Nuffnang

Friday, December 6, 2013

KDN gerakkan aset bantu mangsa banjir @Zahid_Hamidi @MuaamarGhadafi



KUALA LUMPUR 5 Dis. - Semua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diaktifkan bagi memberi bantuan dan menangani bencana banjir di lima buah negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Melaka.


 Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bencana banjir yang dialami di negeri-negeri terbabit lebih buruk dari tahun lalu dan semua langkah telah diambil dalam mengkordinasi jabatan-jabatan terbabit. "

KDN telah memobilasikan semua jabatan dan aset di kawasan yang terlibat dengan kerjasama Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak polis. "Kami telah gerakkan 2,443 pegawai dan anggota polis untuk ditempatkan di 5 buah terbabit. Sejumlah 310 buah bot polis akan digunakan dalam operasi berkenaan," kata Dr. Ahmad Zahid.

 Beliau yang juga Naib Presiden UMNO bercakap dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013. Ahmad Zahid berkata, sejumlah 1,002 orang petugas Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) digerakkan di 257 pusat pemindahan banjir bersama dengan aset bot (97 buah) kereta pacuan empat roda (53 buah) dan lori (42 buah).

 Sementara itu, sejumlah 1,967 ditempatkan di 71 pusat pemindahan banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen juga telah diminta memberi kerjasama kepada mangsa banjir untuk memperbaharui dokument pengenalan diri yang musnah akibat banjir. - UTUSAN ONLINE

~pbr berdukacita mendengar provokasi murahan mainan puak pembangkang. ketandusan idea barangkali. Mereka mendakwa kononnya Najib tidak mempedulikan nasib mangsa banjir di Kuantan berikutan #PAU2013

untuk pengetahuan pihak tak ketahuan selepas ucapan dasar Presiden UMNO, DS Najib terus bergegas ke kawasan banjir untuk memberi menghulutkan bantuan. berbeza dengan YB Kuantan. hanya melihat & update di Facebook tetapi tiada bantuan dihulurkan.

pbr mengharapkan bantuan terus menerus diberikan kepada mangsa banjir. jika boleh sama-sama kita hulurkan bantuan tak kira wang ringgit atau  keringat tenaga. ini masa mereka susah masa kita belum tahu lagi. sama-sama kita hulurkan tangan ringankan beban.





No comments:

Post a Comment