Nuffnang

Monday, September 30, 2013

Karier Tamat Lepas PRU (Sedar) dan mohon derma


Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu. Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

 “Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

 “Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.

 Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah. Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.

 Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata. 

“Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.

 “Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan,” katanya.

 Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata, kapasiti sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah. “Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya.

 “Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah,” katanya. Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita.

 Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya akan merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni.

 “Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni,” katanya. Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hay, Wahida, Rabbani dan Ainan Tasneen. -mStar

Bukti Wang UMNO adalah HARAM


Wang kerajaan adalah haram.. tak boleh terima duit dari Umno..Harus perangi Umno BN ini adalah jihad fisabilillah..Jika mati melawan kerajaan Umno BN ..mati anda adalah syahid..

Kesemua kenyataan diatas adalah keluar dari mulut khawarij PAS.. Pisau tertarik dengan rungutan sahabat sebentar tadi katanya beliau gusar akan nasib bekas ahli parlimen Baling Dato Taib Azamudden yang sekarang ini berhutang dengan sebuah hospital swasta.

Ceritanya begini.. Taib Azamudden dimasukkan ke wad Hospital Pantai pada 24Januari ekoran masaalah pendarahan dalam kepala selepas terjatuh dirumahnya di Baling..Beliau telah menerima rawatan selama 13 hari dan kos keseluruhan termasuk perubatan adalah RM 8,677.05..

Baru baru ini 24 September Ismail Don Ahli PKR Ranting Jalan Bharu telah menemui wakil pegawai khas Dato Seri Hilmi Yahya di Pejabat Umno Bahagian Balik Pulau..tujuannya adalah untuk meminta bantuan untuk menjelaskan tuntutan bayaran rawatan Dato Taib Azamudden..Setelah diperiksa rupanya Ismail Don punyai pertalian kekeluargaan kepada Taib Azamudden..Kedatangan beliau untuk meminta bantuan Umno bertujuan menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka kerana Dr Hilmi adalah Timbalan Menteri Kesihatan ketika ini..

Dato Taib Azamudden telah mengemukakan rayuan agar kesemua kos perubatan di Hospital Swasta berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan..memandangkan ketika beliau sakit berlaku diluar kawalan sehingga beliau menerima rawatan melebihi 4 hari melebihi tempoh seperti mana yang ditetapkan kerajaan.Pihak kerajaan membiayai kos perubatan di hospital swasta tersebut hanya untuk tempoh 4 hari dan baki berikutnya harus ditanggung oleh Dato Taib Azamudden sendiri..

Beliau menerima rawatan selama 13 hari bermula 24 Jan hingga 6 Feb 2013,Taib Azamudden membuat rayuan agar perbelanjaan sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan Umno BN kerana beliau jatuh sakit diluar kawalan beliau. Ismail Don dihantar untuk merayu kepada Dato Seri Helmi memandangkan beliau tahu Dato Helmi adalah Timbalan Menteri Kesihatan..

Pisau berasakan memang wajar Menteri Umno membantu dan beri sebanyak mungkin bantuan kepada ahli PAS,apatah lagi yang memohon bantuan adalah ahli parlimen pembangkang. Ketika mereka susah menteri melayu Islam Umno juga yang dicari..Taib Azamudden memang baik dan bagus orangnya,Beliau diantara ahli parlimen yang menentang LGBT dan menentang nama Allah dilacurkan oleh haprak pakatan.

Di mana Afnan Hamimi ketika ayahnya dalam kesusahan? Beliau sepatutnya tampil menjadi wakil kepada ayah beliau sendiri untuk meminta bantuan..bukan kerana kepentingan politik beliau menyorok biarkan ayah sendirian didalam kesusahan. Afnan Hamimi patut minta bantuan daripada Umno kerana mereka itu seagama,sebangsa dan sudah pasti bantuan akan dihulurkan…

Kepada Afnan..Jangan malu minta bantuan demi ayah tercinta..kenapa diam membisu dikala ayah sendiri dalam kesusahan yang teramat sangat..Beginikah yang ditunjukkan oleh calon PAS yang tewas di Kerusi Parlimen Kepala Batas..?Bagaimana mahu beri khidmat kepada rakyat sedangkan ayah sendiri pun tak dilayan..

Pisau kata “Moga Allah beri kesihatan yang baik kepada Taib Azamudden”

-Pisau.Net-

Sunday, September 29, 2013

Guan Eng U-Turn iktiraf SPR


Guan terpaksa arah semua perwakilan menggunakan dakwat kekal atas dasar ketidakpercayaan kepada sistem Pemilihan Dap kali ini.Apa yang menarik dakwat kekal itu sama jenis yang dibekal oleh SPR untuk PRU lepas.Ini menunjukkan apa? Malapetaka bagi PR yang terlalu banyak membuat uturn secara tidak sengaja.

Sebelum ini Anwar ibrahim dalam siri jelajah blackout seluruh Malaysia mengarahkan supaya penyokong mereka membuat laporan polis berhubung dakwat kekal yang tidak kekal.Sasaran 100,000k laporan polis harus dibuat tetapi tidak mendapat sambutan hanya Macai upahan yang melakukan laporan itu.Hanya mampu mendapat kurang dari 1000k diseluruh Malaysia.

Berhubung dengan dakwat kekal apakah mereka mengiktiraf SPR dalam diam? Atau mereka tidak sengaja melakukan perkara Bodoh sehingga bertingkat tingkat?

Kah kah kah kah kah
Kah kah kah kah kah
Kah kah kah kah kah

Mat Sabu U-TURN menjelang Pemilihan Muktamar PAS


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan bermazhab Syiah, akan tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini. Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS. "Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak," katanya dalam wawancara eksklusifnya bersama The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah. Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan. Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hezbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong pemerintah Syria pimpinan Bashar Al-Assad. Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana. "Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan. "Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini," katanya merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta kesal dengan apa yang berlaku. Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhullah Khomeinei. "Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh ABIM dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb. "Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana," katanya. 

"Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja," katanya. Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang. "Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu. "Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang," katanya. Sebab itu, katanya, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran, kata Mohamad yang cuba mengaitkan ramai pemimpin PAS yang terpengaruh dengan gerakan Islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Turki (AKP pimpinan Tayyib Erdogan dan Saadet pimpinan Necmetin Erbakan). Mohamad mengimbau kembali bagaimana beliau diseretkan dengan Syiah. 

Orang tuduh saya Syiah kerana saya kagum dengan perjuangan Hassan Nasrallah, pemimpin Hezbollah, Lubnan. "Saya suka dia kerana, bila dia bercakap soal perjuangan, anaknya mati di medan perang melawan Israel ketika umurnya 17 tahun, rumah kena bom hancur berkecai. "Bila dia cakap Islam dalam keadaan dagang, dia sendiri dagang bila terpaksa bersembunyi ke sana kemari daripada pengeboman dan pembunuhan oleh agen Isreal. "Maka orang seperti Hasan Nasrallah datanglah penghormatan kepadanya dari penyanyi, pemain bola, orang awam, orang Kristian bahkan orang tiada agama menerima kepimpinan Hassan Nasrallah sehingga kain jubahnya itu diambil dan dipakai oleh anak-anak muda dan artis kononnya nak ambil keberkatan... inilah contoh kepimpinan yang saya terima,


Katanya, kefahaman beliau dan rakan-rakannya ketika itu, kepimpinan ulama ini bukan bermakna semua jawatan dalam PAS mesti dipimpin ulama. "Kefahaman kita, presiden dan ke bawah boleh di isi sesiapa saja yang layak dan mampu tetapi Majlis Syura Ulama hendaklah di isi oleh orang yang ada latar belakang pendidikan agama secara formal. "Ini kefahaman kami ketika meletak Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam parti," katanya. Bagi beliau, pada peringkat awal konsep ini diamalkan, gandingan yang baik berlaku antara Yusof Rawa dengan Datuk Fadzil Noor dan Datuk Fadzil dengan Abdul Hadi yang kebetulan semuanya dari aliran agama. "Bagi saya siapa saja boleh pegang presiden dan lain-lain jawatan. Kalau ulama yang mahu memegang jawatan itu, bukan melalui title atau bertenggek atas nama ulama saja, mesti memenuhi syarat kepimpinan," katanya. Katanya, beliau menerima orang seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Fadzil dan Abdul Hadi untuk memimpin PAS kerana kelebihan yang mereka ada. "Mereka ada kelemahan tetapi kelebihan yang ada pada mereka mengatasi semua yang lain, maka orang seperti itu layak untuk memimpin," katanya. Beliau berkata, apabila dia dan rakan-rakannya melawat Iran selepas revolusi Iran pada 1978, mereka tertarik dengan gerakan sukarela di sana yang dinamakan Jihad Sizendagi. Kumpulan inilah yang berjaya membawa keluar rakyat Iran dari buta huruf yang tinggi di samping masalah bekalan elektrik luar bandar yang rendah. "Bila kita balik, kami ambil semangat itu maka tertubuhlah Unit Amal, bahkan lagu Unit Amal adalah inspirasi dari lagu itu yang dinyanyikan oleh anak muda di sana," katanya yang menjelaskan dari manakah asal usul Unit Amal, badan kebajikan dan kawalan yang sangat berpengaruh dalam PAS sekarang. Katanya, langkah ini diambil sesuai dengan konsep hikmah dalam Islam iaitu hikmah itu benda yang tercicir dan jika diambil ia akan menjadi hak orang yang mengamalkannya. "Kita tidak pun menyeru orang mengambil Syiahnya tetapi mengambil sistem, cara dan bagaimana mereka boleh gerakkan rakyat menumbangkan satu regim yang zalim," katanya. Beliau berkata, kunjungannya ke Syria dua tahun lalu dimainkan daripada perspektif mazhab terutama menjelang muktamar kali ini. "Tahun ini lebih dahsyat bila saya kunjungi Syria sebelum ini. Yang saya jumpa semuanya ahli Sunnah wal Jamaah. Muftinya, Dr Said Ramadhan Albutti, Menteri Wakaf, Menteri Perpaduan... semuanya sunnah... sebenarnya di sana tidak timbul isu Sunni dan Syiah ni.

P/s : Mat sabu dah jadi baik sebab Pemilihan Muktamar Pas sudah dekat.Sebelum Pru mengaku Syiah lepas Pru mengaku Sunni.

Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah



Saturday, September 28, 2013

Fitnah Abby Meroyan kepada DS Najib Razak



Fitnah terbaru Ustazah Meroyan yang mewakili Pas kepada DS Najib Razak iaitu Abby Abadi.
Beliau (Abby Abadi) mengeluarkan kenyataan tersebut semalam.Tanpa ulas panjang lihat sendiri sudah.


P/S: Abby ni ingat semua yg follow dia bodoh macam macai PR dan Pas la tu yang IQ setaraf longkang dan sampah.BODOH.

Pusara Allahyarham Ustaz Azizan terus diziarahi


POKOK SENA - Selepas dikebumikan petang kelmarin, pusara Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, terus diziarahi orang ramai termasuk ahli keluarga terdekat.

Tinjauan Sinar Harian petang semalam, mendapati beberapa ahli keluarga yang datang dari luar Kedah menziarahi kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, dekat sini.

Antara ahli keluarga Ustaz Azizan yang hadir adiknya, Azizah Abdul Razak, 67; adik bongsu, Che Aini Abdul Razak, 62; bapa saudara, Ahmad Shamsuddin, 87; sepupu, Pishal Ahmad, 61, dan adik ipar Allahyarham yang juga bekas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Manan Alwi, 61.

Ahmad berkata, dia dan keluarga sempat menziarahi Ustaz Azizan sebanyak dua kali semasa Allahyarham dirawat di Hospital Pulau Pinang.“Kami sekeluarga selalu berhubung, bertanya khabar walaupun masing-masing tinggal berjauhan.

“Saya sangat terasa dengan pemergiannya, sememangnya kami rapat dan banyak kenangan bersama sejak arwah kecil lagi,” katanya yang tiba dari Johor Bharu, pagi semalam.Bagi Che Aini, arwah abangnya seorang yang penyayang terhadap adik-adiknya.

“Dia memang seorang yang tegas, sebab dia sayang. Allahyarham memang sangat prihatin kepada kami adik-beradik,” katanya.

Sementara itu, Abdul Manan berkata, Allahyarham Azizan bukan sahaja abang iparnya, malah turut ditakdirkan sebagai gurunya semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Saya sangat bertuah menjadi adik ipar arwah sekali gus pernah menjadi anak didiknya di UIAM pada tahun 1988 hingga 1992.“Sebagai seorang pensyarah, beliau mengajar saya dalam bidang Perundangan Islam (syariah). 

Beliau seorang pendidik yang tegas dan baik. Setiap tunjuk ajarnya pasti disusuli dengan penjelasan yang baik, ia memudahkan kami untuk memahaminya” katanya. ~sinar harian

Guan Eng Penipu - R.O.S


KUALA LUMPUR, 27 Sept - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus membaca dan memahami apa yang dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat  (CEC) DAP.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman berkata, ROS tidak pernah menyatakan bahawa DAP tidak boleh mengadakan 'Special Congress', tetapi mengingatkan parti tersebut supaya mengikut peruntukan dalam Undang-undang pertubuhan sendiri semasa mengadakan pemilihan semula.

"Penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu seperti mana yang tercatat dalam Undang-undang parti tersebut harus dipatuhi.

"Harus ditekankan di sini bahawa DAP telah menghadapi tindakan mahkamah yang difailkan sendiri oleh ahli-ahlinya dan ini tidak ada kaitan langsung dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan.

"Adalah tidak wajar ROS dikaitkan dalam hal ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Beliau menjelaskan, walaupun Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah, tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya apabila hak ahli-ahlinya terjejas.

Tambahnya, akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya. - Rakyat News

Kebenaran yang paling jelas untuk kita mengetahuinya bahawa DAP cukup licik dalam menipu rakyat. Isu CEC DAP jelas buktikan bahawa Lim dan keluarga mereka melakukan sesuatu agar pengaruh dan kuasa keluarga mereka kekal dan tidak dicabar oleh perwakilan yang lain.

Jom kenal calon Naib Ketua Pemuda UMNO pilihan.


Wednesday, September 25, 2013

Anwar Botox restu Lokman Adam ke Naib Pemuda UMNO?

     

Nama Lokman Adam atau nama Sebenarnya Lokman Noor Adam sudah sinonim bagi penyokong Anwar Ibrahim. Ketika sehari selepas Anwar dipecat, lokman lah yang paling ghairah 'berkepit' dengan Anwar.

Tapi sejurus keluar dari tahanan ISA dan Anwar bebas dari penjara, Lokman menjadi di antara orang terawal yang menyertai Umno. 

Teman rapatnya yang paling akrab iaitu Hasnizam, bekas Ketua AMK Kulai atau gemar dipanggil ned diantara orang paling kecewa keputusan Lokman itu.

Herannya, tak ramai didalam Pkr sendiri mengkritik keputusan Lokman menyertai Umno. Hinggakan Assmin sendiri pun langsung tidak mengulas berkenaan lokman walaupun lokman adalah Setiausaha Amk ketika itu.

Adakah benar khabar angin mengatakan Anwar telah mengatur strategi untuk menyeludup masuk orang-orangnya didalam Umno bagi melumpuhkan parti melayu terbesar itu?

Sejurus menyertai Umno, lokman bertukar wajah dengan mencaci cerca Anwar pula. Cerita liwat adalah modal utama Lokman. Apakah motif Lokman yang sebenar? Adakah dia ingin membuktikan dirinya bukan 'Hadiah Kuda Trojan' Anwar didalam Umno?

Yang pastinya sebilang besar pengikut setia PKR tahu identiti Lokman ini. Tanyalah Ezam kotak.., Zul Kulim.., ataupun Sam Ketot pasal perangai lokman.., mesti korang akan terkejut beb.

So.., orang macam ni ke yang perasan layak memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno? Orang macam lokman ni ke yang akan di undi oleh perwakilan sebagai orang nombor 2 didalam organisasi Pemuda nanti?

Dah tak ada ke ahli Umno yang setia kepada parti sampaikan sampah sarap dari longkang Pkr pun nak dijadikan pemimpin dalam Umno beb..? Memang memalukanlah kalau hal macam ni pun ahli Umno terlepas pandang!!!!

Parit Buntar bersama Azwan bro #Azwan4NKP #Respect

    

UMNO, kita lihat apa pencapaian yang dilakukan oleh saudara Khairul Azwan pemuda berusia 34 tahun setakat ini. Lalu saya melakukan beberapa kaji selidik terhadap beliau.

Dalam usia yang muda beliau diberikan beberapa amanah penting di Perak, antara jawatan yang di sandangnya kini adalah Bendahari Bola Sepak Perak serta bertindak sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak malah beliau juga merupakan salah seorang CEO di dalam Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.


Beliau juga seorang yang prihatin apabila menaikkan Akademi Pemuda yang terdiri daripada 15 orang pekerja sukarela yang terdiri daripada golongan pendidik, penyelidik serta profesional muda dan para belia. Antara misi adalah bertanggungjawab mencadangkan strategi berlandaskan politik pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Akademi Pemuda yang digerakkan beliau juga menjalankan aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO sejajar dengan agenda mendidik dan memperkasakan ahli UMNO di peringkat akar umbi. Melalui platform ini juga beliau menggerakkan beberapa kerja-kerja kebajikan melibatkan anak-anak yatim di sekitar negeri Perak.


Bila meneliti kerja-kerja yang dilakukan beliau, kenapa beliau tidak diberikan perhatian? Adakah kerana beliau seorang yang 'low-profile' lalu kisah serta kerja-kerja yang dilakukan beliau tidak perlu dihebohkan atau dicanang kepada para pemuda di peringkat akar umbi?

Kerana dari apa yang saya lihat, beberapa exco Pemuda sekarang ini 'berkokok' lebih tapi kerja 'zero'. Lihat sahaja bagaimana exco-exco tertentu ketika perhimpunan Agung UMNO tempoh hari? Ada yang tidak segan silu memaparkan kain rentang mengalahkan Perdana Menteri. Dengan tujuan untuk mempopularkan diri sendiri di kalangan perwakilan. Walaupun pada hakikatnya penduduk di tempat beliau sendiri meluat dengan muka beliau.

Ada juga beberapa exco dikalangan Pemuda setiap kali PRK dan adanya Presiden Parti, maka muka dialah yang dilihat ke hulu ke hilir dengan tujuan menampakkan yang mereka kuat bekerja untuk parti. Inilah barah yang perlu dibersihkan dalam barisan Pemuda UMNO.

Untuk pemuda UMNO Malaysia, ciri-ciri yang ada pada Saudara Khairul Azwan inilah layak dijulang sebagai pemimpin, walaupun tidak selalu diberikan perhatian, tugas dan amanah tetap beliau laksanakan dengan jayanya di Perak.


Buat Khairul Azwan Harun, teruskan bekerja demi kepentingan rakyat. InsyaAllah rakyat Perak bersama anda.

P/s: Pemimpin yang berkaliber dan prihatin tidak semestinya akan sentiasa dihadapan tonjolkn diri,tapi bagi MF biarpon dibelakang tabir,ada sesuatu pergerakan yang memberi impak dan terkesan lebih mendalam..jadi jom support khairul azwan harun..sumber

Tolak calon yang bermuka muka tidak taat parti.Najib razak mungkin memaafkan kejadian bakar bendera umno tetapi ahli biasa seperti kami sorry bebyk.

Tuesday, September 24, 2013

SILAT bakal di HARAMKAN.Tunggu MELAYU diharamkan pula.

  

SETELAH MENGHARAMKAN BIRO TATA NEGARA(BTN) DI PULAU PINANG YANG DISIFATKAN OLEH TOKONG SEBAGAI BERSIFAT PERKAUMAN,HARI INI TOKONG BERHASRAT NAK HARAMKAN SILAT DI PULAU PINANG KERANA SILAT INI MEMBUATKAN ORANG MELAYU ANGKUH DAN KEJADIAN PEMUDA UMNO MENJULANG KERIS DIANGGAP KETARA PERKAUMAN.

BELIAU JUGA MENEGASKAN KAUM CINA DAN INDIA AKAN RASA SELAMAT JIKA SILAT DIHARAMKAN DAN MEREKA LEBIH PENTINGKAN PENDIDIKAN DARIPADA AKTIVITI YANG MEMBUANG MASA.

"JATUHKAN KETUANAN MELAYU UMNO DEMI PERPADUAN RAKYAT"!!!!

DENGAN KENYATAAN BIADAP SEPERTI INI,JELAS SIAPA YANG CUBA MENAIKKAN SENTIMEN PERKAUMAN DI MALAYSIA KHUSUSNYA PULAU PINANG???SAYA NAK TANYA TOKONG TU;

-BERAPA RAMAI ORANG YANG DAH MATI MANGSA KORBAN KERIS DAN SILAT??

APA MOTIF TOKONG NAK HARAMKAN SILAT,ADAKAH KERANA TAKUT PADA SOKONGAN PADU PERSATUAN SILAT TERHADAP KERAJAAN??

ADAKAH KERANA PERSATUAN SILAT PERNAH BERIKRAR MENJADI BENTENG PERTAHANAN ANDAI NEGARA DICEROBOHI???

5 Perkara yang diperturunkan oleh PAS mahu keluar PAKATAN ANWAR

       

Akhirnya Dewan Ulamak PAS tampil memperincikan asas-asas yang mendorong kepada tercetus resolusi yang mendesak semakan keatas Tahaluf Siyasi PAS bersama PKR dan DAP, yang disepakati melalui Multaqa' Ulama' Se-Malaysia anjuran sayap ulamak parti berkenaan, yang diperturunkan seperti berikut:-

1. Perundingan kerusi dalam kalangan parti komponen PR yang tidak memberi lebih nilai kepada pengukuhan kedudukan dan pengaruh PAS dalam PR.

2. Terdapat ahli PAS yang menukar keahlian dan bertanding atas tiket PKR.

3. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak memberi tsiqah dan wala' kepada kepimpinan jamaah bahkan lebih mematuhi keputusan dan arahan orang luar PAS.

4. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang keluar dari skop fikrah Islam dan ada juga yang berbaur fahaman pluralisme dan liberalisme.

5. Kemerosotan sokongan dan undi Melayu terhadap PAS berbanding PRU12 yang merupakan era sebelum wujudnya PR.Kita sendiri dapat melihat bahawa pencerahan 5 perkara di atas tentunya melalui pengalaman yang telah pun dilalui dan dialami oleh PAS sendiri pada PRU13 yang lalu.Perkara yang dibangkitkan juga adalah mudah difahami dan tidak berkias, serta diketahui ditujukan kepada pihak yang mana.Malah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Muhammad Ismi Mat Taib menegaskan bahawa perkara-perkara yang dinyatakan bukanlah dilontar secara semborono oleh perwakilan multaqa' sehingga ia diangkat sebagai resolusi.

Terdapat beberapa 'problem statements' dan 'trigger factors' yang melatari perbahasan seputar isu tahalluf siyasi di multaqa' berkenaan, lapor Harakah Daily. Dengan penjelasan berkenaan, adalah sukar untuk menafikan kewujudan rasa bimbang terhadap penularan anasir-anasir yang tidak Islamik dalam PAS dan anasir ini adalah ibarat anai-anai yang boleh meruntuhkan parti yang membawa imej Islam berkenaan.Tidak mustahil juga ada lagi perkara-perkara yang lebih sensitif dan tidak didedahkan kepada umum, yang dibisikkan oleh Dewan Ulamak kepada TG Hadi Awang dalam menyelamatkan PAS.

Anggota Polis meninggal di Pukul penjenayah @Latheefakoya @APterkini @lawyer4liberty

                         
- Seorang koperal polis maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini, hari ini.

 Dalam pergelutan itu, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan mati di tempat kejadian.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata Zal-Azri menyertai operasi itu bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian itu untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng awal pagi ini. Polis berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun dan kira-kira pukul 8.30 pagi, seorang daripada suspek itu cuba melarikan diri.

 "Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan anggota kami cedera di kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Raja Shahrom berkata suspek yang dapat melarikan diri selepas pergelutan itu, berjaya ditahan di Krubong pada pukul 10.50 pagi ini. Beliau berkata serbuan ke kawasan kilang itu dibuat setelah polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

 "Zal-Azri telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai anggota polis dan baharu dua bulan ditukarkan ke bahagian itu berdasarkan perkhidmatan cemerlangnya sebelum ini di Alor Gajah," katanya. Raja Shahrom berkata Zal-Azri yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan seorang balu dan dua anak.


Jadi bahan lawak Macai Pakatan kematian anggota polis.Diorang sudah pasti macam ni Mentaliti pembangkang seharusnya bangang.Lepas ni kita tengok apa respon peguam penjenayah latheefa koya yang sudah pasti akan bikin duit membela penjenayah atas dasar hak kemanusiaan.

Monday, September 23, 2013

Pergi Jahanam Sama Lokman Adam-Tolak sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO!

                          
Sapa dia Lokman Adam yang sibuk nak pegang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno ni beb? Dulu mamat ni duduk dalam kem Keadilan sebagai macai kepada Anwar dan Assmin. Dia setaraf dengan Ezam kotak yang digunakan oleh Anwar untuk memaki hamun semua pemimpin Umno dan kerajaan.

Malah ada satu ketika, mamat tu bertindak membakar bendera Umno hanya semata-mata nak menunjukkan dia setia dan berani buat apa saja untuk Anwar.

Tapi bila Anwar dan Keadilan mula ditolak oleh rakyat, Lokman dan ulat2 taik dalam Pkr pun tergedik2 lompat maduk Umno untuk jaga periuk nasi sendiri dengan alasan kononnya dah insaf.

Cuba korang teliti balik, apa jasa mamat tu untuk perjuangan Umno selama ni? Kalau setakat tak habis2 pasal Anwar, gua pun boleh beb.. Sama lah jugak macam Ezam kotak, tak habis2 dengan rahsia kotak dia dari dulu sampai sekarang.

Apabila Lokman tinggalkan Keadilan dan sertai UMNO, belum ada sebarang rekod menunjukkan dia mampu menjadi seorang pemimpin.. Dan jangan lupa waktu Lokman bersama Pemuda Keadilan, dia lebih dikenali sebagai Setiausaha Pemuda iaitu jawatan lantikan sahaja!

Dan kalau setakat boleh berceramah je tak cukup beb.., kena jugak pandai buat kerja untuk majukan parti dan menaikkan imej kerajaan. Jangan jadi macam Zul Kulim yang berkokok bukan main pasal Anwar, tapi nak lawan Khalid Samad pun tak mampu di Shah Alam.

Gua teringat lagi cakap bekas salah seorang pimpinan tertinggi Pemuda Keadilan, beliau berpesan supaya kita harus berhati-hati jika berdekatan dengan Lokman, ".... jangan kau terlanggar lutut Lokman, sebab otak dia kat lutut..." begitulah rendah martabat Lokman pada pandangan beliau...

Perwatakan Lokman juga dilihat agak sombong lebih lebih lagi setelah berjaya dipilih dan menang merebut jawatan Exco Pemuda Malaysia dulu.

Senang cakap, mamat tu memang hipokrit sebab hanya berlakon baik bila nak cari undi dari perwakilan je beb.

So.., orang macam ni ke yang mampu jadi second man dalam organisasi Pemuda Umno? Alamat bungkuslah Umno kalau mamat berbadan besar ni diangkat sebagai NKP.

Sunday, September 22, 2013

#PAU2013: SENARAI PENUH CALON BERTANDING JAWATAN TERTINGGI UMNO PUSAT @APterkini


Buat pertama kali dalam sejarahnya, UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan UMNO yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai.

146,500 ahli peringkat akar umbi dari 191 bahagian akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih pimpinan jawatankuasa bahagian masing-masing.

Selepas tamat tempoh pencalonan pada jam 5 petang semalam, berikut adalah senarai calon yang akan merebut jawatan utama UMNO pusat pada pemilihan Oktober depan.



PRESIDEN :

1. Datuk Seri Mohd Najib Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN:

1.Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

NAIB PRESIDEN:

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Penyandang)
4. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
5. Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samaf
6. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

 MAJLIS TERTINGI:

1. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
2. Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mohd Tahir
3. Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin
4. Datuk Abdul Azeez Rahim
5. Datuk Razali Ibrahim
6. Datuk Azalina Othman Said
7. Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
8. Razali Husain
9. Datuk Dr. Norraesah Mohamad
10. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
11. Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman
12. Raja Ropiah Raja Abdullah
13. Abdul Zarin Mohd. Yasin
14. Datuk Seri Shahidan Kassim
15. Azlan Man
16. Datuk Sohaimi Shahadan
17. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
18. Datuk Idris Haron
19. Datuk Seri Idris Jusoh
20. Datuk Abdul Rahman Dahlan
21. Datuk Musa Sheikh Fadzir
22. Datuk Hasan Malek
23. Datuk Mahadzir Khalid
24. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
25. Tun Faisal Ismail Aziz
26. Datuk Nur Jazlan Mohamed
27. Datuk Abd. Wahab Ibrahim
28. Datuk Azman Shah Omar Shah
29. Yusoff Ishak
30. Zawawi Othman
31. Tan Sri Anuar Musa
32. Datuk Halimah Mohamed Sadique
33. Datuk Mokhtar Radin
34. Datuk Md. Alwi Che Ahmad
35. Prof. Madya Dr. Sazili Sahibi
36. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis
37. Datuk Samsul Anuar Nasarah
38. Datuk Nasir Safar
39. Datuk Rosni Zahari
40. Hamidah Osman
41. Dr. Mohd. Puad Zarkashi
42. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar
43. Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan
44. Datuk Maznah Hamid
45. Mohsin Yussof
46. Dr. Zubir Harun
47. Datuk Ahmad Jaafar
48. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
49. Mohd. Sazili Shahidi
50. Datuk Abdul Aziz Kaprawi


PENGERUSI TETAP
1. Datuk Abdul Fattah Abdullah
2.Datuk Zubir Zabidi
3.Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad

TIMB. PENGERUSI TETAP
1.Muhammad Yadzan Mohammad
2.Ahmad Mushawir Abdullah
3.Hisham Abdul Sabri
4.Mohd Shoubli Jamal
5.Bahrul Razha Chuprati

KETUA PEMUDA:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd. Karim Ali
5. Irwan Ambak

NAIB KETUA PEMUDA:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. KHAIRUL AZWAN DATO HARUN @azwanbro

EXCO PEMUDA UMNO
1.Arman Azha Abu Haniah
2.Awang Salleh Makmud
3.Mohamad Faiz Yaacob
4.Teng. Zuhri Tenh. Abd Aziz
5. Ahmad Luthfi Ibrahim
6. Mohd Aizli Shahar Abd Malek Shahar
7.Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
8.Onn Hafiz Ghazi
9Armizan Mohd Ali
10.Dazman Shah Daud
11.Dr Mazlan Ismail
12.Erwin Mukhriz Zahari
13.Datuk Mohamad Hazali Abu Hassan
14. Muhammad Muqharabbin
15.Muhammad Faiz Hashim
16.Jeffri Salim
17.Yusmizan Md Yunus
18.Azizil Kmar Abd Rahman
19.Kamarol Salleh
20.Rahimi Abd Karim
21.Fathulbari Mat Jahya
22.Rozaidi Abd Jamil
23.Faez Ainstein Nordin
24.Abdul Aziz Ismail
25.Mohammad Fazly Zainuddin
26.Mohammad Nawar Ariffin
27.Mohd Zamri Mohd. Idrus
28. Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad
29.Khairul Firdaus Akbar Khan
30.Hasniyusfree Abu Hassan
31.Suhasni Hayani
32.Mohamd Suii Bilang Mohd
33.Ariff Hakimi Zulkifli
34.Rohsawal Nizam ABd Ghafar
35.Shahrizal Man Harun
36.Norhilman Mohamad Noor
37.Mohd Safiee Salam
38.Maisham Maarof
39.Mohd. Amir Izwan abdullah
40.Mohd Faizal Daud
41.Mohd Najib Mohd Isa
42.Syamsul Baharin Putra AHmad Shibi
43.Ariffin Kassim
44. Nazir Hussin Akhtar Hussin
45.Mohd Khairul Amri Amilhamzah
46.Ibdillah Ishak
47.Salehudin Satar
48.Azlan Abdullah
49.Ahmad Faisal abdul Karim
50.Mohd Rafiq Naizamohideen
51.Zaidel Baharudin
52.Badrul Razha Chuprati
53.Mohd Iskandar
54.Shahriman Akma Md Shabudin
55.Ahmad Husaimi Hussin
56.Mohamed Noor Affendy Ameerudeen
57.Ariff Hakimi Zulkifli
58. Jefrizal Mohd Jaafar
59.Mohd Iskandar Jaafar
60.Mukriz Ahmad fuad
61.Irwan Ambak Khalid Izhar
62.Khairul azlan Shah Abd Aziz
63.Azmi Md Yatim
64. Manndzri Nasib
65. Mohd Saiful Mohd sahak
66. Mohd Asian Ahmad
67.Mohammad Najuib Mohamad Shahaimi
68.Mohammad Nazari Ahmad
69.Anuar Abd. Manap
70.Maisham Maarof
71.Mohd Saiful Mohd sahak
72.Ahmad Baidzawi  Salleh Hamdi
73. Muhamaad Faiz Mahayudin
*4 Lagi Nama Belum dikenal pasti

KETUA WANITA:
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)
2. Raihan Suleiman Palestin
3. Datuk Maznah Mazlan

NAIB KETUA WANITA:
1. Datuk Suraya Yaakub
2. Datuk Azizah Mohd Dun
3. Datuk Hamidah Osman

KETUA PUTERI:
1. Mas Ermieyanti Samsudin
2. Jamilah Hanim Othman

NAIB KETUA PUTERI:
1. Datin Norsabrina Mohd Noor
2. Zahida Zarikh Khan
3. Nazliah Ali





Ketua Menteri & Menteri Besar yang dicabar di Bahagian Masing-Masing @APterkini

Empat daripada sembilan Ketua Menteri dan Menteri Besar dicabar bagi jawatan Ketua UMNO di bahagian masing-masing.

Mereka yang dicabar ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron; dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Mohamad dicabar oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Mohamad Rais Zainuddin yang juga bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau.
Ahmad pula dicabar oleh bekas Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kemaman, Mat Dalam Awang bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Bagi jawatan Ketua UMNO Tangga Batu, Idris dicabar oleh seorang ahli biasa dari UMNO Cawangan Tok Suboh, Baddrul Hissham Abd. Aziz.

Manakala bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Azlan berdepan dua pencabar iaitu Ahli Parlimen Kangar, Ir. Shaharuddin Ismail dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh.

sementara itu mereka yang menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua di bahagian masing-masing ialah Menteri Besar
Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (Jerlun); Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (Lumut); Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (Bentong); Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pasir Gudang); dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (Libaran)

Saturday, September 21, 2013

Provokasi Murahan di PWTC dah Mula


TORA-TORA ini datang lagi macam biasa buat kecoh.UMNO Anwar Ibrahim itulah TORA-TORA ni.Cuma UMNO yang tak nyah kan tora tora ni sebab kesian.Datang ke pwtc buat provokasi untuk tarik perhatian.Pelik lah tora tora ni..Dasar Sampah!

Proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan Umno 2013 sedikit kecoh berikutan pencabar jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, membuat provokasi di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Syed Rosli, 37, yang juga Penolong Setiausaha Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan dilihat cuba menarik perhatian media apabila seolah-olah menyampaikan ucapan di ruang kaunter mengambil nombor giliran selepas menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan itu pada 8.20 pagi.

Beliau turut melafazkan sumpah laknat berbunyi: "Wallahi, Watallahi, Wabillahi. Bahawa sesungguhnya saya, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, bersumpah laknat bersama Al-Quran sekiranya saya menjadi Ketua Pemuda, saya tidak akan melakukan perbuatan seperti rasuah.

"Saya juga mencabar Ketua Pemuda dan barisan kepimpinan Pemuda untuk sama bersumpah laknat sekiranya mereka merasakan mereka memimpin dengan bersih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syed Rosli mendakwa Pergerakan Pemuda di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan, dilihat lemah dan lesu selain terpalit dengan isu rasuah.

"Kalau tak bersih, jangan pimpin Umno. Rakyat tengok Umno ini rasuah. Saya ahli biasa tetapi saya dah jemu dengan gelagat Pemuda Umno. Saya menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda kerana saya mahu melihat Pemuda lebih berani dan membuktikan Umno ikhlas memperjuangkan nasib orang bawahan," katanya.


Syed Rosli menafikan hasratnya untuk bertanding jawatan utama sayap itu adalah bagi kepentingan diri.

Pemilihan Umno kali ini menyaksikan sejumlah 24 jawatan dipertandingkan di peringkat sayap Pemuda terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 20 Exco.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Okt.

Friday, September 20, 2013

PROSEDUR PERTANDINGAN DALAM PEMILIHAN UMNO @APterkini

Informasi yang perIu diketahui

Berikut ialah prosedur yang perlu dipatuhi oleh anggota yang berhasrat bertanding pada pemilihan UMNO, semasa menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Sabtu ini: 

1. Bakal calon/wakil perlu kemuka kad pengenalan, nombor keanggotaan dan borang pencalonan di Kaunter 1, Aras 5 untuk disahkan sebelum diberi nombor giliran. 

2. Bakal calon/wakil seterusnya perlu mengenal pasti saluran pendaftaran berdasarkan jawatan yang ingin ditandingi (Majlis Tertinggi, Wanita, Pemuda atau Puteri) dan mendaftar diri di Kaunter Pendaftaran (Kaunter 2). 

3. Bakal calon/wakil akan diberi 'kad giliran' untuk menentukan saluran penyerahan borang pendaftaran dan perlu menunggu di ruang yang disediakan sehingga nombor giliran mereka dipanggil. 
'
4. Apabila nombor bakal calon/wakil dipanggil, individu itu boleh memasuki Bilik Labuan/Kuala Lumpur bagi menyerahkan borang pencalonan mengikut saluran yang ditetapkan. 

* Bagi jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, presiden, timbalan presiden, naib presiden dan bagi pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap serta ketua dan naib Pergerakan sayap parti (Kaunter A)

* Bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) dan exco sayap (Kaunter B) 

5. Borang pencalonan akan melalui lima langkah pemeriksaan termasuk pengesahan maklumat diri; borang pencalonan direkod dan diberi 'nombor calon'. 

6. Borang pencalonan seterusnya diserahkan kepada petugas jawatankuasa pemilihan untuk proses saringan dan maklumat dalam borang disemak dengan pangkalan data parti. Borang yang lengkap akan disahkan sebelum bakal calon/wakil diberi salinan borang pencalonan beserta nombor calon sebagai bukti pendaftaran

Thursday, September 19, 2013

TOP10 FACEBOOK FanPage Pro Kerajaan Terhangat!!! Tahniah @APTerkini 19/9/2013




Aktivis Media Sosial Pro-Kerajaan teruskan perjuangan di Facebook Fan-Page

#PBR menyenaraikan 10 Top Fanpages yang menyokong Kerajaan didalam membantu Kerajaan Barisan Nasional menolak bahan fitnah yang dikeluarkan pengamal media baru terutama dari penyokong parti pembangkang! Senarai ini adalah dari pemerhatian (fanpages yang aktif)

#PBR mengharapan kepada semua penyokong dan pendokong PRO-Kerajaan  akan terus menerus memberi sokongan jitu terhadap Fan-Page yang sedia ada dan akan ada dimasa akan datang. semua pihak boleh memainakn peranan untuk memperkasa media sosial PRO-Kerajaan bagi menghadapi PRU-14



1.Isu Politik Semasa

2. Anti PKR Club

3. Anti-Pakatan-Rakyat


4. Anti DAP Club



5.PAPAGOMO



6. Anti Semua Salah UMNO -ASSU



 
 

 




9. Anti Bersih



Selanjutnya Tuan-tuan boleh refer Blog: daengselili untuk senarai penuh.










TERKINI!! Terjawab, @MukhrizMahathir Tanding Jawatan Naib Presiden UMNO! #PemilihanUMNO @APterkini



ALOR STAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengumumkan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober depan.

Beliau menyertai pertandingan itu yang disertai lima calon lain- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam.
Beliau membuat pengumuman itu di kediaman rasmi di Seri Mentaloon di sini petang ini.
Beliau yang tewas dalam pertandingan Ketua Pemuda pada tahun 2009 di tangan Khairy Jamaluddin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Ini adalah kali pertama seorang calon Naib Presiden bertanding tanpa memegang sebarang jawatan dalam ahli majlis tertinggi terlebih dahulu.

Bagaimanapun, sebagai Menteri besar yang dilantik pada 6 Mei lalu, beliau secara automatik berada dalam majlis tertinggi Umno.

Komen #PBR :

Teka teki selama ini sudah terjawab, Datuk Mukhriz bakal memberi saingan dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno kali ini,Kepada jentera-jentera #beraniberubah Sudah boleh panaskan enjinl, banyak kerja nak kena buat.