Nuffnang

Thursday, January 24, 2013

Anak Tempatan Parit Buntar


 Semalam - Anak tempatan PARIT BUNTAR sekali lagi menghiasi ruang Metro di muka tengah.Andy atau 'the damis' (ke 2 dari kanan )telah berkarya sejak hampir 10 tahun dan telah dianggap 'otai' dalam bidang Karya grafiti jalanan.Agak membanggakan apabila anak tempatan kita ini mencipta nama di negara China pada tahun lepas.

Banyak lagi kejayaan yang dibuat dengan hasil karya grafiti ini mereka ini.Ini contoh yang bagus untuk anak tempatan bagi mencontohi saudara Andy yang tidak pernah putus asa dalam apa jua bidang yang diceburi.Seharusnya bakat seni mereka ini harus dilihat oleh kerajaan dan diberi pengiktirafan bagi melahirkan belia yang kreatif pada generasi akan datang.Tahniah sekali lagi atas usaha mereka ini bagi memberi contoh kepada belia diluar sana agar lebih positif dan kreatif moga dapat mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa kelak.

Pas bayar kaum india/cina di Parit Buntar?


''Pas kasi duit kita undi la'' Ini yang dikatakan oleh kaum india di parit buntar kisah yang berlaku pada PRU12 dengan taktik melipat bahagian dalam ke luar bagi menampakkan apa yang diundi oleh mereka bagi memastikan mereka mengundi Pas .Antara taktik yang didedahkan kepada kami iaitu menunjukkan syarat jari kepada wakil Pas disitu untuk kepastian benar-benar mengundi mereka.Tujuan utama mereka ini hanyalah bertanyakan kerja-kerja untuk pilihanraya seperti memasang bendera dan sebagainya.tetapi melalut hingga cerita pengalaman mereka semasa mengundi.

''Cina pun sama kalau u tak percaya u tanya Azhar'' itu yang mereka katakan bagi mengukuhkan lagi kata.Siapa azhar ni?Bila ditanya siapa Azhar meraka hanya menjawab 'orang pas' sahaja tidak kenal lebih.Sejauh mana cerita mereka ini benar?Apakah sindrom Pas 2009 juga disini?Kemungkinan berlaku atau fitnah dari mereka semata?Jika difikirkan balik fenomena meriah sekali dimana kaum india meraikan kemenangan Pas di Parit Buntar pada PRU12 lalu dengan membawa bendera,menari ditepi jalan bersama tin beer dan yang paling #Pbr hairan laungan ''Takbir'' ''Allahhuakbar'' tidak putus-putus diiringi muzik mereka.Kenapa mereka sangat menggila dengan kemenangan Pas? Ini Fenomena pelik.Tiada pun salah seorang dari mereka ini masuk islam.Benar tidak salah itu hak mereka.Nak ditegur nanti dikata orang umno.tak mengapa biarkan.(Cerita mereka ini boleh dirujuk kepada masyarakat taman kerian tambahan berdekatan pusat bandar,mereka tahu perkara ini.)

#Pbr tidaklah mengungkit atau mempertikai kemenangan Pas pada PRU12 di PARIT BUNTAR yang majoriti tinggi mengalahkan BN tetapi #Pbr ingin memesan agar urusan Pilihanraya ke 13 ini WAJIB telus WAJIB jujur WAJIB tiada RASUAH sama sekali.Pilihanraya di Parit Buntar harus telus bagi ketepatan kita memilih pemimpin.Kepercayaan rakyat kepada kepimpinan sesuatu parti ia bukan bernilai RM10 atau RM50 harganya,nilai undi ini sangat tinggi kerana masyarakat WAJIB merasa kesejahteraan yang dijuang oleh kepimpinan mereka.Ini soal kepercayaan jika sesuatu kepercayaan itu dibeli atau dibayar bagi mendapatkan kepercayaan itu namanya RASUAH.Sungguh keji jika ini benar-benar berlaku di Parit Buntar semasa PRU12 yang lalu.Kepada yang pernah menerima bayaran untuk patuh mengundi sesuatu parti dengan arahan sesungguhnya kamu adalah pengkhianat.




''ANDA SUNGGUH KEJI DAN HINA'' 

“你的刻苦努力辱骂性的和微不足道''

'' உங்கள் தவறான மற்றும் முக்கியமற்ற''

Tuesday, January 22, 2013

Listen Listen Listen Masalah baru


LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN
LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN
LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN

                                                AZRUL AZWAR PUN ADA MASALAH

Kenali Penghasut di Alor Pongsu (ceramah)

 #Pbr tertarik dengan satu ceramah di alor pongsu semalam yang menjemput adam adli sebagai tetamu khas.Kedatangan #Pbr di ceramah tersebut bukanlah tertarik dengan undangan khas tersebut tetapi Mustafa kamil ayub.Kenapa Mustafa Kamil?Cerita beliau agak menarik sebenarnya dalam dunia politik.walau bermasalah beliau tetap bertahan.Mari #Pbr terangkan siapa individu klon anwar Ibrahim ini.Semasa beliau belajar di UKM tahun 1986, Mustaffa menjadi pemimpin mahasiswa UKM yang beliau disifatkan sebagai pelajar anti-establishment namun bertukar menjadi pro-kerajaan semata-mata mengikut arah tuju Anwar Ibrahim.Beliau Dulu pernah menyertai UMNO bukan kerana perjuangan UMNO, tetapi melihat ruang politik yang boleh dibuka oleh Anwar untuknya di dalam UMNO.
Agak istimewa Mustafa kamil kerana beliau sangat meminati anwar ibrahim hingga cara,gaya cara bercakap tak ubah seperti anwar ibrahim dan ini penyamaran sempurna. Kini beliau bekerja keras lagi apabila menjelang PRU13 yang boleh berlaku dalam masa terdekat ini.Semalam beliau hadir ke alor pongsu untuk menghasut masyarakat disitu walau pernah kalah beliau tetap akan hadir disitu walau masyarakat disitu sudah masak dengan perangai beliau.Ceramah tersebut disekitar rumah ahli pkr dengan panggilan 'tan kuda'siapa yang tidak kenal tan kuda ini? malah masyarakat sudah mual dengan sikap tamak dan penyelewengan wang bajet untuk apa-apa majlis atau program disitu.Beliau juga sempat berucap sedikit dengan memesan kepada masyarakat disitu dengan berkata 'cerita lama kita lupakan,buka cerita baru'

2010 beliau (Mustafa kamil) juga hadir di alor pongsu bersama anwar ibrahim iaitu idola beliau yang tidak mungkin sama sekali akan melepaskan peluang tersebut untuk hadir sama.sejak itu #Pbr tertarik dengan cerita si mustafa kamil ini.Banyak kata putar belit yang dikeluarkan dari mulut beliau 1 contohnya ceramah pada tahun 2010 di alor pongsu beliau mengatakan seramai 6000 masyarakat yang hadir dan ini penipuan dan tidak benar sekali.Mungkin kerana ketiadaan pakar matematik pada ketika itu beliau membuat anggaran sendiri.Bukan masalah angka untuk dijadikan masalah negara tapi kenapa harus menipu kepada media mereka.Ini jelas strategi politik angka sudah lama diikuti oleh beliau yang belajar dari anwar ibrahim.

Jelas sekali beliau ini adalah pemimpin yang bermasalah dari dahulu hingga kini.Beliau pernah memegang jawatan Pengerusi Perhubungan (PPN) PKR Perak tetapi hambar pkr perak dihujani beban masalah.Pada tahun 2004 Mustafa kamil pernah bertanding di Dun Bukit Chandan dan Parlimen lumut.Selepas beliau menjadi ketua Bahagian dalam PKR di kuala kangsar dan tiada apa yang mampu beliau lakukan hinggakan masyarakat disitu bosan dengan sikap beliau yang lembap.Beliau hanya gemar turun padang sekiranya ada majlis rasmi yang membolehkan beliau meraih publisiti media.Tahun 2008 beliau ke Pasir salak bertanding di Parlimen Pasir salak dan Dun sungai manik beliau tewas dan hilang terus selepas tewas.Mustafa Kamil langsung tidak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak sepanjang penglibatan beliau didalam PKR Perak.Pendek kata 'Tiada jasa beliau dalam PKR' Hanya yang nampak beliau bijak berceramah dan pakar membodek Anwar Ibrahim dan ini dipersetujui oleh ahli pkr sendiri yang juga menyatakan kes beliau di terengganu seperti mana rakyat sarawak tidak mahukan beliau tetapi dapat juga kerana atas desakan atau lobi beliau kepada anwar ibrahim .Ini suara Ahli Pkr sendiri yang tidak mahukan Mustafa Kamil yang jarang ditemui walaupun mereka ahli kuat parti.Hanya yang baru kenal akan Mustafa kamil ini akan tertipu dengan taktik lama beliau.

Pandangan #Pbr tentang topik ceramah tersebut ia hanya ceramah biasa tiada isu tempatan hanya isu lapuk isu yang sudah dijawab dan isu yang sudah diselesaikan.Hanya yang menarik hanya loyar buruk,pantun jenaka,saudagar cina berfatwa dan ustaz Pas memaki hamun yg sedikit ugutan dan mencarut 'balak saya adalah' hanya itu yang menarik diceramah ini.Hanya najib dan zamry disebut-sebut dalam ceramah ini tidak langsung nama pemimpin Bn tempatan (Alor Pongsu).Ini menunjukkan dibawah kepimpinan Bn disitu tiada masalah dan mereka diberi kepercayaan oleh masyarakat Alor Pongsu.TAHNIAH!!

Gambar sekitar ceramah :

                                                       Unit Amal 'junior' sedang bertugas
''Saya bukan jutawan saya masih berselipar dan menggunakan bas ting-ting'' NAVARA+DRIVER
                                                          Adam adli dan Mustafa Kamil
                                                                    Adam adli berucap
                                     Gambar 2010 di alor pongsu yang dikatakan 6000 hadir

Monday, January 21, 2013

Parit Buntar dan Gangsterisme

PARIT BUNTAR: Seorang lelaki parah selepas ditembak oleh individu yang dipercayai kenalannya di sebuah pusat hiburan di Taman Wawasan Parit Buntar, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, Lim Lip Hong, 24, dikatakan ditembak dari jarak dekat oleh suspek berusia 30-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemilik pusat hiburan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata kejadian dikatakan berpunca pertengkaran kecil antara mangsa dan suspek ketika mereka dikatakan di bawah pengaruh alkohol.


Saturday, January 19, 2013

Amanat Tun Mahathir


Mantan Perdana Menteri hari ini hadir ke permatang pauh bagi menghadiri KONVENSYEN Tranformasi Ekonomi Melayu Pulau Pinang yang dianjur oleh Pribumi Perkasa Pulau pinang yang berlangsung di dewan utama uitm.Tibanya Tun M disini beliau disambut dengan menaiki kereta berkuda yang diiringi lebih 1000 orang berarak Tun M ke pintu masuk dewan utama.Hadir sama pada majlis tersebut isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah,Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa,Dato Seri Zahrain Hashim MP bayan baru,Dato Ariff Omar Shah Adun Seberang Jaya.Antara pemimpin lain yang hadir ialah Porf Emeritus Tan Sri Dr Nordin Kardi, Ketua Penerangan PERKASA Ruslan Kassim dan mantan Ketua Pengarah EPU Tan Sri Sulaiman Mahbob.


Ucapan beliau lebih kepada memperingati dan menyeru rakyat supaya membuat pilihan yang tepat selain menyatakan rasa sifat kerisauan beliau terhadap PRU13 ini.Beliau mengingatkan pada bangsa melayu agar membuat sesuatu keputusan bukan berdasarkan emosi tetapi menggunakan logik akal agar keputusan yang dibuat adalah tepat untuk kebaikkan bangsa dan generasi yang akan datang.''kita akan menjadi taksub dan hilang pertimbangan jika menggunakan emosi dalam membuat sebarang keputusan'' kata beliau.''orang melayu sangat murah hati dan mempunyai sifat memberi tanpa memikirkan kesusahan yang kita hadapi.Kita (Orang melyu) mempunyai suatu perasaan serba salah jika tidak memberi apa yang diminta oleh orang lain,Perasaan ini tidak ada pada bangsa lain cuma kita (Melayu)'' kata beliau lagi.


Dalam ucapan itu Tun M juga menyarankan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Khas menyiasat kelayakan keturunan mereka yang diberikan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.“Orang Melayu ‘murah hati’. Kita sedia berkongsi tanahair, mengekalkan identiti, bahasa dan budaya merea. Kemudian kita kongsi kuasa dengan mereka bukan pribumi negeri ini. Orang Melayu benarkan orang asing ini bebas berniaga dan mengumpulkan harta. Orang Melayu tidak pernah meminta apa apa dari mereka”. “Malangnya mereka tidak menunjukan kesyukuran. Bukan sahaja mereka sudah menguasai 70% ekonomi. Kini mereka ingin megambil kuasa dari kita pula. Apabila kita mempertahankan apa yang hak bagi kita (sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia), kita dianggap tamak. Kita dianggap ‘rasis’ kata Tun M.


Sedikit sebanyak Tun M menceritakan sejarah penubuhan parti PAS yang menggunakan 'Islam' sebagai label yang senang menarik penyokong dan tidak boleh disoal kembali kerana menggunakan tiket 'Islam'“PAS atau Pan-Malaysian Islamic Party (PIMP) ini ditubuhkan bukan kerana memperjuangkan Islam. Ianya ditubuhkan kerana golongan ulama dalam UMNO mintak 10 kerusi dalam Majlis Perwakilan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman Putra ketika itu berkata ‘Kita hendak mentadbir orang Melayu. Kita bukan nak baca doa’. Maka mereka merajuk dan terus menubuhkan PIMP. British segera meluluskan parti baru ini. Ini kerana PIMP boleh memecahkan perpaduan orang Melayu, yang begitu pada ketika itu.''

“Kita fikirkan betul betul. Kalau kita undi selain dari UMNO/BN, percayalah orang Melayu akan hilang dari mukabumi ini”.

                                                    Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut hadir

Thursday, January 17, 2013

Listen Listen Listen dan Peluru Ajaib

Masih panas isu 'listen listen listen' ini hingga dimana pun boleh berjumpa perkataan yang keluar dari lidah oleh Sharifah Zohra Jabeen.Benar dia kelihatan bodoh sekali menangani soalan yang berbentuk provokasi oleh 'little Ambiga' itu hingga dikecam oleh masyarakat malaysia dengan jawapan yang begitu tidak boleh diterima akal.

#Pbr kesal dengan dengan jawapan beliau dengan menyerang kedudukan tahap pelajar tersebut ia sesuatu tindakan bodoh yang memalukan.#Pbr setuju dengan pendapat masyarakat sekeliling dengan mengatakan moderator itu patut lebih bersedia dengan soalan yang diberikan kepada beliau.Ini realiti keadaan sekarang pelajar makin maju berfikir pantas tiada hadnya.'Bebas bersuara'itu yang dipertikaikan hingga ke hari ini.Ini memberi impak yang tinggi kepada negara dan tidak boleh dianggap mudah.

Disini #Pbr ingin memberi sedikit pendapat tentang isu 'LISTEN' ini.Sharifah Zohra bukanlah salah seorang daripada panel bagi forum tersebut bagi menjawab segala pertanyaan beliau hanyalah seorang moderator dan tak perlu menjawab soalan dan kerja menjawab ini haruslah dijawab oleh panel pada majlis tersebut.Jika dilihat pada video tersebut si Bawani ini tidak henti-henti bercakap pada waktu akhir tamatnya forum.Sharifah tidak melakukan salah besar kerana mengarahkan supaya beliau berhenti bercakap.Apa soalan yang diberi oleh bawani isu baru?Tidak ia isu pendidikan percuma yang telah dijawab oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan.Apa yang berlaku hanya kawalan emosi dan soalan provokasi di saat akhir majlis tersebut.

Jika Bawani hanya seorang pelajar yang mempunyai keberanian dan pintar #Pbr sangat memuji beliau tapi jika ia berkaitan dengan provokasi parti politik ia sangat hambar dan keji.Mengikut sumber beliau telah merancang perkara ini lebih awal untuk memberikan soalan provokasi tersebut kepada sharifah zohra jabeen dan #Pbr yakin Sharifah zohra mampu untuk menjawab soalan itu dengan baik tetapi MUNGKIN beliau bodoh atau majlis sudah kesuntukkan masa memandangkan pelajar-pelajar yang hadir sudah menguap seperti mahu protes untuk balik tidur?Ini terpulang kepada anda untuk menilai realiti keadaan sebenar.Yang benar tetap benar yang salah tetap salah.  


Siapa ini? kenapa Bawani sebelah beliau?Popular dengan panggilan Komunis?Tidak menyukai fakta berdasarkan hadis?Pejuang hak kesamarataan?Pejuang kepada non muslim utk terima zakat?Anda kenal?

SIAPA DIA NI????????





Wednesday, January 16, 2013

Hebahan&Patrick Teoh


ASSALAMMUALAIKUM!!! ADA ORANG MENOLAK NEGARA ISLAM!!!

TOLONG HEBAHKAN ADA ORANG MENGUTUK AL-QURAN !!!

HEBAHAN HEBAHAN ADA ORANG PERLEKEHKAN ISLAM!!!

JOM LAWAN MEREKA NAK USIR MELAYU!!!




Masa inilah nak tengok reaksi PAS dan Unit Amalnya Beraksi memberi respon atau jihad atau tindakan lain-lain.kes ini berat ini bukan soal politik ini bukan soal rasuah ini soal AGAMA.Sehingga ke hari ini si Patrick ini tidak dikecam oleh pemimpin PAS.Malah ada yang berpendapat 'tidak boleh salahkan beliau' APA NI?atau tujuan kenyataan tersebut sekadar mendidik non muslim terhadap Islamphobia?Atau mereka bakal pengundi mereka?

ADAKAH Pas perlu menganggap pengundi sebagai pelanggan dan pelanggan adalah segala-galanya? Mereka tidak bercakap lagi tentang hudud Tidak timbul lagi soal Jihad kepada mereka ini.KENAPA?SEKIRANYA mereka ini datang dari parti UMNO apakah yang berlaku?APAKAH Ibrahim Libya generasi baru akan hadir?APAKAH mereka faham apa itu sistem Tahaluf Siyasi?APAKAH pendirian mereka terhadap perjuangan AGAMA ISLAM?APAKAH mereka faham laungan 'TAKBIR' ALLAHHUAKBAR!! yang mereka katakan atau hanya trademark semata?
‘sumpahan kekafiran’ itu paling tepat kepada mereka yang gemar mengkafirkan orang lain.Berapa banyak bilangan yang mereka sudah kafirkan berbanding menarik manusia memeluk islam?Jika mereka mengiktiraf Ibrahim Libya sebagai pejuang syahid walau arwah seorang yang menentang UMNO yang dianggap kafir dan yahudi Mengapa mereka hanya membiarkan yang mengutuk ISLAM yang memperlekehkan AL-QURAN secara terbuka/terang-terangan oleh rakan sebarisan mereka itu sendiri yang terang-terangan kafir? JIHAD hanya politik,ISLAM hanya dipolitik Surah pun dipolitik Hadis pun DIPOLITIKKAN dan segalanya POLITIK.

JANGAN TERLUPA WAHAI #PBR INI BARISAN MEREKA LANTAK LA..JIKA UMNO KITA JIHAD JIHAD JIHAD JIHAD

JANGAN TERLUPA WAHAI #PBR INI BARISAN MEREKA LANTAK LA..JIKA UMNO KITA TEMPUR TEMPUR TEMPUR TEMPUR

JANGAN TERLUPA WAHAI #PBR INI BARISAN MEREKA LANTAK LA..JIKA UMNO KITA CANTAS CANTAS CANTAS CANTAS



Majlis Syura Ulamak Bodoh?

 Keputusan Majlis Syura PAS, 13 Januari 2013

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia

Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia



Hadi Awang tetap benarkan kalimah Allah diguna oleh bukan islam walaupun Majlis Syura Ulamak telah mengeluarkan kenyataan larangan penggunaan tersebut.Nik aziz juga bersetuju dengan pendapat Hadi awang.Apa ni?Mat sabu telah tarik balik kenyataan dan mengikut kata sepakat Majlis Syura Ulamak.Apakah ini 1 kenyataan peribadi untuk meraih undi bukan islam?Atau pendirian mereka?Apa akan jadi jika Hadi awang dan nik aziz hanya sebulat suara dengan Majlis Syura Ulamak dan tiada pendapat peribadi membenarkan penggunaan kalimah tersebut kepada non muslim?

PAS sewajarnya jadi ketua dalam hal melibatkan agama di dalam pakatan lantang dan tegas itu yang diharapkan.Apa kerisauan jika PAS jika tidak bersetuju dengan Guan Eng?Anwar dan Lim kit siang?Bagi pendapat #Pbr itu hanyalah 1 kenyataan yang berunsurkan politik,takut,hipokrit terpaksa berlaku demi menjaga hubungan politik PR.PAS seolah terdesak hingga sanggup menggadaikan maruah Agama Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri.Malah sejak PAS hadir sama didalam pakatan rakyat parti PAS sangat kerap berbalah sesama mereka.Ini isu jaga Hati ya isu jaga hati lagi sekali diulangi ISU JAGA HATI.Apapun jelas dimata #Pbr strategi yang dipraktikan untuk memenangi PRU13 hanya berslogankan 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA'


Kalimah Allah dan pendapat peribadi

Saya terpanggil dengan akan isu Kalimah Allah yang dibenarkan oleh Hadi Awang dan dipersetujui oleh Anwar ibrahim untuk digunakan oleh mereka bukan Islam.

Saya lahir sebagai Islam, dan membesar dengan budaya dan adat Islam yang dipupuk dan dijaga oleh Masyarakat Melayu di malaysia ini. Ya, saya adalah anak bekas penganut kristian katholik. Ayah saya adalah bekas penganut kristian yang telah menerima islam dan telah bergelar sebagai seorang Muslim lebih dari 20 tahun. Dengan akan hal penggunaan Kalimah Allah ini oleh penganut Kristian dengan alasan untuk mengantikan 'Tuhan' kepada Kalimah Allah untuk kitab Injil versi Bahasa Melayu adalah tidak relevan dan amat meragukan dari sudut keikhlasan. 

Saya percaya, terdapat penganut kristian sendiri tidak bersetuju dengan akan penggunaan Kalimah Allah untuk mengantikan perkataan Tuhan dalam kitab injil versi Bahasa Melayu -  kerana ianya bukan sahaja mampu mengelirukan Umat Islam malah penganut kristian juga akan terkeliru dalam hal ini. Malangnya, Sudah muncul akan Bishop, pastor, yang lebih mengutamakan keuntungan dari sudut politik dan pengaruh daripada keharmonian dan kedamaian yang telah wujud selepas 13 MEI.

Saya hairan, Malaysia mempunyai institusi Islam yang begitu berkesan dari segi menyatakan Tafsiran hukum hakam berpandukan Al Quran dan juga Hadith yang sahih dengan jelas. Namun mengapa dalam hal ini, pihak Gereja dan juga segelintir Umat Islam lebih mengutamakan suara dan keputusan dari seorang yang bergelar 'Politician'? Persoalan saya, adakah Anwar ibrahim dan juga Hadi Awang itu mewakili suara seluruh Umat Islam di Malaysia ini? Dan Kedudukan mereka dan Tafsiran mereka dalam hal berkaitan agama lebih konkrit dan jelas dari Akan Tafsiran para ilmuan dan cendiakawan Islam?

Saya tahu akan tingginya Ilmu Agama Hadi Awang -  Jika tidak, manakan beliau mampu menjadi Presiden pada parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Tapi, cara dan beliau membuat keputusan dalam hal berkaitan dengan Akidah dan kesucian Islam, seolah-olah beliau harus belajar Islam dari peringkat asas fardu ain. Saya tidak berminat untuk bercerita tentang Anwar ibrahim, kerana kita tahu akan siapa makhluk ini.

Ini soal Akidah kita, Ini soal kesucian Islam, Allah Itu Satu dan Allah tiada anak. Jika kita tidak mampu untuk mempertahankan Kalimah Allah, usah bicaralah kita nak berjihad nak mempertahankan Islam. Asas Islam adalah - asyhaduallaa ilaaha illaLLAH wa asyhadu anna muhammadarrasuluLLAH - ( Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah), bagaimana kita nak nyatakan perasaan kita jika kalimah Allah digunakan oleh golongan yang tidak memperakui akan KeTauhidan Allah dan Kerasulan Nabi Muhammad?

Sedarlah, old testament ditulis dalam bahasa hebrew -  Tidak ada Perkataan 'Allah'. Dan di dalam new testament yang ditulis dalam bahasa Yunani juga tidak ada perkataan 'Allah'. Malah bible yang pelbagai versi yang menggunakan bahasa wajib iaitu bahasa inggeris juga tidak ada perkataan 'Allah'. GOD - Tuhan dalam bahasa Melayu, Mengapa perlu pusing 360 darjah dengan memilih 'Allah' sebagai ganti nama untuk Tuhan dalam bahasa Melayu?

Suara Umat Islam adalah Al Quran dan bukannya suara dari  ahli politik. Yang mewakili Islam adalah kebenaran dari Al Quran bukannya dari Tafsiran dan keputusan ahli politik.

Dimana Ustaz Azhar Idrus yang telah menjadi fenomena dalam dunia Dakwah di Tanah air? Dimana pejuang Islam Yang konon ingin laksanakan Hukum Hudud di Malaysia ini? Mana mereka ini semua? Tidakkah mereka ingin mempertahankan kalimah Allah?

Tanyalah diri kalian semua wahai saudara seagama ku - Mahukah Kalian ingin Allah SWT disyirikkan?

Moga Allah SWT ampunkan kita semua.

-Gap kembali-

Maaf YB Kami kenal Cikgu cop






#Pbr ingin memohon maaf kepada Cikgu salleh atau Cikgu cop atau Yb salleh.Sungguh keliru nama beliau sangat banyak.Bila ditanya kepada penduduk sekitar sana mereka menyebut Cikgu salleh,Bila dikawasan lain mereka menyebut Cikgu Cop dan bila ditanya kepada barisan pemimpin siapakah YB disini mereka menyebut YB SALLEH.



Beliau adalah individu yang sama.Panggilan banyak tapi mewakili seorang individu.#Pbr ditegur oleh rakan gambar yang berada di dalam blog ini yang bertajuk 'BUKTI BENAR DAN GURAUAN SEMATA' pada gambar yang ke 7.Dengan Petikan 'siapa mando ini? Hang kenal tak?'#Pbr hanya mengatakan mereka ini geng Umno saja.Jawapan diberikan 'ini lah YB SALLEH yang hang dok depa panggil Cikgu cop tu.'



Soalan demi soalan dan jawapan diberikan maka #Pbr sudah kenal cikgu cop ini sudah lama.kenal atas nama dan kelibat beliau disekitar Parit Buntar.Beliau juga cukup popular dikalangan masyarakat kampung setempat.#Pbr hanya beranggapan beliau hanya seorang ketua kampung sebabnya penduduk disini selalu mencadangkan jika punyai masalah disuruh berjumpa Cikgu Cop ini.Bila ternampak di kedai kopi dia mampu membuat penyamaran yang sama dengan masyarakat disitu.Di sawah pun dia ada di sungai pun dia ada di taman pun dia ada.Memang senang nak jumpa si Cikgu cop ni.Siapa Cikgu cop ni? hinggakan dimana-mana dia ada dan apa saja aduan disebut nama beliau.



Ini pendapat peribadi #Pbr ya Hanya pendapat peribadi.Beliau memang sangat popular dikalangan kami dan kami hanya mengetahui beliau hanyalah seorang guru yang tak pernah reti-reti duduk diam.Apa yang kami nampak beliau seorang yang 'easy going' dalam pergaulan tak dikira setua mana dan semuda mana.Beliau juga masih boleh bermain sukan hoki walau sudah tidak sesuai bagi beliau.Beliau tetap mencuba apa perkara dan gemar belajar sesuatu yang baru.Ada juga berpendapat Cikgu cop ini baik tapi sayangnya dia menyokong UMNO dan ada juga berpendapat jika beliau duduk dalam parti bebas ramai yang menyokong beliau.






Bagi #Pbr tiada masalah untuk beliau duduk didalam UMNO dan sangat sesuai.Beliau seorang yang patriotik sentiasa bersemangat tentang AGAMA dan BANGSA tanpa henti-henti mengingatkan apa itu BANGSA dan apa itu AGAMA tak dilupa juga berkaitan tentang NEGARA.Beliau juga seorang yang mampu menghasil puisi atau syair yang lebih menghasut kepada cintakan AGAMA,BANGSA dan NEGARA.Beliau juga terkenal dengan sifat 'cool down'dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka (masyarakat) gemar bertanyakan pendapat beliau dalam apa-apa perkara sekali pun.Ada 1 petikan yang keluar dalam mulut beliau dalam menasihati anak muda disekitar sini dengan pepatahnya berbunyi 'Jika nak tahu dalamnya lautan tanyalah ikan,Jika nak tahu luasnya padang tanyalah belalang'.dengan maksud hati-hati tentang rujukan keadaan sebenar bukan dari sumber yang merapu.Hingga kini Pepatah tu tak hilang dari kepala kami.








Sebelum ini #Pbr tidak langsung menyangka beliau adalah YB SALLEH dengan sifat yang ditunjukkan malah beliau juga bergaul dengan mana masyarakat tidak dikira mana-mana bangsa atau fahaman politik.Ini jelas kerana rakan-rakan beliau terdiri dari parti lain ini menunjukkan sifat keselesaan orang ramai terhadap beliau. Benarlah trademark beliau dari dulu hingga kini 'SEMUA KAWAN'.Apa yang menarik tentang attitude beliau ini Beliau langsung tiada sifat koprat; seperti mana-mana YB yang lain dia 'HUMBLE' ini bukan berlaku sekarang ini berlaku sejak 5tahun lepas.Jika lakonan semata tak mungkin beliau boleh berlakon selama 5 tahun dengan begitu sempurna.Sejak mengenali Cikgu cop beliau sedikit pun tidak pernah menyeru anak muda supaya menyokong mana-mana parti politik walaupun beliau adalah seorang pemimpin Umno.Beliau berpendapat dari segi politik biarlah mereka yang menentukan atau menilai sendiri sesuatu perti politik tersebut.Tiada dapat dibandingkan dengan YB yang pernah #Pbr kenal selama ini dengan lagak seorang yb dengan budaya koprat dengan sifat pengampunya.Cikgu cop seorang yang berbeza ya beza tiada YB yang dapat menandingi sifat rendah diri beliau.walau dia seorang YB yang sudah #Pbr kenali tapi beliau tetap Cikgu Cop.
















Ini mando yang #Pbr maksudkan.



Shafie Afdal di Parit Buntar dan kisah benar




Sebelum ini #Pbr dimaklumkan dengan kehadiran shafie afdal datang ke dewan parit buntar. Kami dimaklumkan oleh blogger pro pakatan sambutan sangat hambar dan diboikot habis-habisan oleh masyarakat disini.Dengan gambar yang bertajuk 'Tranformasi kerusi di Parit Buntar'.

Begitu Nazak Barisan nasional di Parit Buntar sangat ketara bila diberitahu sehingga jam 3 petang tiada masyarakat yang datang hadir bagi menerima bantuan atau menyertai program ini.Sejenak terfikir apakah betul apa yang ditulis oleh mereka?Apakah benar apa yang diperkatakan?#Pbr  selak menyelak kepada mereka yang tahu tentang program disitu.maka hasilnya begini.




Syabas! Dan teruskan usaha cari gali ini #PBR ucapkan ribuan 'THANK YOU' kepada mereka yang sudi memberi gambar diatas.kerana kebenaran harus dijuangkan dan FITNAH sangat murah ketika ini.Ini di Dewan Merdeka Parit Buntar.Program Amanat Tahun Baru 2013  dihadiri oleh Shafie Apdal,Turut hadir,Zainal Abidin Osman dan bersama-sama saf-saf kepimpinan UMNO bahagian Parit Buntar yang diterajui oleh Yg. Bhg. Mohd Salleh Md Disa.

# PBR anggarkan lebih dari 2000 hadirin yang hadir termasuk yang diluar mereka terdiri daripada Pengerusi JKKK, ketua kampung, ahli Jkkk dan Tok Batin yang datang dari daerah utara Perak hadir bagi mendengar amanat untuk memperkasakan pentadbiran di peringkat JKKK disamping untuk terus mendampingi dan mengambil berat permasalahan rakyat di peringkat akar umbi. Semua ini harus dilakukan kerana ini kerja mereka untuk terus subur dan mekar di hati rakyat.

Siapa Marah/Murka/Mencarut/Big Boss #HKR




Selepas perhimpunan #Hkr kami dimaklumkan beberapa insiden kritikan pedas kepada pemimpin utama PR dari aktivis politik mereka sendiri,kritikan berbunyi :

F**k Y**!!!

Mengapa? ini kerana pemimpin PR itu tidak mengikuti Strategi sebenar.Beliau seorang pengkritik dan penganalis politik di malaysia malah diluar beliau juga seorang pemerhati politik.Bila digajikan oleh PR Sejak itu, beliau menjadi pengkritik lantang umno dan penghasut kebencian terhadap parti lawan.Apa Strategi sebenar mereka? Mengikut sumber mereka mengatur supaya HANYA 3 pemimpin utama berada didalam stadium iaitu Lim kit siang,Anwar Ibrahim dan Haji hadi yang lain-lain pemimpin harus bersama rakyat diluar stadium.

10 bulan penantian untuk #Hkr ini berakhir dengan sesuatu kegagalan dengan disebabkan perancangan ‘last minute’oleh mereka sendiri.Mengikut sumber beliau memanggil Lim Kit Siang dengan panggilan ‘BOSS BESAR’ Apakah sebenarnya yang berlaku? Wadah perjuangan atau wadah DALANG disebalik himpunan ini? Walau bagaimana pun keadaan dapat dilindungi dengan ucapan terima kasih tak terputus bagi mengelak rakyat tahu perbalahan diantara mereka sendiri.

Bagi kami ia harus diperjelaskan dan mengapa pemimpin tertinggi tunduk atau tidak melawan?Apakah ketakutan bagi PRU13 ini atau memang dia seorang berkuasa?Apakah ini salah 1 punca kegagalan #HKR atau #KL112 pada sabtu lalu?Apakah ini punca peserta #Hkr pulang sebelum tamat majlis?Sejauh manakah kenyataan ini benar? Atau fitnah semata?Sila maklumkan atau tanya sendiri kepada pemimpin utama PR. Hanya mereka mengetahui dan aktivis yang memberikan kritikan pedas itu saja mengetahui perkara sebenar.Wallahualam.