Nuffnang

Wednesday, November 27, 2013

Jurutera Maut Dipercayai Terjatuh Bangunan (Penang)

GEORGE TOWN 27 Nov. - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan Suntech Sunshine Square Bayan Baru, di sini hari ini.





Mayat Lau Chuen Wei, 24, ditemui orang awam di tepi jalan berdekatan restoran makanan segera dalam keadaan parah pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Mohd. Hatta Mohd Zain berkata, siasatan mendapati Lau bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat perindustrian di Bayan lepas dan mempunyai alamat rumah di Jalan Raja Uda, Butterworth.

"Lima belas minit sebelum kejadian, seorang penjaga parkir melihat Lau yang berpakaian serba hitam berjalan mundar-mundir di tingkat lapan bangunan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat. - BERNAMA






No comments:

Post a Comment