 hingga RM50.

“Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini supaya semua peniaga lebih berhati-hati bagi mengelak perkara seperti ini terus berulang.

“RM100 cukup besar bagi peniaga kecil jadi amat malang jika hasil titik peluh untuk menyara keluarga dibayar sesetengah individu tidak bertanggung jawab dengan wang palsu,” katanya.

Status Terakhir FACEBOOK Noreen Noor.



ALLAHYARHAM Noreen Noor ada memuat naik status mengenai kisah tentang jenazah disembahyangkan 70,000 malaikat dalam akaun Facebooknya.

Status Noreen itu merujuk kepada kisah bagaimana malaikat memberikan kemuliaan ke atas Muawiyah yang meninggal dunia.

Semasa hidupnya, Jibril memberitahu Rasululllah yang Muawwiyah sering membaca Surah Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan. 

Noreen, 54, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang pada jam 5.50 pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri di sini dan meninggalkan seorang anak lelaki berusia 22 tahun dan anak perempuan, 11 tahun.

Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Km16 Kampung Pulai, Melaka.

Filem pertama yang dibintangi Noreen Noor adalah Talak pada tahun 1980, dan antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam serta pernah popular dengan lagunya, ‘Siang Terbayang, Malam merindu‘.

Mari bersama-sama kita sedakahkan Al-Fatihah kepada beliau semoga Rohnya dicucuri Rahmat Allah S.W.T

Puteri Bentong Terima Video, Mesej Lucah Sempena Mesyuarat Perwakilan




BENTONG: Beberapa perwakilan Puteri UMNO yang hadir pada mesyuarat perwakilan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, di sini terkejut apabila menerima video dan mesej lucah di telefon masing-masing daripada nombor tidak dikenali.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi tadi ketika proses pengundian baru bermula apabila perwakilan menerima video dan rantaian mesej yang menunjukkan seolah-olah penghantar memerhatikan mereka kerana memberi gambaran mengenai pakaian dan bentuk badan.

Difahamkan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Bahagian Bentong, Datuk Seri Adnan Yaakob yang berjanji membawa perwakilan yang menerima gangguan seksual membuat laporan polis selepas mesyuarat tamat.

Kepincangan DAP, Walaupun David Dass sudah dipecat TETAPI masih mengundi @APterkini

1. Walaupun sudah selesai mengadakan pemilihan semula CEC DAP dalam kongres Khas 29 Sept. Lalu kontroversi menyelubungi parti itu belum tamat. Terbaru Naib Pengerusi DAP caw. Ladang Paroi David Dass mengesahkan beliau mengundi dalam Pemilihan itu sedangkan sudah dipecat serta merta daripada DAP 2 Julai lalu

Kalimah Allah: Anwar Ibrahim Cuba Jadi Polong!! @APterkini



anwar_polong
UMNO sering kali dituduh campur tangan dalam urusan Mahkamah. Pembangkang sudah guna taktik menyalahkan UMNO sejak dulu lagi, terutama bila ada keputusan Mahkamah yang tidak menyebelahi mereka.

Asas kepada dakwaan tersebut, kononnya hakim dilantik Perdana Menteri, maka hakim semua dengar cakap kerajaan.

Walhal ada juga keputusan Mahkamah yang tidak menyebelahi kerajaan, yang itu apa pembangkang nak cakap? Dia tidak akan cakap apa-apa, sebaliknya bergembira dan memuji-muji Mahkamah dan hakim bila perkara itu berlaku. Umpamanya pada 2004, Anwar siap cakap ’Thank You Sir’ pada hakim yang membebaskannya dari tuduhan meliwat Azizan.

Walaupun dalam masa sama hakim berkenaan mengesahkan Anwar terlibat dalam kegiatan homoseksual bersama Sukma Darmawan.

Pun begitu, demi mengelakkan persepsi berpanjangan, para pemimpin UMNO, terutama Perdana Menteri, mengambil keputusan tidak mengulas terlalu banyak tentang keputusan Mahkamah kerana bimbang dituduh campur tangan.

Tapi bila Perdana Menteri tidak mengulas, beliau dituduh sebagai tidak bertanggungjawab pulak.

Macam sekarang, bila Anwar mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan perkataan Allah digunakan dalam majalah mingguan gereja, The Herald, dia cakap macam ini kepada sebuah portal berita pro pembangkang “Najib doesn’t seem to be around when it comes to controversial issues. This reflects the state of poor leadership in the country. It (Malaysia) needs a leader. The country is not on autopilot”.

Lahanat juga si Anwar ni. Kalau Perdana Menteri ulas, dia akan tuduh Perdana Menteri campur tangan, kalau Perdana Menteri tidak ulas, dia akan cakap lain pulak.

Kerajaan kan menghormati keputusan Mahkamah, sama dengan ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan menyebelahi gereja pada 2009, apakah pada waktu itu kerajaan bagi apa-apa kenyataan di luar konteks apa yang diputuskan Mahkamah? Tidak, sebab kerajaan menghormati keputusan Mahkamah.

Lagipun proses perundangan bukan tamat disitu, masih boleh dirayu dan sebagainya. Sekarang pun, keputusan Mahkamah Rayuan tersebut masih boleh dirayu di peringkat lebih tinggi, jadi apa kenyataan apa yang Anwar harap Perdana Menteri untuk keluarkan?

Biar sajala proses sepatutnya berjalan, Perdana Menteri nak komen buat apa?

Sebetulnya keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak mencetus apa-apa pun, melainkan reaksi biasa sahaja. Yang sengaja cuba buat panas ialah media pro pembangkang apabila mengulas isu ini diluar konteks, termasuk membangkitkan sentimen anti Malaysia di kalangan orang Kristian Sabah dan Sarawak.

Mengaku sajalah, bukti ada banyak dan berlambak, baca sajala Meloyakini, PaidMalaysiaToday dan sebagainya, semua macam sepakat sengaja nak bikin huru hara. Ahli parlimen salah sebuah kawasan di Pahang pun dah bagi indication apabila dipetik Harakah sebagai berkata ”Tidak perlu tunggu PRU14 untuk Tumbangkan BN”!!

Apa maksud tu? Apa cara lain selain demokrasi untuk tukar kerajaan? Fikir sendiri sajalah.

Selain itu, penulis pun maklum, hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya ada menyebut bahawa kalau kebenaran menggunakan kalimah Allah ini diberikan kepada majalah The Herald, ia boleh mencetus keadaan tidak selamat dalam negara.

Sekarang pembangkang dan media mereka sengaja bangkitkan sentimen keagamaan macam ini biar orang panas dan buat benda-benda tidak baik sebab pembangkang nak Mahkamah Persekutuan besok tahu kalau tak dibenarkan The Herald guna kalimah Allah, keadaan tidak selamat masih boleh berlaku.

Inilah tujuan pembangkang yang sebenarnya.

Justeru penulis ulang saranan semalam, ambil tindakan segera ke atas media pembangkang dan mana-mana pihak yang cuba semai kebencian, jangan tunggu sampai keadaan jadi teruk.

PR Selangor KEJAM!! Sewa PPRT Naik, Penghuni Terbeban @APterkini @NajibRazak @Khairykj



#PBR bersimpati tengok bila rakyat Selangor dianiaya oleh kerajaan negeri.
Yang dianiaya pula adalah golongan golongan miskin yang mendiami kawasan perumahan rakyat termiskin.

Sebelum ni kerajaan Selangor mengatakan bahawa kenaikan sewa adalah lanjutan daripada yang dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah dahulu tetapi di sanggah oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Khir Toyo.

Jadi kepada rakyat Selangor khususnya penduduk ppr sedar sedarlah bahawa anda kini teraniaya dan perkara ini perlu di banteras.

Semoga tabah dibawah regim Pakatan Rakyat Selangor

PAS KEDAH BERGOLAK LAGI... HAYATI OSMAN BALAS DENDAM KEPADA MAT SABU!!! @APterkini @MukhrizMahathir


1.Nama Dr. Hayati Osman untuk pengetahuan semua di Kedah memang tidak asing lagi. tetapi tahukah anda siapakah empunya nama ini dan apakah hubungan beliau dengan Mat Sabun??? Hayati Osman merupakan sekutu paling rapat dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Bagaimanapun, Hayati Osman yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pendang merupakan antara pemimpin PAS paling malang dan seringkali disepak terajang oleh pemimpin-pemimpin PAS berjenama PARASIT dan IBLIS PAS Kedah.

KEJAM!! Gunakan wajah Arwayarham Ust. Azizan Untuk Raih UNDI @APterkini @MukhrizMahathir


Kemaruk UNDI!!! Itu yang #PBR dapat tafsirkan setakat ini. pimpinan Mat Sabun Mahu gunakan populariti Arwayarham Ust. Azizan Razak untuk menarik minat warga Dun Sg. Limau untuk terus menerus memberi undi Pada PAS!!

Monday, October 21, 2013

Jambatan Bunian Dijumpai di Langkawi @APterkini



Kehangatan PRK Sg Limau di perhebatkan lagi oleh jentera tak boleh dipercayai Puak Radikal di alam Maya ini. Seperti Kehabisan air liur dan Modal mereka cuba mainkan isu yang sama langsung tidak releven diabad ini. Jambatan yang dimainkan isu ada jambatan Pulau Bunting, Ini adalah kesan kepercayaan bulat-bulat terhadap fakta yang diterbitkan oleh Puak Radikal ini tanpa mengkaji kesahihan berita tersebut.Menurut apa yang di tulis oleh macai PR diatas, Kerajaan BN bina jambatan berharga RM250 juta bagi memudahkan penduduk bunian shopping di kompleks Idaman Suri Langkawi.. Hairan, sejak bilalah Langkawi ada jambatan macam ni menghubungkan pulau ke pulau.

Pemilihan UMNO Bahagian Nibong Tebal 2013 #PAU13 @APterkini




1.Alhamdulillah Semalam berlangsungnya permilihan Agung UMNO peringkat  Bahagian Nibong Tebal, Pemilihan kali ini melibatkan  357 perwakilan dari bahagian Nibong Tebal. Pemilihan ini juga berlangsung  denga lancar dan baik sekali, Yang Penting sekali pemilihan kali ini berlangsung dalam suasana kekeluargaan yang harmoni dalam keluarga besar UMNO Nibong Tebal.

Sunday, October 20, 2013

Pejuang Islam Bakar Buku-Buku Agama Sebagai Bukti Taubat!

Sebagai membuktikan taubat 'nasuha' mereka kepada JAIS, JAKIM dan masyarakat maka semalam pemimpin-pemimin GISB(Global Ikhwan Sdn Bhd)  diketuai oleh Khadijah Am telah membakar buku-buku agama tulisan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad. Buku-buku AGAMA tersebut hasil tulisan al marhum Ustaz Ashaari Muhammad sejak zaman Arqam lagi.

Program bakar buku itu dijalankan di Bandar Country Homes, Rawang pada hari raya Haji kedua 16hb Oktober 2013 disaksikan oleh pegawai-pegawai polis, JAIS, bomba dan para wartawan. 

Friday, October 18, 2013

TERKINI! Pemohonan Rumah transit dan syarat permohonan @APterkini


Rumah transit dan syarat permohonan,  Permohonan-permohonan ini akan disaring mengikut syarat-syarat dan kelayakan yang telah ditentukan di peringkat negeri dan bagi Kuala Lumpur di DBKL. Selepas saringan diperoleh dari sistem pendaftaran online yang dibangunkan ia akan dihantar ke Kementerian untuk tapisan seterusnya bagi memastikan yang benar-benar layak sahaja menduduki rumah transit ini oleh jawatankuasa pemilihan penyewa rumah transit KPKT. Jawatankuasa ini akan juga dianggotai oleh wakil-wakil negeri bersama dengan pegawai dari Kementerian.

Thursday, October 17, 2013

Sebab-Sebab @HishammuddinH2O terus Kekal Naib Presiden UMNO @Apterkini



Setelah bersembang berpanjang lebar dengan sahabat-sahabat #PBR. kami banyak menyentuh mengenai perihal calon-calon yang bakal mewarnai jawatan  Naib Presiden UMNO untuk penggal kali ini 2013-2018.

untuk kali ini, #PBR  akan mengemukakan  Sebab musibab kenapa @HishammuddinH2O Harus kekal mempertahankan jawatan beliau untuk kali ini. yang mana-mana para sahabat yang  tidak menyokong @hishammudinH2O jangan cepat melatah bro, ini hanyala pandangan peribadi #PBR semata-mata tiada kena mengena hidup ataupun mati.

Lagenda Hoki Malaysia CubaNasib Beraksi Di Bahagian @APterkini


Mohammad bin Abdul Hadi ialah nama besar dalam arena hoki negara. Beliau ialah pengasas dan presiden persatuan pemain hoki kebangsaan. Mohammmad pernah mengemudi skuad hoki negara menduduki tempat kesembilan dalam temasya sukan olimpik Barcelona pada tahun 1992, di samping sebanyak tiga kali menggondol pingat emas temasya sukan Sea.

Jiwa Besar @Azeezputra untuk Penduduk Baling! Baling Most Wanted!!


 BALING, sebuah daerah dalam negeri Kedah yang pernah melalui detik-detik hitam dalam lipatan sejarah. Antaranya, ia pernah menjadi kawasan bersarangnya anasir kmunis dan terkenal dengan peristiwa mogok lapar serta isu Memali.

Boleh Murtad Jika Pertikai Keputusan Kalimah Allah @APterkini

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.

Beri JAKIM Kuasa MUTLAK Untuk Tanggani SYIAH @APterkini @NajibRazak @Jakim @DrNovandri @tunfaisal



Undang-undang agama disifatkan lemah dan perlu diperkuatkan bagi menangkis fahaman songsang dan kecelaruan agama Islam di negara ini.

Kondo Mewah Bakal terbina DI Kuala Lumpur

Gambar Hanyalah Hiasan.



KUALA LUMPUR 15 Okt. - Syarikat pemaju hartanah, Dubaiz Development Bhd. (Dubaiz Development) mahu memajukan tiga bidang tanahnya di ibu kota, termasuk membina sebuah menara dengan nilai pelaburan awal sebanyak RM366 juta.

Wednesday, October 16, 2013

Kemalangan Bukit Merah seorang maut dua cedera parah









KEADAAN bas ekspres yang remuk selepas merempuh sebuah lori mengangkat kapur di KM190.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Bukit Merah, Bagan Serai menyebabkan seorang pemandu bas lain yang cuba membantu pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan berkenaan maut dan 12 penumpang cedera dalam kejadian jam 5.15 pagi tadi. - Foto Ikhwan Munir / NSTPBUKIT MERAH: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 190.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi, sebuah bas dari ibu negara ke Pulang Pinang melanggar belakang sebuah lori mengangkut kapur.Susulan dari kejadian itu, seorang pemandu bas, seorang pembantunya dan seorang pemandu lori memberhentikan kenderaan untuk membantu pemandu bas yang dipercayai tersepit.Namun, belum sempat mereka membantu, sebuah kereta jenis Grand Lavina melanggar ketiga-tiga mangsa menyebabkan seorang daripadanya maut manakala dua lagi parah.Berita Harian 16 Okt 2013

Monday, October 14, 2013

NKP : AZWAN BANTAH, JAMAWI YAKIN MENANG



Kem Khairul Azwan Harun membantah pengumuman Jawatankuasa Pemilihan UMNO bahawa undi beliau seri 73 undi sama dengan Jamawi Jaafar untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Mereka mendakwa undi Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak lebih dan bukan seri.
Wakil beliau,Anuar Ariffin telah mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur petang Isnin memberitahu mereka sudah hantar surat bantahan kepada pengerusi jawatankuasa itu Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.
Jawatankuasa itu diminta  'melihat semula' untuk membetulkan keputusan berkenaan.
Difahamkan mereka mendakwa dari penjumlahan menerusi wakil-wakil calon Khairul Azwan didapati undi beliau lebih dari 73.
Ekoran pengumuman keputusan seri pada Ahad malam itu Jawatankuasa Pemilihan UMNO akan mengadakan penjumlahan ' undi popular' selepas Hari raya Aidil Adha.
Ia  bagi menentukan siapa yang perolehi undi paling banyak dari perwakilan Pemuda bahagian di seluruh negara.Siapa yang lebih dia dikira menang.
Sementara itu Jamawi telah menyuarakan keyakinan menerusi facebooknya undi popular itu akan memihak padanya sekalipun kehilangan 6 undi bahagian di negerinya,Sabah.
"Walaupun seri 73 undi, saya yakin dan percaya undi popular berpihak kepada saya. Terima kasih kepada semua perwakilan Pemuda UMNO yang mengundi saya,"katanya. AD