Nuffnang

Thursday, November 7, 2013

K. Devan Jurulatih Pasukan Liga Perdana Pulau Pinang 2014


Sedikit selingan yang #PBR mahu kongsikan bersama-sama pembaca mengenai Pasukan Bolasepak yang #PBR minati dari kecil-kecil dahulu, PULAU PINANG. diharapkan dengan pemilihan K Devan dapat mengembalikan zaman kegemilangan Pasukan Pulau Pinang!! Haria Penang Haria!!


Pasukan Pulau Pinang yang berjaya menjuarai liga FAM musim ini akan naik ke liga perdana pada musim 2014.

Namun, jurulatih yang membawa pasukan ini naik ke liga perdana iaitu, Merzagua Abderrazak tidak dapat bersama Pulau Pinang untuk musim baru ini.

Tempat beliau digantikan oleh jurulatih berpengalaman iaitu K. Devan yang mempunyai sejarah dan latar belakang yang disenangi oleh pihak pengurusan FAP dan juga beliau sendiri.

FAP juga telah melihat corak taktikal yang beliau amalkan K. Devan lebih sesuai dengan corak taktikal oleh mantan jurulatih sebelum ini, Merzagua Abderrazak.

K. Devan juga dilihat bersedia menerima dan memahami 12 pemain yang akan dikekalkan oleh pihak FAP semasa bermain di Liga FAM atas cadangan, Merzagua Abderrazak.

Berikut adalah rekod dan sejarah pencapaian K. Devan sepanjang menjadi jurulatih:

2013 – Felda United FC (Liga Super)
2012 – Johor FC (Liga Super)
2009-2011 – Selangor (Liga Super)
2007/2008 – KM Naza (Liga Perdana)
2006 – Negeri Sembilan (Liga Super)
2003-2005 – Negeri Sembilan (Liga Perdana)
2000-2002 – Negeri Sembilan (Piala Presiden)
1996-1999 – NS Chempaka (Liga Perdana & Liga FAM)
2011 – Tempat Ke-3 Liga Super (Selangor)
2010 – Juara Liga Super (Selangor)
2010 – Juara Piala Sumbangsih (Selangor)
2009 – Juara Liga Super (Selangor)
2009 – Juara Liga FA (Selangor)
2009 – Juara Piala Sumbangsih (Selangor)
2007/2008 – Juara Liga Perdana (KM Naza)
2006 – Juara Liga Super (Negeri Sembilan)
2006 – Naib Juara Piala Malaysia (Negeri Sembilan)
2005 – Juara Tai Chung Cup/Taiwan (Negeri Sembilan)
2005 – Naib Juara Liga Perdana (Negeri Sembilan)
2004 – Naib Juara Piala Sumbangsih (Negeri Sembilan)
2003 – Juara Piala FA (Negeri Sembilan)
2003 – Juara Liga Perdana (Negeri Sembilan)
2002 – Juara Piala Presiden (Negeri Sembilan)
2002 – Pingat Gangsa SUKMA 2002
2001 – Juara Piala Presiden (Negeri Sembilan)
1997/1998 – Naib Juara Piala FAM (Negeri Sembilan Chempaka)
Sumber info diperolehi daripada page FB : Haria Penang 69

No comments:

Post a Comment