Nuffnang

Thursday, November 7, 2013

Borang Permohonan BRIM 3.0 Online – Syarat kelayakan BRIM 3.0


Syarat kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.



Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700. Manakala isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 yang menerima bantuan BR1M sebanyak RM450, juga akan menerima caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.

Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2014

Warganegara Malaysia
Berumur 21 Tahun Keatas
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
Individu Bujang yang Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Tarikh Permohonan BR1M 3.0 Online

Permohonan BR1M 3.0 dijangka akan dibuka mulai bulan November 2013


Berkenaan Borang Boleh Rujuk di:  <<<KLIK SINI>>>


No comments:

Post a Comment