Nuffnang

Friday, October 11, 2013

DAPATKAN BERITA RASMI @Tabung_Haji JANGAN DENGAR KHABAR ANGIN DARI MEKAH @AzeezPutera

               

                           


Lembaga Tabung Haji akan menyempurnakan ibadah badal haji bagi jemaah yang meninggal dunia sebelum sempat melaksanakan wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah yang jatuh pada 14 Oktober ini.



Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya akan turun padang untuk memperkenalkan pegawai yang akan menguruskan penghantaran barang dan sijil kematian jemaah haji yang meninggal dunia, kepada waris mereka.

"Kita telah menubuhkan bilik gerakan khusus untuk tujuan ini bagi memastikan segala urusan berkenaan jemaah haji yang meninggal dunia berjalan lancar.

"Setakat ini lapan orang jemaah meninggal dunia iaitu tiga dari Perak, masing-masing seorang dari Kedah, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang," katanya di sini, hari ini.

Abdul Azeez berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Salbiah Osman, 69, yang merupakan jemaah haji kelapan negara meninggal dunia di tanah suci Makkah.

Terdahulu, keluarga arwah mengadakan tahlil di rumahnya di Sungai Tiram, Bayan Lepas di sini.

Salbiah yang meninggal dunia akibat strok dan serangan jantung dikebumikan di tanah perkuburan Syara’ek, Makkah, 8 Oktober lepas.

Sementara itu, anak kedua Allahyarham, Kamsani Jaafar, 48, berkata, ibunya bergurau dengan mengatakan tidak mahu pulang ke tanah air sehari sebelum berangkat ke tanah suci.

Beliau berkata, ibunya yang tidak pernah menghidap sebarang penyakit kronik turut bersalaman dengannya lebih enam kali ketika berada di lapangan terbang.

"Mak saya dah lama kumpul duit nak ke Makkah. Sebelum berangkat memang nampak dia sangat teruja buat persiapan ke sana dan pesan jaga rumah baik-baik...macam dia tahu nak tinggalkan kami. Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya. - Bernama










3 comments:

  1. kalao buat amal tu ada saja pihak media berkerumun, pelik tapi benar.

    ReplyDelete
  2. ape la, dalam sejarah, ini kali pertama Pengerusi Tabung Haji tak p mekah dlm musim haji, apakah Kempen Pemilihan Umno MT lebih penting dari tanggungjawabnya menjaga jemaah yg mengerjakan haji disana?
    SAY no2azeezrahim.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. siapa yg pilih musibat ni? dapat payment ke? catat kerugian tp, bonus berlambak..aih, masyuk nampak..lebat kroni2 ko kn ajezz..phuii

    ReplyDelete