Nuffnang

Saturday, February 23, 2013

BAGAN SERAI-Macai Buang bendera


Ini Video yang agak panas di bagan serai yang bertajuk ''macai umno buang bendera''.Mereka menjadikan modal besar dalam perang kata dalam facebook,twitter dan sebagainya.tetapi hari ini mujurlah ada hamba ALLAH ini ada mahu berkongsi demi pencerahan sebenar.Masih ada yang mahu kebenaran itu menang jua walau berada didalam parti pembangkang.


Diceritannya lagi hanya 1 bendera dibuang tetapi dipaksanya memasang banyak bendera kerana takut diugut akan dipukul.Mangsa dikatakan seorang yang lurus bendul dan tidak cukup katanya lagi.Apabila diteliti video itu memang agak tepat apa yg diperkatakan oleh kawan dari kawan #Pbr.Terima kasih kerana kerjasama rakan #Pbr.



Tolong Prihatin ADUN K.Kurau


Dalam kehangatan menjelang PRU13 ini adun kuala kurau iaitu Yunus jamhari yang mewakili Pkr sedang sibuk membuat tomahan yang menyelar pemimpin umno tidak melakukan apa-apa jasa dikawasan ini (kuala kurau) Beliau semestinya sudah pandai menarik simpati masyarakat disini seperti yang dilakukan oleh anwar ibrahim.Strategi memburukkan parti lawan walaupun beliau tersangat berhutang budi kepada mereka sebelum ini.Asal pkr boleh menang beliau menghalalkan cara tidak dikisah lagi walau pekung didadanya akan dibuka dengan sendirinya nanti.#Pbr mengucapkan tahniah kepada pkr sekiranya beliau tercalon di kuala kurau ini lagi kerana boleh menarik minat yang mendalam untuk lebih ANDA mengenali siapa Yunus Jamhari ini.Jasa beliau hanya menumpang hasil kerja orang lain lalu mengangkat namanya sebagai pembela.Sebelum PRU13 ini #Pbr ingin melihat jasa YB yunus dengan membaiki tandas yang dibawah pejabat beliau.Jika selesai ini JASA paling besar yang YB yunus pernah lakukan.Tahniah!!.






             YB tolong tengok sat...tandas jer pun (Jamban tidak di muat kan kerana terlalu kotor)


''Saya suka tolong orang''


Ini perjalanan Cikgu Salleh selepas tamatnya Majlis Sambutan Maulidul Rasul di kuala kurau malam tadi.


Masih sempat menziarahi masyarakat disini yang dikatakan diserang penyakit stroke.Beliau (Cikgu salleh) telah mengatur supaya cara rawatan alternatif di perlis selain di hospital.






Sempat bertemu dengan masyarakat atas permintan seorang penduduk yang ingin meminta bantuan membaiki rumah walaupun jam sudah pun menunjukkan pukul 2.30pagi.Semasa beliau sedang sibuk melayan karenah masyarakat disini satu soalan diajukan kepada beliau ''Cikgu tak penat ka?'' Jawapan diberi sangat ringkas iaitu ''Saya suka tolong orang''.Ini jawapan yang tepat dan bersesuaian dengan sikap beliau yang sangat bernafsu dalam membuat sesuatu kerja yang melibatkan masyarakat.Beliau wajar menjadi pemimpin yang sangat boleh diharapkan oleh kita.





Maulidur Rasul di kuala kurau


                                             Majlis sambutan Maulidur Rasul di kuala kurau

 Satu ceramah diadakan pada malam tadi di pekan kuala kurau,Ceramah yang menarik yang isinya berkenaan JIHAD dalam keadaan yang diterima dan tidak diterima oleh ALLAH SWT..Jelas sudah masyarakat disini berkaitan Jihad bukan untuk di politikkan oleh sesetengah pihak.Turut hadir Pemangku Umno bahagian iaitu Hj Mohd Salleh Md Desa bagi menyerikan lagi majlis.


Anggaran yang hadir seramai 500 orang bagi menyertai majlis Maulidul Rasul disini.Majlis disudahi dengan sumbangan atau penghargan  kepada 10 imam surau dikawasan kuala kurau.



Friday, February 22, 2013

BAGAN SERAI -Masjid Tinggi

Akhir-akhir ini kami ada mendengar keluhan dari ahli PAS sendiri tentang Bajet untuk membeli bendera di kawasan Masjid Tinggi Bagan Serai.Mereka ada mencemuh seorang individu kerana menyeleweng dan sebagainya.Kecewa itu bunyi mereka terhadap kepimpinan Pas disini.Semoga anak-anak muda ini diberi tonik dengan segera supaya tiada lagi drama ahli pas masuk umno.Ini harus dipandang serius oleh pemimpin Pas dan harap faham dengan segera mereka ini sedang berjihad walaupun dapat bayaran sebanyak RM50 sehari.Terima Kasih kerana menipu sesetengah anak muda PAS yang tidak diberikan bayaran.


BR1M-Bukan salah Nik Aziz

 KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.


Dulu perokok sekarang penerima bantuan BR1M yang kena.Perokok disamakan seperti haiwan penerima BR1M pula lembu.Memang  benar tentang perokok bagi mereka (ahli pas) yang tidak merokok seperti dia tetapi yang perokok memang rela disamakan haiwan.Tetapi beliau sama sekali tidak sepatutnya mengeluarkan perumpamaan bagi penerima BR1M baru-baru ini seperti binatang juga.


Pening dibuatnya dengan kenyataan nik aziz ni.Semenjak pemberian BR1M ini dilancarkan ia memberi modal besar kepada parti pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka seperti rasuah dan sebagainya.Ada pula yang mengakui kekuatan mereka memBANGKANG sehinggakan BR1M terjadi hingga hampir kesemua ceramah diakhir-akhir ini mereka juga berpesan ''mereka bagi kita ambil lawan tetap lawan''.Tetapi yang memburukkan keadaan lagi apabila Nik Aziz menyamakan masyarakat yang menerima BR1M tidak ubah seperti AYAM dan LEMBU.Ahli Pas juga mengakui kita tidak boleh menyalahkan beliau kerana faktor umurnya dan #Pbr bersetujui dengan alasan itu hingga terlupa meletak jawatan sebagai mana yang dicabar oleh Nik Aziz kepada Tun Mahathir mohammad dulu.


P/s: Untuk menyedapkan hati mereka yang datang dari ahli Pas yang menerima BR1M #Pbr menyarankan supaya YB Pas disekitar masing-masing supaya menyedapkan hati bakal pengundi Pas menjelaskan bahawa Nik Aziz berkata bahawa yang layak merima bantuan ini rata-rata lahir pada tahun AYAM dan LEMBU

                                                                      
                                                                    Ini Mungkin..

Thursday, February 21, 2013

Bye bye PAS






Semalam Ketua pemangku umno bahagian Parit Buntar dijemput ke pdm caw Parit Abas Tengah secara tiba-tiba walaupun jam sudah 11.30 malam.Kata mereka ada kejutan itu alasan mereka supaya Cikgu cop atau cikgu salleh hadir ke situ walau sudah lewat.

Bila ditanya kepada rakan #Pbr kejutan apa? Kejutan ahli pas nak sertai BN disini.Seramai 3 keluarga datang dan sangat berhajat berjumpa dengan Cikgu cop sendiri.Setibanya Cikgu cop ke sini beliau disambut seramai 70orang yang menanti kehadiran beliau disini.Beliau agak terkejut kerana cawangan ini selalunya tidak ramai jika diadakan mesyuarat atau pertemuan di caw ini adalah dalam 5-6 orang tetapi ini lain jadinya.

Dalam borak panjang bekas ahli pas yang mahu menyokong kepimpinan BN untuk PRU13 ini mereka menyatakan ''lilahitaala cikgu kami sudah mula sedar dan malu dengan Cikgu'' ''Saya bersumpah saya akan suruh keluarga saya sokong cikgu pada PRU13 ini'' kata mereka lagi.Bila ditanya kenapa mereka juga tinggalkan PAS? Imam masjid itu hanya berkata ''PAS sudah tak releven lagi bukan pejuang islam mereka hanya parti yang menjual islam''.Ayat yang paling tepat digunakan oleh tok imam ini ialah ''Kita tolak Parti Islam bukan bermakna kita menolak Islam'' sesungguhnya orang yg masih berada dalam Pas kerana taksub kepada pemimpin dan sering diugut menggunakan hadis dan surah yang diputar belit kepada mereka''


BYE BYE PAS...........




Dap Bantah Kalimah ALLAH non muslim.


Apa pula Ngah ni merepek.Hari tu lain hari ni lain.Bukankah Ngah ni setuju dengan kenyataan Hadi awang dan Anwar Ibrahim?Isu penggunaan ALLAH untuk diguna pakai oleh bukan muslim ini semakin hangat walaupun Hadi awang menyalahkan UMNO tentang isu ini tetapi hanya bermatlamatkan menarik undi beliau lupa bahawa siapa yg mempertahankan kalimah ALLAH ini bermati-matian.Moga Dato Dr Haron din diberi kekuatan menghadapi karenah PAS yang kini sudah makin pelik.



                                                                  IKLAN SEMATA




Wednesday, February 20, 2013

Tun Mahathir turun Bagan Serai 3.3.2013



Sempena kehadiran Tun M di Bagan Serai nanti #Pbr ingin ulang apa yang sering dibanggakan rakyat terhadap pengorbanan beliau terhadap Bangsa,Agama dan Tanah air

"Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak heboh satu dunia.

Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi beliau enggan.... Beliau kata "tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja"

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal tentang beliau sudah pasti sebak dan dan ramai yang akan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya..

p/s: Jasamu akan tetap dikenang sampai bila-bila oleh penduduk dunia Islam dan Malaysia.

Masih berlaku hanya beza Fahaman.

                                                                   Gambar hiasan

Di semanggol baru-baru ini #Pbr dihubungi bahawa ada satu insiden berlaku diantara 2 fahaman politik yang berasingan dianatara penyokong parti PAS dan UMNO.kisahnya seorang imam yang tidak mahu menguruskan jenazah seorang ahli UMNO dikawasan itu.Ceritanya begini ''Sebaik imam itu dapat tahu si jenazah itu orang UMNO lalu membatalkan niat mengimam sembahyang jenazah lalu terpaksa mencari imam ganti.Masihkah ini berkaitan dengan Amanat hadi? Perkara ini akan dirungkai dalam masa terdekat.insyallah.

Anwar bijak bijak


                           "Anwar paling bijak Nik aziz dan Hadi awang tahu apa mereka ikut saja."

Saturday, February 16, 2013

Benarkah Haron din keluar PAS?


Hangat diperkatakan oleh beberapa rakan saya berkata bahawa Tuan Guru Dr.Haron Din telah keluar dari parti PAS.Apakah benar sembang-sembang panas ini sesuatu yang sahih?Jika Benar sama sekali apakah sebabnya?Mungkin pertemuan rahsia diantara beliau dan anwar ibrahim berakhir dengan kata yang tidak sepakat tentang isu kalimah ALLAH?.Atau kata yang sepakat dikhianati oleh anwar ibrahim pada pada pertemuan itu ''janji lain buat lain''?Seperti di sabah baru-baru ini Anwar ibrahim telah menyatakan pendirian beliau tentang penggunaan kalimah ALLAH didalam bible bahasa melayu adalah relevan dan patut dikongsi oleh bukan islam.Ternyata Ini bukan pendirian Tuan Guru Haron Din.Apakah mungkin disebabkan ini keputusan keluar parti telah dibuat seperti yang pernah di ''ingat'' kan kepada parti PAS tentang isu penggunaan kalimah ALLAH.Pernah Dr Haron din menyuarakankan bahawa PAS harus keluar dari pakatan.Jika BENAR Tuan Guru Haron Din keluar parti PAS beliau telah mengotakan janji.Kita tunggu apakah benar sekali kisah ini benar.Jika ternyata maka parti PAS telah mengalami sesuatu masalah besar bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini.



Friday, February 15, 2013

Pakar tuding menuding

Kebelakangan ini semakin hampir menjelang PRU13 kita lihat drama salah menyalah sesama parti atau parti lawan amat ketara bagi menegak kebenaran atau pertahankan pemimpin masing masing.Apa yang paling menarik tiada apa pun yang terlepas dari politik.

Ada yang logik ada yang tidak diterima akal,Seperti kes kes yang berlaku baru ini seperti kematian adik william yang disyaki dibunuh,Pecah rumah,Samseng ,bunuh diri dan sebagainya masing masing mempertikai definasi aman dalam malaysia.Dalam malapetaka ini Najib dipersalahkan walau kejadian itu bukan dalam kawalan beliau.Apa yg menjadi persoalan dimana minda masyarakat kini telah terasuk oleh anasir pemberontakkan atau masyarakat kita kini telah berjaya dipupuk mindanya menjadi penuding jari yang hebat? Asal barang jadi politik inilah hasil jangan pelik apabila generasi akan datang sukar untuk mereka menyelesaikan sesuatu masalah.

Thursday, February 14, 2013

says NO???

Orang singapura juga dapat kad pengenalan

Apakah benar Gambar ini berbicara? Isu ini agak hangat didalam 'facebook' ketika ini, Dimana kesahihannya kita perlu tahu.Sekadar tahu bagi memenuhi hak kita sebagai rakyat.

14 FEB ''hari ini dalam sejarah''


Hari ini adalah tarikh Syahidnya Leftenan Adnan dalam mempertahankan negara kita. Genaplah 71 tahun negara kita kehilangan seorang wira. Al-fatihah untuk Leftenan Adnan.
 Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk granet dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.di dalam keadaan kacau bilau pertempuran, tubuh Korporal Yaakob(satu-satunya yang selamat) jatuh di atas timbunan mayat rakan-rakan seperjuangannya yang telah mati ditembak tentera Jepun. Beberapa detik sebelum itu dia dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Leftenan Adnan dari Rejimen Askar Melayu berserta beberapa orang anak-anak buahnya yang lain akhirnya berjaya ditawan Jepun. Leftenan Adnan berusia 27 tahun ketika kejadian ini berlaku...Sejak pagi semalam lagi tentera Jepun telah menumpukan serangan bedilan bom, mortar berat dan bedilan meriam ke kawasan Pasir Panjang kerana mereka tahu, inilah kawasan terakhir yang perlu mereka tawan sebelum Singapura jatuh ke tangan mereka. Pihak British mempertahankan kawasan secara habis-habisan kerana kawasan tanah tinggi ini menghadap ke arah utara Singapura serta merupakan jalan ke arah Alexandra di mana letaknya depot senjata serta hospital tentera, serta kepentingan lain milik British.


Divisyen Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun di bawah pemerintahan Leftenan Jeneral Renya Mutaguchi telah diperintahkan untuk menghadapi 'C' Coy. 'C' Coy merupakan sebuah pasukan yang membentuk Batalion Pertama dan Kedua Kedua Rejimen Askar Melayu Rejimen British 2nd Loyals dan Briged 44th Indian. 'C' Coy berserta Leftenan Adnan Saidi telah ditempatkan untuk mempertahankan Perkampungan Pasir Panjang. Mereka telah memberi tentangan yang hebat kepada Tentera Jepun sehingga tentera Jepun dari Divisyen Chrysanthemum yang terkenal kerana kehebatan serta kehandalan mereka berperang terpaksa berundur.

Pada tengah malam semalam, Leftenan Adnan telah diperintahkan oleh Kepten H.R. Rix untuk berpindah ke sebuah tapak pertahanan baru. Mereka telah bertahan di sebuah kilang memproses candu kepunyaan pemerintah British di kaki sebuah bukit di Pasir Panjang.

Seramai 42 orang anggota Batalion pertama dan Kedua Rejimen Askar Melayu bertahan di situ tanpa air, makanan serta bekalan senjata tambahan. Di dalam keadaan terdesak, Leftenan Adnan telah memerintah anak buahnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Dia tahu, jumlah tentera Jepun yang akan datang menyerang terlalu banyak jumlahnya dibandingkan dengan jumlah tentera di bawah pimpinannya.

Pada tengah hari 14 Februari, pihak tentera Jepun akhirnya menyerang Rejimen Askar Melayu yang sedang bertahan di Bukit Chandu. Sekumpulan anggota tentera Jepun yang menyamar sebagai anggota tentera Punjabi datang mendekati mereka. Sebelum sempat mereka dapat mendekati kawasan yang dipertahankan oleh 'C' Coy, Leftenan Adnan yang telah ditugaskan untuk mempertahankan bahagian utara kawasan tanah tinggi ini sudah dapat menghidu helah yang telah dilakukan oleh tentera Jepun. Tentera Punjabi itu dilihatnya sedang mara bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga. Leftenan Adnan yakin, apa yang dilihatnya itu adalah satu helah yang dilakukan oleh tentera Jepun, kerana pasukan tentera di bawah pimpinan British tidak mungkin akan melakukan kesilapan yang besar seperti yang dilihatnya pada ketika itu. Terus dia mengarahkan agar tembakan dilepaskan bertubi-tubi ke arah tentera Jepun yang sedang menyamar ini.

Seramai 20 anggota tentera Jepun telah mati serta cedera di dalam serangan ini. Perkara ini telah membuatkan tentera Jepun mengamuk, lantas membalas dengan serangan tembakan bertubi-tubi ke atas Rejimen Askar Melayu.

Rejimen Askar Melayu telah berjuang dengan berani sehingga titisan darah yang terakhir walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan tentera Jepun dengan menggunakan jumlah peluru yang terhad. Maka begitulah hendaknya semangat "Ta'at dan Setia" yang begitu kental di dalam jiwa mereka.

Tubuh Korporal Yaakob kaku tatkala dia berpura-pura mati di atas tubuh seorang rakannya yang telah mati ditembak pada bahagian lehernya. Korporal Yaakob dapat mencium bau hanyir darah yang masih mengalir hangat dari bahagian leher kawannya itu. Begitu meloyakan sehinggakan dia merasa seperti mahu muntah di situ juga. Sebelum Korporal Yaakob rebah di dalam kekalutan pertempuran tadi, dia dapat melihat Kapten Rix terbunuh bersama 12 orang tentera Melayu yang lain yang telah berjuang bermati-matian dengannya.

Kini, dari posisinya Korporal Yaakob dapat melihat keadaan Leftenan Adnan yang cedera parah diheret dan disepak terajang oleh tentera Jepun yang sedang marah menggila pada ketika itu. Mereka betul-betul ingin membalas dendam ke atas kematian rakan-rakan mereka yang telah mati ditembak oleh Leftenan Adnan serta anak-anak buahnya yang lain. Enam orang anggota tentera Melayu yang berjaya ditawan terus diikat, lantas ditikam dengan bayonet oleh tentera Jepun sehingga mati. Suara anggota tentera Melayu yang telah mengerang kesakitan di dalam saat-saat akhir hidup mereka terus berdengung di dalam kepala Korporal Yaakob. Dia tidak dapat melakukan apa-apa kecuali terus berpura-pura mati.


Tubuh Leftenan Adnan yang lemah itu kemudian diserkup dengan guni. Kakinya di gantung ke sebuah pokok ceri berdekatan dengan sebuah rumah banglo di Pepys Road. Kemudian, tanpa sebarang pertimbangan, tentera Jepun telah menikam tubuh Leftenan Adnan berkali-kali sehinggalah tubuhnya berhenti bergerak. Kaku. Titisan darah yang pekat mula membasahi kain guni yang menutupi tubuh Leftenan Adnan. Seorang pegawai tentera Jepun mengeluarkan balutan kain guni pada tubuh Leftenan Adnan. Dia mengambil pisaunya lalu leher Leftenan Adnan dikelar. Darahnya menitik dengan deras ke tanah.Pegawai tersebut lalu memerintahkan anak-anak buahnya supaya memberi amaran kepada penduduk-penduduk tempatan supaya jangan menyentuh mayat Leftenan Adnan juga mayat-mayat askar Melayu yang lain untuk dikebumikan. Jika tidak padah jadinya nanti!

Peristiwa Pertempuran di Bukit Chandu merupakan pertempuran terakhir sebelum Singapura akhirnya jatuh ke tangan Jepun. Pada 15 Februari 1942, Leftenan-Jeneral A.E Percival dari Pakatan Tentera British akhirnya menyerah kalah kepada Leftenan-Jeneral Yamashita Tomoyuki dari Tentera Imperial Jepun di bangunan Kilang Ford di Bukit Timah. Penyerahan Singapura kepada Jepun ini menandakan tamatlah ikatan Malaya dan khususnya Singapura kepada Kerajaan Britih yang telah memerintahnya selama lebih seabad lamanya sebelum ini.


Pada hari yang sama, bendera Union Jack diturunkan lantas bendera Matahari Terbit atau Hinomoru dikibarkan di sebatang tiang bendera berdekatan dengan bangunan Cathay, bangunan yang tertinggi di Singapura pada waktu itu.


Ketika Jepun mengambil alih Singapura, tahun 1942 telah ditukar menjadi tahun 2602 mengikut kalendar yang digunakan oleh Jepun. Jam-jam pula diubah agar mengikut masa yang sama di Tokyo.

Sejak dari hari itu, Singapura dinamakan mereka 'Shonan-to', Malaya pula 'Malai' atau 'Maraiee' dan Pulau Pinang pula 'Tojoto'. Maka kini bermulalah penjajahan Jepun ke atas bumi Malaya dan Singapura!

*Keberanian sera kepahlawanan Leftenan diakui sendiri oleh Empayar British dan juga Empayar Jepun, sehinggakan General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya menyatakan “jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun”

Harus diingat dan terus diingati Lim kit Siang



Pada 11 Mei penyokong DAP berteriak:

“Apa polis boleh buat, kita raja. Buang sama polis Melayu.”

Di Jalan Bukit Bintang pada hari yang sama, DAP melaung:

“Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan.”

Di Jalan Changkat Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa:

“KL sekarang Cina punya.”

Sehari kemudian pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit:
“Melayu balik kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah ‘control’.”
Malah sejarah mencatat kenyataan angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di hadapan orang Melayu ini dengan berkata:

“Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa.”
Keesokan harinya pada 12 Mei di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus melaungkan:

“…semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
“Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Hari yang sama mereka juga mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel:
“Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”

Di Jalan Bukit Bintang, DAP pula berkata;
“Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”
Hakikatnya, DAP tidak akan bertukar menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hak-hak orang bangsa Melayu dan pribumi kerana sikap rasis dan perkauman tebal sudah menjadi darah dagingnya.

Tahniah leong pei koe


Tahniah Leong Pei Keong yang sudah mendapat hukuman sewajarnya.Tidak tepat sangkaan #Pbr semalam yang menganggap undang-undang negara kita kurang tegas.Beliau dikenakan denda sebanyak Rm8000 dan 30hari penjara.Ini yang harus dibuat bagi menjaga kedaulatan raja-raja kita.sekali lagi.Tiada kekebalan yang boleh menghina Raja-raja melayu.Tahniah Leong Pei koe



Wednesday, February 13, 2013

Ustaz Azhar Othman

Satu langkah yang kurang cerdik,usaha ini hanya akan dapat dicemuh dan ejekan ''ustaz umno'' #InisemuaPOYO.Tauke kelab malam ingin banteras kelab malam itu perumpamaan yang tepat diberikan kepada usaha Ustaz Azhar Othman ini.

''Tidak apa biarkan leong Pei Koe''

12 Februari 2013 
 

GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.

"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.

"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hatta berkata, suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.

bernama.

''Tidak apa biarkan leong Pei Koe'' ini mungkin kata-kata pemimpin BN esok atau lupa,Minta maaf secara terbuka pun sudah memadai tak perlu hukuman,buat salah minta maaf ini pasti terjadi dan anda harus percaya.Tiada jalan terbaik selain memaafkan itu lah situasi yang sudah pasti benar #Pbr ramalkan.Jika perkara ini berlaku di China menunjukkan isyarat lucah kepada pemimpin mereka apakah yang akan berlaku? Hanya 2 pilihan ''meniarap akan ku tindah,Bangun akan aku tembak''.Untung sebenarnya cina ini jadi rakyat Malaysia.#Pbr berharap fenomena ampun mengampun ini membawa PADAH kepada orang melayu sendiri yang menuduh orang melayu ''perkauman''.Jika hari ini kita sudah nampak akan kuasa kaum cina mengusai ekonomi , kaum india menguasai sistem undang-undang dan kaum melayu bakal kehilangan kuasa politik kelak maka ganjarannya adil bagi mereka iaitu Tuan rumah bakal menjadi tetamu.Alhamdulilah.

 

Kenapa ARAB SPRING jadi PILIHAN?

Kebelakangan ini di mana-mana didalam ceramah PR mereka asyik mengatakan atau mengingatkan kepada kerajaan BN yang mereka mengugut jika tipu Pru13 ini mereka akan gulingkan kerajaan seperti mana yang berlaku di Arab.Arab spring itu yang cara yang terbaik yang dinyatakan jika mereka (PR) gagal memperoleh kejayaan didalam PRU13 ini.sejauh manakah amaran ini berkesan untuk menghasut rakyat?

Banyak isu penyelewengan yang didedahkan tetapi telah sedia dijawab oleh kerajaan BN setakat ini dan mereka yang ditugaskan untuk membongkar kononya hanya diam tidak menerima kebenaran lalu membuka isu lain.Apakah mereka ini terlalu risau akan sejarah pilihan raya di negara kita?kerana terlalu pahit untuk menerima kekalahan maka perancangan rapi diadakan bagi memastikan kemenangan PR berlaku jua di negara kita.Majoriti adalah penentu kerajaan yang benar-benar layak untuk dipilih sebagai pemerintah yang boleh diharap rakyat.

Jika fikiran ini meracuni penyokong kerajaan BN apakah suatu tindakan yang baik?Apakah kesejahteraan boleh dinikmati lagi?PR melaungkan cara demokrasi tetapi tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekalahan adalah risiko didalam PRU13 ini.Jika difikir balik ini cara yang kotor untuk menghapuskan kesejahteraan dinegara kita selepas kita menikmati kemerdekaan selama 55 tahun,dimana pegangan kata mereka?Reformasi atau sudah sama maknanya dengan revolusi?Penang,Kedah,Selangor,dan Kelantan siapakah yang memerintah jika penyelewengan SPR berlaku?Atau PR sendiri berusaha mengadakan penipuan rapi bagi memastikan kemenangan negeri ini?

18 NGO tempatan yang dikenal pasti itu merupakan pertubuhan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Jika dilihat pemantau PRU13 ini cukup hebat dan mereka bukan lahir dari kerajaan BN atau mereka juga tidak boleh diharap sama sekali hingga memberi amaran 'demotrasi ganas' adalah pilihan mereka?Ini hanya strategi untuk kepentingan peribadi bukan untuk rakyat jika berlaku huru hara pemimpin PR hanya melabelkan mereka ini sebagai pendekar jika berlaku kematian atas kemalangan huru hara tersebut hanya di nobatkan sebagai 'syahid'.Rakyat hanya badut yang digunakan bagi memastikan kemenangan mereka (PR) dalam merealisasikan impian anwar ibrahim menjadi Perdana menteri walaupun ramai lagi pemimpin PR lebih layak mengggalas tugas menjadi perdana menteri.Ini hanya agenda peribadi 'kemaruk'mahu menjadi perdana menteri,apa jua cara dihalalkan bagi memastikan matlamat anwar ibrahim dicapai.

Sunday, February 10, 2013

Provokasi publisiti

Sebentar tadi #pbr lepak santai bersama anak muda dikedai mamak pusat bandar parit buntar.Kebanyakkan dari mereka baru tamat pengajian menunggu keputusan dan baru mula mencari kerja sementara.pelbagai topik pengalaman dikongsi bersama dalam 1 meja.#pbr tertarik denga 1 topik iaitu berkaitan politik semasa.Apa yang dapat #pbr membuat kesimpulan mengenai topik berkaitan politik itu tadi rata-rata mereka ini mempunyai idea yang tidak matang dalam halatuju politik negara,mereka hanya memggunakan perang PRU13 sebagai 'platform' untuk menjadi terkenal.banyak pemimpin muda menjadi contoh yang dalam perbualan mereka seperti adam adli dan sebagainya.idea yang dikeluarkan segalanya berbentuk provokasi seperti 'bakar bendera,insiden pijak memijak gambar dan sebagainya.Benar anak muda sekarang makin maju berbanding dulu segalanya mahukan tahap maksimum.#pbr bertanya kepada mereka tentang apa yang sangat dibenci pada kerajaan sekarang? Hanya menjawab 'tiada apa kita sama saja walau sesiapa memerintah'.so apa yang hampa nak? "Provokasi dan publisiti,Kita tidak membenci umno cuma kita lawan pada sesiapa yang memerintah tidak kisah Pas dan Pkr juga''.mereka ini amat berbangga dengan pemimpin muda namanya disebut 'farid ayam' yang berjiwa seperti hishamudin rais.biarpun mereka ini tahu pemimpin itu mempunyai masalah dadah dan pengamal Gay mereka tetap membuat contoh kepada mereka.Agak kecewa jika ramai anak muda berfikiran begini.Minda seperti ini tidak membantu sama sekali untuk memcapai negara yang aman damai hanya sumbangan kepada kerosakkan kepada kita.Apa yang terfikir oleh #pbr perlukah ISA dilaksanakan semula bagi mendidik mereka yang taksub provokasi yang boleh menyumbang kepada kekacauan di negara tercinta ini? Mungkin perlu hanya kepadatan ISA mampu memghalang manusia provokasi ini terus melahirkan generasi sampah seperti itu.

Friday, February 8, 2013

Parit Buntar BRIM 2.0

                                   Selamat menikmati keuntungan menjadi rakyat MALAYSIA

Tahniah Bawani anda layak!!

                               Selamat menikmati BRIM2.0 dari sebuah kerajaan yang ZALIM

Parit Buntar Yunus siri terdesak dan SAMM


Najib dan Mahathir bakal senasib Muammar gadafi dan Saddam hussein itu yang digambarkan tentang peralihan kuasa nanti.itu ugutan yang diperkata oleh Yunus jamhari pada ceramah 6FEB di Batu 7 kuala kurau.Amat lucu sebenarnya apa yang dikatakan oleh Yunus ini,tiada apa kesan pun apa yang cuba disampaikan itu.Sangat tidak matang wakil pemimpin PR ini bercakap dalam politik.

Apa yang diperkata lagi berlakunya pilih kasih terhadap kepimpinan BN disini hanya orang BN dapat bantuan jika bukan maka tidak dapat.Pernah ditanya 'Siapakah yang terpinggir disini tiada pembelaan atau tidak menerima bantuan? Tiada jawapan lebih-lebih lagi dalam isu kebakaran dikuala kurau pada yang lalu.Jika benar sila kemukakan SIAPA dan ALAMAT,itu kerja kamu wahai YB.

Yb yang ber minda kan Anwar Ibrahim ini hanya pandai meniru dan menyeru apa yang sudah disampaikan anwar ibrahim hanya tahap 'kelas f'dapat diundi bagi ucapan beliau disitu.Beliau juga adalah pemimpin bagi gerakan SAMM kawasan situ ibarat 'ketam mengajar anak berjalan lurus'itu yang boleh digambarkan bagaimana beliau membimbing komrad SAMM selama tertubuhnya di kawasan itu.Diharap kepimpinan beliau membimbing komrad SAMM supaya menjadi masyarakat yang berkualiti bukan penerima RASUAH dan pengunjung DANOK thailand.

Kehadiran beliau turun padang sekarang agak rancak itu trend untuk PRU13.Selamat mengenali kepada yang baru kenal beliau.



PARIT BUNTAR 'Jaga Tokong,Umno atau kita'?


Semalam Yunus juga hadir pada ceramah di batu 7 kuala kurau,Dalam ucapan beliau selama 12minit itu menyatakan kehadiran MB disini mengutamakan orang cina meminggirkan kaum melayu.'Sekarang baru kita tengok siapa sebenarnya yang jaga kaum cina UMNO atau KITA?' selain mempertikaikan sumbangan MB Dr Zamry sebanyak RM3,000 kepada tokong-tokong di kuala kurau.

Beliau juga menyatakan dalam ucapan itu Kehadiran MB Drzamry ke kawasan kuala kurau kerana takut atau sangat marahkan beliau.Apakah yang disampaikan Yunus ini masuk akal? #Pbr sarankan supaya bercakap menggunakan logik akal,Tak perlu meraih PUBLISITI MURAHAN jika mahu menarik sokongan masyarakat.Ini soal tanggungjawab kepada semua kaum dalam ucapannya lagi menampakkan beliau adalah seorang yang mempunyai sifat pembela melayu MUNGKIN?

MUNGKIN tiada kebolehan dalam kepimpinan Barisan Nasional untuk memuaskan hati Yb PR yang kecewa teruk dengan kehidupan lampau beliau ini yang keluarganya ramai masih menyokong UMNO.Tiada apa yang dapat diulaskan dengan ucapan beliau semalam hanya ejekan biasa,hanya itu mampu yang diperkatakan kepada YB yang ber minda kan Anwar Ibrahim ini.

Yunus jamhari merasmikan pertandingan karaoke di kuala kurau semalam.Ini aktiviti karaoke tidak mengapa sesuai dengan ucapan beliau mempertikai dalam ucap beliau dalam ceramah Ariff Aziz di batu 7 kuala kurau. MUNGKIN kepimpinan UMNO tidak sehebat beliau dalam menjaga kaum cina dengan mengadakan program karaoke seperti ini MUNGKIN dengan trategi ini beliau dapat  menambat hati 40% kaum cina di kuala kurau.

                                                MUNGKIN ini mewakili 40%.Hidup Yunus


P/S: Jangan dilupa ingatkan rakyat jangan pilih pemimpin makan RASUAH,salah guna KAD KUASA IMIGRESEN dan penting jangan ke tempat maksiat iaitu DANOK thailand.

PARIT BUNTAR ''Kenapa Tinggalkan UMNO'' - Ariff Sabri


Arif Sabri datang ke kuala kurau rakan #Pbr hadir ke tempat ceramah tersebut dan apa yang menarik rakan #Pbr ini penyokong kuat Parti Pas dikawasan parit buntar.Apa yang dapat rakan #Pbr dapat ulas sangat kedengaran hambar sedikit tidak puas hati dengan kehadiran Arif Sabri ini.Tiada yang menarik hanya isu yang telah diketahui yg sering disebut oleh pemimpin Pas dan kerap kali membanggakan Parti DAP dalam ucapannya itu.

Sambil mendengar #Pbr bertanya 'adakah mereka memanggilnya Dato ketika disitu? 'ya' Dato Ariff Sabri kedengaran semasa memperkenalkan beliau.''Oh masih'' Bagi Pendapat #Pbr serah semula gelaran itu sejajar dengan saranan Guan eng dan lim kit siang.Apa yang menarik lagi tentang ceramah disitu beliau menyentuh ''Cincin Rosmah'' yang berharga 74juta dan Rakan #Pbr keliru dan bertanya berapa harga cincin rosmah sebenar?#Pbr hanya mencadangkan ''Google'' dari sumber harakah,malaysiakini dan blog-blog,Ada yang menyatakan RM24juta ada juga disebut RM24.5juta,USD24 juta,RM24.45juta dan RM73.45juta kata rakan #Pbr tadi.

Dalam ceramah tersebut Arif Sabri menceritakan tentang keburukan orang umno dan mengingatkan jika diberi peluang kepada umno memerintah ''orang-orang umno ini akan masuk ke rumah kita dan tidur bersama anak isteri kita'' kata beliau dalam isi ceramah beliau yang di rekod didalam handphone rakan #Pbr.Kenapa ke tahap itu wahai Ariff Sabri? Apa yang kecewa sangat hingga tuduhan begitu dibuat?Apakah itu tajuk sesuai atau alasan beliau ''mengapa saya keluar Umno''? Benarlah apa yang diperkatakan beliau seorang yang sangat kecewa dalam umno.Sebab utama beliau memberontak hanyalah tidak dicalonkan lalu menyertai DAP.Agak mudah untuk menjadi calon dalam DAP kerana beliau ‘’melayu’’.

Ariff Sabri ini seorang pemimpin yang bermasalah apa sahaja yang dilakukan beliau mengenakan cas yang tinggi,jadi tidak hairanlah segala tajuk dalam blog beliau agak ‘killer’ tapi isinya biasa seperti ceramah ceramah beliau setakat ini.Sepatutnya Ariff Sabri mencerminkan diri sebelum menyalahkan Najib kerana ‘Gagal’ tarbiyah isteri beliau iaitu Rosmah dalam ceramahnya itu.Ini dilihat bagaimana dia mengumpulkan harta yang begitu banyak semasa beliau menjadi Adun walaupun hanya sepenggal.malah gagal menjawab isu harta dan isu kewangan buat bekas isteri dan keluarga.


Dalam ucapannya lagi beliau mempertikai kemenangan Najib mengaitkan salahlaku SPR tanpa pandu atau kenyataan yang munasabah hanya mengatakan ‘mereka menipu’ sudah cukup beliau berbohong kepada masyarakat disini.Sambil menyulam membaca surah-surah bagi menguatkan hujah beliau.tentang hukum penipuan dalam kepimpinan ada yang ketawa mengatakan ustaz DAP ini kurang sesuai untuk itu.Bila ditanya pendapat kepada masyarakat dibawah kepimpinan Ariff Sabri ini

(Pulau manis) mereka mengatakan beliau bermasalah sering tiada ditempat sendiri keluar melancong atau sibuk dengan aktiviti yang tidak melibatkan masyarakat sini.Mereka menolak kepimpinan Ariff Sabri ini kerana juga beliau perwatakkan seperti pemimpin ‘ala-mafia’.Dalam ucapannya lagi beliau menceritakan penyelewengan yang telah diperkatakan oleh pemimpin PR lain malah beliau berbangga keluar dari UMNO setelah 40tahun penglibatan beliau dalam Umno.40 tahun? Dalam isi ucapannya beliau sudah Nampak penyelewengan dan salah laku umno tetapi kena sekarang? Agak hairan 40tahun bukan suatu masa yang singkat.

Apa yang sesuai dengan tajuk ''Kenapa saya tinggalkan UMNO&NAJIB hanya yang tepat hanya beliau gagal dalam kepimpinan Umno,Tidak Di Calonkan dan Hanya DAP dapat menerima manusia hipokrit yang takut mengakui kegagalan walau beliau sangat GAGAL.Harapan #Pbr kepada masyarakat Kuala Kurau supaya MELIHAT dan MENILAI siapakah manusia bernama Ariff Sabri ini.Beliau sangka beliau adalah manusia yang cerdik tapi tidak mungkin sama sekali dapat memperBODOHkan masyarakat Kuala Kurau.Ini persoalan yang patut #Pbr Tanya kepada diri sendiri ‘’Kenapa buang masa dengar Ariff Sabri si “PENGKHIANAT BANGSA” ini berhujah’’

                              Kehadiran dikatakan seramai 2000 orang yang hadir oleh media PAS
 Gempita Perak Ke Putrajaya bersama Dsai di Alor Pongsu pada 2010 yang dikatakan hadir dalam 6,000


DIANTARA 2,000 DAN 6,000 ADAKAH MEMPUNYAI PERBEZAAN?

BERAPAKAH ANGGARAN YANG DAPAT DIBERI APABILA MELIHAT GAMBAR DIATAS

A) 400 Orang
B) 2000 Orang
C) 10,000 Orang
D) 500 Orang

SILA EMAILKAN KEPADA PARITBUNTARREBELS@GMAIL.COM UTK JAWAPAN ANDA

Thursday, February 7, 2013

Siapa Arif sabri?

SOAL kemasukan bekas ADUN Pulau Manis dari UMNO, Datuk Arif Sabri bersama seorang lagi bekas veteran UMNO Negeri Sembilan, Aspan Alias ke dalam DAP pada Ahad lepas, memang menarik untuk dikupas. Sebaik berita tersebut tersebar pada Isnin, memang penulis gatal tangan untuk menulis mengenainya.

Tapi waktu itu keutamaannya ialah pada berita yang lebih mengejutkan iaitu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pendakwaan kes liwat.

Di samping itu, penulis mahu terlebih dahulu mendapatkan maklumat penting yang boleh digunakan bagi menyokong coretan penulis pada hari ini iaitu mengenai Arif Sabri.

Arif Sabri, selain bekas ADUN Pulau Manis (dalam Parlimen Pekan) dan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, juga terkenal dengan blognya SakmongkolAK47 (http://sakmongkol.blogspot.com). Blog itu dimulakannya pada 2008, dipercayai setelah dia tidak terpilih sebagai calon untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2004 itu.

Penulis rasa, keberanian Arif Sabri mengkritik UMNO dalam blognya itu yang menjadi sebab kenapa DAP menerimanya sebagai ahli parti tersebut, disamping mahu menjadikan penyertaan ini untuk membaiki imejnya dikalangan pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, penulis melihat keperluan untuk DAP berhati-hati dengan orang seperti Arif Sabri ini.

Justifikasi penulis, selain latar belakangnya sebagai bekas ahli dan ADUN UMNO, dia juga adalah bekas Ketua Penerangan bahagian UMNO dimana Perdana Menteri Najib sebagai ketuanya.

Jawatan Ketua Penerangan ini bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian. Ringkasnya, Arif Sabri ialah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan bahagian Pekan.

Ini semua menjurus kepada satu tanda yang jelas iaitu Arif Sabri ialah orang kepercayaan Najib.

Walaupun tidak dipilih semula pada 2008, penulis mendapat maklumat hubungan Arif Sabri dan Najib masih kukuh seperti biasa. Menurut sumber penulis, Arif Sabri dikatakan beberapa kali mengunjungi Najib di pejabatnya di Putrajaya seperti tercatit dalam buku pelawat di samping pengesahan visual oleh beberapa orang yang pernah melihatnya.

Penulis percaya, blog Sakmongkol AK47, adalah cubaan Arif Sabri untuk mengelirukan DAP kononnya dia adalah penentang UMNO dari dalam. Kalau betul dia penentang UMNO sekalipun, keikhlasannya boleh dipertikaikan kerana dia hanya mula menulis sejak tidak dipilih semula mempertahankan DUN Pulau Manis - ciri-ciri biasa bagi orang yang kecewa.

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah Arif Sabri mempunyai sejarah sebagai pemimpin yang gagal menjalankan tugas dengan baik sepanjang sepenggal berkhidmat sebagai ADUN Pulau Manis. Bukan satu rahsia lagi bahawa Arif Sabri sering kali bergaduh dengan beberapa orang ketua kampung dalam kawasan DUN tersebut.

Di samping peranan isterinya (khabarnya baru saja diceraikan) yang sering masuk campur dalam urusan rasmi Arif Sabri sebagai ADUN Pulau Manis sepanjang tempoh tersebut.

Penulis juga mendengar, rakyat sendiri sukar untuk mendapat khidmat Arif Sabri kerana dia diketahui jarang berada dikawasan akibat dari kegilaannya kepada sukan Tomoi dan sanggup pergi kemana pelusuk dalam dunia pun untuk menonton pertandingan tersebut.

Sebelum menceburi politik, Arif Sabri juga ialah seorang ahli perniagaan yang gagal.

Persoalan penulis, dengan latar belakang Arif Sabri yang ‘meriah’ dengan kegagalan, kenapa DAP masih mahu bersengkokol dengan orang seperti ini malah cuba pula menonjolkannya sebagai pemimpin parti tersebut?

Kalau pun peranannya sebagai ejen Najib untuk memusnahkan DAP dari dalam diragui, pertimbangankan rekod perkhidmatannya yang buruk di Pulau Manis sehingga tidak dicalonkan semula walaupun menjadi antara orang kepercayaan Najib.

Penulis dimaklumkan bahawa DAP akan meletakkan Arif Sabri bertanding di Parlimen Raub yang kini dipegang Menteri Perlancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen. Walaupun khabarnya Ng Yen Yen gagal berkhidmat dengan baik, itu bukan alasan untuk DAP mencalonkan Arif Sabri yang mempunyai track record yang lebih kurang sama (malah mungkin lebih teruk lagi) di Pulau Manis.

Kenapa perlu menggadaikan nasib rakyat dengan mencalonkan orang seperti ini?

Penulis harap, masih belum terlambat untuk DAP mengkaji semula penyertaan Arif Sabri dalam parti tersebut. Penulis tidak mahu akhirnya nanti DAP akan menjadi tempat lambakan bekas pemimpin UMNO yang ditolak dalam partinya sendiri.

Memang ada keperluan mendesak untuk DAP menonjolkan parti tersebut sebagai parti untuk semua kaum tapi tidaklah sampai menggadai masa depan parti dalam usaha tersebut.

Untuk membuktikan keikhlasannya memasuki DAP kerana perjuangan parti tersebut (bukan mengejar jawatan), penulis menggesa Arif Sabri memulangkan kembali darjah kebesaran ‘Datuk’ yang diterimanya itu kerana sudah menjadi polisi parti DAP, ahlinya dilarang menerima atau memegang gelaran tersebut selagi aktif dalam politik.

Oleh : AZMAN ARIFFIN

http://sabahkinimirror.blogspot.com/2012/01/benarkah-arif-sabri-agen-najib.html

Wednesday, February 6, 2013

Pocong kuala kurau dan YB minda Anwar Ibrahim


http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/diganggu-kelibat-pocong-1.97578
Bla bla bla bla....

Bagaimanapun, kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.

“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.

“Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.

“Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan mengganggu kami,” katanya.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH...........
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH...........

Ini projek pembangunan kampung tersusun

Pembinaan Rancangan Tebatan Banjir(RTB)

APA BN BUAT SEMUA PROTES,TAK BOLEH ITU DIA BUAT INI.
PANDAI BUAT PERANGKAP TAPI 'KURANG CERDIK'

SAMM SAMM SEKALIAN SIAPA YANG BERLAKON TU SIMPAN RAHSIA!
SAMM SAMM SEKALIAN SIAPA YANG TAK TAU ADA SIKIT HINT/CLUE

Ini angkara YB yang dinasihatkan BERHENTI kerja atas tuduhan RASUAH
Ini angkara YB yang dinasihatkan BERHENTI kerja atas tuduhan RASUAH

Ini angkara YB yang tak reti nak serah KAD KUASA lepas kena BERHENTI dari imigresen
Ini angkara YB yang tak reti nak serah KAD KUASA lepas kena BERHENTI dari imigresen

Ini angkara YB yang dok keluar masuk DANOK pakai kad kuasa imigresen
Ini angkara YB yang dok keluar masuk DANOK pakai kad kuasa imigresen
  
SERVICE BERTUKAR TANGAN NAMPAKNYA KEPADA 




KAH KAH KAH KAH KAH MINI HATYAI DI KILANG TANAKO 2002 APA CERITA?
KAH KAH KAH KAH KAH KAWAN KAWAN TAK APA
KAH KAH KAH KAH KAH BIKIN DUIT BIKIN DUIT..TAHNIAH!! 

WAYANG KASI MAU LEBIH KALAU NAK AUTA...KAH KAH KAH