Nuffnang

Thursday, October 17, 2013

Kondo Mewah Bakal terbina DI Kuala Lumpur

Gambar Hanyalah Hiasan.



KUALA LUMPUR 15 Okt. - Syarikat pemaju hartanah, Dubaiz Development Bhd. (Dubaiz Development) mahu memajukan tiga bidang tanahnya di ibu kota, termasuk membina sebuah menara dengan nilai pelaburan awal sebanyak RM366 juta.



Ketiga-tiga bidang tanah itu seluas 15.2 hektar dan salah satunya dalam proses pengambilalihan.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Rusli Zaman berkata, syarikat itu merancang untuk membina sebuah menara yang menjadi ikon kepada Kumpulan Dubaiz setinggi 67 tingkat.

Katanya, Selain menara, pihaknya mahu membina kondominium mewah, kompleks beli-belah, bangunan pejabat dan hospital untuk golongan pertengahan dan bawahan.

Beliau berkata, projek itu dijangka bermula pada awal tahun depan dan pelaksanaannya dijangka mengambil masa selama 36 bulan.
"Menara yang akan dibina berhampiran menara berkembar Petronas itu mengandungi ruang pejabat dan pusat komersial.
"Nama penuh menara itu masih dirahsiakan, bagaimanapun perkataan Dubaiz akan tetap diabadikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dubaiz Development merupakan anak syarikat di bawah Kumpulan Syarikat Dubaiz yang ditubuh sejak 2003.
Bercakap mengenai kondominium mewah, Rusli menambah, pihaknya menyasarkan golongan ekspatriat dan golongan berpendapatan tinggi sebagai bakal pembeli.

Katanya, kondominium itu dijangka setinggi 67 tingkat dan terletak di Ampang, Selangor.
Mengenai hospital yang juga akan dibina, Rusli memberitahu pusat perubatan itu dijangka membantu golongan pertengahan dan bawahan untuk mendapatkan rawatan bertaraf lima bintang dengan caj harga yang berpatutan.

Katanya, pihaknya ingin memberi ganjaran kepada masyarakat dan hospital yang akan dibina itu nanti merupakan salah satu tanggungjawab korporat sosial Kumpulan Dubaiz.

No comments:

Post a Comment