Nuffnang

Wednesday, November 13, 2013

Gambar Sekitar Filipina yang dilanda #ThypoonHaiyan @APTerkini






Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini dilaporkan telah meragut lebih 10,000 nyawa, di bandar-bandar wilayah Tacloban, ibu negara Pulau Leyte, di tengah Filipina dan Pulau Samar demikian menurut laporan akhbar dalam talian negara itu

Menurut laporan itu, ketika jumlah angka korban tersebut diumumkan, pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus dalam usaha untuk menyelamatkan bilangan mangsa Taufan Haiyan yang dipercayai akan terus meningkat

TAUFAN Haiyan membawa angin kencang membadai tengah Filipina, di wilayah Leyte, Tacloban dan Pulau Samar sejak kelmarin, setakat ini mengorbankan lebih 10,000 orang dengan ribuan penduduk dilaporkan masih hilang.

Pengkaji cuaca menjangkakan taufan itu melintasi Laut China Selatan dan sampai ke Vietnam hari ini.


Vietnam siap sedia

Laman web kerajaan melaporkan, pihak berkuasa di 15 wilayah Vietnam meminta bot nelayan pulang dan hampir 300,000 orang dipindahkan ke kawasan selamat di Da Nang dan Quang Nam.

“Lebih 600,000 penduduk  di wilayah utara dipindahkan. Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terbunuh, ketika menyelamatkan diri daripada ribut semalam,” memetik laporan itu.

Pusat Ramalan Kaji Cuaca tempatan melaporkan, taufan ganas itu dijangka ‘singgah' ke selatan Hanoi hari ini, kira-kira jam 3 petang waktu tempatan.


Operasi bantuan


Taufan Haiyan membadai Filipina sejak kelmarin itu merupakan paling kuat dalam sejarah.

Ia menyebabkan jambatan runtuh, bangunan ranap dan jalan terbelah termasuk kemusnahan teruk di Lapangan Terbang Tacloban.

Datuk bandar Tacloban melaporkan, keadaan di bandar itu semakin tenat apabila tiada bekalan bersih, elektrik terputus dan keperluan makanan terhad.

“Angka kematian kini mencatatkan lebih 10,000 orang maut. Kira-kira 70 ke 80 peratus kawasan di wilayah Leyte musnah. Kebanyakan kematian disebabkan lemas atau terperangkap di bawah runtuhan," katanya.

Menurutnya, di wilayah Samar Timur, lebih 300 orang ditemui maut dan 2,000 dilaporkan hilang di bandar, Basey.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pihak berkuasa Penerbangan Sivil John Andrews berkata, gambaran udara menunjukkan, tenggara Manila umpama padang jarak padang tekukur apabila taufan raksasa itu memusnahkan keseluruhan bandar.

“Mayat boleh dilihat di tengah jalan, tiang elektrik patah, pokok tumbang, bumbung kediaman runtuh dan rumah ranap. Kira-kia 580 kilometer di tenggara Manila pula banjir melanda dengan ribuan kenderaan terkandas,” katanya.



Rangkaian komunikasi terputus

Jurucakap agensi bencana kebangsaan, Mejar Rey Balido mengesahkan, hampir 480,000 orang kini diarah berpindah ke tempat perlindungan  sementara.

Menurutnya, kini seramai satu juta penduduk berada di tempat perlindungan sementara di 37 wilayah sebelum ribut itu dijangka membadai kawasan tersebut hari ini.


Operasi SAR

Taufan Haiyan membawa angin dan hujan berterusan berkelajuan antara 235 kilometer sejam (km/j) dan 275 km/j dengan ombak setinggi 15 meter.

Pentagon kelmarin, mengumumkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia menghantar anggota penyelamat dari tentera laut dan udara dalam usaha melakukan operasi mencari dan menyelamat (Sar) mangsa.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pertahanan Chuck Hagel berkata, dua helikopter lengkap dengan keperluan alatan menyelamat disediakan  selepas kerajaan Filipina meminta bantuan.

Sehingga petang semalam, Haiyan berada 709 kilometer di barat San Jose, wilayah Occidental Mindoro membawa angin kelajuan 185 kilometer sejam sehingga 220 kilometer sejam.


Fakta yang Perlu Anda Ketahui

Fakta terkini: 

1.Taufan ini adalah dikategorikan sebagai kategori lima kerana membawa kekuatan angin sehingga 235 km/jam.

2.Seramai 4.3 juta rakyat di negara Filipina kini terjejas menurut agensi bencana alam negara itu.

3. Mayat kelihatan terapung di atas jalan yang dipenuhi air laut dan menurut orang sekitar ianya kelihatan seperti Tsunami pada 2004.

4. UN telah menyatakan seramai 2.5 orang negara itu sangat memerlukan bekalan makanan dan UNICEF anggarkan seramai 1.5 juta kanak-kanak berada di kawasan bencana alam.

5. Taufan Haiyan kini bergerak ke arah Selatan negara China di Hainan. 

6. Kerajaan Vietnam telah memastikan rakyat selamat dengan seramai 883.000 orang telah dibawa ke pusat yang lebih selamat.




Tapi mari lihat keadaan yang sadis di negara Filipina. Ramai menyatakan meraka kelihatan mayat terdampar di sekeliling seperti Tsunami kerana taufan ini juga membawa ombak yang kuat dengan kelajuan angin yang melampau. 










No comments:

Post a Comment