Nuffnang

Monday, December 30, 2013

Budak 6 tahun koma terjatuh 30 meter dari buaian ‘Euro Wheel’ Kerajaan DAPig Pulau Pinang Jangan Dok Buat DIam ! @cmlimguaneng




Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian ‘Euro Wheel‘ di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.





Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter.
Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi tadi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri; Asisten Komisioner Nasir Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
PBR Lihat Pesta Pulau Pinang adalah Acara Tahunan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Acara setiap Hujung Tahun itu perlukan lebih pengawasan dari segi permainan-permainan yang yang disediakan oleh pihak penganjur.
Pekara sudah jadi. dan PBR tidak mahu lihat lebih banyak lagi bakal menjadi mangsa akibat kecuaian pihak penganjur!. PBR sarankan agar tindakan lebih ketat untuk  untuk cici-ciri keselamatan permainan-permianan yang disediakan.
Kepada Lim Guan Eng!.. jangan fikirkan keuntungan saja!! 



No comments:

Post a Comment