Nuffnang

Tuesday, October 22, 2013

PAS KEDAH BERGOLAK LAGI... HAYATI OSMAN BALAS DENDAM KEPADA MAT SABU!!! @APterkini @MukhrizMahathir


1.Nama Dr. Hayati Osman untuk pengetahuan semua di Kedah memang tidak asing lagi. tetapi tahukah anda siapakah empunya nama ini dan apakah hubungan beliau dengan Mat Sabun??? Hayati Osman merupakan sekutu paling rapat dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Bagaimanapun, Hayati Osman yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pendang merupakan antara pemimpin PAS paling malang dan seringkali disepak terajang oleh pemimpin-pemimpin PAS berjenama PARASIT dan IBLIS PAS Kedah.


2.Semasa PRU13, Hayati Osman yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pendang telah dipujuk agar memberikan laluan kepada Mat Sabu di Pendang. Konon-kononnya dengan populariti Mat Sabu, ditambah pula dengan sokongan daripada puak-puak Syiah yang bersarang dan bertelur di Pendang, Mat Sabu akan menang mudah dalam PRU13 di Parlimen Pendang.

3.Untuk menyejukkan hati Hayati Osman pula, dia telah dijanjikan sebagai calon DUN Tokai. ADUN Tokai pada waktu itu adalah Taulan Rasul. Jadi, secara tidak langsung, Hayati Osman bukan lagi penyandang di Pendang dan Mat Sabu bebas daripada gangguan Hayati Osman.

4.Hayati Osman yang telah dipinggirkan dikatakan tidak berpuas hati dengan golongan yang memberhalakan Mat Sabu dan Mahfuz serta Phahrolrazi Zawawi. Orang-orangnya dilaporkan sedang mengatur gerak di Sungai Limau.


5.Tidak pula dapat dipastikan, apa yang akan dilakukan oleh Hayati Osman dan orang-orangnya di Sungai Limau tetapi yang jelas, ia bukanlah satu perkara yang menyenangkan untuk golongan PARASIT dan IBLIS PAS Kedah yang sedang bersemangat untuk menghapuskan terus nama keluarga Azizan daripada dikaitkan dengan Sungai Limau.

No comments:

Post a Comment