Nuffnang

Monday, October 7, 2013

HINA RAJA-5 TAHUN PENJARA






Bangkok: Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Noppawan Tangudomsuk, kerana menghantar komen dalam talian yang menghina keluarga diraja, hukuman kedua dijatuhkan ke atas rakyat negara itu dalam tempoh seminggu.

Noppawan, yang turut dikenali sebagai Bento, didapati bersalah menghantar pesanan di laman web berita Prachatai yang menghina keluarga diraja dan melanggar Akta Jenayah Komputer Thailand, diluluskan selepas rampasan kuasa pada 2006.

“Siasatan mengenal pasti alamat IP komputer dan menunjukkan ia dikirim daripada komputer defendan,” kata hakim ketika membacakan keputusan.
Siasatan mengenal pasti alamat IP komputer dan menunjukkan ia dikirim daripada komputer defendan” Hakim

Thailand mempunyai undang-undang tata negara yang keras dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi sesiapa yang didapati bersalah menghina keluarga diraja.

Keputusan itu mengubah kes Noppawan pada 2011 yang menyatakan bahawa tiada bukti mencukupi untuk menunjukkan Noppawan sendiri yang mengirim komentar berkenaan.

Keputusan ke atas Noppawan menyusul hukuman dua tahun penjara yang dijatuhkan kelmarin ke atas usahawan Sondhi Limthongkul selepas didapati bersalah kerana memfitnah keluarga diraja, dengan mengulangi kenyataan yang dibuat oleh pesaing politiknya.

Tokoh dihormati

Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej adalah tokoh paling dihormati di Thailand. Walaupun beliau pernah bertitah pada 2005 dirinya tidak mendahului undang-undang, jumlah kes pendakwaan meningkat selepas rampasan kuasa 2006 yang menggulingkan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.

Adik beliau Yingluck, kini menjadi perdana menteri dan keberatan untuk membuat sebarang pindaan ke atas undang-undang itu di sebalik tekanan daripada penyokong kuat kumpulan ‘baju merah’.

Penganalisis berkata Yingluck amat berhati-hati di dalam perkara itu dan mengelak membicarakan isu paling sensitif bagi memastikan musuh abangnya tidak mempunyai alasan perundangan untuk menentang kerajaannya.

1 comment:

  1. Malaysia bila lagi nak penjarakan cina-cina DAP biadap yang menghina Agong? Penjajah British celakalah punca utama Malaysia jadi macam nie sebelum 13 Mei. Celakalah penjajah British bangsat!!!!!

    ReplyDelete