Nuffnang

Friday, October 4, 2013

Kejadian keracunan makanan di Tanjung Dawai iktibar untuk semua.

Sungai Petani-


Jumlah mangsa yang masih menerima rawatan berikutan kes keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas, semakin berkurangan selepas banyak yang dibenarkan pulang.

Sehingga kini, bilangan mangsa yang masih menerima rawatan hanya tinggal sembilan orang di Hospital Yan manakala di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini tidak sampai 10 orang. Ketika keadaan paling kritikal Selasa lepas, 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH, 127 lagi di Hospital Yan dan 18 orang di Hospital Baling serta Sik.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata seorang pesakit lelaki berusia 58 tahun yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi HSAH telah dipindahkan ke wad biasa. "Kesemua kes bukan kes yang membimbangkan. Saya rasa kes keracunan makanan itu setakat ini sahaja. Esok lusa mungkin mereka 'discharge'.

Ia satu tragedi besar yang berlaku. Kalau makan nasi basi pun tak boleh sebabkan kematian, ini lagi teruk," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai itu kepada pemberita di HSAH hari ini. Tajul Urus turut memuji tindakan segera dan cekap pihak Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Kedah dalam menangani kes itu.


Berikutan kejadian keracunan makanan itu, 4 orang meninggal dunia manakala lebih 270 orang lagi tetamu kenduri itu mendapatkan rawatan di beberapa hospital berdekatan. Kesemua mangsa dipercayai mengalami cirit-birit dan muntah-muntah yang kronik selepas memakan lauk ayam masak merah di kenduri itu.


Sementara itu tragedi ini mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno Perak juga Calon Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia,Khairul Azwan Harun yang mengucapkan takziah atas pemergian 4 individu yang meninggal dunia akibat keracunan makanan.Beliau juga berharap agar kejadian seperti ini tidak akan berulang dan menjadi iktibar kepada seluruh warga Malaysia pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment