Nuffnang

Monday, October 7, 2013

Terkini-Zuriat wira negara Allahyarham ASP Zulkifli selamat dilahirkan



Patah tumbuh hilang berganti.Zuriat anak kepada wira negara iaitu Arwah Asp Zulkifli mamat selamat dilahirkan sebentar tadi.





Anak kepada Allahyarham ASP Zulkifli yang merupakan perajurit pertama yang gugur di Lahad Datu dalam siri pencerobohan pengganas awal tahun yang lalu.

Semoga keluarga Allahyarham menjaga amanah ini dengan penuh tertib dan kepada anak ini dan ingin katakan bahawa ayahnya seorang pejuang yang amat berani dan kematian Allahyarham akan dikenang sehingga ke akhir hayat.


kuasa Allah swt mengantikan seseorang yang hilang demi mempertahankan tanah air ini. Semoga anak ini bakal menjadi penggalas harapan tanah air seperti ayahanda beliau.



Balu Allahyarham ASP Zulkifli bin Mamat, Nor Aziah Nor, 28 selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 4.07 pagi tadi.(semalam)

Bayi seberat 3.25 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut selepas memiliki dua anak lelaki masing-masing berusia 5 dan 1 tahun.

Arwah Zulkifli terbunuh semasa kandungan Nor Aziah baru berusia beberapa minggu, ketika mempertahankan negara daripada serangan pengganas Sulu dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini.



Dalam operasi tersebut, enam lagi pegawai dan anggota polis turut terkorban namun serangan pengganas itu berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan negara.








No comments:

Post a Comment