Nuffnang

Sunday, March 31, 2013

Ops Daulat: Polis cari lelaki bergelar 'Datuk Seri'





Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

- Bernama

PENGALAMAN SEORANG PEJUANG



'Ini bukan masa untuk mati’

Putrajaya: “Lalat, semut penuh menghurung tangan saya yang hampir putus ditetak, tetapi saya katakan pada diri akan terus bertahan,” kata Inspektor Mohamad Hasnal Jamil, anggota polis yang cedera parah dalam serangan hendap pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, 2 Mac lalu.

Hasnal, 31, berkata, sepanjang 21 jam berlindung di sebuah rumah papan, anggotanya menyuap air hujan bagi menghilangkan dahaga kerana tangannya tidak boleh bergerak akibat ditetak pengganas.
“Darah di muka dan tangan kanan hampir kering, manakala seluar serta baju mengeras akibat terlalu banyak darah mengalir. Bila cuba berdiri mahu pitam jadi terpaksa hanya berbaring. “Anggota yang terselamat berada di sisi saya, mereka tunggu dan bertahan kerana tidak tergamak meninggalkan saya dan jenazah rakan yang terbunuh,” katanya ketika ditemui selepas pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Perwira Lahad Datu kepada balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, semalam.

Antara yang hadir ialah semua tujuh balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi itu termasuk balu Sarjan Salam Togiran, Marlinah Utan dan dua anaknya Umie Amira Umairah Salam dan Umie Alia Aulia Salam.

Dalam kejadian jam 7.30 petang itu, enam polis terkorban, manakala anggota keselamatan yang terselamat dibawa keluar pasukan VAT69 kira-kira jam 5.30 malam keesokan harinya berikutan keadaan di kawasan perkampungan air itu belum selamat sepenuhnya ketika itu.

Hasnal cedera parah dan kehilangan banyak darah berkata, dia hanya mampu berserah dan berdoa segera diselamatkan selain sokongan daripada anggota supaya terus bertahan sehingga bantuan tiba.

“Saya tidak dapat membayangkan apa-apa cuma tunggu diselamatkan saja, bila semangat datang kembali saya cakap pada diri, ini bukan masa untuk mati, saya akan bertahan sampai siang atau lebih lama lagi, malah nekad kalau tiada yang datang menyelamat, saya akan cuba berjalan keluar,” katanya yang terkena enam tetakan masing-masing tiga di atas kepala dan tangan menyebabkannya hampir putus selain tiga tembakan menembusi perut serta tangan kiri.

Bapa kepada seorang anak berusia dua tahun tujuh bulan itu berkata, dia menerima rawatan kira-kira dua minggu di Hospital Tawau dan Selayang, tetapi sehingga kini tangan kanannya belum boleh digerakkan lagi, manakala tiga jari tangan kiri sudah boleh digerakkan.

Menceritakan kembali peristiwa yang berlaku, Hasnal berkata, sepanjang malam bertahan di sebuah rumah, dia terjaga setiap sejam, manakala anggota lain berkubu di luar. “Saya sempat menghubungi isteri, Wan Zukarneti Wan Said, 28, pada pagi 3 Mac untuk memaklumkan saya sudah melaksanakan tugas dan berjanji akan menghubungi semula pada sebelah petang.

“Bagaimanapun, saya tidak memaklumkan kecederaan yang saya alami atau keadaan saya yang masih terperangkap di perkampungan air bagi mengelakkan keluarga risau,” katanya.
Menurutnya, dia juga terkejut apabila dimaklumkan keluarga di Felda Telur Timur, Kuala Ketil, Kedah sudah mengadakan bacaan surah Yasin kerana beranggapan dia meninggal dunia dalam pertempuran itu.

Hasnal berkata, pada kejadian serang hendap itu, pertempuran berlaku dalam gelap tanpa henti selama 15 minit dan selang sejam sekali, selain dia dapat melihat percikan api peluru ke arah mereka.
“Ketika menghampiri sebuah rumah yang disyaki ada pengganas pasukan saya terus ditembak dari dalam, kebanyakan anggota dan pegawai yang terkorban berada dalam barisan hadapan. Saya terkena tembakan di perut dan dua di tangan, tapi saya bernasib baik kerana sempat tunduk.

“Selepas ditembak, saya ditetak dengan parang barong sebanyak tiga kali di kepala, saya melawan dengan menepis menggunakan tangan sebelum lari ke sebuah rumah yang terletak kira-kira 15 meter dari kawasan pertempuran bersama sembilan anggota yang sempat memapah seorang rakan yang terkorban.

“Saya tidak nampak dengan jelas wajah pengganas kerana keadaan gelap, tetapi ketika dikejar mereka kelihatan masih muda dan macam orang kampung, di situ,” katanya. [BH]

BAKAR BENDERA-SIKAP BERUK



Penyokong Pas didakwa bakar, khianat bakar 27 bendera BN

Parlimen belumpun dibubarkan, tarikh pilihan raya umum pun belum diketahui, namun gelagat ganas dan provokatif para penyokong pakatan pembangkang sudah mula ditunjukkan.

Dalam kejadian di sini, 27 bendera Barisan Nasional (BN) dibakar dan tiangnya dipatahkan dalam tiga kejadian berasingan di pekan Parit Bakar pada Ahad, Selasa dan awal pagi Rabu yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong Pas.

Pada kira-kira pukul 2 petang Ahad lalu, empat bendera dibakar serta tiangnya dipatahkan. Kejadian kedua pula berlaku pada pukul 9.30 malam Selasa lalu dan ketiga pada 1.30 pagi Rabu.

Pengerusi Biro Keselamatan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) UMNO Bahagian Muar, Mahmud Md. Top berkata, bagi perbuatan khianat pertama, pihaknya hanya menemui kesan-kesan perbuatan itu dan tidak mempunyai saksi.

"Bagaimanapun pada pukul 9.30 malam Selasa, saya dan rakan nampak sendiri perbuatan itu dilakukan oleh penyokong-penyokong Pas, lingkungan lima orang. Kami juga dimaki selain selain mereka kutuk UMNO dan BN. Mereka bakar 20 bendera BN, tiangnya dipatahkan.

"Apabila keluar rumah pukul 1.30 pagi (Rabu), kami didapati penyokong Pas berkumpul lagi di situ dalam jumlah lebih ramai iaitu lebih 10 orang. Empat lagi bendera BN sudah dibakar. Kami bukan tuduh sembarangan, kami kenal penyokong Pas itu, mereka penduduk tempatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh pihak BN di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada pukul 7 malam, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli pula ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan ia sedang disiasat.

BELAJAR DARI OTAI-SAMM PEMBOHONG

PEMBOHONG!!!
PEMBOHONG!!!

Baru-baru ini kecoh dilaman facebook/Group bahawa BN atau UMNO sedang mengalami Perbalahan sesama mereka dikawasan Kuala Kurau iaitu di Parit Tok Hin,Itu yang disampaikan oleh mereka SAMM Perak Utara dan ini berita yang baik buat mereka yang menyokong Pakatan disini.Atas nama Pembela UMNO #PBR datang lihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku sama ada benar atau tidak berita yang disampaikan oleh SAMM dilaman Facebook mereka.Setibanya kami disini kami dihidangkan dengan kibaran perang bendera semua parti yang bakal bertanding disitu termasuk bendera BN yang dikhabar bendera biru itu telah diturunkan.Tiada apa-apa berlaku dan Balairaya juga BN telah dirobohkan itu dakwa mereka lagi.Ternyata khabaran itu hanya berunsur provokasi semata malah masyarakat disitu juga tidak tahu menahu tentang dakwaan dari mereka.


Kita harus meneliti apa yang kita mahu sampaikan hingga kita terbabit dengan menyokong si penipu yang bijak dalam penipuan berunsurkan politik.Kita harus menolak mereka yang mempunyai imaginasi fitnah seperti mereka ini yang hebat dalam penyebaran khabar angin tanpa bukti.Dalam pendapat lain SAMM juga semakin bijak dalam permainan menyembunyikan kebenaran menyerlahkan penipuan seperti Parti Politik yang menyokong gerakan mereka ini.Hari ini kita mampu tersenyum melihat perkara bodoh yang tidak bermoral itu menular dalam minda anak muda SAMM yang sekian lama telah dipupuk oleh Gerakan otai mereka iaitu Parti PKR PAS DAP.Seharusnya mereka lebih bijak berfikiran lebih terbuka apabila menilai sesuatu berita yang tidak mempunyai kesahihan yang pasti diatas kemajuan mereka sebagai anak muda yang celik IT.Bantu mereka ini yang sedang ketandusan punca kebenaran yang telah dibutakan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Gambar dibawah adalah sekitar Parit Tok Hin :


                                                                 Bendera dan balairaya


-Admin-

OPS DAULAT: Satu Mayat Pengganas Dibawa Keluar



Keadaan keselamatan di Negeri Sabah adalah terkawal dan selamat kecuali di kawasan-kawasan operasi, menurut Datuk Hamza Taib Pesuruhjaya Polis Sabah, semasa sidang media yang diadakan pada jam 4.30 petang tadi.

Pada jam lebih kurang 9.30 pagi tadi, pasukan keselamatan bersama Pasukan Penilaian Keselamatan (MKN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pegawai Pejabat Daerah, Ketua Kampung serta ketua keluarga telah membuat lawatan ke kawasan Tanjung Labian. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk menilai kerosakkan yang berlaku terhadap rumah penduduk kampung yang terlibat di dalam Op Daulat ini. Penduduk kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian dibenarkan balik pada hari ini.

Pada jam 11.00 pagi tadi, Pasukan Keselamatan telah membawa keluar satu mayat pengganas bertempat di Tanjung Batu di mana mayat pengganas tersebut adalah mayat yang telah ditembak dalam kejadian pada 6 Mac 2013. Mayat telah dihantar ke hospital untuk post mortem.

Statistik terkini jumlah keseluruhan tangkapan ialah seramai 453 orang dengan pecahan 126 tangkapan disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) manakala tangkapan kes-kes lain seramai 327 orang.

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 43 orang dan 03 mayat kanak-kanak serta jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 66 orang dan 03 orang mayat kanak-kanak.

Jumlah pegawai/anggota pasukan keselamatan yang tercedera seramai 11 orang dengan pecahan 8 orang PDRM dan 3 dari ATM.

Jumlah mayat yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang.

KENAPA ISLAM HARAMKAN @anwaribrahim



Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-

1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.

2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.


May Allah give him more hidayah



“I’m starting to memorize surah Al-Fatihah… maybe i will ask him(Ozil) to teach me how to take ablution.” -Chritiano Ronaldo.
“Ronaldo always wait for me till i finish with my salah at the rest room… i know that he want to listens when I read the Quran” -Mesut Ozil.
This is so inspiring :’)
May Allah give him more hidayah to embrace islam :D

Kenapa PARLIMEN lambat BUBAR



SALAH satu ‘penyakit’ yang ada dalam kalangan pakatan pembangkang dan penyokong mereka ialah terlalu mudah untuk membuat tafsiran.Pelbagai andaian mereka lakukan bagi memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.Begitu juga dalam isu pembubaran Parlimen, mereka membuat pelbagai tafsiran termasuklah hujah dangkal dengan mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.Suatu ketika dulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dalam satu pertemuan dengan anak-anak Kelantan, Najib ‘semak perut’ hendak bubar Parlimen kerana banyak masalah dalam UMNO.

Mereka sengaja melupakan tempoh tamat mandat kerajaan BN di peringkat Pusat ialah 30 April. Oleh itu Perdana Menteri tidak terikat dengan sebarang desakan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal daripada tarikh itu.Sebenarnya, penulis difahamkan yang resah gelisah kerana Parlimen belum dibubarkan ialah pembangkang.Menurut satu sumber, pakatan pembangkang sudah merancang jika BN membubarkan Parlimen dan diikuti oleh negeri-negeri di bawah penguasaan parti itu sebelum tarikh tamat tempoh memerintah, pakatan pembangkang tidak akan berbuat demikian di negeri-negeri yang mereka kuasai.
Sebaliknya jentera pilihan raya di empat negeri yang mereka kuasai iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah akan dihantar untuk membantu jentera di Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak Baca selanjutnya

Yuktes tawar bantuan kepada Saiful Bukhari!



Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf.

Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.

Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.

"Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.

"Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat)," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.

Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.

"Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam," ujarnya.

KRISIS LAHAD DATU-12 FOTO













Panas! Pendedahan Transkrip lucah PKR


Klik untuk Transkrip penuh 

KEDAH-SILA LAPOR JIKA TERNAMPAK



Jika terserempak dengan remaja menghulurkan resit seperti di bawah, sila :

1. Dapatkan alamat lokasi kejadian.

2. Minta kerjasama remaja terbabit agar berada statik di lokasi itu.

3. Hubungan talian kecemasan 999. Nyatakan kepada petugas menjawab panggilan, anda memerlukan bantuan polis peronda untuk membawa remaja di bawah umur merayau sendirian itu ke balai polis, tempat lebih selamat.

4. Sebaik polis peronda tiba, minta kerjasama mereka menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM daerah untuk pegawai bertugas membawa remaja itu ke pejabat mereka bagi tindakan lanjut. Sementara itu, mohon remaja terbabit ditempatkan di balai terlebih dahulu dan USAH benarkan 'ustaz' tanpa tauliah mereka membuat tuntutan.

5. Kakitangan PTA memperhambakan remaja terbabit boleh dikenakan tindakan jika siasatan terperinci dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

BERSAMA MEMBERHENTIKAN PERHAMBAAN KANAK-KANAK DAN REMAJA PTA.

Sila hebahkan maklumat ini.

KISAH SKANDAL-RM4.2 Billion

LIMA 2013 terus mendapat pelaboran luar jangka besarnya walaupun cubaan anwar untuk mewujudkan krisis Malaysia 1 negara yang tidak kukuh.Setakat ini perjanjian LIMA 2013 telah menarik pelaboran sebanyak RM4.2 Billion..Alhamdulilah Amin

Saturday, March 30, 2013

HARAM UNDI PAS



Tersedak juga Mursyidul Am PAS semalam apabila golongan ulama' pondok sebulat suara menjatuhkan hukum HARAM mengundi PAS pada PRU akan datang ini.

Lebih memedihkan ulu hati, mereka yang selama ini kuat mendukung perjuangan PAS, malah antara golongan penting yang mengangkat PAS ke puncak kuasa selama lebih 22 tahun di Kelantan juga, secara terang-terangan mengeluarkan fatwa WAJIB memberikan undi kepada UMNO-BN pula. Kenyataan fatwa terbaru daripada golongan pondok ini disokong sebulat suara oleh kira-kira 10,000 ahlinya di seluruh negeri tersebut.

Cuba kita gandakan tiga atau empat daripada 10,000 orang yang menyokong usul tersebut sebagai mewakili bilangan minimum ahli keluarga golongan ulama' pondok tadi. Itu tidak termasuk pengikut mereka yang berjumlah jutaan orang di serata Kelantan. Dicampur pula dengan penyokong tegar BN serta rakyat Kelantan yang sudah muak dengan kegagalan PAS mentadbir negeri tersebut, nampaknya parti tersebut sebenarnya sedang menghadapi satu krisis yang jauh lebih buruk berbanding perpecahan mereka pada tahun 70-an dulu.

Nik Aziz hari ini menuntut hujah atau dalil yang boleh digunakan di hadapan Allah SWT apabila ditanya di akhirat kelak mengapa HARAM mengundi PAS. Reaksi beliau ini seolah-olah menggambarkan bahawa hanya PAS yang diredhai Allah SWT. Apakah kelak nanti Allah SWT tidak tanya kepada penyokong PAS mengapa mereka tidak beri undi kepada UMNO yang ternyata lebih banyak menjaga kebajikan orang Islam selama ini? Apakah pula yang boleh dijawab oleh umat Islam di Palestin yang kehidupan hariannya berjihad menentang kekejaman Zionis, tetapi mati dalam keadaan tidak mengundi PAS sebagai parti pilihan mereka?

Inilah persoalan yang seharusnya kita lontarkan kepada semua penyokong PAS yang jumud dan taksub. Jadi kini mereka tahulah bagaimana perasaannya apabila parti yang mereka dukungi selama ini diharamkan oleh orang lain. Lebih perit, bukan UMNO yang haramkan, tetapi golongan alim ulama' itu sendiri. Sekarang mereka hendak kata apa? Golongan ulama' ini semua sesat? Golongan ulama' ini semua sudah makan rasuah daripada UMNO?

Selain haram, apakah kita beroleh pahala jika mengundi PAS pada PRU akan datang ini? Adakah Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada kita jika kita menyokong perjuangan parti yang sangat assobiyah sifatnya, sehinggakan mereka boleh mempertahankan perbuatan zina pemimpin kafir yang bersekongkol dengan mereka? Apakah kita semua akan mendapat keredhaan Allah SWT sekiranya kita memilih parti yang menggadaikan nama Allah SWT itu sendiri kepada orang kafir demi mendapatkan satu undi dan kuasa?

Tentu ramai penyokong tegar mereka yang hilang sabar dengan kenyataan kami ini. Tetapi kami ingin bertanya lagi, andainya skandal video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T itu adalah DS Najib bersama Altantuya, dan bukannya Anwar bersama pelacur cina, adakah para pemimpin PAS beserta penyokong mereka akan menutup perkara ini kerana tidak mahu membuka aib sesama muslim dan mengganggap bukti tersebut sebgai "besi"?!! Kami juga hendak tanya andainya bukti dan foto skandal seks sesama jenis itu melibatkan pemimpin BN, apakah mereka akan menolaknya kerana tidak mahu terlibat dengan politik lucah?

Sudah tentu mereka akan kata, "Sudah menjadi tanggungjawab kita mendedahkan kelemahan pihak lawan, kerana mereka ini bertanding untuk menjadi pemimpin"

Betul tidak? Kerana inilah yang berlaku kepada calon BN pada kebanyakan pilihanraya yang lalu, malah sesetengahnya direka cipta sebegitu rupa dan disebarkan di saat-saat akhir malam pengundian bagi mengelakkan BN sempat menjawab. Ketika itu tidak timbul pula isu fitnah ya?

Itulah antara rungkaian sedikit sebanyak 'jasa-jasa' PAS terhadap lawan mereka yang seagama dan seakidah dengan mereka. Apa yang lebih menarik, perbuatan itu semua tidak pernah mereka lakukan terhadap musuh Islam no 1 iaitu DAP, walaupun satu masa dahulu PAS pernah menentang mereka. PAS ini lebih hero menjatuhkan dan memecah belahkan sesama Islam berbanding melawan musuh bagi mempertahankan dan menegakkan Islam itu sendiri!

Siapa yang ingat tentang KOHILAL? Satu koperasi yang ditubuhkan PAS bagi mengaut deposit wang daripada ahlinya sendiri atas premis kononya untuk menjalankan kegiatan perniagaan dan mendapatkan keuntungan. Namun apa sudah jadi? Ke mana hilang lesapnya semua wang dilaburkan oleh ahli-ahli mereka? Kalau koperasi parti sendiri pun tidak mampu diurus, maka tidak hairanlah jika kita melihat kemunduran dan kegawatan yang dihadapi oleh Kedah dan Kelantan ketika ini. Itupun masih ada hati mahu memerintah Malaysia.

Apa juga sudah jadi dengan wang-wang derma ceramah yang diadakan setiap malam di seluruh negara yang dikutip daripada orang-orang kampung dan rakyat yang susah? Apakah pernah diaudit dan diumumkan jumlah kutipannya? Begitulah juga halnya dengan wang tabung Memali dan Lebuhraya Rakyat Kelantan. Ke mana perginya semua wang tersebut? Ada saksi yang mendedahkan kisah seorang pemimpin kanan PAS yang bercuti dan berbelanja sakan bersama seorang janda selebriti (yang aktif dalam parti tersebut) di London baru-baru ini. Lebih menarik, menurut saksi tersebut mereka terpaksa menyewa sebuah jet peribadi ketika pulang untuk membawa semua 'hadiah' yang dibelikan untuk janda selebriti tersebut. Apakah itu semua mampu dilakukan kerana hasil derma ceramah mereka setiap hari? Wallahu'alam.

Jadi tanyalah diri kita sendiri. Apakah PAS ini berbaloi untuk mendapat undi orang Islam? Apakah tidak wujud kebenaran di sebalik fatwa ulama' pondok Kelantan itu?

Siapa yang ingat bila kali terakhir golongan ulama' pondok ini bangkit dan bergiat aktif dalam politik? Bukankah ketika zaman Tok Kenali dan Tok Janggut dahulu bagi menentang kekejaman dan penindasan British. Apakah ini semua tidak cukup lagi menjadi tanda buat kita semua yang perubahan dan nasib bangsa dan agama kita sendiri terletak di tangan kita semua pada PRU ini nanti?

Pas dakwa mereka berjaya dakwahkan DAP semenjak mereka bekerjasama lima tahun dulu. Namun, boleh tidak sesiapa beri jawapan, mengapa DAP tidak memberikan mereka ruang langsung walau untuk mendapat satu jawatan EXCO pun di Pulau Pinang?!!

MYMASSA

DULU SALAH KIRA SEKARANG SALAH TAIP



DAP  adalah parti yang tidak berkebolehan.  Noktah.

Tajuk dan kenyataan di atas adalah lengkap dan padat.  Tetapi, dengan hanya menulis sedemikian, mungkin puak-puak DAP tidak akan dapat memahami maksudnya.

Maksud yang perlu difahami di sini ialah, seseorang itu semestinya bersikap rasis tegar, tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong sebuah parti yang tidak mampu mengira undi  yang tidak sampai 2000 pun, dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu.  Dan sekiranya parti itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit?   Jika mereka tidak tahu mengira, bagaimana kita boleh memberi mandat untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara?

Oleh kerana DAP tidak berkebolehan, maka kos untuk pembinaan terowong mega yang diumumkan pada jumlah RM4.08 billion pada tahun 2011, kini menunjukkan jumlah RM6.3 billion pula.  Nampaknya, segala cakap-cakap besar Lim Guan Eng tentang amalan tender terbuka yang mampu menurunkan kos dari jumlah asal RM8 billion, adalah tidak bermakna sama sekali.

Mengimbas pemilihan CEC, DAP memberi alasan bahawa komputer telah mengsabotaj mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang.  Dan dalam mega projek ini, komputer dikatakan bermain silap mata pula dengan DAP sehingga menyebabkan pertambahan RM2.25 billion dari kos asal.

Jika ini bukan masalah tidak cekap matematik, maka ia tentulah masalah tidak cekap komputer.

Ini kerana DAP tidak seharusnya ‘tersalah taip’ kerana mereka sepatutnya tidak perlu pun menaip jumlah tersebut.  Jumlah itu akan dikira secara automatik oleh computer.  Jika mereka enggan menunjukkan keseluruhan jalan pengiraan di dalam ‘worksheet’ computer itu, maka ‘manusia’ hanya perlu memetik jumlah yang telah dikira secara automatik tersebut dan mengisikannya di dalam kertaskerja, kenyataan atau pembentangan yang perlu.  Itu saja.

Susah sangatkah untuk memetik dan menyalin semula jumlah tersebut?

Jika benar ia merupakan masalah tersalah taip, maka mungkinkah nama-nama seperti ‘Annie and Party’, ‘Pinny’, ‘Davy’, ‘Jimmy’ dan ‘Terry’ yang muncul dalam kertaskerja mengenai projek tersebut yang telah didedahkan sebelum ini juga sebenarnya tersalah-taip?

Selama ini DAP sering menuduh UMNO sebagai ketinggalan, Melayu lembab, bodoh dan malas tetapi akhirnya terbukti DAP lebih teruk lagi, malah bengap.  Namun, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mendengar alasan yang memualkan dari mereka iaitu segala kesilapan adalah berpunca dari UMNO.

Untuk rekod, Melayu UMNO yang dikatakan lembab, bodoh, malas dan rasis oleh DAP inilah yang menerajui negara tanpa melakukan kesilapan bodoh sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu.  Mungkin Guan Eng tidak menyedari bahawa UMNO yang sama juga yang membawa Malaysia ke tahap hari ini di mana kaum Cina dan lain-lain, bebas merebut peluang sehingga menjadi taukeh besar.

Guan Eng tidak pula merasa malu atas  kesilapan ini, tetapi sebaliknya memanggil mereka yang menunjukkan kesilapannya sebagai tidak professional.  Oleh itu, penulis tertanya-tanya apakah DAP juga mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa.

Semakin jelas bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang yang bijak.  Beliau wajar mengambil kursus komputer, mengulang pelajaran matematik atau akaun, serta memantapkan penguasaan bahasa sebelum bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Guan Eng seharusnya tahu bahawa kesilapan membentangkan kos untuk sebuah projek mega yang mampu memberi kesan kepada pembayar cukai adalah tidak boleh diterima sama sekali.  Perlu diingatkan bahawa Guan Eng bukannya mengurus sebuah kedai runcit kecil, tetapi sebuah negeri.  Beliau bukan bercakap tentang belanjawan rumahtangga – duit poket anaknya atau wang dapur isterinya.  Tetapi beliau bercakap tentang terowong mega yang kontroversi yang bernilai berbilion ringgit, kalaupun bukan berkenaan undi untuk memilih jawatankuasa yang akan membantunya menguruskan negeri.

Ini hanyalah beberapa kesilapan yang dapat kita dedahkan.  Apakah agaknya yang akan kita jumpa jika meneliti secara terperinci angka-angka dalam pentadbiran Pulau Pinang.  Dan apalah agaknya yang ‘tersalah taip’ atau ‘masalah komputer’ yang kita akan temui jika melakukan yang sama terhadap keseluruhan pentadbiran DAP

Sumber

Sabah-500,000 sedia dibelakang Najib



PRU13 akan diadakan bila-bila masa sahaja. Di Sabah terdapat beberapa Persatuan suku kaum yang memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan komuniti mereka. Antaranya Persatuan Suluk Sabah Bersatu (PSSB), United Sabah Bajau Organitation (USBO), Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT), saya juga ada berjumpa dengan Persatuan Keluarga Timor Sabah, selainnya ada Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) yang kini lebih dikenali sebagai Persatuan Komuniti Bugis Sabah. Sebenarnya banyak lagi persatuan berdasarkan suku kaum di Sabah yang tidak saya sebutkan di sini.

Baru-baru ini pula tertubuh Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) yang kebanyakan penggeraknya ialah orang-orang Bugis Sabah yang sudah lama menetap di Selangor. PMBS ini mendapat sokongan kerabat DiRaja Selangor dan pihak keluarga DiRaja di Istana Negeri Selangor, juga mendapat sokongan individu seperti YB Senator Saudara Mohd. Ezam Noor dan lain-lain.Artikel Penuh

MOHON KESAN INDIVIDU INI


Bangsa Melayu sangat berhati baik mereka tidak meminta apa-apa untuk mereka yang bukan melayu untuk berkongsi budaya adat dan sebagainya.Pada zaman ini kita lihat mereka ini sudah mula pijak kepala bukan isu perkauman bukan kita mahu bermegah bahawa tanah malaysia ini kita punya dan bukan tanah melayu ini dijadikan modal untuk kita banggakan tetapi mereka sedar bahawa orang melayu juga menghormati mereka sebagai rakyat malaysia tetapi gambar diatas betapa biadap seorang cina yang menunjukkan isyarat lucah kepada pemimpin melayu kita.Sekiranya Anda berjumpa atau mempunyai matlumat tentang individu diatas mohon emailkan kepada kami di paritbuntarrebels@gmail.com

terima kasih.

ANWAR CONFIRM BERSUMPAH



Di saat seluruh negara sedang memfokuskan tumpuan kepada isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tak semena-mena PKR cuba mencuri tumpuan umum dengan mengadakan sidang akbar secara tertutup bagi pihak ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim.

Habis sidang akhbar secara tertutup, sehari dua kemudiannya bapa Saiful itu mengumumkan penyertaannya dalam PKR. Hebat sandiwara yang dimainkan, seolah-olah mahu mengabui mata umum bahawa baru kini Azlan terdetik untuk berjuang bersama PKR.

Walhal bukan satu rahsia pun, sedari dulu lagi Azlan merupakan penyokong tegar PKR dan hanya munculkan diri setelah heboh kes liwat II diperkatakan dan sepanjang hampir 5 tahun itu Azlan dilihat cukup bersungguh-sungguh membela nasib anak lelakinya.

Malah dialah yang paling sedih dan marah bila mana Mahkamah terpaksa membebaskan Anwar Ibrahim kerana bukti tidak cukup kuat untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan perlakuan meliwat anaknya, Saiful.

Waima sebelumnya, semasa Saiful mengambil keputusan untuk bersumpah mubahalah (sumpah laknat), si ayah yang sama ini jugalah tanpa sebarang bantahan atau teguran telah bersetuju menemani anaknya untuk melakukan sumpah laknat menyerahkan kesaksian dan pengaduan kepada Allah S.W.T.

Jika dibaca kenyataan media oleh Azlan yang mendakwa dirinya sejak awal lagi langsung tidak pernah mempercayai dakwaan Anwar telah meliwat anaknya, timbul persoalan penting kenapa sebagai seorang bapa, Azlan tidak mengambil inisiatif mencegah Saiful dari bersumpah secara Islam?

Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir, dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam.

“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH S.W.T sehingga ke kiamat”.

Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main, jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.

Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main, jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.

Ibn Hajar Al Salam as Qalani, seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan,
“Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan.”

Manakala seorang ulama dari India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa, ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah s.w.t akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun.

Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang, sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan Alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya, ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul.
Tinggal lagi sekarang, sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah s.w.t. Peliknya, akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah.


Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah, pastikan kalimah “Wallahi, Wabillahi, Wataallahi” disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain, kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.

Sumber

PENGGODAM BONGKAR-52 SKANDAL KERAJAN BN